Hear me out.
This might be the best book that Elvroseth has ever written. First of all, I would like to clarify that I'm neither her loyal readers nor her fans. This is my honest review.
Tak perlu kot cakap pasal sinopsis buku ini sebab rasanya ramai dah tahu. Oh Tuhan, saya rasa banyak benda yang perlu dikatakan tentang novel ni.
Plot? Tak klise.Kalau tema time travelling tu macam dah selalu kan kita jumpa. Tapi, pernah tak baca novel di mana awak jumpa orang yang awak sayang ketika kehidupan lampau tapi dalam bentuk hantu?Dan, awak pun sebenarnya roh yang menumpang dalam badan orang lain. Ops, did I just spill something?
Cara penulisan Elvroseth memang kena dengan tekak saya.Dia punya elaboration tu memang sedap kita baca. Tak meleret tapi tak pula straight forward. Cantik pemilihan ayatnya.
Tak ada unsur tak senonoh tau. Novel ni dipenuhi dengan kecomelan dan kejengkelan Donna sahaja, haha! Tapi, saya warn awal-awal, kalau tengok dari tajuk pun ada mention 1942 kan, zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Jadi, kalau zaman penjajahan, what should you expect? Tentu ada scene pembunuhan berdarah bagai. Bear at your own risk okay.
Genius juga konsep cerita ini. Walaupun agak berbelit nak fahamkan konsep roh yang menumpang, konsep hidupkan semula roh dan macam-macam lagila.My friend, who also read the book had to confirm with me about her understanding of some parts of the plot,hehe.
Apa yang boleh saya perhatikan, lately ni novel Elvroseth macam banyak yang seram seram ya. Mahadewi contohnya. Ghostfairy pun seram juga especially dekat those mantra stuffs yang diturunkan kepada Donna daripada ibu dia. Meremang kita, dahla baca tengah malam pula tu.
Dalam novel ini ada banyak juga lah twist yang tak terjangka.Thrilling scenes pun banyak ya, contoh macam waktu antagonis jumpa protagonis—Tuhan saja tahu adrenaline rush ku. Kita yang takut untuk the characters tau!
It's a bitter sweet ending for both Daniel Lee and Akira. Apapun, ending itu yang terbaik bagi saya.
Goodjob, Elvroseth.