Dua puluh lima orang pelajar SMK Alor Pondok menjadi juara dalam pertandingan tarian tradisional peringkat negeri. Sebagai ganjaran, Cikgu Rahman dan Cikgu Emilia membawa mereka melawati negeri Pulau Pinang. Dalam perjalanan pulang, Shah berkongsi cerita-cerita seram yang pernah didengarnya tentang Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Dalam asyik bercerita, tanpa sedar gangguan menyeramkan mula mengganggu perjalanan mereka. Buaya putih besar, jasad berkapan berguling di tengah jalan dan kemuncaknya sehingga berlaku histeria. Masing-masing diamuk cemas. Apa benar makhluk itu muncul kerana kesilapan Shah bercerita tentangnya? Atau mungkin ada misteri yang tidak terlerai?
* * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
First of all terima kasih kepada penerbit x atas naskhah ini. 🫶🏻 Tak sangka! Tak pernah terfikir yang sebuah buku yang nipis macam ni mampu boleh buat aku rasa mual nak muntah 🤢 Serious!
Setting place buku ni adalah mainly di jambatan P.Pinang sahaja tapi can you imagine? Dia punya seram (campur jijik) tu memang superb 👍🏻 Penulis pandai mengolah ayat dan menceritakan situasi tu lebih realistik dan paling penting, seram dia sampai! Belum cerita rasa tak selesa sebab rasa jijik bethol dengan apa yang berlaku 🥹
Buku ni mempunyai 4 kisah di dalamnya iaitu rombongan sekolah,pembinaan jambatan P.Pinang, memancing & perjanjian dengan penunggu untuk hidup mewah.
Antara 3 kisah ni, kisah pembinaan jambatang P.Pinang paling seram! Bayangkanlah kau tengah bawak jenazah lepastu tiba-tiba ada jenazah lain bergolek depan kau, tau tau itulah jenazah yang kau bawak. Bistu kau bawak apa sebenarnya? 😭 Dalam kisah ni jugakla ada part menjijikkan tu. Nak tau apa tu korang kena baca sendiri laaa 🥶
Tapi kan sejujurnya ending dia tu aku dah boleh agak da siapa yang ‘bermasalah’. Walaubagaimanapun, aku masih agak terkejut & enjoed dengan pengakhiran dia. I enjoyed! 🫶🏻
Sebagai orang yang sukakan genre horror, i strongly approved this one! Izinkan aku tegaskan sekali lagi, flow cerita dia smooth, seram dia sampai (hingga terasa jijik di kerongkong kuu 🥹) This is my book taste 🤏🏻 Korang boleh beli di penerbit X
"..Siapa yang minta izin dengan penjaga lautan sewaktu nak bina jambatan itu? "🏗️
Sebagai reward menjadi Johan dalam pertandingan tarian. Seperti yang dijanjikan, 25 orang pelajar SMK Alor Pondok dapat menjelajah negeri Pulau Pinang diiringi oleh 2 orang guru. Dalam perjalanan pulang, Shah mula bercerita tentang kisah seram mengenai Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mula diganggu oleh sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku?
Ada 3 kisah yang diceritakan oleh Shah. Dan kesemuanya ada kaitan dengan Tiang 56. Salah satu tiang yang ada di Jambatan Pulau Pinang dan penjaga lautan. Walaupun jalan cerita setiap kisah rasa macam dah selalu sangat dengar & baca. Orang kita dok panggil urban legend. Tapi, penulis pandai olah cerita. Kita tak nafikan memang kita jadi seronok baca sebab know know tak sedar dah nak habis. Very da page turner. Nak tambah sikit, kita rasa cerita yang Adam cerita dekat deejay tu pun kalau jadi depan mata. Rasanya lari tak cukup tanah.
"Ada yang bermain muslihat" - ⭐️⭐️⭐️ "Tengok rumpai tu..macam.." - ⭐️⭐️⭐️ "Dua lembu, dua lepat" - ⭐️⭐️⭐️⭐️ Rasa macam tipikal cerita nombor ekor. Tapi silap. Ada nyawa yang harus menjadi korban. Kita sedih bab yang menjadi mangsa korban. Perjanjian yang penuh tipu daya. Kita pun tak sangka dengan maksud lembu & lepat. Akhirnya, ada jua manusia yang terperangkap dengan helah syaitan.
Cakap pasal scene meloyakan & menakutkan. Ya memang ada 🤚🏿 Kita masih lagi boleh bayangkan apa yang kita dah baca. Terperinci juga penulis gambarkan. Mungkin lepasni nampak rumpai air, lepat, ikan dah terimagine benda lain. Hshs
Cumanya, kita harap cerita pasal budak-budak tu dalam bas & gangguan lebih banyak atau seimbang dengan 3 kisah yang ada. Rasa tak puas. Ending pun very da pandang dinding. Tapi overall, satu naskah yang berjaya dari penulis.
Kisah yang mempunyai pengajaran. Selalunya perkara asas, orang mudah lupa. Kan? Kita kena tahu, memang ada segelintir manusia yang tamak haloba dan mahukan lebih lagi. Ada juga yang dalam fasa di mana halal atau haram sudah tidak lagi menjadi keutamaannya kerana terdesak.
Gatal tau jari ni nak beli buku ni sebab banyak review cakap buku ni best walaupun ada hint gore. Bila dah baca okay la, gore dia boleh terima lagi sebab pernah baca buku nipis yang lebih gore dr buku ni. (Semoga korang faham) (Hint - Kru Paranormal)
Mengisahkan tentang lawatan pelajar sekolah SMK Alor Pondok ke Lulau Pinang selepas berjaya menjadi johan dalam pertandingan tarian. Kisahnya dorang ni tersekat dalam kesesakan lalu lintas sebab balik lambat sebab sibukkkk nak pegi muzium hantu kat sana 😑 Selaku orang penakut, aku mesti jadi student yg carut dalam bas tu sebab member2 sibuk nak masuk muzium hantu, sudahnya sampai sekolah lambat. Hahaha.
Disebabkan tersekat lama dekat area jambatan Pulau Pinang tu, si Zul & Shah ni mula la buka cerita pasal urban legend yang berlaku semasa pembinaan dan selepas pembinaan jambatan. Semuanya berkisar dekat tiang 56. Memang angker sungguh ek tiang tu? Ramai mati kat tiang tu saje. Haihh.
Plot cerita best, pulak nipis, memang laju la sis habiskan buku ni. Hahaha. Tak senang duduk bila baca sebab banyak juga la suspen dia walaupun cuma 3 cerita je si Shah yang cerita. Cuma last sekali tu plot twist dia macam lahh ingatkan semua budak2 tu kena curse, rupanya si Zul tu je yg buat hal.