Jump to ratings and reviews
Rate this book

Amukan Jembalang Tanah

Rate this book
Menelusuri sejarah lisan yang terakam pada tahun 1942, sewaktu askar Jepun datang ke Tanah Melayu, sekolah itu satu-satunya kebal dari ditawan. Menurut orang kampung, sekolah itu ada penjaganya. Razali, guru muda di kampung itu tidak terkecuali mengalami kejadian seram di sekolah. Makhluk mistik yang terlebih dahulu mendiami tanah asal sebelum wujudnya perkampungan. Tidak cukup dengan itu, kampung mereka juga diganggu makhluk jadi-jadian yang berterbangan mencari mangsa.

Di zaman kini, kehilangan pelajar bernama Sakinah beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis ulang tahun sekolah, mencetuskan keadaan gawat. Kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba menyiasat. Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura turut sama membantu. Satu rahsia yang terpelihara selama ini bakal menakutkan mereka semua. Rahsia jin. Rahsia manusia. Rahsia sebuah sekolah yang berusia 100 tahun kewujudannya.
Dapatkah Razali bertahan hidup di kampung itu? Berjayakah tiga sekawan itu membongkar apa yang terjadi di sekolah mereka? Dan mampukah cikgu-cikgu di sekolah itu melindungi para pelajarnya?

Paperback

First published May 1, 2017

7 people are currently reading
109 people want to read

About the author

A. Darwisy

21 books147 followers
Anuar Darwisy

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
147 (71%)
4 stars
42 (20%)
3 stars
16 (7%)
2 stars
2 (<1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 56 reviews
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
October 23, 2017
Seperti biasa, penulis kembali dengan naskhah seram tapi kali ini diselitkan dengan kisah sewaktu penjajahan Jepun. mengisahkan sebuah sekolah di Kedah yang dikatakan terselamat dari dijadikan markas tentera Jepun, dan misteri yang melingkari sekolah tersebut.

saya kira, naskhah kali ini lebih santai olahannya - mungkin disebabkan berlatarkan sekolah di mana watak-wataknya kebanyakkan remaja. sepanjang pembacaan, penulis berselang-seli dengan kejadian tahun 1942 dan 2012. Namun, kesinambungan antara keudanya jelas, tidak berserabut dan tersusun elok dalam merungkai setiap misteri yang melanda.

watak-watak juga lebih realistik dan mudah, mungkin kerana lingkungan latar tempat yang kecil - berbanding JBDM yang lebih luas latar dan banyak watak.

secara perbibadi, saya lebih menyukai naskhah ini.

Tahniah buat penulis!
Profile Image for Haliza.
81 reviews
June 4, 2017
AMUKAN JEMBALANG TANAH ~ Anuar Darwisy

1942, ia dipuja dan dijamu untuk menjaga keamanan kampung kononnya. Ada perjanjian yang dimeterai bersama. Semuanya bermula apabila mereka meneroka tanah asal kediaman makhluk itu. Siapakah pemuja tersebut ? Berapakah harga yang penduduk perlu bayar ? Pada masa-masa tertentu pula kelihatan makhluk berterbangan menambah ketakutan penduduk. Makhluk apakah itu ?

2012, keamanan sekolah dikejutkan dengan kehilangan seorang pelajar perempuan dengan tiba-tiba. Sejak kejadian itu pelbagai perkara pelik berlaku satu demi satu dan ada ketikanya melibatkan kehilangan nyawa. Angkara siapakah yang membangkitkan semula makhluk tersebut yang menuntut janji ? Apakah motif makhluk itu diseru lagi ? Berjayakah mereka menghadapi makhluk tersebut ?

Ikutilah pengalaman seram dan rasailah ketakutan yang dihadapi oleh setiap watak dalam novel ini. Tak sangka yer, watak seram dalam ni suka bersenandung, merinding bulu roma tau. Satu demi satu rahsia dan kejutan dihadiah kepada pembaca oleh penulis ini. Satu kepuasan bila pelakunya tidak dapat ditangkap oleh saya. Puas berteka teki, curiga mencurigai, pelakunya orang yang tidak diduga sama sekali hahaha. Tahniah kepada penulis. Fuhhh kepuasan yang sukar hendak digambarkan.

Idea yang disampaikan penulis sentiasa membuatkan saya rasa WOW HEBAT. Tengok sahaja macam sekarang setiap watak seram yang ditulis penulis membuat saya lebih dekat dan mengenali watak makhluk-makhluk dalam ini, sebagai contoh kekuatan dan kepantangan makhluk tersebut. Lebih dekat dan mengenali ???? Takut pula bila difikir hahaha. Garapan bahasa yang indah digunakan oleh penulis merupakan salah satu kelebihan kepada beliau. Watak-watak yang diketengahkan pula seolah-olah hidup dan berjaya membawa saya sebagai pembaca turut serta mengharungi pengalaman di kampung tersebut dan berpindah randah dari zaman dahulu dan zaman sekarang dan begitulah sebaliknya.

Menyentuh pada watak yang paling saya sukai pula ialah Haji Kamal (watak tahun 1942) dan Ustaz Daud (watak tahun 2012). Penuh berhemah cara mereka menjaga aib seseorang, bukan sesuatu yang sukar untuk kita ikuti, cuma masih ramai segelintir mereka di luar sana gemar membuka aib seseorang. Semoga mereka semua diberi kesedaran hendaknya, amin.

Pada pengamatan saya, secara keseluruhan kisah dalam novel ini sarat dengan mesej-mesej yang berpesan kepada kebaikan, ingat mengingati yang mana dalam sedar atau pun tidak kita pun ada melakukan kesilapan. Betulkan ?? Sebagai contoh dalam novel ini ialah mereka yang munafik, mereka yang percaya kepada kuasa lain selain Allah, mereka yang tidak menerima Qada dan Qadar sehingga bersarang dendam kesumat di dalam hati. Seperkara lagi tolonglak elakkan diri dari suka membawa mulut, menjaja cerita kerana boleh jatuh fitnah jika tidak betul atau membuka aib seseorang jika perkara itu betul. Bukankah lebih baik kita menasihati dan menyuruh mereka bertaubat.

Terakhir yang ingin saya sampaikan, sebagai pembaca saya lebih suka kejutan dari penulis, oleh yang demikian saya tak terfikir untuk mecadangkan seram yang bagaimana beliau perlu tulis di masa akan datang. Novel beliau yang sebelum ini pun sudah cukup menambat hati saya sebagai seorang pembaca yang cerewet. Bukan mudah untuk penulis membuat saya berpuas hati dengan novel beliau. Selamat berkarya yer Anuar Darwisy.

#orangkampung
#bukuprima
#amukanjembalangtanah
#anuardarwisy
#seramlicious
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
December 4, 2017
kelebihan penulis Anuar Darwisy ini ialah beliau tidak melebih-lebih. bentuk penyampaiannya seperti kebiasaan mantap dan olahan yang sangat teliti. entiti yang digunakan sebagai peneraju utama dalam setiap novel pun yang kebiasaan kita pernah dengar. maknanya keliling kita jer pun. takdelah beliau nak buat sesuatu yang konon luar jangkauan kot jadi macam hantu-hantu sesat dari luar tu semua. dan ya, kisah tahyul tapi semuanya untuk pengajaran. bukan untuk buat pembaca rasa kagum dengan kemunculan benda yang dilaknat ini..

jembalang tanah, satu lagi kisah yang sangat menarik penceritaan. bermula dari zaman jepun di mana cikgu baharom meneruskan pemujaan yang dilakukan oleh ayahnya ketika membuka kawasan kampung mereka. jepun mahu ambil alih bangunan sekolah mereka tapi makhluk tersebut bertindak 'menjaga' bangunan mereka. makhluk tersebut dipersembahkan dengan santapan dan antaranya tembuni anak perempuan yang baru lahir!. dahsyat permainan syaitan ini.

kan akak dah kata olahan penulis ini memang mantap dan teliti. sebenar bukan mudah nak buat kisah berselang laras masa. ada penulis yang buat tapi tak berjaya dan tak kena olahannya. tahun lampau dan tahun kini, bermula dengan kehilangan pelajar sekolah iaitu sakinah, sekolah mereka mula 'diganggu'. cikgu mastura salah seorang yang nyaris terkena tapi kemunculan cikgu badrul membantunya. natrah dan kaisara, pelajar yang tidak berpuas hati dengan mayat sakinah yang dijumpai di belakang tembok sekolah iaitu dalam hutan belakang sekolah mereka mula meyiasat. natijahnya, bapa kaisara menjadi mangsa..

balik zaman lampau, ada terselit kisah tenggelong. hantu penanggal kan tenggelong ni? melah, si bidan cantik rupanya makhluk ini. dengan memakan tembuni bayi dia tetap kelihatan cantik. seram gak baca bila dia rebutkan tembuni tu. haa.. sila tanam dekat-dekat kawasan pokok berduri contoh seperti nenas ya.. berbalik pada jepun laknat, bila mereka tahu bagaimana mahu merampas bangunan sekolah tersebut, busut tempat jembalang tanah itu tinggal dibakar. petaka melanda. jembalang mengamuk!.. kena baca untuk rasa sendiri betapa gerunnya akibat bila syaitan di puja. rasa tak boleh nak lari mana-mana. itu sebabnya Al-Quran untuk dibaca dan dihayati, bukan sekadar hiasan semata-mata...

kisah lampau dan kisah kini bersatu. bagaimana jembalang yang sudah 'dirantai' zaman lalu bebas keluar semula kini. ada dendam yang belum dilunas. ada adat yang boleh diikut tapi ada yang sama sekali harus dicaras. jangan terlalu mengikut tanpa tahu apa yang tersirat. bila akal mendahului segalanya, maka fikiran harus mampu meneliti baik buruk segalanya.. jangan sesekali terperangkap dengan godaan makhluk durjana ini, kelak amat buruk padahnya...
1 review2 followers
May 30, 2017
Amukan jembalang tanah ini membawa pembaca menyusuri sejarah lisan penjajahan jepun. Tetapi terdapat sebuah sekolah yang satu-satunya yang kebal dari taklukan penjajah itu. Dikatakan sekolah itu mempunyai penjaga. Dan terdapat juga makhluk jadi-jadian yang berlegar mencari mangsa.

Selepas 100 tahun, Sakinah yang merupakan pelajar disekolah itu telah hilang dan menimbulkan tanda tanya. Setelah kehilangan gadis itu, pelbagai kejadian mistik berlaku satu demi satu sehingga membongkarkan rahsia yang sudah tersimpan sejak sekian lama.

Apakah yang terjadi terhadap Sakinah? Dan rahsia apa yang tersimpan? semuanya akan terjawab didalam Amukan Jembalang Tanah.

* watak yang memberi kesan pada saya cikgu Mastura kerana terpaksa melalui pelbagai dugaan. Dugaan apa, kena la baca buku ni.

* Harapan saya terhadap penulis adalah semoga terus menghasilkan karya yang berilmu dan dekat dengan sejarah dan orang kampung.

* Didalam karya ini juga jelas menyampaikan mesej agar kita menjauhi amalan syirik dan hanya meletakkan kebergantungan kepada-Nya.

#Orang_kampung.
Profile Image for Sallyza.
7 reviews
June 9, 2017
Bismilllahirahmannirahim

Amukan Jembalang Tanah adalah buah tangan terbaru dari penulis A. Darwisy, seorang penulis muda yang berbakat besar dan semakin dikenali. Sekalung Tahniah diucapkan kepada penulis atas kelahiran buah tangan yang terbaru ini dan khabarnya novel ini mendapat sambutan yang luar biasa dari peminat novel-novel seram tanahair. Secara peribadinya saya merupakan salah seorang pembaca setia setiap karya seram penulis A. Darwisy bermula dari Kala Senja Dia Datang, JBDM 1 & JBDM 2 serta Projek Seram Lombong. Sejujurnya, setiap karya beliau ternyata sarat dengan ilmu dan mesej dakwah. Apa yang disampaikan bukan kisah seram tahyul yang diada-adakan untuk tujuan menakut-nakutkan semata-mata. Oleh kerana itulah, setiap novel terbarunya pasti akan ditunggu-tunggu kemunculannya.

Untuk novel Amukan Jembalang Tanah (AJT) ini, dilihat penulis masih mengekalkan trademark penulis dengan idea penceritaan yang menelusuri dua zaman, di mana dalam novel AJT pembaca dibawa mengembara ke zaman penjajahan Jepun dan zaman kini. Menjadikan mahkluk bergelar Jembalang Tanah, Tenggelong dan sekolah sebagai subjek utama penceritaan, penulis berjaya menggarap kisah dua zaman ini menjadi satu karya yang segar, tidak klise, sarat dengan ilmu, penuh kejutan dan yang penting penuh unsur-unsur dakwah dan mesej –mesej yang jelas mengajak manusia kepada kebaikan dan meninggalkan segala kemungkaran (larangan Allah).

Ketika membaca dan menekuni novel ini membuat diri seolah larut dalam cerita yang dibaca. Setiap kejadian seakan-akan benar-benar berlaku di hadapan mata menjadikan ada ketikanya saya merasa seram dan ikut serta merasa cemas dan ketakutan terutama sekali ketika kejadian amukan si Jembalang Tanah dan serangan si Tenggelong berlaku.
Gambaran tentang suasana kampung di zaman penjajahan Jepun juga berjaya diterjemahkan oleh penulis. Kekejaman, kerakusan dan perlakuan sumbang askar-askar Jepun pada zaman itu menimbulkan rasa ngeri, kebencian dan simpati pada mangsa-mangsa kekejaman. Walaupun novel ini bukanlah berkisar sejarah penjajahan Jepun sebenarnya tetapi penulis berjaya menghidupkan suasana itu. Pemilihan sekolah sebagai premis berlakunya segala peristiwa seram dan menakutkan secara tidak langsung juga turut menggamit kenangan pahit manis zaman persekolahan yang pernah dilalui setiap dari kita.

Perjalanan cerita dari zaman Jepun ke masa kini berjaya digarap oleh penulis dengan bahasa yang mudah difahami, tidak meleret, tidak sarat dengan ayat-ayat berbunga yang hanya akan menimbulkan kebosanan kala membaca. Begitu juga dengan perkembangan karakter bagi setiap watak-watak yang tercipta, setiap satunya seolah-olah benar-benar hidup dan penciptaan watak-watak yang saling berkait dan berkesinambungan biarpun merentasi dua zaman yang berbeza inilah menjadikan jalan cerita semakin seronok untuk diterokai. Sehinggakan sebagai pembaca saya dapat merasakan setiap apa yang dirasai, dilalui samada kesakitan, dendam, ketakutan, kesedihan, kebaikan dan kejahatan setiap watak walaupun dengan hanya membaca tanpa visual. Seolah emosi bagi setiap watak yang ditonjolkan berjaya diserap ke lubuk hati saya sebagai pembaca.

Penciptaan setiap watak oleh penulis juga setiap satunya bukan sekadar watak picisan atau untuk memanjangkan cerita tetapi setiap watak yang ditonjolkan ada teladan dan ada pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. Ini kerana ada pengakhiran watak yang akan membuatkan kita rasa amat terkesan dengan pengakhiran hidupnya sehingga membuatkan airmata mengalir membayangkan pengakhiran hidup dalam keadaan sebegitu. Tanpa sedar juga sebenarnya penulis mengingatkan bahawa dalam kehidupan seharian kita memang itulah watak-watak manusia di dalamnya. Ada yang baik, ada yang jahat, ada yang berpura-pura baik hakikatnya bermuka-muka. Golongan bermuka-muka inilah yang paling bahaya kerana tergolong dalam golongan orang-orang munafik. Selain itu ada juga golongan yang sanggup menyekutukan Allah demi mencapai sesuatu maksud. Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan orang munafik dan golongan yang sesat lagi menyesatkan.

Penyampaian cerita juga sangat mudah dihadam, dialog bersahaja dan bersesuaian digunakan mengikut perubahan zaman. Setiap plot juga berkembang dengan cukup kemas tersusun dan dramatik sehingga membuat pembaca berteka-teki siapa sebenarnya watak hitam dan putih serta dalang di dalam cerita ini.

Menyentuh mengenai watak pilihan di dalam novel ini, saya merasakan watak Cikgu Baharom dan Haji Kamal adalah watak yang paling digemari. Saya memilih watak hitam dan putih ini kerana kedua-duanya memberi impak kepada saya dan meninggalkan kesan dalam hati. Pertama, watak Cikgu Baharom seorang pendidik yang berwibawa, memikul tugas mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Tugas pendidik itu tugas yang mulia tetapi sayangnya dirinya sendiri terpalit dengan noda dan dosa sehingga hilang pertimbangan, hilang kewarasan. Bila mana nafsu itu lebih menguasai diri dan fikiran, sepintar mana pun seseorang manusia itu pasti akan tersilap langkah dan pilihan. Apabila manusia itu meletakkan Allah di belakang dan menjadikan mahkluk ciptaanNya seolah lebih berkuasa itulah padahnya. Walaupun niatnya baik tetapi jalan yang dipilihnya tetap salah dan mendatangkan dosa besar serta kemurkaan Allah. Gara-gara keangkuhan, kesombongannya juga akhirnya diri sendiri yang merana dan menuju kebinasaan, malah insan lain yang tidak berdosa turut sama merasakan akibatnya. Watak ini mengingatkan saya agar jangan sesekali kita membelakangkan Allah walau dalam apa jua keadaan atau situasi yang mendesak. Jangan sampai melakukan perbuatan yang menjurus kepada syirik dan menyekutukan Allah. Pertolongan Allah itu pasti akan hadir jika kita benar-benar yakin dan percaya pada kekuasaanNya. Sebagai hambaNya mohonlah pertolongan dariNya dengan yakin dan jalan yang sabar.

Watak kedua, Haji Kamal saya membayangkan dirinya sebagai seorang warga emas yang warak, dalam lembut ada tegasnya. Sentiasa menjaga tingkah dan tutur kata supaya tidak menyinggung atau mengaibkan sesama manusia. Berpegang teguh pada ajaran agama Islam, seorang yang ikhlas dalam setiap perbuatan. Suka menolong setiap manusia tidak mengira kawan atau lawan yang dalam kesusahan tanpa mengharapkan balasan. Tidak memandang keburukan manusia sebaliknya sepanjang masa berbaik sangka serta sentiasa menjaga aib sesama manusia. Titipan jangan menjaja aib manusia itu sendiri juga satu peringatan yang cukup bermakna kerana perbuatan menyebar aib itu juga merupakan satu dosa besar.Setiap dari kita sebenarnya tersimpan aib yang Allah sembunyikan sementelah setiap manusia itu pasti tidak terlepas melakukan dosa dan kesilapan. Maka, hendaklah kita menjaga aib sesama sendiri jika kita hendak Allah menjaga aib kita dan hendaklah sentiasa berbuat baik sesama manusia kerana hamba yang mengasihi sesama makhluk itu sangat dikasihi Allah. Watak Haji Kamal ini juga mengingatkan kita agar sentiasalah berpegang teguh pada ajaran Allah. Sentiasa mohon dan mengharapkan pertolongan Allah serta teguhkan iman biarpun ribuan yang menentang diri kita kerana pengakhirannya Allah akan bersama orang yang bersabar dan menentang kebatilan. Bentengilah diri dari tipu daya jin/syaitan atau apa juga kejahatan mahkluk dan dari sifat-sifat tercela dengan mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Pada pandangan peribadi saya, kekuatan dan Magisnya penulis bernama A. Darwisy ini, adalah bila mana dia menulis segalanya dapat divisualkan oleh pembaca seperti saya dan yang lebih penting adalah novel yang terhasil ini bukanlah novel seram yang intipatinya kosong atau mengarut dan merapu, tahyul semata tanpa ada pengajaran di sebalik kisah yang ditonjolkan.

Ini kerana Naskah Amukan Jembalang Tanah bukanlah naskah seram semata-mata, tetapi initipatinya lebih dari itu. Di dalamnya terkandung satu pengisian yang seolah tak terjangkakan dapat diperolehi dari novel-novel seram sebegini. Setelah menamatkan pembacaan ternyata terlalu banyak mesej-mesej jelas yang disampaikan penulis yang menimbulkan rasa insaf dalam diri. Sesungguhnya anak adam itu memang tidak lari dari melakukan kesilapan dan dosa. Semua manusia adalah pendosa yang sering melakukan kerosakan atas muka bumi ini dan musibah atau bala bencana yang datang sebenarnya berpunca dari kealpaan, kelalaian,kelekaan,kerakusan manusia itu sendiri bukanlah kerana Allah itu zalim tetapi kerana manusia itu sendiri yang memilih kepada kebinasaan.

Angkara menurut hawa nafsu yang jahat sifatnya dan mudah terpengaruh dengan tipu daya jin/syaitan, manusia sering tertipu dan akhirnya binasa. Malah adakalanya sikap atau sifat manusia itu sendiri yang ternyata lebih jahat dari jin atau syaitan itu sendiri. Kisah terkandung dalam novel ini benar-benar membuka mata saya bahawasanya janganlah kita menuruti kehendak nafsu, nafsu yang dimaksudkan di sini adalah keinginan untuk berkuasa, menunjukkan kuasa, nafsu amarah dan dendam yang tidak berkesudahan, nafsu yang mendorong melakukan kejahatan. Tanpa memikirkan kesan dan akibat dari perbuatan. Jauhilah dari sifat-sifat buruk seperti angkuh, hasad dengki, berdendam, buruk sangka kerana sifat-sifat inilah yang membuka ruang dan peluang bagi syaitan menghasut manusia menjadi jauh lebih sesat. Pengakhirannya manusia itu sendiri yang menanggung kerugiannya kerana syaitan berjaya menjadikan manusia itu pengikutnya. Syaitan itu sememangnya suka membisikkan kejahatan dalam diri membuatkan manusia suka berburuk sangka dan akhirnya bertelagah dan bermusuhan sesama sendiri. Syaitan juga cukup licik dalam menipu daya manusia dengan janji-janji palsunya. Syaitan juga suka berbisik dan menyakinkan manusia apa jua tindakan yang kita rasakan betul tetapi sebenarnya ianya jelas bertentangan dengan agama dan hakikatnya matlamat itu tidak menghalalkan cara.

Sebagai hamba di bumi Allah ini, sepatutnya kita tunduk kepada penciptaNya kerana sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Segala pergantungan hanyalah kepada Dia dan hanya Dialah selayak tempat untuk kita meminta bukannya dari mahkluk ciptaanNya. Apatah lagi meminta pertolongan dari makhluk terkutuk dan memuja-mujanya. Setiap manusia itu, asalnya putih bersih suci dari dosa tetapi pilihan yang dibuat sering menjadikan kita semakin jauh dariNya. Akan tetapi Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat hamba-hambanya yang benar-benar ingin bertaubat dan kembali ke jalan diredhaiNya. Setiap manusia haruslah berusaha mendapatkan pengakhiran yang baik selagi masih ada masa dan kesempatan yang diberi. Andai tersesat masih belum terlambat untuk mencari jalan kembali. Jadilah hamba Allah yang sentiasa patuh dan taat pada perintahNya dan menjauhi dari larangNya kerana Allah sayangkan hamba-hambaNya sebab itu Allah melarang manusia itu membinasakan dirinya sendiri.

Naskah ini turut menyedarkan kita tentang baik buruknya sesuatu perlakuan dan pilihan yang dibuat akan ada kesannya ke atas diri dan orang sekeliling. Sesungguhnya perbuatan dosa adalah sekeji-keji pilihan yang dibuat oleh manusia itu sendiri dan perbuatan menyekutukan Allah adalah dosa dan kezaliman yang paling besar. Ingatlah bukan kejahatan atau keganasan mahkluk yang patut ditakuti tetapi balasan dan kemurkaan Allah lah yang patut ditakuti dan digeruni.

Sebagai sebuah naskah seram saya merasakan AJT ini sudah cukup membuatkan saya merasakan keseraman,kengerian,kegelisahan, kemarahan dan seribu satu emosi yang berbaur di kala menekuninya. Sudah cukup rencahnya dengan gaya penulisan penulis yang tersendiri, cuma jika boleh dipanjangkan atau ada sekuel dari novel ini apa yang diharapkan adalah penceritaan lebih lanjut berkenaan mahkluk Tenggelong dan lebih banyak kisah serangan ganas dari mahkluk ini. Sekiranya seram yang diharapkan untuk naskah yang lain, harap penulis dapat mengetengahkan kisah berkaitan ilmu-ilmu hitam dalam masyarakat melayu atau ilmu hitam serata asia mengikut terjemahan dan garapan penulis tersendiri dan pastinya kisah seram yang dihasilkan harapnya dapat memberi impak positif dan kesedaran dalam diri pembaca. Ingat kisah seram bukan sekadar dimomok untuk menakut-nakutkan tetapi apa yang lebih penting adalah mesej yang disampaikan dan manfaat yang diperolehi dari cerita yang dikisahkan. Mana yang baik dijadikan ikutan yang buruk dijadikan sempadan.

Buat penulis selamat berkarya dan moga unsur dakwah yang diterapkan dalam setiap karya anda dapat memberi manfaat pada semua.


#orangkampung
Profile Image for Shimah Basri.
14 reviews9 followers
June 8, 2017
kisah benar sebuah sekolah yang terletak di Kedah tapi dirahsiakan nama sekolahnya. aku rasa macam baca buku sejarah pula. encik penulis bijak mengolah jalan ceritanya antara imbas kembali dengan masa sekarang, kita tidak akan keliru menghadam penceritaannya. oleh kerana ramai yang tidak membacanya jadi aku terpaksa review tanpa ada spoiler.

masa dahulu - tahun 1942
kerana ingin melindungi kampung dan sekolah cikgu baharom sebagai keturunan penjaga jembalang tanah telah mengikat perjanjian dengan jembalang tanah, menyeru supaya jembalang tersebut menjaga kampung dan sekolah di kampung tersebut. syarat jembalang tanah inginkan tembuni bayi yang baru lahir (tali pusat) ditanam di dalam busut yang terletak di dalam hutan berhampiran dengan sekolah. bila Jepun mula berkuasa di kedah kerana ingin menguasai semua kawasan, kampung mereka juga menjadi mangsa. tapi Jepun sukar menguasai apabila jembalang tanah mula mengamuk. pelbagai kejadian ngeri terjadi. Watak-watak di zaman itu Cikgu razali, cikgu Salmah, Melah, Haji Kamal, Hajah Rosnah dan Firdaus segalanya saling berkait juga watak-watak askar jepun seperti jeneral takashi dan tali barut jepun Ismail pencetus kepada amukan jembalang tanah.

masa kini - tahun 2012
cikgu mastura dan cikgu badrul baru lagi mengajar di sekolah kampung tersebut. bermula dari kematian sakinah sekolah tersebut mula menghadapi pelbagai gangguan, kerap kelihatan kanak-kanak bermain riang di sekolah. Mira, Kaisara dan Natrah pelajar di sekolah itu mula menyiasat kisah di sebalik sekolah yang berusia 100 tahun itu. pelbagai kejadian aneh berlaku di sekolah tersebut. kenapa tiba-tiba kejadian-kejadian pelik berlaku di sekolah. Mak cik Timah adalah keturunan melah, anak kepada cikgu razali dan salmah. Mak cik timah mula mengesyaki ada yang ingin menyeru semula Jembalang tanah dengan kejadian-kejadian anih yang mula berlaku di sekolah itu. siapakah dalang yang menyeru??? pertama kali aku mendengar persembahan mek mulong.

encik penulis berjaya membuatkan pemikiran aku dalam menebak berputar 360 darjah. apa yang kutebak salah sama sekali. ku sangka dalangnya si A atau si B atau si C tapi rupanya si Z... Ahhh salah!!! bijak penulis memanipulasikan pemikiran pembaca supaya tenggelam dalam pengkisahannya. benar syirik menyesatkan jangan sama sekali menempah maut mengikat perjanjian dengan kuasa yang lain. sebaik-baik pergantungan hanyalah pada Allah. Baharom berubah menjadi makhluk pelik bila melanggar perjanjiannya dengan jembalang tanah. penyebabnya keturunannya menanggung malu sehingga mewujudkan dendam yang tidak berkesudahan.

encik penulis pasti ada sambungannya kan? ke mana hilangnya dalang itu selepas dia ditangkap??? jeng...jeng...jeng....

(cabaran betul buat review kali ini sebab tak boleh nak cerita detail... ramai yang tak baca lagi)

#orangkampung
Profile Image for Amilina Yusop.
1 review
May 27, 2017
Novel yang ditunggu-tunggu selepas sequal Jangan Biarkan Dia Masuk 2.. Insyaallah karya saudara Anuar tidak pernah menghampakan, sarat dengan ilmu dan mesej dakwah yang baik dengan plot dan gaya penulisan yang menarik. Ceritanya seolah-olah dekat dengan hati kita dan kita seakan 'hidup' dan menjadi sebahagian daripada watak-watak cerita..

Amukan Jembalang Tanah mengisahkan mengenai rahsia sebuah sekolah di dalam sebuah kampung yang dikatakan kebal dari ditawan pihak jepun. Diceritakan sekolah itu ada penjaganya. Sebelum wujudnya kampung itu, sudah wujud makhluk penjaga itu.

Kini usia sekolah itu mencecah 100 tahun. Bermula dengan majlis sambutan yang dirancang pihak sekolah maka bermulalah rentetan peristiwa yang membuka rahsia 100 tahun dahulu.

Kehilangan pelajar bernama Sakinah yang akhirnya dijumpai mati membuatkan kawan-kawannya, Mira, Natrah dan Kaisara cuba untuk menyiasat. Cikgu Mastura Dan Cikgu Badrul turut sama membantu. Dalam proses itu, pelbagai kejadian yang berlaku. Rahsia terungkap sedikit demi sedikit dan akhirnya kebenaran terserlah jua.

Siapa 'pelakunya' di akhir cerita sangat tidak dijangkakan. Kesudahan yang sangat baik sebenarnya kerana rahsia 100 tahun terjawab. Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya. Akibat terpaksa ditanggung demi perbuatan sendiri.

Hubungkait antara zaman kini dan zaman 100 tahun dulu ada kesinambungannya. Penulis bijak menyusun dan mengarap kemas plot demi plot. Setiap watak juga ada perwatakan penting yang saling berkait antara satu sama lain.

Saya paling terkesan sekali dengan watak Razali. Guru muda dari luar yang menjadi tenaga pengajar di sekolah itu. Dia berjaya membuka mata hati sekumpulan kecil penduduk kampung untuk melawan kebatilan dan kemungkaran yang berlaku di sekeliling mereka. Hatinya yang lembut, tetap mendoakan rakan sejawatnya yang jauh terpesong akidahnya. Dan dia ikhlas menerima Salmah walaupun tahu siapa Salmah dan keturunannya yang sebenar.

Banyak mesej yang disampaikan dan banyak pengajaran yang kita boleh jadikan tauladan dan sempadan, insyaAllah.. Sesungguhnya perbuatan syirik itu satu perbuatan dosa besar dan mengundang bala Allah. Makhluk tidak berkuasa. Allah jua yang maha berkuasa. Apa jua kesusahan yang menimpa dan bala bencana yang berlaku hasil jahil tangan-tangan manusia sendiri. Sama-sama kita bermuhasabah diri supaya bertaqwa kepada Allah, mengikut segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Semoga Allah memaafkan dosa-dosa kita.
#pesanpadadirisendirijuga
#pesaningatmengingati

Diharapkan untuk novel seterusnya, penulis dapat mengembangkan lagi watak Melah dan Salmah. Mengenai hantu tenggelong/balan-balan/penanggal.

Semoga saudara Anuar terus sukses dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberikan sesuatu kepada masyarakat.
Teringat kasih!!

#orangkampung
1 review1 follower
May 29, 2017
Amukan Jembalang Tanah adalah novel yang berkisar tentang masyarakat melayu yang mengetengahkan kehidupan kampung dizaman penjajah sehingga kini. Juga menerapkan unsur kesenian melayu yang semakin luput ditelan zaman.

Garapan novel yang teratur. Permulaan dimana kehilangan pelajar sekolah bernama Sakinah, mencetuskan keadaan huru hara. Diikuti beberapa peristiwa aneh dan seram yang dirasai oleh pelajar dan guru di sekolah tersebut. Rahsia Jin. Rahsia sekolah 100 tahun. Rahsia manusia. Mampukah mereka merungkai apa yang terjadi. Berjayakah mereka melepaskan diri dari amukan puaka? Debaran hingga ke kemuncak. Adrenalin yang tiada henti. Klimaks penuh dengan teka teki. Dan pengakhiran yang tidak disangka sangka. Plot twist. Itu yang menjadikan novel ini bertambah menarik.

Gaya bahasa yang bersahaja dan mudah difahami. Struktur ayat juga teratur, memudahkan para pembaca untuk menghadam bait-bait penulisan.

Watak difokuskan pada watak utama dan dibantu oleh watak sampingan yang mempunyai kekuatan dan aura tersendiri. Watak Haji Kamal, yang merupakan seorang penduduk kampung yang kuat agamanya serta dihormati. Seorang yang selalu bersangka baik sesama manusia. Sentiasa menghulurkan bantuan serta sangat menjaga aib saudara seagama. Walaupun aib seterunya sendiri.

Secara keseluruhan. Novel ini banyak menerapkan elemen dan unsur mistik, persahabatan, kekeluargaan dan kepercayaan. Mengingatkan supaya tidak bersekutu dengan Jin dan Syaitan, sebaliknya meletakkan sepenuh harapan pada Allah s.w.t. Kencintaan kepada tanah air haruslah seiring dengan akidah dan tidak terpesong dari landasan sebenar.

Harapan kepada penulis untuk novel akan datang, supaya diketengahkan unsur mistik yang ada dalam kesenian melayu dan dalam ruang lingkup masyarakat di Asia khususnya. Dan teruskan usaha dalam berdakwah pada karya di masa mendatang. Sekian. Terima kasih. Selamat membaca !

#orangkampung
Profile Image for Aeyfa Nasri.
1 review1 follower
June 5, 2017
Bismillah...

Alhamdulillah dalam masa dua hari di bulan Ramadan ini saya berjaya menamatkan kisah jembalang tanah yang dipuja-puja oleh orang kampung. Semuanya semata-mata untuk menjaga tanah air daripada terus dijajah oleh orang Jepun. Di sini kita dapat lihat orang zaman dahulu sanggup berbuat apa sahaja hingga tersalah langkah. Allah memberi manusia akal untuk berfikir tapi arahan syaitan yang menjadi ikutan.

Benarlah, iman tidak dapat diwarisi oleh seorang ayah yang bertaqwa.

Selain itu, penggunaan latar masa dulu dan kini benar-benar membuatkan saya menghayati jalan cerita. Bayangan suasana kampung pada zaman jajahan Jepun turut terlayar di ruang akal imaginasi. Begitu juga dengan situasi yang berlaku. Jika ingin diolah cerita pada zaman kini, tiada siapa mampu meneka siapa dalang yang membangkitkan kembali pemujaan jembalang tanah. Sungguh tidak dapat jangka. Syabas saya ucapkan pada penulis.

Seakan tidak mampu melepaskan naskah ini selagi tidak berjaya menamatkannya. Setiap helaian muka surat menggamit perasaan ingin tahu. Konflik bermula apabila berlakunya kematian seorang pelajar bernama Sakinah, ayah Kaisara dan beberapa murid dan guru diganggu malah disampuk oleh hantu kanak-kanak.

Nak tahu apa kaitannya hantu kanak-kanak dengan jembalang tanah? Saya sarankan kalian untuk membeli naskah terbaru daripada Anuar Darwisy ini. Insya-Allah tidak mengecewakan.

#OrangKampung
Profile Image for Norfashihah Faridus.
4 reviews
July 19, 2017
Saya mulakan dengan persamaan antara buku ini dan buku–buku penulis yang terdahulu.

Buku ini masih mengekalkan trademark penulis, iaitu mempunyai dua cerita pada dua era yang berbeza dan plotnya bergerak dengan focus berulang alik antara dua era tersebut. Buku ini juga bukan sahaja seram tetapi begitu vivid, visual. Cara penulisannya membuatkan kita mudah membayangkan situasi tersebut. Membaca buku penulis adalah ibarat sedang menonton filem. Ianya begitu jelas dan mudah difahami.

Buku terbaru ini memunyai perbezaan yang ketara berbanding buku–buku penulis yang terdahulu. Saya pernah menulis komen mengenai Jangan Biar Dia Masuk 2 (JBDM2). Bagi saya, buku tersebut ibarat evolusi kepada Jangan Biar Dia Masuk (JBDM) yang pertama. A step up. Versi yang lebih baik daripada semua segi. Kekurangannya diperbaiki dan beberapa element baru ditambah. Ibarat JBDM adalah burger biasa, manakala JBDM2 adalah burger double special cheese.

Untuk buku Amukan Jembalang Tanah (AJT) ini pula ibarat evolusi kepada kemahiran penulisan saudara penulis. Hasilnya jauh lebih baik dan jauh lebih berkualiti. Antara yang paling ketara adalah perkembangan setiap karakter.

Contohnya, saya suka siri JBDM. Saya suka ceritanya, sejarahnya dan misteri yang belum terungkai. Tapi saya tidak attached kepada karakternya, saya tidak tertarik dengan kisah mereka. Bagi saya, mereka hanyalah hero dan heroine tragik yang stereotaip.

Tetapi untuk buku ini, beberapa watak berjaya menambat hati saya. Terutamanya pasangan ibu (Melah) dan anaknya ini. Penulis berjaya membuatkan saya merasa sangat simpati dengan apa yang telah menimpa kepada mereka. Bagi saya, kisah mereka adalah yang paling saya minat dan sangat memberi kesan kepada saya.

Betul mereka ada melakukan amalan yang syirik, tapi mereka juga adalah manusia, yang punya hati dan perasaan.

Saya tidak pasti jika perkara ini adalah disengajakan oleh penulis ataupun tidak, tetapi pasangan ibu dan anak ini menimbulkan isu ethical dilemma. Yang mana pembaca dipersembahkan dengan dua pilihan :

1) Sama ada terus membenci mereka atas perbuatan syirik mereka, atau
2) Melihat di sebalik perbuatan itu dan menyedari, bahawa mereka juga adalah mangsa keadaan.

Hal ini membuatkan pembaca berfikir dan mempersoalkan pendirian mereka. Ianya adalah sesuatu yang sangat bijak dan saya puji usaha penulis.

Kisah mereka mengingatkan saya supaya jangan segera menghukum orang lain tanpa usul periksa. Serta jangan terlalu asyik melihat keburukan orang lain sehingga lalai dan lupa dengan kekurangan diri sendiri.

Selain itu, penulis juga menggarapkan unsur-unsur dakwah dalam buku ini. Ianya bukanlah sesuatu yang baru atau pelik, tetapi cara atau method yang penulis gunakan adalah sangat berbeza berbanding dengan kebiasaan. Dimana dakwah diberikan secara literal dan straight forward, penulis menggunakan keperibadian setiap watak untuk menyampaikan dakwah berkenaan.

Penulis ibarat cuba memberitahu kepada pembaca;

"Contohilah perwatakkan A",
"Jangan jadi seperti watak B",

Cara ini bagi saya adalah lebih mesra, lebih halus dan tidak bongkak. Tidak “poyo” dalam bahasa mudahnya.

Saya terutamanya suka antara dakwah yang diberikan adalah "menjaga aib orang lain". Ia adalah suatu nasihat yang penting dan mustahak, tetapi pada zaman ini ibarat telah diabaikan dan dilupakan. Terlalu banyak masalah yang berlaku kerana kita gagal menjaga aib orang lain dalam kehidupan seharian kita.

Jadi sebagai konklusi, saya suka buku baru ini. Bukan kerana ianya satu karya yang luar biasa, tetapi ia memberi gambaran kepada peningkatan dalam mutu hasil kerja penulis. Hasilnya tetap dengan identiti penulis, tetapi jauh lebih baik, ibarat digilap kemas dan diperhalusi dengan teliti.

Saya penggemar hasil nukilan penulis, tetapi buku baru ini ibarat 'a pleasant surprise’, Saya tidak menyangkan bahawa penulis boleh melakukan lebih baik berbanding buku terdahulu. Saya tidak sabar menantikan karya penulis yang seterusnya. Kualiti yang telah ditonjolkan dalam buku ini membuatkan saya lebih teruja.

Saya berharap penulis akan terus berkarya kerana teramat rugi jika bakat ini disia-siakan. Saya juga berharap agar kisah seram seperti ini dapat diteruskan lagi, terutamanya yang mempunyai sejarah keturunan zaman dahulu yang kaya dengan sejarah dan misteri.

#orangkampung
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
467 reviews45 followers
December 8, 2023
Di tahun 1942, cubaan tentera Jepun untuk menawan sekolah tersebut gagal. Seolah-olah dilindungi oleh satu kuasa ghaib. Dan kini, kisah kehilangan seorang pelajar bernama Sakinah seolah-olah menjadi pencetus pelbagai kejadian pelik yang berlaku di sekolah tersebut.

SH suka walaupun ada 2 garis masa yang berbeza namun penulis meletakkannya dengan jelas dan membuatkan pembacaan SH lancar tanpa perlu untuk mengulang baca di setiap awalan bab. Jadinya SH mampu membaca dengan seronok dan menikmati pembacaan.

Dan SH juga suka dalam naskah ini ada banyak peribahasa yang belum pernah SH dengar. Dan peribahasa itu diletakkan di tempat yang bersesuaian dan tidak terasa seolah-olah membaca buku teks bahasa. Peribahasa tersebut diletakkan di dalam perbualan untuk watak-watak di tahun 1942 dan SH rasa ia amat kena. Kita sememangnya tahu orang-orang lama gemar menggunakan bahasa kiasan dalam perbualan harian mereka. Antara yang digunakan adalah peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya. Secara tak langsung membaca naskah ini memberi ilmu baru untuk SH.

Plot twist dia SH tak sangka. Ramai betul yang SH tuduh sebagai dalang dalam naskah ini. Dan sememangnya semua tuduhan (walaupun dalam hati) adalah sekadar tuduhan semata. Satu pon tak kena.

Dan SH juga sebagai peminat seni persembahan Mek Mulung, SH suka apabila penulis memasukkan elemen ini tetapi bukan sekadar sebuah persembahan tetapi dari sudut pandang yang lain. Dan sememangnya diakui banyak seni persembahan lama yang mempunyai persamaan dalam aspek ini walaupun berada di tempat yang berbeza.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,523 reviews1 follower
June 3, 2017
Novel penulis ini memang tak pernah mengecewakan..
Sentiasa ada sesuatu yang baru dalam cerita beliau..

Kali ini ceritanya berkisah mengenai Jembalang Tanah dan juga Tenggelong..
Sesungguhnya manusia itu sentiasa lupa bahawa Allah lebih berkuasa..
Taksub sehingga membawa kepada syirik..
Terlanjur berjanji mengundang padah..
Akhirnya memakan diri..

Dari awal cerita semua watak Sha teka jahat..
Sha cuba cari kunci cerita, supaya dapat meneka dalang sebenar..
Tapi tersasar.. Memang tekaan jauh terpesong..
Bila penamat cerita mula menjengah, rasa cam nak ketuk kepala je bila tau siapa dalang sebenar..
Memang manusia makhluk yang pandai bermuka-muka..
Keistimewaan A.Darwisy bila berjaya menyembunyikan watak jahat sehingga ke penghujung cerita..

Bila baca bagaimana sengsaranya Melayu​ dengan kedatangan Jepun, sebak rasanya.. Tambah pula ada Melayu yang menjadi tali barut seolah-olah tak kisah menggadaikan bangsa demi memenuhi tuntutan nafsu..
Memang menyentuh perasaan..

Bacalah dengan hati dan keterbukaan..
Banyak yang boleh dipelajari..
Sesungguhnya terlalu banyak kelekaan manusia dalam meneruskan kehidupan..
Pergantungan kepada Allah adalah sebaik-baik pergantungan..
Tidak melupakan Allah walau dalam apa musibah pun..

Satu lagi Sha suka mengenai aib..
Sentiasa berusaha menjaga aib..
Bukanya dicanang-canang..

Sha mengharapkan supaya penulis terus menulis.. Sampaikan cerita yang dekat dengan masyarakat.. Walaupun seramnya menyebabkan bulu roma merinding biarpun baca disiang hari namun maksud dan kebaikan yang ingin disampaikan berjaya melekat di hati pembaca..

#orangkampung
Profile Image for Atirah Ghazali.
75 reviews2 followers
August 15, 2020
Zaman sekolah dulu mesti pernah dengar pelbagai kisah seram terutamanya kisah hantu jepun berkawad tanpa kepala. Haa dalam novel ni pun ada watak tentera jepun tapi bukan diorang yang jadi hantu sebaliknya diorang yang kena kejar dengan yurei (hantu). Demi melindungi kampung dari tentera jepun, sebuah perjanjian dengan jin termeterai antara Baharom dan jembalang tanah. Namun perjanjian dengan makhluk terkutuk pasti mendambakan bayaran tertentu dan jika gagal maka nyawa jadi taruhan.

Kisah diselang-seli antara zaman pendudukan jepun dan zaman moden yang mana dendam yang terhasil sejak dulu mengakibatkan tragedi berdarah berulang kembali di zaman moden. Siapakah yang kembali "menghidupkan" jembalang tanah yang telah dikurung menjadi tanda tanya. Seperti biasa plot twist pasti ada. Manusia munafik itu sangat bahaya.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 3 books6 followers
December 19, 2017
Macam biasa, setiap novel atau cerpen A. Darwisy punya keunikan dan keistimewaannya yang membuatkan aku terus setia membaca karya-karya beliau. Naskhah Amukan Jembalang Tanah ni tak terkecuali. Sama seperti JBDM & JBDM2 dan karya-karya lain, selain sarat dengan elemen seram dan mistik, AJT ni penuh dengan pengajaran serta unsur-unsur dakwah. Elemen kemelayuan dan plot cerita dalam dua zaman masih menjadi trademark A. Darwisy. 5 bintang untuk AJT. Sama hebatnya seperti KSDD dan siri JBDM. Syabas!! Aku harap penulis akan terus mengeluarkan cerita seram melayu yang bernas-bernas lagi selepas ni. Mungkin cerita tentang mek mulung pulak kot sedang dalam perancangan. Dalam AJT pun macam dah bagi hint je tu.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
October 26, 2024
Kurang kompleks berbanding novel-novel A. Darwisy yang lain seperti 'Bunian', 'Jangan Biar Dia Masuk', 'Rumah Kabilah Jin', 'Sang Dewi', dan 'The Story of Maria'. 'Amukan Jembalang Tanah' tiada elemen bunian, perjalanan merentas masa dan tempat seperti karya-karya yang lain. Latar tempat dia menarik kerana ia ber-lokasi-kan sekolah dan mengetengahkan urban legend sekolah berhantu. Latar tempatnya seram bagi saya sebab saya duk tertanya-tanya jugalah; adakah sekolah yang saya mengajar sekarang ada sejarahnya tersendiri? Sekolah kami pun ada perkara mistik yang berlaku. Plot twist novel ini sangat menyakitkan hati dan hampeh betul. Semua tekaan ku salah. Sokmo gitu. Huhuhu
Profile Image for Shamsinar Enas.
1 review1 follower
June 23, 2017
Shamsinar Long:
REVIEW : AMUKAN JEMBALANG TANAH
PENULIS : A.DARWISY

Amukan Jembalang Tanah merupakah sebuah kisah benar yang telah mendedahkan amalan syirik yang diamalkan oleh segelintir masyarakat melayu dari zaman dahulu sehinggalah zaman kini. Kisah yang memapar tempat yang sama, makhluk yang sama tahun sahaja yang berbeza. Kisah ini memaparkan amalan syirik yang berlaku di sebuah sekolah yang bertempat di Negeri Kedah sejak tahun 1942 sehingga membawa pembaca menerokai setiap peristiwa di zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

Amukan Jembalang merupakan sebuah novel yang mengisahkan kepada kita bahawa masyarakat melayu dahulu lebih mengharapkan bantuan jin dan syaitan daripada mengharap bantuan daripada Allah s.w.t. “ Niat tidak menghalalkan cara, sesungguhnya sebagai manusia beriman, hanya kepada Allah tempat kita mengadu dan berserah dan bukan mempercayai tipu daya syaitan dan perkara-perkara tahyul dan syirik”.
Dalam surah Luqman, Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” – (Surah Luqman, ayat 13)

Tahun 1942

Cikgu Baharom, seorang guru yang cuba mempertahankan sekolah daripada menjadi markas tentera Jepun dengan mengamalkan amalan syirik. Apakah amalan yang dilakukan beliau? Pemujaan dilakukan pada busut dibelakang sekolah, dijamu dengan tembuni bayi perempuan untuk menjaga keamanan telah menjadikan sekolah tersebut kebal daripada di tawan pihak Jepun. Setiap perancangan jahat penjajah jepun gagal dengan terjadinya peristiwa seram dan ngeri. Banyak askarnya terkoban setiap kali rancangan mereka untuk melakukan onar ke atas sekolah dan penduduk kampung. Namun pemujaan yang dilakukan juga tanpa disedari ada harga yang perlu dibayar. Sesungguhnya syaitan itu antara makhluk yang sesat lagi menyesatkan.

Penulis juga turut mendedahkan peristiwa penduduk yang sering diganggu dengan tenggelong. Siapakah yang menjadi tenggelong itu? Mungkin masyarakat sekarang tidak pernah tahu atau terdedah dengan cerita tenggelong. Namun, sedikit sebanyak novel ini membawa pembaca mendekati suasana seram apabila makhluk ini menganggu penduduk kampung terutamanya ketika ada wanita yang ingin bersalin. Apakah ingin diburui oleh makhluk tersebut? Apakah tujuannya hadir setiap kali ada penduduk yang ingin menyambut kelahiran bayi. Penulis sungguh bijak menimbulkan perasaan teka teki “siapakah wanita tenggalong itu?”
Ilmu pusaka tenggelong ini ibarat saka turun temurun dari leluhur terdahulu. Uri bayi menjadi kelangsungan hidupnya.
“Perhintungan belum berakhir, kalian akan menerima padah yang buruk” - Tenggelong

Penulis juga membawa pembaca berhibur dan memahami budaya tradisional masyarakat melayu negeri Kedah. Mek Mulung yang merupakan satu daripada teater tradisional melayu yang sangat popular di Kedah. Ianya telah menjadi hiburan di negeri tersebut sejak zaman dahulu lagi. Mek Mulung adalah satu adunan kesenian yang mengabungkan unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik dalam suatu persembahan. Walaubagaimana pun manusia sering alpa menjadikan hiburan ini sebagai simbolik pada satu pemujaan. Dalam kisah ini, Mek Mulung dijadikan sebagai upacara ritual memberi penghormatan kepada roh nenek moyang dan semangat halus yang menjaga tanah kampung dan sekolah itu.
“sebaik-baiknya berhibur itu sederhana jangan sehingga memudaratkan diri”

Peristiwa kelibat kanak-kanak yang kelihatan bermain riang di kawasan sekolah menimbulkan suasana seram tanpa dibuat-buat. Tidak disangka lagu yang didendangkan di zaman kanak-kanak dahulu bila diberi nafas seram menjadikan merinding bulu roma sehingga bait-bait lagu itu seperti terdengar dicuping telinga. Siapakah kanak-kanak tersebut? Apakah kaitan kemunculan kanak-kanak tersebut.

“malam yang sepi pi..pi.., Pak Mat jual topi pi..pi…, topinya terkoyak yak..yak..., Pak Mat Jual Tempoyak yak..yak…, tempoyaknya basi si…si…, Pak Mat bunuh diri ri…ri…, Malam Jumaat at…at.., Pak Mat jadi mayat yat…yat.., Malam sabtu tu…tu…, Pak Mat jadi hantu tu…tu..”

Kejadian 10 tahun berulang semula. Semua punca air menjadi seperti darah. "Apakah punca semuanya berlaku?" Sesungguhnya Allah sentiasa memberi manusia peluang untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kehadiran Cikgu Razali yang cuba membebaskan penduduk kampung dari dibelenggu kemungkaran merupakan satu peringatan kepada penduduk kampung. Dia bertekad ingin mengubah kemungkaran yang diamalkan penduduk kampung dengan tangannya dan tidak semata-mata dengan lisan sahaja. Beliau cuba mengajak orang kampung untuk meninggalkan adat yang membawa kepada kesyirikan. “ Adakah penduduk kampung bersetuju dengan rancangan Cikgu Razali?” “Tercapaikah impian dan niat baik Cikgu Razali untuk mengubah persepsi penduduk kampung yang telah sebati dengan amalan-amalan kurafat?”

Tahun 2012

Bermula dengan detik persediaan sambutan ulang tahun ke 100, satu peristiwa telah berlaku di sekolah tersebut yang membuka ruang kepada kejadian seram, teka teki dan prasangka di mana pembaca cuba mencari “siapakah dalang dalam cerita pada tahun ini ?”. “Adakah ada dalang yang menghidupkan semula amalan kurafat yang menyebabkan kekacauan di sekolah?”. Punca kehilangan Sakinah membuka lembaran seram, dimana kejadian aneh dan mistik mula menghantui warga sekolah sehingga adakalanya melibatkan kehilangan nyawa. Selepas mayat Sakinah dijumpai, tiga sekawan ini iaitu Kaisara, Natrah dan Mira mula menyiasat dengan bantuan Cikgu Badrul dan Cikgu Mastura. Pada sangkaan mereka ada penceroboh yang sengaja mahu mewujudkan suasana tidak aman di sekolah mereka, Tanpa mereka sedar ada rahsia akan terungkai. Rahsia yang tersimpan sekian lama. “Apakah rahsia tersebut?” Rahsia Jin. Rahsia Manusia!! “Berjayakah mereka merungkai rahsia yang tersimpan kemas? Selamatkah mereka semua?”
“Ada makhluk menuntut janji, angka siapa membangkitkan semula makhluk terkeji, ada dalang tanpa disedari.”

Kejadian Cikgu Mastura yang tiba-tiba terperangkap di dalam sebuah lubang yang dipenuhi tulang temulang yang tidak dapat dipastikan kerangka manusia atau binatang, menjadikan suasana seram dan tanda tanya dibenak saya, “siapakah dalang yang memperlakukan hal demikian, apakah motif si perlaku?”. Disinilah bermula serapan jiwa saya dengan watak Cikgu Mastura, bagaimana merasai semangatnya untuk membuang rasa takut dan merancang mencari jalan keluar. Dalam pencariannya, beliau telah melihat satu susuk berbulu lebat terpasung di bahagian kaki dan tangan, terbaring lemah di dalam sebuah bilik kurungan. “ Apakah makhluk itu, kenapa ianya terpasung di dalam bilik kurungan?” Selamatkah Cikgu Mastura untuk mencari jalan keluar?

Nukilan Pembaca:

Sebagai pembaca, idea penulis adalah sangat hebat dimana setiap bait-bait katanya mempunyai ilmu dan hasil dari satu kajian terperinci. Saya suka idea penulis yang cuba menyampaikan mesej dan ilmu berkaitan tradisi masyarakat melayu. Penulis cuba membawa kita mendekati budaya masyarakat melayu yang semakin ditelan zaman. Idea penulis untuk menerangkan berkaitan amalan syirik, makhluk tenggelong dan Mek Mulung mungkin dapat membuka mata setengah masyarakat yang mungkin tidak pernah mengetahu latar-belakang kisah zaman berzaman. Seperti saya generasi muda yang tidak tahu bahawa Mek Mulung merupakan teater tradisional melayu negeri kelahiran saya sendiri iaitu, KEDAH. Saya juga terus terfikir, dimanakah sekolah tertua di Negeri Kedah tersebut?

Plot cerita dari pemulaan hingga ke penghujung cerita dikembangkan dengan baik dengan penggunaan bahasa yang indah, halus dan teratur, kemas dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Penulis menguasai tatabahasa dengan baik dan memperkayakan perbendaharaan kata sehingga hasil tangannya menjadi sangat dramatik dan menyusuk jiwa. Hasil tulisan sebegini menjadikan pembaca tidak mahu tertinggal satu patah perkataan pun semasa menjiwai jalan cerita. Penulis juga berjaya megadunkan dua kisah dari dua zaman yang berbeza sehingga menjadi satu karya yang ada aura luar biasa , karya yang segar, sarat dengan ilmu dakwahnya dan dekat dengan jiwa masyarakat melayu. Cerita yang seram, tetapi seram yang berilmu.
Watak yang direka menghidupkan setiap jalan penceritaan dari zaman penjajahan jepun (1942) sehingga zaman kini (2012). Setiap watak seolah hidup dihadapan pembaca, dan saya seperti berada di setiap kawasan yang diceritakan oleh penulis menjadi pemerhati. Perkembangan karakter bagi setiap watak dihidupkan dengan teliti sehingga wujudnya kesinambungan walaupun merentasi dua zaman sehinggakan pembaca sentiasa menyelak helaian demi helaian tanpa jemu. Watak-watak ini sentiasa membuatkan perasaan saya sekejap merasai kesakitan, keseraman, kengerian, geli geleman, kesedihan dan pelbagai rasa hati yang meninggalkan kesan dihati menyebabkan saya membayangkan semua situasi.

Watak yang dicipta juga sebenarnya menyedarkan kita bahawa dalam golongan manusia ada watak hitam dan watak putih. Ada orang yang baik dan ada orang yang jahat. Golongan munafik yang sering bermuka-muka juga tidak terkecuali dalam rencah kehidupan manusia. Paling menyedihkan apabila orang beragama islam yang menyekutukan Allah bagi memenuhi hasrat hati dan nafsu semata-mata. Paling menarik sepanjang menghayati watak-watak dalam Amukan Jembalang Tanah, penulis bijak menyembunyikan watak jahat sehingga penghujung cerita. Pembaca sering kali tersasar dalam meneka “siapakah dalang sebenar?”. Penulis amat berhati-hati membawa pembaca untuk terus tertanya-tanya, meneka dan akhirnya….sungguh tak disangka. Ada gunting dalam lipatan, ada kawan menjadi lawan kerana dendam nyawa jadi pertaruhan. Amalan kurafat menjadi pegangan. Hati hitam tanpa iman.

Perwatakan yang menjadi pilihan saya adalah Haji Kamal (1942) dan Cikgu Mastura (2012). Haji Kamal seorang yang sangat berhemah dalam caranya menjaga aib seseorang. Bukan mudah sebagai manusia untuk menjaga aib orang lain, seringkali kita didedahkan dengan manusia yang lebih suka membuka aib orang lain sehingga menimbulkan fitnah, permusuhan dalam persahabatan dan kehancuran dalam keharmonian rumahtangga malahkan sehingga menimbulkan pergaduhan antara jiran tertangga. Ajaran Islam melarang keras aib seseorang diceritakan , dan tidak boleh sekali-kali menyebarkan tentang atau bagaimana kondisi tidak baiktentang seseorang, bahkan Islam mengajar untuk menutupnya.
“Barang siapa menutup aib seseorang Muslim, ALLAH akan menutup aibnya pada Hari Kiamat”

Watak Cikgu Mastura menjadi pilihan kedua mungkin kerana saya juga seorang guru. Setiap situasi yang berkait dengan Cikgu Mastura seoalah-olah terasa seperti diri saya. Sikap Cikgu Mastura yang ingin tahu, berani dalam gementarnya dan menerima pelbagai dugaan menjadikan watak ini sangat menghidupkan kisah seorang guru yang berdedikasi. Sebagai guru, dalam mengajar kita juga tidak lari dalam menghadapi cabaran sebagai pengajar. Cikgu Mastura antara guru yang terpilih merasai cabaran dunia mistik di sekolah yang menjadi periuk nasinya. “Apakah Cikgu Mastura berjaya, merungkai rahsia bersama rakan seperjuang dan tiga orang pelajarnya?”

Kesimpulan dari awal sehingga akhir pembacaan yang boleh saya rumuskan, naskah ini sangat sarat dengan ilmu dan mesej dakwah. Cerita yang diolah oleh penulis bukan sekadar seram, tetapi seram yang berilmu. Kekuatan terletak pada kebijaksanaan penulis menulis dengan kajian, menulis dengan ilmu dan menulis dengan jiwa. Sebagai pembaca, setiap mesej dakwah yang cuba disampaikan amat berkesan dalam jiwa kerana sebagai manusia kadangkala kita alpa dan leka. Paling saya suka penulis sangat bijak untuk membuatkan pembaca mejiwai semua perasaan yang digambarkan. Kejutan-kejutan daripada penulis menjadikan pembaca tidak boleh menutup novel ini apabila mula membaca. Nasib baik kekangan kerja menjadikan saya agak lewat menghabiskan sesi bacaan. Bagi saya penulis telah berjaya mewujudkan seram yang ingin saya rasai, “ Seram itu halus sifatnya. Karya hasil buah tangan penulis juga sering menerapkan sejarah dan tradisi masyarakat setempat yang dapat menambahkan pengetahuan kami sebagai pembaca. Akhir kata, saya berharap penulis sentiasa dicurahkan idea yang melimpah ruah untuk terus berkarya disamping menyampaikan mesej-mesej dakwah yang boleh memberi manfaat pada setiap lapisan masyarakat. “ Ilmu yang ada untuk dikongsi bersama…yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Semoga ilmu yang dikongsi mendapat keberkatan."

#orang kampung
#amukanjembalangtanah@A.Darwisy
#21.06.2017 (10.25pm)
“Jentik dinding bukalah pintu, pintu terdedah sampai siang. Wahai jembalang aku menyeru. Masuklah kau, sudahku tarik pasak dan tiang“
Profile Image for Erimawati Ali.
30 reviews2 followers
June 23, 2017
Alhamdulillah,

Menyusuri kisah Amukan Jembalang Tanah memberi kepuasan dan pengajaran yang cukup bernilai. Imaginasi dan pembacaan bergerak seiring dan lancar kerana luncuran idea disampaikan melalui patah kata yang kemas tersusun dalam menterjemah rasa dan situasi. Walaupun kisah yang diinspirasi daripada sejarah lisan ini melalui latar masa yang berbeza, ianya langsung tidak mengganggu tumpuan.

Pemilihan lokasi, watak, sosiobudaya dan elemen seram yang seratus peratus MELAYU sepertinya kisah biasa-biasa tetapi menjadi luar biasa kerana penulis bijak memaksimakan setiap kejadian, watak-watak dan unsur-unsur saspens yang mampu memaku pembacaan dari awal hingga ke penghujung cerita. Unsur sejarah ketika zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pertembungan antara hak dan batil juga seni teater tradisional masyarakat melayu di negeri Kedah iaitu Mek Mulung adalah antara ramuan istimewa yang diadun sebati dalam mencantikkan perjalanan cerita. Paling istimewa, kepakaran penulis dalam menyembunyikan pemunya angkara Amukan Jembalang Tanah ini sangat menyerlah dan berjaya mengelirukan pembaca.

Setiap watak mempunyai karisma tersendiri dalam menghidupkan perjalanan cerita. Saya tertarik dengan watak dan perwatakan Mak Cik Timah yang tampak bersahaja tetapi mempunyai auranya yang tersendiri. Watak ini mempunyai nilai yang boleh membuka minda kita yang kadangkala tertutup dalam menjalani kehidupan seharian.

Kisah ini juga memberi limpahan pengajaran yang sangat berguna baik kepada diri sendiri mahupun mereka yang berada disekeliling kita. Salah satunya ialah pentingnya menjaga aib. Keburukan dan kekurangan seseorang bukanlah satu tiket untuk dicanang ke sana sini sebaliknya perlu dijaga malah disarankan supaya menasihati secara berhemah supaya racun jadi penawar, yang tersimpul mampu terlerai dan yang buruk menjadi elok. Percayalah, bila kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. Selain itu, meletakkan penggantungan dan kepercayaan selain dari Allah bukan sekadar diharamkan syurga bagi si pelaku tetapi natijah buruknya pasti akan berbalik kepada diri sendiri.

Secara jujur saya amat menyukai kesemua hasil penulisan Anuar Darwisy yang gemar membawa kisah seram yang mengangkat pelbagai ilmiah islamik, kesenian dan cara kehidupan seharian melalui bahasa yang indah dan kemas. Teruskan menuai kisah yang dekat dengan kehidupan realiti yang dapat memberi sentuhan rasa dan pengalaman yang boleh dijadikan iktibar.

Inilah kisah biasa tetapi sangat luar biasa! Tahniah kepada penulis.

#orangkampung
2 reviews
June 9, 2017
Meneliti naskhah AMUKAN JEMBALANG TANAH (AJT) ini membuatkan saya berfikir panjang. AJT semestinya sangat menarik untuk ditekuni oleh segenap lapisan masyarakat. Walaupun bergenre seram, namun ianya tidak keterlaluan. Garapan daripada penulis seram yang namanya mula menjadi sebutan sejak beberapa tahun yang lepas amatlah indah dan kemas penceritaannya. Sukar untuk pembaca mencari sebarang kesalahan fakta mahupun kesilapan ejaan yang ketara.

Harus diakui, generasi muda yang rata-ratanya lahir pada tahun 2000 dan ke atas, mereka sudah semakin renggang dengan kisah-kisah yang sebegini. Seingat saya, sewaktu kecil dahulu, kebanyakan ibu bapa atau orang dewasa tidak kiralah dari bandar mahupun kampung, mereka semua sering bercerita tentang kisah-kisah masyarakat termasuk juga kisah-kisah ‘hantu’ kepada golongan muda jika berkelapangan. Kisah-kisah begini meniti dari bibir ke bibir dan seperti yang kita tahu, segala pantang larang orang dulu-dulu, kesemuanya bersebab. Mungkin sebab itulah mereka menitipkan cerita sebegini agar golongan muda lebih berwaspada dari segi percakapan mahupun perbuatan jika berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak mampu diterima oleh akal dan fikiran. Sayangnya, kisah-kisah sebegini hilang begitu sahaja selepas munculnya segala kecanggihan teknologi yang membawa arus kemodenan kepada masyarakat kita.

Membaca dari huruf pertama hinggalah ke muka surat 402, saya sangat berpuas hati dengan idea yang dibawakan oleh penulis. Ianya kisah yang biasa sahaja. Tapi kisah yang biasa ini mempunyai aura yang sangat luar biasa apabila penulis berjaya mengadun cerita dengan sangat berhemah. Seramnya tidak dibuat-buat. Manteranya tidak memanggil-manggil. Sebagai pembaca, saya berasa ‘selamat’ sepanjang menekuni kisah jembalang tanah ini. Jalinan antara kisah di zaman 40-an dan juga kisah di zaman moden tersulam kemas tanpa ada kelompongan di mana-mana. Twistnya begitu menjadi dan tidak boleh ditebak dengan begitu mudah.

Penulis membawa mesej bahawa tahyul dan kepercayaan karut ini sentiasa akan wujud selagi adanya manusia yang memuja-muja makhluk alam ghaib itu. Kemodenan sebenarnya langsung tidak menjejaskan entiti yang menjadi senjata bagi orang-orang zaman dahulu untuk memperlihatkan kuasa yang mereka ada. Entiti tersebut tidak mati malah sentiasa ada di sekeliling kita.

Penulis juga mahu menekankan bahawa setiap perlakuan yang buruk itu, pasti akan mendatangkan musibah pada kemudian hari. Ini dapat dibuktikan dengan watak Melah. Melah mengamalkan amalan khurafat lagi sesat, dan akibat daripada perbuatan Melah itu, ada manusia lain yang turut sama menanggung akibatnya walaupun bukanlah dari kemahuannya.

Selain itu, penulis juga mahu menerapkan kepada masyarakat agar sentiasa menjaga aib orang lain walau dalam keadaan apa sekalipun kerana manusia yang menjaga aib orang lain, pasti aibnya juga akan dijaga oleh Allah SWT. Hal ini dapat dilambangkan dengan perwatakan Haji Kamal yang terlalu menjaga aib Melah biarpun dia berpeluang untuk membuka mulut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.

Budaya Mek Mulung ditonjolkan bagi menyampaikan peringatan kepada generasi muda bahawa perkara-perkara yang mempunyai ritual-ritual tertentu, pastinya ada sebab dan tujuan yang tersirat dan kita dinasihati agar tidak terbawa-bawa untuk mempercayai segala unsur-unsur khurafat yang terselindung di sebaliknya. Setiap perhiasan, pakaian, tarian dan juga pergerakan di dalam persembahan rakyat seperti Mek Mulung, Wayang Kulit, mahupun Ulek Mayang dipercayai mempunyai tujuan yang tertentu dan sebagai manusia yang taat kepada perintah Allah, kita tidak boleh percaya dengan perkara-perkara tahyul seperti itu. Berhibur seadanya sahaja tanpa perlu melebih-lebih.

Perwatakan yang paling saya suka dalam naskhah AJT ini adalah watak yang dibawakan oleh Mak Cik Timah walaupun wataknya agak terhad untuk zaman moden sahaja. Walaupun terhad, watak Mak Cik Timah ini sangat penting dan begitu menonjol sekali. Segala kunci dan pecahan-pecahan cerita masa lalu yang tidak tercantum dapat dihuraikan dengan mudah jika watak Mak Cik Timah ini dihayati dengan fikiran yang mendalam.

Keseluruhannya, naskhah ini begitu mengujakan kerana saya tidak terasa seperti sedang membaca, tetapi saya berasakan sepertinya penulis sedang duduk di hadapan saya, memegang secawan kopi O panas sambil bercerita pada waktu malam yang agak sunyi dan tenteram. Penulis bijak bercerita melalui tulisan. Kisah ini bercerita sendiri. Ianya tidak diada-adakan. Secara tak langsung, ianya membenarkan segala perkisahan tanpa sebarang paksaan. Jarang penulis dapat menguasai teknik seperti ini.

Mengenali penulis lewat karya-karyanya yang terdahulu, saya tahu ada sesuatu yang sedang di’sembunyi’kan. Penulisnya sudah memberitahu bahawa AJT ini adalah sebuah kisah yang kurang sedikit unsur seramnya jika hendak dibandingkan dengan karya-karyanya yang lain, tetapi ianya lebih kepada untuk menarik minat masyarakat agar kembali menekuni kisah-kisah yang semakin ditelan zaman ini.

Menurut pandangan saya sebagai seorang pembaca, penulis sudah berjaya membawakan dimensi baru buat generasi muda di negara kita. Kisah-kisah masyarakat sebegini, lazimnya mempunyai peranan yang harus diteliti agar manusia tidak terlencong ke arah kesesatan yang disengajakan. Saya berharap agar penulis terus ‘bercerita’ tentang kisah-kisah sebegini supaya masyarakat kita tidak terlalu leka dan alpa dengan perkara-perkara mistik yang semakin berleluasa terutamanya di internet. Mungkin penulis boleh masukkan unsur-unsur seram seperti yang terdapat di dalam naskhah KALA SENJA DIA DATANG untuk menambahkan lagi keterujaan saat membaca, tetapi menurut saya, ini sudah cukup terbaik! Congratulations and keep it up dan semoga terus dilimpahi dengan pelbagai idea yang menarik untuk dijadikan cerita buat tatapan semua.

Penat berceloteh,
Nyi Dora Kelara Idora Darwina.

#OrangKampung
Profile Image for Marni Arshad.
77 reviews1 follower
August 20, 2024
Sebuah lagi karya @iamdarwisy yang sangat saya suka. Walaupun novel lama, saya baru berkesempatan baca Mei lalu. Kerana tak pernah lagi karya beliau yang saya tak enjoy, membuatkan saya teringin nak baca karya beliau yang lain-lain juga.

Walaupun penulis menggunakan dua garis masa, namun ceritanya tersusun kemas dan teliti. Suka konsep macam ni. Menelusuri sejarah sebuah kisah yang berlaku di masa kini. Kali ini saya dibawa kembali ke zaman Tanah Melayu dijajah Jepun.

Gaya bahasa penulis memang tak boleh disangkal lagi, sangat indah dan mantap, walaupun ia novel seram ya. Dan plot twist cerita yang tidak tersangkakan. Seramnya juga terasa, lagi-lagi part hantu kanak-kanak mengusik tu.. 😬

Overall, sangat berpuas hati dan sentiasa menanti karya-karyanya lagi 😊👍

5⭐
Profile Image for Muhammad Kamarudin.
1 review
July 24, 2018
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Novel Amukan Jembalang Tanah karya A. Darwisy.

Jika ingin disimpulkan dengan satu kata yang mudah untuk menggambarkan novel ini, ia adalah ‘cerita biasa yang luar biasa’. Biasa kerana ia adalah kisah masyarakat kampung. Luar biasa kerana olahan cerita yang menarik, mendebarkan dan membuatkan pembaca teruja untuk membaca dan menyelak setiap helaian muka surat yang seterusnya.

Karya terbaru dari penulis yang sebenarnya telah membawa saya untuk mengikuti karya- karya seram penulis seram yang lain ini sememangnya dinanti- natikan. Ia berkisarkan kisah yang berlatarkan sebuah sekolah yang telah wujud lama sejak 100 tahun dahulu. Sekolah yang mempunyai sejarah yang tersendiri. Sekolah yang pernah cuba di tawan tentera Jepun pada latar tahun 1942. Namun mereka gagal kerana sekolah tersebut mempunyai ‘penjaga’ yang sentiasa menggagalkan usaha Jepun untuk menawannya. Kisah itu juga membawa kepada kisah yang terjadi pula pada tahun 2012. Sekolah itu telah dihantui kejadian- kejadian misteri. Apa sebenarnya yang telah terjadi pada masa lalu sehingga membawa petaka ke masa kini?. Apakah yang dimahukan ‘penjaga’ sekolah itu sebenarnya?.

Walaupun plot berkisar tentang dua zaman yang berbeza. Namun, kelebihan yang ada pada penulis adalah bagaimana beliau menggarap dengan kemas setiap watak dan perkaitan antaranya sehingga bertemu di satu titik. Tapi menurut saya juga oleh kerana perincian watak itu juga menyebabkan saya terfikir apa lagi kisah disebalik watak itu sebenarnya. Kisah tersembunyi di sebalik kisah yang memungkinkan cerita untuk dikembangkan lagi. Apa sebenarnya yang terjadi kepada Salmah?. Bagaimana dengan dua watak antagonis yang telah terlepas?. Perincian dalam novel bahagian ke 2 mungkin?.

Novel ini juga satu karya yang mengajak kita untuk berfikir. Elemen dakwah juga sangat kuat dalam karya ini. Ayat- ayat ruqyah yang terdapat dalam novel ini sememangnya ayat yang sebenar- benarnya dan boleh digunakan oleh kita dalam kehidupan seharian. Saya juga tertarik kerana penulis sentiasa mengingatkan kepada pembaca bahawa apa jua jenis hantu yang wujud sebenarnya adalah jelmaan syaitan dan jin yang bertujuan mahu menyesatkan manusia. Bukanlah mereka yang berkuasa, tetapi manusia sendiri yang mengagung agungkan mereka sehingga turut terjerumus sehingga tersesat. Syaitan lebih dari gembira mahu membawa seramai mana anak adam bersama mereka ke neraka. Penulis malah sentiasa mengingatkan pembaca tentang kuasa dan pertolongan tertinggi yang datangnya dari Allah bukannya dari perbuatan syirik yang memuja syitan dan jin yang di penghujungnya pasti memakan diri sendiri. Ia seperti yang terjadi kepada segelintir penduduk kampung yang telah diperdaya jembalang tanah akibat ketaksuban mereka terhadap kuasa dan kepercayaan mereka bahawa jembalang tersebut yang selama ini melindungi kampung mereka.

Penulis juga tidak lupa menyelitkan dan memperkenalkan tarian Mek Mulung kepada pembaca. Kita biasanya tahu apabila tarian yang dikaitkan dengan unsur makhluk halus dan pemujaan adalah seperti tarian Ulek Mayang dan Kuda Kepang. Apa yang saya dapat rasakan adalah penulis cuba mengajak pembaca untuk berfikir dan merenungi semula kebudayaan Melayu yang sangat menarik dan indah, namun ianya telah dirosakkan dengan amalan amalan syirik yang bercampur dengan kebudayaaan yang indah. Jadi, sekali lagi kita sebenarnya telah diperdaya jin, iblis, dan syaitan.

Apabila membaca karya penulis, terasa seperti turut mengembara sama dalam alam ciptaan penulis. Gaya bahasa yang sangat indah dan baik tetapi tidak terlalu menyukarkan pembaca untuk memahami. Malah saya dapat belajar beberapa perkataan dan istilah baru yang tidak diketahui sebelum ini. Contohnya seperti istilah hantu tenggelong yang merupakan sinonim dengan hantu penanggal.

Penulis juga selalu memberikan elemen kejutan yang tidak dijangka dalam karyanya. Anda pasti akan tertanya- tanya siapa dalang sebenarnya disebalik semua kejadian yang telah terjadi. Percaya saya, anda tidak akan menjangka bahawa dialah orangnya!

Sesuai dengan ‘tagline’ penulis untuk novel ini, ’Orang mukmin menutup aib saudaranya dan menasihati’. Saya sangat tertarik dan mengagumi watak Haji Kamal dan Isterinya Hajjah Rosnah. Saya dapat rasa ini antara mesej penting yang mahu disampaikan penulis sehingga ditulis sendiri oleh beliau dimuka surat paling hadapan (bagi yang membeli secara terus dengan penulis). Ringkas tapi sangat mendalam maksudnya. Itulah sebenarnya yang telah ditunjukkan oleh mereka. Kedua dua pasangan suami isteri ini semahu boleh akan sentiasa menjaga aib orang lain walaupun orang itu terang terangan menentang mereka. Mereka juga berdakwah dengan cara menasihati, bukannya sinis atau pun mengkeji. Sesuatu yang telah hilang dalam masyarakat pada hari ini yang lebih suka mengaibkan orang lain demi menunjukkan diri sendiri adalah di pihak yang paling benar.

Lain orang mungkin lain seleranya. Tapi yang jelas karya penulis A. Darwish sememangnya kena dengan selera saya. Dari karya Kala Senja Dia Datang, Jangan Biar Dia Masuk (1&2), Tanah Rizab Jin, ianya kisah masyarakat tempatan. InsyaAllah anda tidak akan berasa rugi kerana ia sebuah naskhah yang bukan hanya sekadar seram semata-mata atau sengaja mahu menakut- nakutkan. Tapi lebih dari itu. Disebalik seram, ada isinya. Ada dakwahya. Ada hikmahnya. Ada mesej yang ingin disampaikannya. Saya pasti akan ternantikan sambungannya (jika ada) dan sudah pasti karya lain beliau yang seterusnya. Harapan saya cuma penulis akan terus mengekalkan identiti dengan penceritaan kisah masyarakat yang ‘biasa- biasa’ kerana ia sebenarnya karya yang luar biasa!



#orangkampung
Profile Image for Atie Attyra.
64 reviews5 followers
June 12, 2017
Novel: AMUKAN JEMBALANG TANAH
PENULIS: A. DARWISY
PENERBIT: BUKU PRIMA


Puas hati dan tidak puas hati setelah menamatkan pengembaraan dalam novel Amukan Jembalang Tanah ini.
Puas hati kerana hampir segala persoalan terjawab.
Tidak puas hati kerana hendak tahu apa lagi yang terjadi di akhir cerita.

Secara keseluruhan idea cerita ini baru dan segar. Belum ada lagi tajuk dan jalan cerita yang serupa (dalam jangkauan saya) yang ada dipasaran.
Jalan cerita yang lancar memudahkan pembaca memahami perjalanan cerita ini walaupun konsep yang digunakan adalah selang masa antara zaman dahulu dan masa kini.
Terdapat cerita-cerita sampingan yang diselitkan di antara cerita utama yang masih berkisar tentang hantu dikalangan kaum melayu waktu dahulu.
Garapan bahasa yang baik dan mudah difahami termasuklah penggunaan bahasa Jepun. Terbelit juga lidah nak sebut perkataan-perkataan bahasa penjajah itu.
Nasib baik ada terjemahan.

Plot cerita adalah berkisarkan tentang salah satu jenis hantu atau jin yang ada dikalangan kaum melayu zaman dulu iaitu jembalang tanah.
Walaupun rupa asal hantu atau jin itu tidak diketahui namun apa yang cuba dizahirkan atau digambarkan oleh penulis, rupanya seakan mawas atau bigfoot.
Walaupun jin itu dicipta daripada api namun dengan api juga, dia akan musnah.
Secara keseluruhan, mood atau momentum semasa membaca novel ini turun dan naik. Pandai penulis menurunkan tahap debaran dan ingin tahu pembaca pada satu zaman dengan
menukar ke zaman yang lain. Namun debaran, rasa ingin tahu siapa dalang yang menghidupkan semula jembalang itu sentiasa terasa walau semasa di zaman dahulu.
Cerita mengenai hantu tenggelong atau penanggal juga membuatkan pembaca rasa ingin tahu siapakah manusia tenggelong itu. Namun semuanya terjawab diakhir cerita.
Cerita ini membuatkan pembaca seperti berada didalam cerita dan menjadi salah satu watak sampingan. Terasa gegaran apabila kampung diamuk jembalang. Terasa saspen sewaktu meronda sekolah bersama-sama cikgu. Terasa cemas dan takut apabila menentang jembalang diakhir cerita.. Terasa melayang-layang pon ada.

Watak-watak yang ada dalam cerita ini walaupun tak banyak tetapi memberi kesan setiap daripada mereka walaupun sekecil-kecil watak.
Hubung kait antara watak dijalin dengan baik. Pembaca akan tertanya-tanya siapakah watak jahat? Watak hantu tenggelong? Watak manusia berkelubung hitam.
Ini membuatkan susah untuk pembaca berhenti membaca.

Di dalam Amukan Jembalang Tanah ini, 2 watak yang menjadi pilihan iaitu Cikgu Razali dan Cikgu Badrul. Mereka ada persamaan. Menjaga aib seseorang.
Walaupun masih muda, namun mereka tetap berpegang pada jalan Allah dan hanya bergantung pada Allah sebagai Penolong.
Cikgu Razali tetap bersangka baik dan menerima dia walaupun tahu siapakah dirinya yang sebenar.

Banyak mesej yang disampaikan oleh penulis dalam novel ini.
Semoga kita sebagai pembaca mendapat ikhtibar dari cerita ini. Untuk apalah kita bergantung harap pada makhluk ciptaan Allah yang lain yang akhirnya memakan diri sendiri.
Perjanjian dengan syaitan dan jin hanya sia-sia. Ada korban yang akan dituntut untuk setiap pertolongan. Begitulah yang terjadi pada si pemuja itu dan keturunannya.

Kita sebagai hamba yang kerdil ini, hanyalah pada Allah sahaja yang sepatutnya kita bergantung harap. Pertolongan Allah akan datang kiranya kita yakin kepadaNYA.

Kita sebagai manusia juga harus menjadi aib orang lain walaupun orang itu jahat. itulah antara ciri orang mukmin. Semoga dengan menjada aib orang itu, ada hidayah yang terbit dalam hatinya.. Semoga ada titik yang kecil tercuit dengan kebaikan kita menjaga aibnya.



Semoga cerita-cerita sebegini dapat dihasilkan lagi oleh penulis.
Sambil bercerita cerita rakyat sambil penulis berdakwah kecil. Semoga sampai kepada pembaca.
Seram itu bukanlah semestinya pada hantu.. Seram itu halusnya sifatnya.. Keadaan yang sunyi juga adakalanya seram.
Diharapkan penulis dapat menghasilkan cerita seram yang dekat dengan kita di Nusantara ini.

Jentiklah dinding, bukalah pintu.
Buka terdedah sampai ke siang...


#orangkampung
Profile Image for Anna Mariana.
2 reviews
June 16, 2017
6.20pagi.
Sabtu, 3 Jun 2017.

Alhamdulillah. Telah berjaya menamatkan bacaan Amuka Jembalang Tanah karya saudara Anuar Darwisy.

Pertama sekali tahniah diucapkan di atas kelahiran AJT. Jalan cerita yg menarik, di selang seli dengan kisah di zaman penjajahan Jepun, tetapi berkisar di tempat sama, jembalang yang sama. Sangat smooth di mana peak story sangat mendebarkan dan tidak tergesa-gesa. Juga menjentik naluri ingin tahu siapakah susur galur waris yang membangkitkan kembali jembalang. Juga sebab kenapa jembalang kembali mengamuk, semua terjawab satu persatu.

Satu demi satu kisah yang berkait rapat menimbulkan persoalan, masing-masing cuba mencari rahsia yang tersimpan kemas. Penggunaan lagu di zaman kanak-kanak juga sangat memberi impak yang mendebarkan. Nak bernafas pun x berani. Dalang sebenar adalah seorang yang tidak kita jangkakan do akhir cerita.

Tapi secara peribadi, saya dah mendapat klu siapakah dalang tersebut. Ada 3 klu kesemuanya. Yang ini saya tak akan reveal di sini, kang jadi spoiler pulak kan kan kan...

Pada yang belum baca lagi, jangan pm sy bertanyakan klu tersebut. Yang dah baca, boleh. Hehehehe...

Moral of the story, yang pertama adalah menjaga aib. Samada ianya terbukti kebenaran atau sekadar mencari kepastian, seharusnya dengan tindakan yang tidak menimbulkan salah sangka. Orang mukmin menutupi aib saudaranya dan menasihati.

Yang kedua adalah, nasab keturunan. Iman tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Jangan kita sangka orang tua- tua yang mengamalkan perlakuan syirik ini, bermakna anak-anak waris mereka juga bersetuju dan juga mengamalkan amalan khurafat tersebut. Agama dan iman itu haruslah datang dari dalam diri. Namun jika kebencian, dendam dan amarah penuh di dada, mustahil untuk menerima teguran dan nasihat, melainkan Allah yang balikkan hati mereka.

Yang ketiga adalah adat dan resam. Ini berkaitan dengan persembahan Mek Mulung yang digarap dalam novel ini. Sama seperti Ulek Mayang, tertib dalam persembahan ini bukan sekadar tarian semata-mata, malah lebih kepada pemujaan dan persembahan kepada makhlus halus. Golongan muda zaman sekarang tentunya tidak terdedah secara terperinci dengan perkara seperti ini, tapi kita selalu ambil mudah dengan menganggap satu-satu persembahan itu hanya sekadar persembahan, namun kita tidak meneliti elemen / unsur yang lain, yang mungkin kita terlepas pandang, bisa menjerumus kita ke arah perbuatan khurafat. Ada baiknya jika kita terlibat dengan kebudayaan meneliti semua aspek supaya bersih dan tidak mengandungi unsur-unsur yang lain.

Keempat, setiap yang kita lakukan, ada imbalannya. Setiap kehancuran di muka bumi ini, adalah dari tangan-tangan manusia juga yang melakukan maksiat. Allah memberi peringatan dalam skala yang besar, dalam pada itu Allah juga mengampunkan dosa-dosa yang telah kamu lakukan selagi kamu bertaubat tidak akan mengulangi perbuatan itu semula.

Kelima, berhati-hatilah dengan golongan yang bermuka-muka. Tujuannya untuk menjadi batu api dan tali barut. Menimbulkan sengketa. Orang kita sebut talam 2 muka. 2 muka ok lagi, buatnya sampai 5,6,7 muka... Semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

Akhir kata, jentik dinding bukalah pintu.. Start kereta, belilah buku..
Xde pintu, loginlah account, buat transaction, dapatlah buku..
Hahahahaha.. Apa lagi, dapatkan AJT sekarang. Sure tak menyesal!

#reviewAJT
#AmukanJembalangTanah
#orangkampung
#tokketuapalubeduk
#jentikdindingbukalahpintu
Profile Image for Rose Zainal.
2 reviews
June 14, 2017
Bersempena dengan hari lahir saya hari ini,buat pertama kali dalam hidup, saya tulis 'review' novel. Haha! Seloroh aje. Jangan marah ye.

Ok. AJT merupakan satu karya yang sangat 'melayu'. Latar belakang,adatnya,suasananya dan begitu juga watak-wataknya. Saya juga tertarik dengan 'Timeline' dalam cerita ini.

Apa yang saya perasan dalam setiap karya A.Darwisy,susunan bahasanya,perbendaharaan katanya yang baik. Saya rasa mungkin sebab inilah karya A.Darwisy dapat menawan hati saya. Eh! Bukan-bukan,menawan hati pembaca. Hehe. Kadang masa membaca,saya terasa seolah-olah si penulis sedang bercerita di depan saya.

Bercerita tentang watak pula,saya suka watak Cikgu Mastura. Seorang yang nampak simple tapi punya semangat yang kuat. Contohnya, bilamana Cikgu Mastura ikut Ustaz Daud dan Cikgu Badrul ke bengkel lama. Perasaan ingin tahu Cikgu Mastura memang tidak boleh dibendung lagi waktu itu.
Sama juga dengan Makcik Timah. Jual mee sup tapi,ada rahsia disebalik siapa dia sebenarnya.

A.Darwisy dalam setiap karyanya,selalu titipkan pengajaran untuk kita ambil iktibar. Menjaga aib orang lain itu adalah tanggungjawab kita bersama. Juga,jangan takut untuk berdakwah. Sedangkan Rasulullah saw juga ditentang habis-habisan kerana sebarkan agama Allah. Inikan pula kita.

AJT tidak seperti JBDM & JBDM II. Jalan cerita yang 'simple'. Saya rasa A.Darwisy memang mahukan karyanya yang satu ini 'straight-forward'. Tapi elemen mistiknya tetap KUAT. Penuh dengan nasihat dan pengajaran.

Pada saya rasa seram itu subjektif. Kalau ditanya dengan saya seram bagaimana yang saya mahu,saya tidak dapat jawab dengan tepat. Saya suka dengan idea seram "hantu melayu" dalam AJT. Nampak klise,tapi saya suka. Sesekali keluar dari momokan "hantu Korea atau hantu Hollywood". Hehe..

Kesimpulanya,A.Darwisy sekali lagi berjaya tampil dengan karya yang 'simple' tapi tetap menyengat. Tak perlu efek hollywood. Cukup sekadar bermain dengan tatabahasa dan susunan kata yang sangat-sangat baik. Memetik kata-kata Cikgu Noraizah "Asas penulisan adalah menguasai tatabahasa dengan baik dan memperkayakan perbendaharaan kata. Idea,jatuh nombor dua.Biar binaan ayat itu kemas terlebih dahulu. Kemudian hendak buat cerita sampai ke Planet Marikh pun,buatlah." Saya fikir,INILAH sebenarnya kelebihan A.Darwisy.

Saya tak mahu cerita apa yang ada dalam novel AJT. Saya nak cerita KENAPA korang KENA baca AJT ni. Kalau belum baca,pergi baca. Kalau belum beli,pergi beli. "Worth your money" bak kata omputih. Haha.

Oklah,panjang sangat dah ni. Haha. Jadinya kesimpulan saya,hendak hasilkan sesuatu karya itu kadangnya tak perlu berlebihan. Bak kata omputih sekali lagi "Less is more".

Saya harap A.Darwisy terus diberikan ilham dan idea dalam penulisannya. Moga terus sukses hendaknya. Aaaminn.

#JKKKBahagianRewang&KenduriKendara
#orangkampung

Profile Image for Adreena Aleeya.
1 review1 follower
June 23, 2017
Bismillahirrahmanirrahim

Seperti novel-novel genre seram penulis yang lain, naskah ini turut memenuhi tanggapan awal saya. 'Beyond Expectation' bak kata orang putih. Menampilkan idea yang segar dari kebiasaan novel bergenre seram membuatkan rasa ingin tahu pembaca melonjak-lonjak. Berkisarkan suasana kampung ketika zaman penjajahan Jepun berselang seli dengan masa kini tidak membuat pembaca menjadi keliru dek garapan bahasa yang mantap. Malahan plot yang disusun serta pemilihan perkataan yang kena pada tempatnya menjadikan pembaca lebih memahami jalan cerita serta membolehkan pembaca membayangkan situasi pada ketika itu sekaligus membuatkan pembaca seolah-olah turut sama berada di dalam cerita. Penceritaan untuk setiap watak-watak yang ditonjolkan juga digarap dengan teliti dan baik membuatkan pembaca tertanya-tanya siapa dalang sebenar seterusnya memberi kejutan pada hujung cerita. (Walaupun ramai yang beritahu dalangnya orang yang tidak dijangka, tapi tetap juga tak dapat meneka siapa orangnya. Hebatkan susunan serta gaya penceritaan penulis? Penghujung cerita baru tahu jawapan)

Watak Mak Cik Timah menjadi pilihan saya atas beberapa faktor. Selain seorang yang bersahaja dan kadangkala lepas percakapannya serta ada juga situasi yang mencuit hati, namun sekiranya dilihat dari sisi yang lain, beliau seorang bertanggungjawab dan suka membantu walaupun gayanya agak misteri. Susur galur keturunannya juga turut memberi kesan yang mendalam kepada saya kerana sesungguhnya iman itu tidak dapat diwarisi. Begitu juga sebaliknya.

Secara keseluruhannya, novel Amukan Jembalang Tanah ini menepati citarasa pembaca seperti saya. Bukan nukilan seram semata-mata tetapi banyak pengisian ilmu serta nasihat yang dipaparkan. Selain menceritakan bagaimana kesannya mensyirikkan Allah, penulis juga mengetengahkan isu aib yang mana Islam menyarankan penganutnya untuk menjaga aib antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, novel ini juga memaparkan bahawa pilihan untuk berbuat baik atau jahat merupakan pilihan individu, bukan disebabkan keturunan.

Bak kata penulis, seram itu halus sifatnya. Saya mengimpikan nukilan berkisarkan norma & serta budaya yang berbeza dari penulis untuk novel beliau yang mendatang. Kalau diperhatikan, novel-novel penulis yang sebelumnya mengangkat budaya rumpun melayu sebagai wadah penulisan beliau, mungkin untuk novel seterusnya boleh menggabungkan budaya timur dan barat sebagai asas penceritaan.

Tidak rugi untuk dapatkan novel ini malahan saya memberi jaminan yang anda akan mencari novel-novel lain penulis ini untuk dijadikan koleksi!

Adreena Aleeya
23.06.2017 14.08PM
#orangkampung
Profile Image for Tey Marzuki.
Author 13 books101 followers
December 28, 2017
Siapa kata novel seram tak boleh digubah dengan bahasa yang indah?

Penulis telah membuktikannya dengan setiap karya beliau dan karya kali ini berlatar belakangkan zaman moden dan juga zaman penjajahan askar Jepun, keindahan bahasanya lebih mantap lagi.
Mungkin pembaca lain suka penggunaan bahasa yang santai-santai pada satu-satu buku, tetapi bagi saya, kekuatan buku itu tidak sekadar pada plot, jalan cerita dan wataknya sahaja. Bahasa juga memainkan peranan. Penulis pada saya bijak menggunakan bahasa yang indah dan dialog yang bersahaja dalam karyanya, menjadikan pembacaan tidak membosankan.

Dari segi penceritaan juga sangat lancar. Saya tidak melangkau mana-mana babak atau mempercepat bacaan kerana setiap kisah yang dihidangkan mampu membawa saya menghayati watak dan juga persekitaran. Babak-babak “jumpscare” memang cukup dalam buku ini dan tidak berlebih-lebihan. Saya paling suka babak ketika Sakinah terperangkap di dewan, ketika para guru membuat rondaan di sekolah pada lewat malam dan semua babak yang melibatkan hantu kanak-kanak (termasuk gangguan yang diterima Cikgu Mastura di rumahnya). Rasa seramnya memang sampai. Lagi-lagi bila ada unsur usikan daripada hantu kanak-kanak dalam bentuk nyanyian. Membacanya membuatkan merinding bulu roma.

Keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan Amukan Jembalang Tanah. Cuma satu saja yang mungkin mengganggu saya iaitu watak pelajarnya. Geram juga dengan dua pelajar itu. Agaknya perlu diajar makna “curiosity could kill a cat” pada dua pelajar tu. (Ya, saya emosi sebab terlalu mendalami bukunya.. hahahhahaa)

Tahniah kepada penulis. Semoga terus berkarya dan berjaya. Saya akan sentiasa menanti karya anda.
4 reviews
July 19, 2017
Buku yg menarik, padat dengan pengisian yg disampaikan secara halus. Applikasi latar masa yg kemas di mana pembaca dapat menghayati penceritaan tanpa menyedari perubahan zaman , tau2 dah abis baca je
Setiap watak mempunyai kekuatan tersendiri yg secara langsung memberi impak kepada keseluruhan cerita.
Berkenalan dgn satu lagi persembahan 'Mek Mulung', menerokai sisi gelapnya amat menarik. Kalau Ulek Mayang berpusat pada puteri 7. Mek Mulung macam satu kg, ini part paling seram..... Hehehe
Bertitik tolak dr zaman pendudukan Jepun, di sini dapat dilihat wujudnya ramai wira2 Melayu yang tidak didendang bangun menentang demi mempertahanan desa tercinta dan tak kurang juga yang memilih untuk jadi pengkianat bangsa.
Di zaman ini dapat dilihat krisis pertembungan budaya antara kepercayaan adat dan agama. Cabaran yang dihadapi untuk menyebarkan agama. Garapan ini pada saya sgt menarik. Kini adat2 ini semakin dilupakan namun bila ada kumpulan minoriti cuba menghidupkan semula, ia mewujudkan satu chaos yang besar. Di sini saya melihat kepentingan sejarah itu dipelihara untuk dijadikan bahan rujukan kelak. Nasib baik ada Tuan Kasim, Kak Timah dan Ustaz Daud.
Kesian padat Baharum, Tania dan Mira....
Ayat yang paling saya suka.....perbualan antara Mak Limah dan Salwa..
" Kau pindah lari ke Kuala Lumpur. Sana tak ada jembalang. Tapi ada orang minyak. Jangan biar dia masuk...... Ha ha ha"
Apa2 pun kembalilah kepada agama....kerana niat tidak menghalalkan cara......biar putih tulang jangan putih mata

Well done, Anuar Darwisy
Profile Image for Hamidah Effendi.
358 reviews4 followers
November 7, 2025
Amukan Jembalang Tanah oleh A. Darwisy

Cerita ini disusun secara back-to-back antara masa lalu dan masa kini.

Bahagian masa lalu membawa kita ke zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu — ketika sebuah kampung, ada penduduknya sanggup memuja makhluk ghaib demi melindungi tapak sekolah daripada diambil alih oleh tentera Jepun.

Namun, di masa kini, makhluk yang pernah dipuja itu kembali ‘mengamuk’ apabila janji lama diabaikan. Tapi… betulkah itu punca sebenarnya?

Kisah masa lalu membuka rahsia kepada kekacauan di masa kini, dan aku langsung tak menjangka plot twist ketika kebenaran akhirnya terbongkar.

Babak di balai polis benar-benar menyeramkan — terutama apabila kisah tentang “mereka” yang open-ending dan serangan tiga makhluk berbulu muncul sebagai tanda tanya besar.

Plotnya digarap kemas dan makin menarik apabila diselitkan elemen sejarah sebenar — buat aku rasa teruja mengikut perjalanan ceritanya.

Sempat juga aku rasa serba salah bila Hj. Kamal ‘mengetuk’ aku dengan nasihat — jangan seronok sangat bila tengok makhluk berbulu menyerang tentera Jepun.

Betul katanya. Pertolongan hanya harus diminta daripada Allah SWT. Sepatutnya satu kampung bersatu padu mempertahankan sekolah, bukan memilih jalan syirik untuk jalan mudah.

Akhirnya, kesenangan sementara itu memusnahkan mereka sendiri.

Genre: Mistik · Sejarah · Thriller
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
June 27, 2017
#46
Amukan Jembalang Tanah... Sebuah karya yang berjaya membuatkan saya tidak senang duduk. Hendak pula saya membaca naskhah ini menjelang malam hari. Tahniah buat A.Darwisy, lepas saga JBDM, AJT pula buatkan saya rasa seperti diperhatikan membaca naskhah ini.

Masih mengekalkan elemen perkaitan antara masa dahulu dan masa sekarang, penulis berjaya membuatkan pembaca tidak berasa semak dengan penggantian tahun dalam setiap bab.

Berkenaan watak yang diselitkan, sesungguhnya semua watak berjaya memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya. Sekecil-kecil lipan tanah sehinggalah sebesar-besar jembalang tanah, semuanya terbaik!!!

Dan... sungguh saya terkejut **buntang mata** pabila mengetahui siapa dalang yang sebenarnya. Kasihan insan yang tidak berdosa terpaksa menjadi korban. Kerana fitnah, insan tidak berdosa dipulau...

Keseluruhannya, novel kali ini antara karya terbaik penulis!!! TAHNIAH sekali lagi buat A.Darwisy. Ya, karya ini memang jujur. Dan, saya menanti kejujuran dalam karya tuan yang seterusnya. Chaiyok!

p/s-Karya ini kalau diangkat ke layar lebar, memang terbaik ni. Dengan kesan khasnya, puhhh letup2! Haha...

Displaying 1 - 30 of 56 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.