Assalamualaikum. Miss Cactus dah open order ebook terbaru, MAYANG 🌹 Harga promo valid untuk 3 hari sahaja ‼️
BLURB 🌹
Tak pernah Mayang membayangkan yang dirinya akan dijandakan Hilmi secepat ini.
Sudah diceraikan, dicemuh pula. Isu bentuk badannya yang bersaiz XXXL dijadikan bahan jenaka bekas suami dan bekas ibu mentua.
Kerana tindakan luar biasa Mayang di majlis kahwin Hilmi dan Anis, Mayang tular di media sosial. Tapi Mayang balas semula dengan surat saman. Pakat panas buntutlah manusia-manusia yang menularkan Mayang di media sosial.
Pulang ke kampung ingatkan dapatlah berasa hidup aman tapi tidak rupanya. Dicemuh sudah semestinya. Apatah lagi dipersenda. Tapi dah namanya Mayang memang dia balas semulalah.
“Sekali lagi saya dengar mak cik sibuk hal saya, saya tak akan teragak-agak untuk buat mak cik jadi janda. Perempuan tua yang dah menopause macam mak cik ni mesti kalah dengan janda gemuk macam saya.”
Sekali Mayang bidas, terus terkedu jadinya.
Musibah yang melanda Hilmi menyebabkan bekas ibu mentua Mayang muncul kerana mahukan Mayang kembali kepada anak lelakinya semula.
“Kau telefon Mayang suruh dia balik sekarang juga. Aku nak bayar suami Mayang untuk ceraikan Mayang. Aku nak bawa balik si gemuk tu untuk anak aku.”
Mayang nekad dengan keputusannya. Jadi dia memilih lelaki itu sebagai rajanya. Kerana dia mahu ada happy ending dalam hidupnya.
comel la mayang ni. tapi ada juga sedih di beberapa babak. part berhujan tu ... huhu ... kesiannya dia. jahat hilmi. tapi jahat lagi emak dia, puan hafizah, emak di hilmi tulah. anis tu taklah baik mana kalau tiba-tiba nak kahwin dengan hilmi. nak sangat konon jadi madu mayang.
lepas habis idah, mayang pulang ke kampung. ramai aje mulut puaka dalam kampung dia. ketua puaka, puan husna. radio karat sungguh. siap nak tabur fitnah.
sedap cerita ni. suka dengan watak mayang. walaupun dia terluka, hancur hati, tapi dia tak tayang depan orang. buat apa nak meratap merayu kalau dah tak mahu pada dia. mendapatla hilmi ...
setiap perbuatan akan ada balasan. jangan la sesekali dalam hati ada rasa dengki, busuk hati ... ishh ... dah lama sangat ke hidup?
Tolong beli cerita ni guys. Best sangat. Penulis pun comel je bagi gambaran si Mayang ni. Comel gambaran Mayang ni. huhu.
Mayang ni cerita tentang Gadis bernama Mayang yang digambarkan agak chubby. Berkahwin dengan Hilmi dan menolak pinangan Affan sebelumnya. Tapi itulah 'Langit tidak selalunya cerah' kerana ada orang ke-3, namun 'tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi' kan? Hadirnya Anis yang dahulunya Mayang banyak tolong tapi akhirnya tikam belakang. Klise? Tapi ianya memang berlaku dalam kehidupan. . Affan pula, orang kira dia tak berkerja tapi hakikatnya~~ Tapi itulah dalam kehidupan ni kalau kita tak berapa nak tunjuk, orang tak percaya pula tapi bila tunjuk ada sahaja yang ambil kesempatan. Tapi jalan cerita untuk Affan tak banyak bagi saya la terutama tentang kerjanya dan macam mana dia rapat dengan Mukriz adik Mayang. kalau ada olahan lebih sedikit tentang Affan rasanya okay juga.
Overall bagi saya, saya suka jalan ceritanya. Berbaloi beli .
Cerita ni best! Sila beli ya~ Olahan penulis cukup baik bagi saya bahkan saya harap lebih tebal lagi sebab tak puas rasanya. hehe. Keep it up! Love it