Jump to ratings and reviews
Rate this book

Watak-Watak Yang Bersembunyi Dalam Diri

Rate this book
Dalam diri yang kita sangka kita cukup kenali, ternyata ada wajah dan karakter yang tidak pernah kita temui sebelum ini.

Kita merasakan bahawa kita cukup kenal dengan diri sendiri, namun terkadang kita tidak sedar apabila kita berasa sedih atau ketika kita sebenarnya tidak baik-baik saja.

Buku ini membawa kita mengenali watak-watak dalam diri, daripada perspektif karakter-karakter dalam drama Korea, dengan setiap satunya mempunyai character development yang penuh inspirasi.

248 pages, Paperback

Published January 1, 2024

2 people are currently reading
4 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (33%)
4 stars
10 (66%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Husna Rosli.
Author 3 books261 followers
September 27, 2024
Sebenarnya, saya berharap penulis akan masukkan refleksi Kdrama yang dikaitkan dengan pengalaman hidupnya. Supaya penulisannya lebih dekat dan personal. Ada la 1,2 bab penulis cerita sikit refleksi kehidupan seharian. Selainnya, rasa macam kitab K-Drama. Lebih relate kalau dah pernah tengok K-Drama tu sebab lebih faham konteks.

Fans of value dan K-drama will enjoy this book more.
Profile Image for bookmehnia.
316 reviews14 followers
August 14, 2024
{49/2024} 4/5🌟 Self-Help/Motivasi (Bukan Fiksi) | 239 ms

Siapa yang tidak sukakan k-drama? Walaupun saya bukanlah penonton setia, namun ada beberapa k-drama yang telah menambat hati saya. Tidak dinafikan, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kebanyakan k-drama membawa tema “𝘩𝘦𝘢𝘭𝘪𝘯𝘨” dan “motivasi” untuk para penggemarnya.

Korea Selatan mempunyai data kadar bunuh diri yang tinggi di kalangan generasi mudanya, dan ianya meningkat dari tahun ke tahun menurut laporan Kementerian Kesihatan di sana, lapor Astro Awani. Gaya hidup dan persaingan yang sengit dalam bidang akademik dan pekerjaan, tidak dapat tidak, merupakan faktor yang menyumbang kepada data ini.

Jadi tidak hairan kalau kebanyakan penerbit drama di sana, menerbitkan drama-drama seumpama ini bagi menyedarkan generasi muda di sana yang hidup itu pasti akan ada masalah, namun setiap masalah akan ada penyelesaiannya, dengan harapan ianya dapat menyedarkan mereka, apatah lagi k-drama dilihat sebagai salah satu 𝘦𝘴𝘤𝘢𝘱𝘪𝘴𝘮 dari kehidupan realiti mereka yang sentiasa sibuk dari awal pagi hingga malam.

Buku ini, sama seperti buku-buku self-healing yang lain, yang mengetengahkan isu-isu seperti, 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘭𝘰𝘷𝘦 dan apresiasi diri. Namun, yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana setiap isu itu dikaitkan dengan watak-watak k-drama popular. Bagaimana penulis cuba memberi contoh mengenai keputusan dalam kehidupan setiap watak yang dipilih. Mungkin akan ada pembaca yang bersetuju dan tidak setuju, atau tidak nampak relevan perbincangan penulis, apatah lagi isu berkenaan 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘭𝘰𝘷𝘦 ini sangat 𝘥𝘦𝘣𝘢𝘵𝘢𝘣𝘭𝘦, masing-masing punya pendapat - namun saya suka melihatnya dari satu sisi yang berbeza. Saya boleh andaikan, topik-topik yang dibincangkan di dalam buku ini pasti lebih menarik sekiranya diadakan perbincangan 𝘧𝘢𝘤𝘦 𝘵𝘰 𝘧𝘢𝘤𝘦, atau forum kerana di situ mungkin akan lebih banyak bahan perbincangannya dan perdebatan secara sihat. Namun, pembaca harus hormat kerana awal-awal penulis sudah memberi “𝘥𝘪𝘴𝘤𝘭𝘢𝘪𝘮𝘦𝘳” yang penulisan ini adalah pendapat dan POV penulis sahaja melalui pengamatannya.

Saya tertarik dengan kupasan watak Ji Eun Tak lakonan Kim Go Eun dalam drama Goblin. Sehingga kini, saya masih juga tertanya-tanya kenapa wataknya begitu tetapi penulis telah berjaya memadamkan kekeliruan saya melalui pengamatan watak Ji Eun Tak. Watak Ji Eun Tak ini unik bagi saya kerana dia sebenarnya hidup dalam kesedihan akan tetapi usahanya untuk memudahkan hidup dan menggembirakan orang lain itu sangat tidak padan dengan watak seseorang yang sedih. Kita selalu lihat orang yang sedih, hidupnya tidak bermaya dan selalu muram. Ada satu faktor yang menyebabkan Ji Eun-Tak jadi begitu dan bagi saya isinya amat penting terutamanya buat ibubapa.

Antara watak-watak lain yang dibincangkan oleh penulis adalah Imsol dan Sun-Jae, Yoon Se- Ri dan Ri Jeong-Hyeok, juga watak-watak daripada drama Doctor Slump, The Glory, Skycastle, Yumi’s Cell dan lain-lain.

Apa yang boleh saya simpulkan hasil daripada pembacaan saya - media sosial, tidak dapat tidak, adalah salah satu penyumbang kepada permasalahan 𝘴𝘦𝘭𝘧-𝘨𝘳𝘰𝘸𝘵𝘩 ramai orang. Puncanya, kita terlalu gemar membandingkan hidup kita dengan orang lain adakalanya kita kurang bersyukur dengan apa yang kita sudah ada. Jadi tidak hairan ramai anak-anak muda yang bercita-cita mahu menjadi 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵-𝘤𝘳𝘦𝘢𝘵𝘰𝘳 dan tidak berminat untuk menghabiskan pelajaran kerana apa yang mereka lihat di media sosial itu indah-indah belaka bagi mereka, atau lebih teruk - semuanya dunia tipu-tipu. Tahniah kepada 𝘤𝘰𝘯𝘵𝘦𝘯𝘵-𝘤𝘳𝘦𝘢𝘵𝘰𝘳 yang berjaya membangkitkan motivasi dan kesedaran serta memberikan input yang memberi impak kepada 𝘧𝘰𝘭𝘭𝘰𝘸𝘦𝘳𝘴 dengan cara yang baik dan sihat kerana ada juga di kalangan mereka yang sanggup menipu, cuma mahukan 𝘷𝘪𝘦𝘸𝘴 yang tinggi, dan ada juga yang sanggup mengenepikan adat dan budaya demi mengejar tak tahu apa.

Kita juga mudah menjatuhkan hukum dengan bersikap 𝘫𝘶𝘥𝘨𝘪𝘯𝘨 pada orang lain di samping mempunyai fikiran yang 𝙩𝙝𝙚 𝙬𝙤𝙧𝙡𝙙 𝙧𝙚𝙫𝙤𝙡𝙫𝙚𝙨 𝙖𝙧𝙤𝙪𝙣𝙙 𝙪𝙨, 𝙖𝙣𝙙 𝙤𝙣𝙡𝙮 𝙪𝙨. Tidak perlu lihat contoh yang jauh. Contoh paling mudah ialah di paparan media sosial dan di atas jalanraya sekarang. Ramai pengguna mudah hilang sabar. Tular banyak video-video 𝘳𝘰𝘢𝘥 𝘳𝘢𝘨𝘦 dan 𝘤𝘺𝘣𝘦𝘳-𝘣𝘶𝘭𝘭𝘺.

Seorang individu itu perlu menyelami diri sendiri dan kenalpasti perasaan yang menguasai diri - seperti dalam filem 𝙄𝙣𝙨𝙞𝙙𝙚 𝙊𝙪𝙩. Bak kata penulis, kita semua punyai sisi gelap dalam diri kita, persoalannya adakah kita mudah mengalah pada sisi gelap itu untuk menguasai diri kita atau kita lawan dengan sisi diri kita yang lebih baik? Setiap kali bangun pagi, tanya diri kita di cermin, “Adakah kita okay hari ini?”

Hidup juga perlu matlamat. Tidak dinafikan kadang-kadang, ada suara nakal dalam diri yang menyuarakan persoalan, “Kau nak apa sebenarnya?”, “Apa matlamat hidup kau?”. Kalau kita memandang persoalan itu dengan negatif, mungkin boleh jadi gila. Namun, berhenti sejenak dan berfikir apa sebenarnya yang kita ingin capai dan buat pelan. 𝘚𝘭𝘰𝘸𝘭𝘺 𝘣𝘶𝘵 𝘴𝘶𝘳𝘦𝘭𝘺, tidak usah bandingkan diri kita dengan pencapaian orang lain.

Tiada hidup yang tiada cabaran, termasuklah mereka yang kita lihat kehidupan mereka cukup sempurna. Setiap daripada kita ada “peperangan” dalam diri yang harus kita hadapi. Kadang-kadang kita boleh lihat ada orang yang serba-serbi tidak sempurna tetapi cukup bahagia, berlawanan dengan mereka yang cukup segala-galanya namun meronta-ronta dalam diri perasaan kesedihan. Berhentilah memandang orang lain dan kemudian memandang diri kita. Pandanglah diri kita sahaja, sayangi ia. Bila kita sudah menyayangi diri sendiri, barulah kita boleh limpahkan kasih sayang itu kepada orang lain.



#justreaddontbawang #bookmehnia #AugustReads #AugustTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #bookworm #watakwatakyangbersembunyididalamdiri #initentangkita #wahyunibusyra
Profile Image for Hikmah Reads.
18 reviews2 followers
Read
August 24, 2024
Buku ini membawakan sesuatu yang segar. Idea menghimpunkan anekdot refleksi K-drama merupakan suatu kelainan yang jarang ditemui. Walaupun mungkin ada buku lain di luar sana yang menyentuh tentang K-drama, buku ini mengupas dari aspek pergelutan emosi dan kesihatan mental — sangat menarik!

Seperti tajuknya, Watak-watak yang Bersembunyi dalam Diri, penulis menekankan kaitan antara diri kita dengan watak-watak dalam drama-drama Korea Selatan yang sangat berkait rapat dengan kehidupan. Mungkin ada sahaja watak dalam diri kita yang sedang lelah, belum pulih daripada trauma masa lalu, atau masih mencari identiti sendiri. Buku ini menyentuh perkara-perkara tersebut dengan mendalam.

Saya bukan penonton atau peminat K-drama; mungkin satu-satunya K-drama yang saya tonton ialah Doctor Slump (ada juga disebut dalam buku ini). Tetapi saya masih dapat menghargai dan menikmati buku ini kerana kupasan kisah-kisahnya sangat ‘relatable’ dengan kehidupan. Jadi, buat sesiapa yang tidak menonton K-drama seperti saya, jangan risau, buku ini tetap menarik. Persepsi awak terhadap K-drama mungkin akan berubah setelah membaca buku ini.

Buku ini disusun dengan kemas; hampir setiap bab disertakan dengan tajuk drama, genre, gambar watak-watak, gambar babak, petikan kata-kata dan beberapa istilah bagi membantu pembaca memahami konteks dan mesej yang disampaikan.

Mungkin sedikit maklum balas terhadap buku ini: jika awak jenis yang okey dengan sedikit campuran bahasa Inggeris dan Melayu, mungkin awak akan terima dengan baik. Namun, terdapat beberapa perkataan yang pada pandangan saya mungkin lebih sesuai ditulis dalam bahasa Melayu, dan tidak terlalu kerap menggunakan bahasa Inggeris. Selain itu, kertas yang digunakan agak nipis dan kesat, sedikit berbeza daripada jangkaan saya bagi harga sedemikian.

Apa pun, secara keseluruhan, buku ini bukan sahaja membantu kita mendalami K-drama, malah membawa kita lebih mengenali diri sendiri. Kita berasa dilihat, difahami dan mendapat sedikit kekuatan untuk terus tumbuh walau berdepan dengan hari-hari yang mencabar.

Terima kasih Tentang Kita atas buku berharga ini. Tahniah Wahyuni Busyra atas kelahiran buku sulung ini. Teruskan menulis! Dengan bakat merefleksi kehidupan ini, saya percaya buku-buku yang bakal lahir nanti akan menarik dan berkualiti.
Profile Image for Anati Jasmin.
14 reviews
August 20, 2024
Personal rating : 4.5 star

Bagi saya, penulis berjaya mengupas watak-watak dalam kdrama dan mengaitkan dengan watak-watak yang ADA dan HARUS kita kenali dalam diri kita.
Buku ini membawa mesej tentang kepentingan menghargai diri sendiri, mengenali emosi yang HIDUP di dalam diri dan meraikan semua watak yang ada dalam diri kita. Tidak kira watak gembira, sedih, berduka, 'jahat' dan sebagainya.

Raikan semua watak yang kita ada,
Raikan semua emosi yang HADIR dalam diri kita,
dan HARGAILAH dan CINTAILAH diri kita sendiri.

Buku ini juga berjaya menjentik hati saya untuk mempunyai satu pandangan BAHARU terhadap hidup dan melihat kehidupan dan kebahagiaan diri dari sudut yang lebih luas.
Profile Image for _nadiasw303.
38 reviews1 follower
July 29, 2025
Menarik konsep yang cuba diketengahkan dalam buku ni. Menggarap konsep character development melalui KDrama. Tema yang cuba dibawa adalah watak-watak yang sebenarnya ada dalam tiap diri kita, tapi masih berbeza dalam konteks bagaimana seseorang itu refleksi dengan apa yang berlaku dalam hidup nya.

Paling terkesan adalah topik 'Sky Castle' dan 'Daily Dose of Sunshine'.

Sebenarnya KDrama ni banyak je sentuh tema Slice of life. Banyak juga yang relate dengan kehidupan diri kita.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.