Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.
Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.
Jahat betul Idora. Memang padan muka dia! Ingat dia je yang betul... dia je yang bagus.
Kisah Leila dan tunangnya Ishaq pun best. He deserve it!
Watak mak² dalam ebook ini memang best! Menceriakan hidup F. Ternanti² F scene yang ada kaitan dengan mak² diaorang berdua ni.
Ada 1 part ni F suka baca... memang tepuk tangan F.
"Kalau Ishaq, selamba suruh aku tinggalkan keluarga aku dan lari jauh ke sana, Dean tak macam tu. Dia layan emak ayah aku sama macam mana dia layan emak dia."
Habis pembacaan, saya termenung sekejap. Banyak point yang penulis mahu sampaikan. Namun semuanya menjadi satu rumusan. Tentang hubungan sesama manusia. Bagaimana pentingnya menjaga hubungan suami isteri, keluarga dan juga rakan sekeliling.
Dean. Saya rasa wataknya sangat kuat. Penyabar. Dia berusaha mempertahankan rumahtangganya. Walau sudah tahu keburukan yang dilakukan Idora di luar rumah. Dean tetap beri Idora peluang untuk berubah tetapi bila Idora menjadikan Dean hanya alat untuk sebuah kebebasan, lebih baik Dean undur diri.
Leila. Watak yang menyenangkan orang² disekelilingnya sehingga tergamak Ishaq meninggalkan dia di saat hari pernikahan mereka. Tiada langsung rasa bersalah. Dia bukannya curang tetapi sikap tidak bertanggungjawab itulah yang seharusya dielak untuk dijadikan suami. Kerana apa? Orang sebegini sangat selfish!
Perbezaan Dean dan Ishaq. Dean itu sangat hormatkan orang tua dan dia juga melayan ibu bapa Leila dengan sangat baik. Namun tidak bagi Ishaq. Tindakan dia menyuruh Leila datang ke Australia dan berkahwin dengannya di sana seperti Leila itu anak yatim yang tiada ibu bapa.
Persamaan Idora dan Ishaq? Keduanya selfish. Idora hanya jadikan Dean itu sandaran untuk dia gapai apa yang dia mahukan sahaja. Dia bukan peduli pun perasaan Dean. Memang sama 2x5 dengan Ishaq. Rasanya penulis dah boleh kahwinkan Idora dengan Ishaq. Sejiwa betul perangai masing². Huh!
Yang geramnya part ending. Apsal secoet sangat. Aduhh. Tak sempat nak berangan sengih² tiba² dah habis? Senang je penulis ni gula²kan pembaca eh! 🤭
jodoh ni memang misteri, untuk manusia. mahu atau tidak, harus tempuh juga. yang tahu perjalanan hidup manusia, hanyalah Yang Maha Kuasa.
bijak tindakan dean. walaupun dia dimalukan, ada baiknya dia lepaskan sahaja idora yang bermuka-muka itu. semua jelas terserlah idora berkahwin dengan dia sebab harta. kalau tidak, masa kan senang-senang idora nak fitnah dia.
tak mudah untuk dean bangkit. dia lepaskan semua yang jadi miliknya dan balik ke negeri 01. namanya buruk, tapi emaknya masih percayai dia. itu sebab bila emaknya mula mengungkit tentang jodoh, mahu atau tidak, dean terpaksa bersetuju. maka mulalah episod misi mencari jodoh.
sedap kisah yang penulis ini lakarkan. seperti biasa, buat pembaca yang selalu ikut karya penulis lynn dayana ini, pasti tahu di manakah letaknya kekuatan penulis ini dalam berkarya. olahan yang mantap, tak perlu ragu-ragu. pembaca akan terperangkap dalam cerita hingga akhirnya. berat kaki mahu melangkah keluar setelah kisah tamat.
tapi itulah. sebagaimana leila dan dean perlu lalui hidup mendatang, begitulah kita sebagai pembaca. dendam tak bagus, leila ... haha!! tapi, sesekali nak balas perbuatan keji orang, rasanya okey kut. macam dean juga, duit bukan bermakna untuk semua, apatah lagi maruah yang diperkotak-katikkan. eloklah diwakafkan saja harta tu, kan?
Mak aihhh, punya lah angin kita baca ebook nie…🤬 As usual, karya Kak Lynn tak pernah mengecewakan…😍
Rating: 🌟🌟🌟🌟.3
Kisah seorang lelaki baik yang perasannya telah dipermainkan oleh bekas isterinya. Setelah 3 tahun bercerai dan membawa diri pulang ke kampung halaman, si ibunya pula mahu mencari calon isteri yang baru untuk si lelaki tersebut. Dapatkah lelaki itu menemui cinta sejati?
ML - Hafizudin / Dean Ada business nurseri. Seorang yang sangat taat dengan ibunya. Jatuh cinta pandang pertama dengan FL. Pernah berkahwin dengan Idora, tapi perkahwinan itu merupakan satu mimpi ngeri buat ML.
“𝑰 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒚𝒐𝒖.” 𝑫𝒆𝒂𝒏 𝒕𝒐 𝑳𝒆𝒊𝒍𝒂.
Kita suka sungguh pasangan nie. Berterus terang, takder simpang siur dah. Yer lah, dua hati yang pernah tersakiti. Bila dah jumpa yang suka, terus bagitahu jer…🌺❤️💖💛
FL - Leila Bekerja di agensi mencari jodoh. Pernah bertunang dengan Ishaq. Tapi, lagi beberapa hari nak menikah, Ishaq tinggalkan FL bodoh2 macam tue jer.
Ya Allah, masa baca ebook nie, kita rasa nak hempuk2 jer manusia durjana yang bernama Idora dan Ishaq. Ha, eloklahh dua2 watak mangkuk hayun nie start dengan ‘I’. Sekufu sungguh. Memang match made in hell…🤬😡 Walaupun mereka berdua bukanlah pasangan. Eh, kenapa lah author tak buat dierorang nie couple jer? Hangin sungguh kita…🤬😡
Kesian sangat kat ML & FL. Buta2 sahaja dipermainkan oleh pasangan masing2. Tapi, paling kita suka watak FL. Bila FL balas dendam, fuhhhh, memang rasa nak tepuk tangan 👏🏻 menari tango dah…💃🏻
Untuk yang tak pernah baca penulisan author nie, please lah. Tolonglah baca karya author nie. Penulisan yang sangat sedap dibaca. Santai dan bersahaja. Tapi, dalam santai2 tue pun, naik jugak darah kita bila baca ebook nie…😡🤬
Nasib baiklah ada characters sampingan yang menyejukkan hati. Suka baca jenaka di antara keluarga ML…😍🥰 Bersahaja dan kelakar…🤣 • One thing about this author, romance nya tak berlebihan. Nama characters senang disebut. Tapi, walaupun romance tak berlebihan, manis nya tetap ada…🥰 Cuma, kalau bahagian manis tue dilebih skit pun, lagi okey…😂🤣 • So, untuk yang belum pernah baca karya author nie, just beli ebook dia. Bila dah baca, terus jatuh hati…🥰😍 Untuk author, kenapa sampai dua karya yang akan datang nie? Kita yang baca pun macam, ehhh, kemain eh author…😅😂 Apa2 pun, all the best untuk next karya…👏🏻👍🏻