Nafla Nadeen merupakan seorang anak yatim piatu yang terpaksa tinggal bersama adik perempuan arwah ibunya, Puan Khasyimah. Selama 26 tahun tinggal bersama, Nafla sering diseksa. Tiada satu hari pun dia bebas tanpa diseksa.
Arfan Ikhy merupakan tunang kepada Nafla. Dia sudah dianggap sebagai tempat untuk berlindung sekali gus tempat dia mengadu segalanya. Namun, semuanya hanya sementara apabila Nafla hampir menjadi mangsa rogol tunangnya sendiri.
“Lepas! Lepas, Arfan!” – Nafla Nadeen
“Aku nak kau! Aku nak kau sekarang!”- Arfan Ikhy
Siapa sangka di hari yang paling hitam buat diri Nafla itu, hadirlah seorang jejaka yang datang menyelamatkan dirinya daripada tragedi itu. Tetapi sayangnya, jejaka tersebut turut terluka akibat menerima tusukan daripada Arfan ketika ingin menyelamatkan Nafla.
Namun begitu, Nafla tidak sempat untuk membalas jasa baik jejaka tersebut kerana kehilangan jejaknya.
“Kau! Kau perempuan hari tu kan, yang buat nyawa aku hampir melayang! Lepas tu kau nak cuba test market dekat tempat sini?”– Hardy Taqris.
Hardy Taqris adalah jejaka yang telah menyelamatkan Nafla daripada kejadian tempoh hari. Semenjak dari kejadian itu, Taqris telah pun menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap Nafla. Walau seteruk mana pun layanan Taqris, dia tidak pernah berhenti untuk memikirkan cara agar dapat membalas jasa baik lelaki itu.
Kalaulah F muda remaja, masih lagi budak hingusan, baru nak masuk tingkatan 1 maybe F akan suka kisah² syiok-sendiri begini.
Kemungkinan besar penulis target readers² yang muda-mudi. Penulisan you banyak lopong. Ada certain² sebab tak diceritakan dengan baik. Napa pakcik Nafla meninggal?
Maaf penulis, F yakin bila diasah dengan baik you boleh jadi penulis yang bagus. Hope you akan berusaha untuk perbaiki lagi.
Kisah Nafla, anak saudara mak Imah yang tidak disukai oleh keluarga mak Imah. Kena tunang dengan Arfan yang perangai tak elok.
Hampir kena rogol dengan Arfan tapi dapat diselamatkan oleh Taqris dan Karryc.
Taqris berdendam dengan Nafla sebabkan Nafla dia kena tikam. Dia acah² je ajak Nafla kahwin, mak Taqris datang pulak dan terus setuju. Taqris kahwin dengan Nafla sebab dendam. Korang bacalah sebab apa dendam.
Zaman sekarang ni zaman viral. So hati² la kalau nak viralkan sesuatu. Manusia boleh jadi pendendam.
Tu Taqris berubah sikap. Kahwin je gan Nafla.. dia pukul dan seksa bini. Kaki betina pulak tu. Alahaiiii terlalu panas baran mamat ni. Memang red flag! Ada banyak lagi yang Taqris buat.
Karryc ni memang suka kat Nafla. Dia yang suka dulu tapi Taqris dah potong line.
Satu je F kurang faham dan tak gemar. Taqris ni askar tapi perangai cam binatang sebab dendam. F tak boleh terima scene buddy tu. Keji gila. Patut Taqris kena buang dari position dia.
Novel ni agak straightforward. mungkin akan lebih menarik kalau dapat dikembangkan lagi sebab saya suka jalan ceritanya. hidup malang seorang Nafla disebabkan lelaki2 jahanam. paling tak boleh terima adanya manusia perangai macam Taqris tu, dia punya redflag level nauzubillah. anyway, kudos to the author. semoga dapat terus hasilkan penulisan yang lebih baik nanti.