Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tentang Takdir

Rate this book
Sepertinya kita tidak lagi teruja
hanya tinggal basa-basi
hanya tinggal sebatas sapa
mengenangmu ternyata lebih indah
dari melihatmu depan mata
benar
masa lalu tidak hanya menyajikan kepatahan
tapi juga tempat pelarian yang aman
setelah kenyataan
sepahit ini untuk ditelan

235 pages, Paperback

First published January 1, 2024

3 people are currently reading
23 people want to read

About the author

Hafizul Faiz

16 books183 followers
Hafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (37%)
4 stars
14 (37%)
3 stars
9 (24%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
November 29, 2024
67/2024

-Tentang Takdir
-Hafizul Faiz

Apa yang saya suka tentang buku ini, penyampaiannya sampai pada jiwa saya sebagai pembaca. Namun, isinya saya kira lebih kurang seperti siri Tentang yang sebelum ini, menjadikan karya ini seperti membaca pengulangan daripada dua karya sebelum ini. Walau apapun, untuk mereka yang ingin mencari buku 'self-healing', Tentang Takdir masih boleh dijadikan antara buku yang perlu anda miliki.
Profile Image for Silverprince.
100 reviews1 follower
December 31, 2025
Jujur. Aneh. Berjiwang.

Tentang Takdir bukan sebuah novel atau buku pembangunan diri. Buku ini ialah sebuah buku yang terkandung dengan pelbagai puisi. Tapi puisi-puisi dalam buku ini tidak ikut bentuk puisi yang biasa. Penampilan dan bentuk puisinya lebih dibandingkan dengan sebuah diari yang ada conteng-conteng (yang estetik), gambar perjalanan dan kejujuran jelas dari penulisnya.

Saya bersyukur dapat kesempatan baca buku yang mempamerkan kemampuan kejujuran manuasia. Pinsip-prinsip atau pengajaran hidup yang terkandung dalam buku ini tidak istimewa atau baru. Dewasa yang matang sudah dapat tahu perkara ini. Tapi cara penyampaianya ialah jujur dari hati dan ringkas (tetapi tidak ringkas sangat sampai ada kehilangan makna) dan inilah keistimewaan Tentang Takdir.

Saya bagi 5 bintang kerana buku ini dapat menyampaikan pengajaran hidup yang susah didalami secara mudah dan ringkas.
Profile Image for Bidasari.
366 reviews
May 6, 2026
Buku healing anak muda yang hampir 70% mukasurat tertera 4,5 baris ayat.

Buku ini sama seperti buku-buku lain oleh penulis yang pernah den baca macam Tentang Dewasa, Tentang Pergi, dsb.

Pengalaman hidup penulis dikongsikan di dalam buku ini dan pesanan yang diiringi bersama setiap cerita pada setiap helai mukasurat yang ada sebahagiannya ada yang boleh dikaitkan dengan kehidupan sebilangan daripada kita.

Buku tentang setiap orang bergerak pada fasa yang tersendiri, pilih orang yang memilih kita, circle yang kecil tapi saling menyokong untuk saling tumbuh dengan molek, slow down and savour our life dan seumpama dengannya.

Buku yang boleh dibaca in one sitting.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Ary アリ.
136 reviews6 followers
March 22, 2026
The book compiles the author’s various thoughts in short essays and poems surrounding destiny, or anything in betweeen. My first book of the author, that gives me mixed reactions. Some writings about singlehood and the state of being alone hit home, while some, I didn’t find them to be related to the title. Overall, a short and healing read in Ramadhan while waiting for iftar.

Tuhan sering menyusun orang-orang yang tepat hadir di hidupmu juga di waktu yang tepat
begitu juga Tuhan menyusun untuk sampai waktu, orang-orang tertentu akan meninggalkanmu.
Profile Image for Nur Yusof.
3 reviews
February 3, 2026
Sangat berpuitis. Sebelum mula membaca buku ini, saya membayangkan isi kandungan yang berbeza. Tapi, saya rasa buku ini menunjukkan sisi sebenar penulis kita yang sangat berpuitis dan pandai dalam menyusun kata2. Tidak banyak potongan ayat AlQuran yang dikongsi seperti dalam buku terbitannya yang lain. Pada saya, buku ini lebih kurang seperti diary dan luahan yg terpendam oleh penulis buku, Hafizul Faiz.:)
Profile Image for Hasliza AG.
5 reviews
September 25, 2025
Tentang Takdir ini umpama aku bermonolog dengan diri sendiri tentang apa yg berlaku dulu dan sekarang dalam setiap keputusan yang dibuat. Its not a self-healing book, but its literally a diary of me. Menvalidasi tiap perasaan yang hadir wpun bercampur-baur sebenarnya asyik.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews