Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cooper-K

Rate this book
Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak berdaya lagi menahan perasaannya sendiri?

Dalam tenang yang lama dicarinya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?

564 pages, Paperback

First published April 1, 2014

13 people are currently reading
127 people want to read

About the author

Rodier

18 books68 followers
RodieR or Rodhiah Rahman is a pharmacist who sees writing as a huge passion. She collects poems and quotes and loves travelling. She has published two Malay novels with Jemari Seni and has built her own group of readers. One fine day she hopes she can share her stories with the world.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
92 (39%)
4 stars
103 (44%)
3 stars
34 (14%)
2 stars
3 (1%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 72 reviews
75 reviews6 followers
Read
March 7, 2016
twinkle-twinkle little star.....

atas permintaaan, saya buat review terbuka. maaf atas segala kekurangan.

******************************************************

Amilia Aisya (AA) (Mia)

Kebetulan! Satu kata yang memulakan segala. Bukan mudah untuk aku memulakan hubungan ini. Banyak yang bermain dalam akal. Lalu aku menepis perasaan yang kadangkala datang bertamu. Bukan untuk menidakkan rasa hati tapi perjalanan ini masih jauh. Dihantui oleh kenangan semalam membuatkan aku sedikit kabur dengan perasaan dua hati. Ego? Bukan. Cuma aku mahu mencari sesuatu yang kurang dalam diri. Aku masih lagi dalam pengembaraan untuk mencari yang Abadi. Melengkapi ruang yang kosong itu agar hijab yang terbuka tidak tersirna dosanya. Menitip tiap kalimah yang terluah agar tiap langkah yang teratur ini tidak akan ada yang tertewas. Lalu....

Rupanya tanpa sedar, kau, aku kecewakan. Ya Tuhan. Benar aku menitip bait itu kerana itu rasa hatiku. Tapi entah kenapa, jauh didalam lubuk jiwa ini, aku dapat merasakan adanya ruang kosong yang tinggal. Ruang yang aku sendiri tidak dapat berdiam disitu kerana tanpa aku sedar sudah ada penghuninya. Tapi, mengapa? Mengapa aku terlalu mengikut akal yang selalu menidakkan perasaan yang makin kerap bertandang? Apakah aku sedang menolak hukum alam yang semakin menjadikan aku matang dan dewasa? Dan, apakah ini hukumannya? Kau pergi tanpa sepatah kata.

Bertahun... ya bertahun aku cuba melupakan. Tiap nafas yang terhela bagaikan dirimu sedang menemani aku disini. Sendiri kesepian melewati hari membuatkan aku semakin lelah menentang takdir hidup. Dan, mengapa perlu kita bertemu dalam keadaan begini? Jiwaku merintih. Hatiku sakit. Luka itu terlalu perih untuk aku balut lukanya semula. Kenapa? Apakah kerana kata yang aku titipkan buatmu, lalu kau menghukum aku begini? Oh Tuhan... mengapa kau begitu kejam? Tidak adakah ruang untukku untuk satu kata “MAAF”? ku pinta darimu, berikan aku kesempatan. Aku akan lakukan untukmu kerana seluruh jiwa ini sudah terukir namamu. Setiap hembusan nafas yang terhela, kau bagaikan nadinya. Saat mata ini terpejam, hanya wajahmu yang menjelma. Nyenyakkah tidurku andai dirimu yang menjadi mimpinya?

Pandanglah diriku ini yang sedang menagih kasihmu. Hanya sekali! Aku ingin bercerita tentang perasaanku. Aku ingin meluahkan segalanya. Aku ingin engkau tahu yang aku tidak pernah melepaskanmu walaupun aku telah luput dari ingatanmu. Mengapa begini, sayang?

Dan, aku tahu jua akhirnya. Andai aku sengsara, rupanya dirimu lebih menderita. Ya Allah. Aku berdosa kerana terlalu mudah menghukum tanpa tahu puncanya. Berdosa membiarkan dirimu terawangan sendirian. Dalam kabut yang semakin kabur itu, kau berjalan sendirian tanpa aku memimpinmu. Namun, aku bersyukur kerana jodoh ini tetap ada untuk kita walaupun bukan seperti yang kita pinta. Takdir Allah itu memang indah. Dan, saat kata akad itu kau lafazkan, aku sudah berjanji hanya kau yang ku cinta. Lalu, biarkan aku terus memimpinmu hingga kita menemui dimana sinar cahaya yang terang menerangi kehidupan berdua. Hanya kita berdua.

Khairul Fairuz Muhammad (Cooper) (Dr Khair) = Cooper-K

Suratan! Sesuatu yang indah untuk aku ungkapkan. Dalam pandanganku, engkau wanita yang paling sempurna. Entah kenapa, melalui hari-hari bersamamu, bagaikan tujuh warna pelangi sedang menghiasi hariku. Tiap warna itu sedang bercerita tentang matamu, bibirmu, wajahmu, tuturmu, jelinganmu, marahmu, rajukmu hinggakan kadangkala aku leka dan larut dalam perasaan yang terpendam.

Mia,
Ketahuilah. Mememdam perasaan itu teramat perit aku rasakan. Diluah bimbang kau akan menolak dan makin menjauh. Tatkala bersarang dalam dada, aku bagaikan hampir putus nyawa. Kau bagaikan merpati. Jauh begitu jinak, bila dekat terbang pergi. Sukarnya untuk aku menyelam kedasar tasik hatimu. Kau sering membuatkan aku hampir karam kerana aku sering gagal mencari dimana tepian. Menentang gelora asmara yang membadai ini, terlalu payah buatku. Kerana kaulah yang pertama.

Mia,
Rasa ini jujur. Tulus buatmu. Aku tidak mampu lagi untuk terus bersembunyi dibalik bayang-bayang. Aku tidak mahu lagi terus memendam. Walau apa jua yang bakal aku terimamu, aku pasrah. Reda bahawa perjalanan ini masih panjang. Allah itu sentiasa ada untuk kita. Mungkin kita ditakdirkan begini. Namun untuk melepaskanmu dari hatiku, tidak mampu untukku lakukan kerana kau adalah pelengkap hidupku yang tidak sempurna ini.

Namun, kau, aku dustai. Sungguh, bukan pintaku untuk jadi begini. Bukan mahuku untuk melupakanmu. Aku juga kadangkala keliru dengan kehidupanku. Kerana peristiwa itu, semuanya bagaikan anganan yang entah bila jadi kenyataan. Tapi, takdir Allah itu indahkan, Mia? Dia pertemukan semula kita walaupun bukan dalam keadaan yang romantis. Tapi, momen itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.
Sungguh, walaupun hatiku menolak namun tatkala dirimu bersama denganku, aku bagaikan helang yang sedang bebas berterbangan diangkasa. Bebas! Indah! Semuanya aku rasakan. Rasa rindu yang menggamit itu, tidak mampu aku hindari lagi. Dalam diam, aku menyintaimu walaupun ruang dihadapanku masih kekaburan.

Sayangku Mia,
Maaf kerana kerap membuatkan kau terluka. Malah sekali lagi kau aku lukai dirimu dengan luka yang paling dalam. Baru aku mengerti mengapa amarahmu menggila. Dan kini, baru aku tahu mengapa begini takdir untuk kita. Dan, andainya dengan perpisahan bisa menjadi penawar untuk lukamu, aku rela melepaskanmu.

#cooperkhair/miaamiliaaisya
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 14, 2014
DONE! cooper-K.... :)

Aaaaaa akhirnya Berjaya jua ku menghabiskan pembacaan walaupun sedikit lambat. Kenapa lambat???? Kerana ku ambil feel. Bagaimana ku ambil feel??? Ku baca semula Nyanyian Hati… Boley?? Iye… Itu lah diriku… Meskipun pelik, itu lah aku dan aku terima diriku seadanya… hahahaha…..

For the first time ever, I feelllll both protagonist. Kedua-duanya diuji dengan ujian yang maha berat and that’s why penyatuan mereka manis sekali…. Saya suka!

Mia – Dia jujur budaknya and tegas and she knows what she wants and went for it tanpa sedikit goyah. Susah nak jumpa criteria macam tu in a girl.

Cooper – Caring, optimist, beriman and cool befitting the name.

I like how the author portrays both of them. They were like completing each other. Tetiber ku teringat cerita Jerry McGuire. Mula lah nak bukak lagu Secret Garden ni kang….. I don’t know how to explain but that is how I feel. It’s like when they needed each other, they were there for each other. Read it and you’ll understand.

I love the story and how the author narrates it. Cantik olahannya. Tidak membosankan. How Cooper ajar Mia untuk berhijrah… Melalui email, teguran lembut terkadang sedikit kasar, melalui gurauan… Ish… kalau dah suka tu, semua nampak indah… :) Even the amnesia pun main peranan. Kalau takde part amnesia tu, Mia won't know what she actually lost ke gain ke? Kat sini is a bit subjective. It depends on how u see it. Myself, I believe she gets both. Mia lost Cooper but gained Khair. Both ada pros n cons and she got to see both of them unconditionally.

The author said : Be careful with what you say. Miscommunication is bad.
I said : Sekali dah terlepas kata, kalau tarik balik, kesan tetap tinggal. Nail in the wall.
Both are true but we can always learn from the mistakes. You might loose some and you might gain some during the process but know that everything happers for a reason. Apa-apa pun… kalau dah jodoh yang telah ditetapkan, berpisahlah jauh mana and lama mana sekalipun, tetap bersatu jua akhirnya no matter what happen in between.

Oh.. just one thing that bugs me is the repetition. I’m not saying that I like it but I’m not saying that I don’t like it. I just don’t know. Maybe at some point it is a must but at some point, it is a mess for me. I’m sorry but that is how I see it. But that is just a tiny glitch for me. Other than that, I have no other complains.

Love the books. Love the fact that Kenji & Red lives happily and so looking forward to the author’s next book(s).

- Dear AA… I think I’m in love with you, Amilia Aisya. C –
- Dear AA & C… I know I love both of you. Q - hihihi
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
June 12, 2014
Cooper-K..

Kisah bagi saya dua watak biasa yang mempunyai kisah luar biasa..perkenalan yang tidak disengajakan antara Amalia Aisya (Mia) dan Khairul Fairuz (Cooper) telah menjadikan mereka study-friends.
Mia dan Cooper kedua-dua matlamat yang sama, tak berminat untuk bercinta. Memandangkan banyak tuntutan lain yang perlu di beri keutamaan.

Sekadar study-friends di library walaupun kedua-dua bukanlah berada dalam jurusan yang sama. Pharmacies dan doctor? Macam Mia cakap not a good combination. Tapi saling memerlukan antara satu sama lain.. :)

Disebabkan hanya sekeping surat/ notes..merubah keseluruhan sistem persahabatan mereka. Dari they share everything, sampai they don't care anything about each other. Tapi kesan yang di tanggung Mia membawa sehingga lima tahun lamanya..

Pertemuan selepas 5 tahun, buat perasaan Mia haru biru. Bertambah rumit, apabila Cooper seolah-olah tidak mengenali dia langsung. Extra rumit, bila mereka di jodohkan oleh parents masing-masing..

tapi Alhamdulillah it is a good ending..

Kata Ina..
"He likes you"

Kata Udin..
"You like her?"

Kata Mia..
"A piece of advice. Jangan ingat date tu hanya dengan manusia yang berlainan jantina. Tak de istilah itu dalam kamus hidup saya. To make it clear, I only have a date with Allah, and that's the date I'm late for asar. Next I'll have a date with my books, then when I'm bored, I'll have a date with my music. Clear enough to you?"

Kata Cooper..
"Dear AA..I think I'm in love with you, Amalia Aisya. C"

Kata saya..
Oh Allah...seriously sista..you've won my heart..too many input I've gain during reading the story. Walaupun saya kurang setuju pendapat Mia mengenai issue boikot Mc D tu, tapi yes, ia tak kan jejaskan rating yang saya bagi :)
Kalau nak belajar serba sikit pasal ilmu kedoktoran or kefarmasian..yes..dari buku ni anda akan dapat itu. InshaAllah..
Simple, it also related medical with islam. Allah tu maha bijaksana kan..setiap apa yang Dia cipta pasti bersangkutan. Dan kita hambaNya, harus ada at least sedikit effort untuk berfikir hubungkaitnya kan?

Ya.ia buku yang baik untuk di baca.. :)

Soalan untuk RodieR

Sista..do you have any blood related with Hlovate? Cousin or sister maybe? Haha..


Profile Image for Najwa in her debut era.
166 reviews17 followers
February 20, 2024
:) <- my face after I finished this book, is exactly like this 🙂

Najwa 😒(hate) Miscommunication/Misunderstanding or seangkatan dengannya

I tried very hard to like both of our mc but I can't, I'm so sorry 😭

Firstly, Amilia Aisya or Mia. She, I wouldn't say I like her attitude from the start sampailah nak dekat the end of this story. Lepas that one incident tu, barulah ada rasa kesian dekat dia. I can't see her bright sight tu, lebih kepada degil yang nasib baik I can tolerate. My God, her adab masa bercakap tu. Slow down sikit sis, banyakkan istighfar please.

Then, Cooper-K. How I wish our writer could describe him more, and banyakkan lagi scenes yang menunjukkan his love to Mia. I really can't see the true reason why he falls in love with Mia (okay maybe-lah sebab saya tak suka Mia) cuma disentuh on the surface je. This, I think maybe because the writer doesn't show the love language between our mc. Kurang dekat part tu, those I can't see the sparks.

And I despise the miscommunication in the plot—my God. Sumpah sakit hati gila, you guys dah kahwin kan? Can you guys sit down and talk with each other? Sorang farmasi and sorang doktor, weh belajar punyalah tinggi but can you guys apply the professional and rational part yang korang dapat waktu kerja dalam urusan seharian korang? Cannot ke? Susah sangat ke? Why oh why?

And Saifudin, how dare you! Ya Allah, how can he called himself as a best friend? Bila semua terbongkar, its giving me "Diana, what letter???" (ykyk)



But, I like the English used in the novel. It was good, like really good. Penulisan penulis juga kemas, and I enjoy the process haha. It can be improved here and there, especially part sedih inner thought Mia masa dia jumpa Khair-Cooper first time after all these years. Sis baru nak sedih tapi kenapa kena selitkan lawak ya? Jadinya kurang untuk saya dalami rasa sedih Mia.

One thing that I really want to say is can we be more careful kalau nak masukkan apa-apa Islamic words and ayat Quran in our writing? Saya kurang gemar bila penulis letak ayat Quran di muka surat penulisan sebab it can lead to direct translation without looking to the tafsir and tadabbur by our ulama'. Termasuklah letaknya ayat Quran pada scenes yang mungkin tiada kena mengena with the ayah.

Same goes with kajian saintifik dikaitkan dengan ibadah, fuh. This one we all as a Muslim should be extra careful, like really have sebab science do change but not our Al-Quran and Hadith. Imagine the scientific fact changed one time and it did not align with our Al-Quran and Hadith anymore. Can we say Al-Quran and Hadith are wrong? But I do agree that some of our scientific facts is indeed for us to renung and percaya with ketentuan Allah berdasarkan ayat-ayat di dalam Al-Quran along with tafsir dan tadabbur. It is good to be seorang yang sederhana on this part.

Di sini saya sertakan link untuk penerangan ringkas about Suratul Talaq ayah 2-3 that were mention in the story:

1) From Mufti Wilayah: https://muftiwp.gov.my/ar/artikel/irs...

Also the link about fahaman Bucailleism yang terkait dengan sciences fact with our wahyu:

1) https://twitter.com/zamirmohyedin/sta...
2) https://twitter.com/_muhaimin26/statu...

Tiada yang lain selain kebaikan yang saya harapkan untuk penulis dan juga pembaca. I guess if the plot is not all about miscommunication, I'm okay with it.

3.5 ⭐
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
September 30, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je...


TERKENANG KEMBALI...

Itu perasaan bila menyelak helaian demi helaian naskah ini.

i) I'm UiTM Shah Alam's product. So, sorrounding yang digambarkan dalam Cooper-K memang teramatlah familir. Even though, UiTM Shah Alam sekarang berbeza bagai langit dengan bumi dengan UiTM Shah Alam sekarang. Tambahan lagi Kampus Induk hanya menawarkan program Degree sedangkan program Diploma dihantar ke cawangan2nya se-antero M'sia. Oh... zaman aku course yg paling sains yang ditawarkan hanyalah Sains Gunaan sahaja, kini dah ada medic. Bangga...bangga

Perpustakaan Tun Abdul Razak yg jarang2 sekali dijengok (course aku byk practical kurang teori) atau Pusat Islam yg hanya sepelaung dari Kolej kediaman betul2 membangkitkan nostalgia. Nasib baik penulis tidak menyelitkan plot pergaduhan dengan kera2 yang sering menjadi pengunjung utama bilik2 kediaman.... :)

WALAU BAGAIMANAPUN....

ii) Bersetuju dengan review seorang sahabat, penamat Cooper-K membuatkan aku 'terkenang kembali' kepada Nyanyian Hati. Plot miscarriage Mia yang dijadikan klimaks cerita terrr...sangatlah sama. Sedikit membantutkan kelancaraan ketika membaca. I wish another incident diangkat sebagai 'letusan gunung berapi' untuk naskah ini....

DAN....

Yup... ada sedikit similariti dengan naskah H. Terutamanya pada monolog dalaman si Mia.

DAN lagi....

Penulis agak tersasar ketika meng-individu-kan watak2nya. Hal ini agak ketara pada watak2 sampingan (para sahabat Mia dan Khair). Sesuatu yang boleh dibaik-pulih pada naskah berikutnya. Hopefully...

DAN....

Ini journal perubatan yang dijelmakan dalam bentuk naskah sastera. So, sila tune coordinate pembacaan anda sewajarnya.... :)

Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
April 4, 2014
The story of two people, Cooper & Mia
How they meet by chance.
And how they become study friends.
Narrated very well by Writer.
Knowledgeable in pharmacy and medic.

You can change yourself to be better
One step at a time
Until you find what you need.

First, you feel the laughter and happiness
On the way,you feel the pain and tears
Right to the end,you will smile.

Can't say thank you enough
Of this beautiful story
Of the emotion I felt
Pain,sorrow,friendship,love
Easily touched deep in my heart
Ready to wipe away their tears

Khairul Fairuz & Amilia Aisya,forever.

RodieR, thank you doesn't seem enough
One of the best novel,in my heart
Do keep your style of writing
Insya Allah,will always support you
Enjoy what you love to do
Reaching for your own happiness,one day


Uhibbuki fillah,always
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
July 24, 2023
Berbunga-bunga hati aku bila dah ending. Weh! Cute story!!
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
January 14, 2018
I like the cover!!! Lately mood yuni untuk yang tenang, warna pastel, nyaman, sejuk mata memandang. Konon ambil feeling musim sejuk kat Malaysia ni.

Sorry I skip part ubat or term medic. Nama scientific dan yuni memang dari dulu x boleh duduk satu tempat pada masa yang sama.

In Cooper and Mia case, yuni tak salahkan mia or doktor khai. Udin!!! Dia tahu tetapi kenapa senyap je? Yang amnesia tu cooper, bukan mia. Kenapa tak beritahu? Dah hilang satu nyawa, dah nak bercerai, dah terlambat, baru nak beritahu. Too late... too late.

Nif-cut. Nama ni macam familiar lah. Jap lagi nak godeh2 rak buku kalau ada buku tentang mamat ni. Ada kan?

Seperti biasa, lepas ni baru nak baca buku pertama, nyanyian hati. Nice, yuni
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 6, 2016
Cooper K - Amilia Aisya (Mia) bertemu buat pertama kalinya di perpustakaan dalam keadaan Mia kelam kabut mengejar solat yang dah hampir penghujung waktu. Dek mulutnya yang menyumpah seranah akibat kelalaian sendiri telah menarik perhatian si lelaki yang hampir dengannya menegur bahasa yang tidak sopan ditutur si gadis. Perang mulut terjadi. Cooper dengan sengaja provoke Mia. Mia juga tak nak kalah memberi sedas ceramah pd Cooper sehingga Cooper sedar dia bertemu dengan gadis yang menarik. Ada jodoh rupanya mereka ini. Cooper mula mendekati Mia kononnya untuk belajar bersama walhal dia lebih senior dan lain kursus dengan Mia. Seorang bakal doktor dan seorang bakal pharmacist. Mia yang tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki akhirnya sudi belajar bersama dan bermulalah episod teman tapi mesra. Dalam berkawan, banyak perkara yang mereka bincang dan saling bantu antara satu sama lain dalam hal pelajaran sehinggalah hal keluarga. Yang uniknya hubungan mereka, walaupun mesra, mereka menggunakan emel sebagai medium untuk berkomunikasi dan pertemuan demi pertemuan hanya untuk belajar bersama.

Walaupun ada sisi buruk Mia yang suka menyumpah, Cooper masih boleh terima dan perlahan-lahan menegur dengan berhemah. Cooper sukakan Mia yang selamba. Ada masanya soalan2 dari Mia boleh membuat Cooper ketawa dan adakalanya sampai merah muka Cooper nak menjawab. Ada sahaja keletah Mia yang mencuit hati sehingga teman sebilik menyedari ada sesuatu antara Cooper dan Mia walaupun mati-matian dinafikannya.

Sehinggalah akhirnya perasaan yang tumbuh di hati Cooper tidak dapat dibendung lagi. Walaupun takut bakal menjejaskan persahabatan mereka, Cooper nekad meluahkan perasaan pada Mia melalui surat yang dititip kepada teman sebiliknya. Dah jangka Mia akan menolak tapi dicubanya juga agar hati rasa lega biarpun seketika supaya orang disana tahu perasaannya. Mia yang menerima surat rasa kecewa dengan Cooper. Kan dah tahu Mia tidak suka memberi komitmen dan membuang masa bercintan cintun semasa masih belajar. Surat jawapan dari Mia menjadi surat terakhir yang ditatap Cooper. Cooper menghilangkan diri. Sesuatu telah terjadi kepada Cooper dan merubah hubungan mereka.

Mia yang tidak tahu cerita sebenar nanar apabila Cooper menyambung pelajaran ke Melbourne tanpa mengucapkan selamat tinggal. Ingatkan disebabkan penolakan hasrat hati Cooper bawa diri. Hilangnya Cooper , bukan sahaja hidup Mia sunyi, hambar, sedih. Pembaca juga turut merasa tempiasnya sampai rasa nak stop baca. Watak Mia mendominasi cerita bersama teman baru Nif-Cut yang juga hanya beraksi sebagai teman belajar.

5 tahun berlalu menemukan kembali Mia dengan Cooper di hospital yang sama tapi kehadiran Mia seperti tidak dihiraukan seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa antara mereka. Cooper tak endahkan kehadiran Mia. Hello, apa sudah jadi. Takkan kena reject , kecewa sampai tak nak langsung bertegur sapa. Cerita selanjutnya membuat Cik Pah teringat drama yang membawa tempias hallyu star dari Korea Selatan, Winter Sonata dengan versi yang agak berbeda tiada watak antagonis. Disitu bermula episod air mata yang menitis tanpa sedar apatah lagi jika membaca novel ini diiringi dengan lagu tema Winter Sonata

Pandangan peribadi Cik Pah
1. Alasan Cooper-Mia kahwin agak klise. Penulis dah sebut tp Cik Pah nak sebut jugak.
2. Watak Mia seperti Ain (Nyanyian Hati) suka muzik dan takut dengan komitmen.
3. Semua watak suka menjulingkan mata ke siling/langit. Penulis perlu pelbagaikan riaksi selain juling mata. Nasib baik watak mak bapa tak julingkan mata juga. Kalau tak, Cik Pah letakkan jari di bahu sambil juling mata ke siling.
4. Tingkah laku Mia, Cooper, Udin, Jiha, Ina ada yang hampir sama sampai ada masanya hilang identiti mereka. Suka mengusik, selamba, angkat2 kening, senyum senget
5. Insiden kemalangan, diragut, keguguran sama seperti Nyanyian Hati. Kalau ada insiden lain kan bagus

Kalau dilihat kepada komen, seolah-olah Cik Pah tak gemar cerita ni. Silap tu. Keseluruhannya Cik Pah suka sebab banyak input yang penulis kongsi dengan pembaca apatah lagi dihidangkan dengan watak Cooper yang bijak pandai, akhlak dan iman terpuji. Tak percaya? Bacalah.

Korang, kalau korang tengok tajuk novel ni apa yang korang bayangkan. Kelakar tau cerita disebalik nama Muhamad Khairul Fairuz aka Cooper ni

Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
October 8, 2023
Kesian AA tunggu lama. Bila dah jumpa, C jadi macam tu pulak. Banyak pengisian dalam buku ni. Best.
Profile Image for Ainaa Akemi.
46 reviews4 followers
April 4, 2014
Cooper-k novel yang bagus bagi saya.
Novel yang dekat dengan hati, entah kenapa.

Mungkin kerana
1.Tempat dalam cerita ni di Terenggau, well saya born and grow in Terengganu

2.Penulis menulis dengan menarik semua info tentang farmakologi buatkan terasa nak belajar balik.Hakikatnya, sakit nak belajar tu.

3.The relation between docs and pharmacist memang true, even dietician pun dislike docs.I pun tak suka medic student, even kawan satu u. Haha.Kejam. But, Cooper-k seems bring hope that someday relation will become better

4. Watak Cooper digambar, watak lelaki yang semua perempuan nak. Penyabar, banyak berkongsi nasihat and still ada sisi nakal.( I think?)

5. " Silence can kill you" part yang paling-paling ingat sebab boleh terjadi pada semua orang tak kisah la dalam apa jua situasi.Even part Mia, cope with all those sadness really related to all us.

6. Lastly, all those infos written , cara ditulis sangat menarik and it really catch my attention and make me things about it.

Think that all.

P/s: sign in goodreads semata-mata Cooper-k. Haha. Tak sabar nak tunggu next novel.

Profile Image for Hajar.
284 reviews
April 12, 2014
Yay, tamat sudah. Silalah baca kalau rindu Red + Ken. Haha. Sekian pembakaran malam ini. Review kita sambung kemudian.

12-04-2014

Perkenalan secara tak sengaja antara Amilia Aisya (Mia) dengan Muhamad Khairul Fairuz (Cooper) telah membawa banyak perubahan dalam dirinya. Daripada seorang perengus dan suka menyumpah, perlahan-lahan Mia berubah ke arah yang lebih positif. Kalau ikutkan, mereka ni bukan dari kursus yang sama pun. Tapi entah macam mana si Cooper ni putar belit ayat sampai Mia setuju untuk belajar bersama dengan Cooper. Walhal sebenarnya Mia ni bukan jenis berkawan rapat dengan lelaki pun. Mereka saling membantu dan saling menyokong dalam hal pelajaran mahu pun hal peribadi. Namun, hubungan baik yang sedia terjalin tercalar bila Cooper meluahkan hasrat hati. Kemarahan Mia menyebabkan Cooper hilang daripada hidup Mia. Hilang tanpa dapat dikesan pula tu. Walaupun kesal dengan apa yang telah diucapkannya, Mia terpaksa akur yang Cooper sudah tidak mahu menghubunginya.

Lima tahun berlalu, mereka ditemukan kembali di bawah satu bumbung. Mia pelik bila Cooper seolah-olah tidak pernah mengenalinya. Takkan sebab penolakan Mia Cooper terus lupakan Mia? Hubungan yang dah sedia keruh antara mereka berdua makin terasa menyesakkan bila tiba-tiba keluarga bercadang untuk menjodohkan mereka berdua. Walaupun agak keberatan, mereka akhirnya setuju dengan perancangan keluarga mereka. Cooper bersetuju hanya kerana tak mahu kesihatan ibunya terganggu sementara Mia pula mahu memberi peluang kedua kepada mereka berdua dalam sebuah hubungan. Yang penting hubungan yang halal.

Malangnya perkahwinan yang diharap dapat merapatkan jurang tidak pernah berlaku. Mereka tetap seperti orang asing. Seorang ke timur dan seorang ke barat. Namun, bila menyedari perasaan sendiri, Mia mula bertekad untuk mengubah suasana rumahtangga mereka. Mampukah Mia mengecap bahagia bila anak dalam kandungannya menjadi taruhan? Dan, apakah sebenarnya yang terjadi kepada Cooper sehingga dia disahkan amnesia?

Komen saya: Bagi yang telah membaca kisah Is dan Ain pasti dah dapat gambaran tentang Mia dan Cooper ni kan? Watak mereka pernah diselitkan dalam Nyanyian Hati. At first, memang saya tak suka karakter Mia. Macam tak seimbang. Ialah, jaga pergaulan, jaga aurat tapi tutur kata tak dijaga. Realitinya memang ramai macam tu kan? Hmm... Kemudian karakternya makin seimbang selepas bertemu Cooper. Memang tak dinafikan Cooper memang banyak bawa impak positif kepada hidup Mia. Jadi memang tak mustahil kehilangan Cooper sangat mempengaruhi emosi Mia. Seperti Nyanyian Hati, kisah ini juga turut menyelitkan tentang hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Cuma jujurnya, bagi saya, penulis perlu create identiti sendiri dalam penulisan agar tak dibayangi cara penulisan orang lain. Bukan apa, ada ketikanya waktu saya membaca Cooper-K ni saya rasa seperti membaca karya penulis lain. Atau, adakah sebenarnya mereka individu yang sama? (Ehhh, tiba-tiba nak berspekulasi pula ya? Hehe..) Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran naskhah ini dan yang terbaru, One Fine Day (yang bakal diterbitkan sempena pesta buku akan datang ini). Moga terus dikurniakan ilham untuk berkarya. :)
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 11 books107 followers
December 4, 2018
mentally, akak kena buka minda seluas boleh bila baca buku yang masukkan something yang sangat luar dari pengetahuan akak. yelah, dah banyak term perubatan kan. tapi hujah yang ada mampu buat pembaca faham apa yang hendak disampaikan. tu yang jadi terhegeh-hegeh nak habiskan. hehe...

bukan kisah cinta biasa. ini yang amat pasti puan penulis RodieR sampaikan. rasa hati yang tidak disedari oleh pemilik hati itu sendiri hingga terjadinya sesuatu. bila kehilangan, baru semuanya terasa. kata-kata yang terluah memang mampu mengubah kehidupan. itu yang berlaku pada AA dan C.

AA - Amilia Aisya atau Mia bersahabat baik dengan C - Cooper atau nama betulnya khairul fairuz. belajar sama-sama walaupun sorang bidang farmasi dan seorang lagi bidang perubatan. titik temu kaitan antara kedua bidang itu yang merapatkan mereka.

penulis tak kekontangan isi. sangat penuh dan padat. bukan saja penyampaian untuk bidang perubatan, bahkan muzik, agama, kehidupan dan juga perasaan. semua blend cantik. walaupun mungkin sesetengah bahagian ada mendatar especially yang ada selit imbas kembali tapi semua tu tak merosakkan jalan kisah.

sesuatu berlaku yang buat mereka terpisah. ketika itu cooper berdepan dengan penolakan mia dan mia pula ada rasa marah dalam hati bila cooper meluahkan rasa cinta. tapi sesuatu yang berlaku buat mereka jadi jauh. dan pertemuan kembali pun langsung tak mampu dekatkan mereka. apa yang terjadi?

dalam merencana kehidupan, sememangnya kita manusia tidak akan dapat lari dari gangguan permasalahan. perlu adapt dan terima seadanya. menjadi umat yang baik, memang payah. tapi selagi tak cuba dan paksa diri, apa yang ingin diperbaiki memang takkan berjaya. tekad, azam dan kecekalan sangat perlu. dan juga, sabar...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
belajar dr pengalaman lampau, i don't want to put Cooper-K on hold as what i did for Nyanyian Hati. menyesal x sudah sbb buku nyanyian hati tue dah sangat best. TAPI bila baca Cooper-K, hati saya rasa penuh.. puas hati yang amat2.. seriously its more that what i can imagine... superb and briliant. lurve the story. heart every moment. and i do wish i can start my study back and be some1 like Mia.. ngeeee...

cooper, u r interesting as per ur name. sungguh memikat hati. personaliti, gurauan, even cara u baca buku pun mcm dpt dibayangkan ke'ohsem'an nyer di situ... bila bersama Mia, dpt bayangkan how happy u r. and am glad for it!

i lurve it!
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
October 3, 2015
Cooper-K

Rentak awal kisah ini berayun dlm nada yg sama seperti Nyanyian Hati. Kisah bersahabat dan kemudian salah seorg dpd mereka jatuh cinta.

Kisah ini membelok ke simpang yg sedikit berbeza selepas anjakan 5 tahun, barulah terasa nada baru dalam ayunan rentak garapan RodieR.

Aku rasa semua pembaca dapat meneka hala cerita ini namun gaya RodieR membuat aku terus baca setiap bait sampai habis because she has her own way of telling a story.

Flashback kdg2 buat aku terasa seperti terselak ke muka surat awal. Terlalu sama.

Apa apapun... aku suka kisahnya.

Oh! Aku dah ada Ash dan One Fine Day! :-)

Okbai

Sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
August 9, 2014
Nak gambarkan perasaan usai membaca naskah ini, ia umpama kau pergi beraya banyak rumah dah, tapi tang satu rumah ni kau jumpa makanan yang betul-betul kegemaran kau dan makanan tu dah agak lama tak dijamah. Dia punya suka tu, faham-faham sajalah ya :)

Buku yang best mestilah disebabkan jalan cerita dan watak-wataknya yang best (dah tentu-tentu si Cooper tu best, oh ya, Mia pun best juga *ambil hati Mia* hahahaha)dan seharusnya sebab penulis dia pun best maka idea yang keluar pun best juga :)

Tahniah Rodier sebab hasilkan naskah yang best ni. Harap akan datang ada lagi *kelip2 mata*

Sejujurnya ini adalah novel pertama RodieR yang saya baca. Cuba untuk baca Nyanyian Hati tapi disebabkan saya dah tahu spoiler maka ada sedikit terbantut nak baca. Konon takut sedih sebab Danny. Hei. Masa Mia down sebab Danny kemalangan tu, saya join sebak sama tau. Mujur Cooper pujuk, eh. hahahaha. Sorry Mia ;)

Dan selalunya penulis akan menulis sesuatu yang dekat dengannya. Pembaca juga begitu. Seronok baca sesuatu yang dekat dengan diri sendiri. Rasa macam kita duduk merantau jauh dan tiba-tiba terjumpa dengan orang yang satu tmpat asal dengan kita. Perasaanya begitulah.

Saya bukan orang pharmacy, tapi saya dekat dengan suasana pharmacy. Saya bukan graduan UiTM tapi UiTM dekat di hati saya :)

Tahniah sekali lagi RodieR untuk naskah yang hebat ni. Kirim salam kat Cooper *bisik2 kat penuilis takut Mia dengar* :D
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
October 31, 2014
Yeahhh, khatam sudah..

TBC :P

08.05.2014

Rentetan pertembungan di tangga perpustakaan universiti telah menjadi titik tolak untuk pertemuan yang seterusnya antara Doctor & Pharmacist to be, Cooper & Mia. Walaupun pertembungan yang pertama itu bukanlah berlaku dalam adegan romantis tapi lebih kepada sindiran pedas antara keduanya.

Walau Mia sudah menjauh dan melarikan diri, Cooper tetap mencari jalan untuk terus dekat dengan gadis itu. Dan alasan untuk membalas budi itu dijadikan penghubung, subjek Farmakologi pula yang dijadikan kambing hitam.

Yang uniknya Mia di mata Cooper sebab sikap selamba dan jujur dalam meluah kata tapi yang 'buruknya' pula, ayat-ayat yang dienak didengar yang selalu meniti di ulas bibir gadis itu. Tapi Mia ni bagai menurut perintah saja apabila Cooper menegur dia. Walaupun bukan senang untuk dia ubah tabiat buruk dia tu.

Kerana perjanjian dan juga sikap terus terang Mia yang tidak mahu bercinta apatah lagi berkahwin dengan doktor, menyebabkan Cooper menyimpan seluruh rasa yang terhimpun di dada kemas-kemas. Dia tidak mahu kehilangan Mia, yang sudah memberi seribu senyuman di bibir dia. Tapi sebab sepucuk surat dengan satu ayat itu dan juga balasan dari Mia kepada Cooper, telah menyebabkan kedua-dua hilang teman belajar.

Bukan mudah untuk Mia bangkit. Besar sungguh akibat dari lima ayatnya itu sehingga Cooper pergi tanpa sepatah kata. Hilang begitu sahaja. Sudah terpadamkah rasa cinta apabila Cooper menerima surat balasannya?

Pertemuan yang berikutnya; buat Mia nanar. Sanggup Cooper tidak mengenalinya. Benci sangatkah kepada dirinya? Kenapa mesti Dr Khair & bukan Dr Cooper, seperti yang pernah mereka persoalan dulu.

Karektor Dr Khair & Cooper sungguh jauh berbeza walaupun dia tetap orang yang sama. Dr Khair yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati di hati Mia sehingga dia kadang kala bertindak tanpa berfikir. Namun urusan jodoh yang diatur oleh orang tua telah mengubah hidup mereka. Tapi Dr Khair tetap tidak berubah, dia masih tetap lelaki yang pendiam dan juga tidak berkongsi rasa dengan orang lain. Dan segala usaha Mia, bagaikan angin yang bertiup lalu.

Kata orang hati yang dilukan oleh orang yang kita paling sayang, memang akan paling pedih dan dalam.

Komentar KakChik:

1. Suka sebab tak ada watak jahat dalam kisah ini.
2. Walaupun sekarang ini banyak sudah kisah-kisah berkisar kehidupan dunia kedoktoran tapi kisah Dr Khair masih menarik ye untuk dihayati.
3. Dunia farmasi memang jarang dijadikan isu dalam karya dan kisah Mia ini memang mencelikkan mata KakChik.(Terima kasih cik penulis)
4. Kisah Ken-Red untuk ubat rindu pada mereka tapi macam sikit sangat.
5. Kadang kala ada rasa kecewa bila memikirkan tindakan Dr Khair selepas dia dan Mia sudah melewati hubungan sebagai suami isteri yang sebenar. Eh,,boleh awak buat tak tahu pada isteri awak ye, Dr Khair? Pada KakChik ketika ini Dr Khair seperti pengecut.
6. Luckily happy ending walaupun macam tak puas lagi baca membaca kisah Cooper-K & Mia.
Profile Image for SA.
302 reviews31 followers
July 29, 2024
This would be my first book from RodieR and to my delight, I really enjoyed reading Cooper-K!

Plot buildup is nice, despite the fact that it felt like I was being transported to endless flashbacks without me realizing it. And oh, this book is written mainly in 3rd POV and sometimes in 1st POV. Good thing is, we get to know what the person is thinking. Downside is, there's too many of them. I'm a fussy reader, bear with me. The constant push and pull, pent up feelings they have for each other, they're insane.

I was hurting for ML when he faced the rejection which led him to the incident... gah, I cannot.

One thing about FL though. She gets mad when people didn't act like the way she hoped they would when in fact, they were just mirroring her attitude. When Nif-Cut came into the picture, it's like she's back at square one. I just wish she would just be more matured, or at least learn from the past when it comes to not reciprocating one's feelings. She did him dirty man, fr.

But towards the end, that's where my heartstrings were tugged hard. Just thinking about it brings sweat to my eyes. Those who feed on slow burn, this one's probably one of the best books for you.
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
December 11, 2017
Ini novel no 3 selepas jatuh hati dengan Fir & Anne....
Kan dah kena cari balik novel-novel RodieR... Menyesal sebab banyak ketinggalan.

Gaya penulisan yang masih sama... cool... takmau serabut dengan adanya watak-watak jahat. Mia is a beauty pada pandangan Cooper dan sebaliknya...

Payah kot nak move on lepas baca novel ni... duk terbayang-bayang...

Scope of work dalam medic... mencabar kot.. sampai kan dalam 3 ke 4 hari tak bertemu muka even duduk dalam satu rumah.... masing-masing busy dengan kerja...

Watak perempuan selalunya tak pandai dalam bab cintan cintun ni...

Profile Image for Qie.
34 reviews3 followers
February 23, 2023
TAJUK : COOPER-K by Rodier
•••
📌 RATING : 4.4 / 5 ⭐️
📌 PAGES : 564
•••
Amilia Aisya (Mia) berkenalan dgn Cooper, di perpustakaan sewaktu Mia terlambat untuk menunaikan solat . Cooper sempat menegur Mia yg asyik menyumpah seranah kelalaianya sendiri.

“𝙈𝙪𝙠𝙖 𝙡𝙖𝙬𝙖 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙢𝙪𝙡𝙪𝙩.. 𝙎𝙪𝙗𝙝𝙖𝙣𝙖𝙡𝙡𝙖𝙝..” - Cooper

Mia yg tidak mahu kalah turut memberi ceramah kepada Cooper membuatkan Cooper berasa tertarik untuk mengenali Mia.

Walaupun pertemuan pertama mereka tidak lah begitu baik, tapi mereka menjadi sahabat baik setelah Cooper mengajak Mia untuk belajar bersama walaupun bidang mereka berbeza. Cooper, bakal doktor dan mia bakal pharmacist. . Mereka saling berbalas email atau surat kerana Mia tidak pernah memberi no telefonnya kepada Cooper. .

Mereka berkawan dan selalu membantu antara satu sama lain dan tidak pernah melebihi status kawan sehinggalah Cooper tidak mmpu menahan perasaannya lgi kerana dia telah terjatuh cinta pada Mia. Dia mengirimkan surat kepada Mia melalui kawannya.

“ 𝐃𝐞𝐚𝐫 𝐀𝐀.. 𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈’𝐦 𝐢𝐧 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐲𝐨𝐮, 𝐀𝐦𝐢𝐥𝐢𝐚 𝐀𝐢𝐬𝐲𝐚. 𝐂 “

Mia terima Cooper ? No, Mia reject Cooper melalui surat sbb dia berasa kecewa Cooper merosakkan persahabatan mereka.

Surat tersebut merupakan surat terakhir Mia kepada Cooper kerana selepas itu Cooper hilang begitu saja sebelum sempat Mia mengucapkan selamat tinggal. .

Bertahun telah berlalu, Mia kini berkerja di sebuah hospital di terengganu. Dan tanpa dia tahu rupanya Cooper pun bekerja di hospital tersebut sebagai seorang doktor. Namun, Cooper seperti tidak mengenalinya. Namanya juga Khair. Bukan lagi Cooper. Dia juga sudah tidak memanggil Mia dgn panggilan ‘Mia’. Marah lagilah Cooper kepadanya kerana telah menolak Cooper ?

Apabila kedua ibu bapa mereka mahu menjodohkan mereka, adakah Mia setuju? Akan bahagiakah mereka ?

♡ Saya sukaa Cooper sebab slalu tegur Mia kalau ada buat salah. Ajar Mia untuk berhnti mencarut. Selalu email hadis2 dan teguran untuk Mia. Sebenanrnya bagus jugak part yg tetiba lost contact dgn Cooper tu. Sebab Cooper hilang la , Mia baru terasa kehilangan Cooper and sedar perasaan dia sendiri.

♡ Saya kurang suka part Cooper yg slalu lari pada masalah bila lepas kahwin. And scene lepas kahwin diorang sikit sgt lahh. Rasa mcm sekejap sgt. And lgi satu part lepas kahwin rasa mcm dejavu sebab teringat Nyanyian hati maybe sbb plot lebih kurang 😂 Maafkan saya Cooper, saya masih duk teringat abg ipar awak, si Iskandar 😂🫶🏻
Profile Image for Am. Han.
106 reviews1 follower
February 27, 2023
Wehhh dah habis, ambik masa 5 hari nak habis sebab tak sanggup nak habiskan pembacaan 😆

Cooper K - love at first sight dekat Amilia Aisya. Lagipun Double A tu suka cakap straight to point, and penghibur hati dia. Boleh pulak dia ajak budak tu study sama-sama pasal Pharmacology 😂 memang buang tebiat laaaa dia.

But, something happened dekat Encik Muka Melayu Perasan Nama Omputeh tu bila dia tiba-tiba tak mengenali Mia dia tu. Yang member tu dah bengang, siap datang ke Wad 7 semata-mata nak marah pasal Doktor Khair tu sebab tak update patient punya TDM. 😂😂😂

And the rest is history
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 11, 2014
Naskah ini bagi ML, biasa-biasa je. X jauh konsepnya dengan karya sulung Rodier. Tapi, tapi... Tapi... Baca dulu apa yg ML nak komen ni. Walaupun byk benda Klise, naskah ni berjaya buat ML senyum dan really miss Cooper. Giler betullah.

YANG ML SUKA

Cooper yg sweet. Ayat-ayat, kata-kata, usikan dia... Semua ML suka. Terasa rindu nak kembali jadi student. Rindu dgn keadaan stress masa nak kejar dateline. Rindu nak kena bersengkang mata mengadap assignment. Rindu time struggle gile2 menghafal teori n so on. Oh my. X tahu kenapa karya ni terlalu membuat ML rasa nak jd student balik.

Mungkin trend sekarang kot mmg akan selitkan watak2 dr novel terdahulu mereka. ML x suka sebenarnya sbb kdg2, watak mereka lebih menyerlah. Tp tidak dgn Kent n Red dlm naskah ni. Watak mereka mmg x mengganggu ML langsung. Malah watak Udin rasa lagi terkesan. Gold job.

ML ikut sedih, sentap, sakit hati bila Cooper langsung x kenal Mia. Ya Allah. Kenapa jd mcm tu. Pandai sungguh Pulak cik puan penulis ni jentik hati ML masa ni.. Memang tersayat jugaklah kejap.


YANG ML X BERAPA SUKA

Heemmm.... Perlu ker babak2 Klise mcm keguguran dan gaduh, x nak terima suami dan sewaktu dgn ya tu? Nasib baik x ada bab demam... Hishkkk..... Sgt-sgt sgt x Best kalo disajikan dgn adegan2 gitu.

Apapun, Good job writer. I like ur second baby.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
April 9, 2020
Mungkin, kemungkinan besar pandangan saya mengenai buku ni, dipengaruhi oleh pembacaan buku Ash, yang saya baca back to back dengan Cooper K. Jalan cerita dan gaya penulisan sangat baik definitely. Cumanya saya rasa macam pernah baca cerita yang macam ni sebelum ini, mungkin karya Hlovate atau somebody saya tak ingat, tapi saya agak pasti ada... Kisah budak medik dan terutama part yang Cooper meninggalkan Mia selepas kemalamlngannya dan Udin for very good reasons tak make the situation clear, to both Mia and Cooper, hingga Hubungan keduanya retak menunggu berderai, very much situational. Dan entah kenapa, saya rasa tak berapa ngam dengan cara Mia mengecewakan Cooper dan Nif-Cut. Apapun, karya Rodier sepatutnya jadi buruan juga Sama macam karya Hlovate. Cuma pasti ramai tak tahu lagi.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
January 10, 2015
sob..sob..sob...sobbbbbbbb.....

Serius, banyak airmata aku tumpah masa baca buku ni.. Beli buku ni masa PB1M dulu tapi baru dibuka plastik dan dibaca.. Walaupun agak terjejas sedikit pembacaan dengan dialog yang banyak guna BI, tapi aku redah je la baca.. hehh..
.
Seperti baca karya Hlovate, sama macam masa baca Nyanyian Hati.. Mungkin sebab aku kenal karya Hlovate dulu dari karya RodieR ni.. Mungkin jika aku baca karya RodieR ni terlebih dahulu dan baca karya Hlovate selepas itu, lain pula tanggapan yang aku buat.. :D
.
p/s: Dah beransur-ansur boleh terima cara penyampaian flashback yang digunakan.. Tahniah untuk diri sendiri..
Author 6 books27 followers
April 21, 2022
Tiba-tiba teringatkan novel ni. One of my fav books from JS. Balik semenanjung nanti nak ulang baca... Rindu pulak kat Cooper & Mia😂
Profile Image for Diya Nordin.
Author 6 books34 followers
July 23, 2014
Ini karya Rodier pertama yang saya baca.
Mula-mula dibuka. Dahi berkerut. Saya terbayangkan H. Jadi saya tinggalkan buku untuk dua hari.

Bila dibuka semula.
Saya membaca dengan senang hati. Terkadang tertawa. Terkadang tersenyum. Mujur malam hari di hospital semua orang tidur. Kalau tidak?

Review keseluruhannya?
nanti saja ya :)
Tapi cerita yang worth it untuk dibaca.
Profile Image for Fatimah Wahidah.
119 reviews41 followers
November 18, 2018
Kalau dah jodoh,berjodoh jugak Cooper-K dgn Mia.Di sebalik segala yg perfect tentang Cooper,emosi nya teruji apabila mengetahui orang yang dilanggarnya meninggal.Setiap manusia ada ujiannya tersendiri.Itu yang saya dapat usai baca karya Rodier ini.Teruskan menulis! p/s: Bila nak bg Udin ada ceritanya sendiri?..wataknya menarik utk dikembangkan..
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
June 9, 2014
Saya suke jln cerita novel ni cume klu zaman universiti tu dipendekkan sedikit mgkin lebih baik...rasenya klu dipanjangkan sedikit kisah khair dan amilia masa bjumpa smula dan berkahwin tu rasenye novel ini akan lebih menarik utk dibace...ape2 pn tahniah untuk penulis teruskan berkarya
Profile Image for Siti.
Author 3 books18 followers
February 12, 2015
Kisah yang nampak santai pada kulitnya, dan permulaannya. Pepatah yang klise itu memang betul dalam kes buku ini - do not judge a book by its cover. Tiada amaran langsung yang saya akan menangis pada akhir cerita. Heh.

Ini buku RodieR pertama yang saya habis baca. Mulalah rasa hendak cari buku Nyanyian Hati selepas ini. Sabar, hati, sabar. Habiskan semua yang belum dibaca di rak fizikal dahulu. Insya-Allah.

Kesimpulan saya: kisah yang dianyam kemas dan memikat perhatian saya sejak awal hingga akhir. Ditambah dengan banyak panduan yang saya dapat tentang teknik imbasan kembali dalam penulisan novel. Bagus! Saya suka! :)
Profile Image for Fffeewl.
9 reviews4 followers
February 7, 2016
cerita dia best. sampai saya pun oii terbuai dengan watak khair. lagi2 masa dia hilang ingatan. dia nmpk a bit ego? or is this just me?
but, i don't know what to say for me plot dia lebih kurang sama. or maybe ending lah dengan nyanyian hati. almost the same. tapi lepas read semua reviews n author punya replies i'll be like..oh okay jarang baca cerita melayu. whatever it is don't stop writing. :) good luck!

p/s: i don't assume her as H like everyone says, sebab bahasa hlovate tu bahasa yang sama saya pakai. dan of course tak sama dengan penulis. plus i read h's novel banyak kali hahaha
Displaying 1 - 30 of 72 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.