Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hidup Baik-Baik, Sayang

Rate this book
Menjadi menantu yang tidak didamba bukan mudah, apabila dendam puluhan tahun menjadi taruhan. Tetapi kerana cintanya bukan mainan, Mutiara memekakkan telinga, membutakan mata. Dia hanya ingin hidup baik-baik!

Apabila nyawa ibunya dianggap sampah, Faqih diberi kata dua. Dia atau mama? Namun yang Faqih pilih, diam. Dengan hati pecah berkeping, Mutiara pergi mengheret dendam. Dia yang dulu dibenci, kini mula membenci.

Sedangkan bagi Faqih, yang Mutiara beri bukan pilihan tapi hukuman. Lantas dengan hati yang juga pecah, dia membiarkan langkah Mutiara. Yakin, selepas luka bercantum, Mutiara pasti kembali. Sayangnya tiga tahun menunggu, Mutiara semakin jauh. Makin dingin. Makin benci.

“Betul kata papa dulu. Jangan biarkan Tia pergi sebab sekali Tia pergi dengan luka dalam macam tu, Faqih tak akan dapat capai hati Tia semula.” – Faqih

Dan Mutiara... terus selesa tanpa Faqih di sisi. Hanya saat Ammar mula meluah rasa serta tingkah Huzair yang kian aneh, dia mula celaru. Jalan keluar perlu dicari kerana status penyondol tidak mahu digalas.

“Abang nak tinggal dengan Tia semula tak?” – Mutiara

Demi Ammar dan Zahirah, demi Huzair dan Eshal, dia nekad memilih Faqih. Sekali lagi! Tapi soalnya, masih sudikah suaminya itu selepas berkali-kali disakiti? Mutiara sungguh... tidak tahu. Dia hanya mengikut kata hati!

Dan mampukah sebuah keinsafan menyurutkan segala dendam dan membawa pergi perit dalam hati?

534 pages, Paperback

Published May 1, 2024

7 people want to read

About the author

Aleya Aneesa

28 books83 followers
Marwati Wahab atau Aleya Aneesa merupakan anak kelahiran Johor. Dilahirkan pada 16 Mei 1980. Anak keempat daripada enam orang adik-beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu. Kemudian dia meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah (SETA) dan Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Selepas menamatkan Pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bahasa dan Linguistik, Aleya bertugas di Jabatan Kesihatan dan Perlesenan, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tenggara.

Kini beliau bertugas sebagai Penolong Pegawai Perancang Bahasa, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sebenarnya Aleya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang penulis novel. Namun minatnya timbul bila cerpen pertamanya berjaya dimuatkan dalam majalah Media Hiburan pada tahun 1996 dan cerpen kedua dalam Majalah Remaja pada tahun 2002. Sejak itu minatnya semakin bernyala-nyala.

Bersama ALAF 21, Aleya telah menghasilkan tiga buah novel iaitu Semusim Rindu, Kasih Antara Kita dan juga Janjiku Bersamamu. Harapannya semoga novel ini dapat melahirkan generasi yang berjiwa murni. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah. Demikian pandangannya.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1 (25%)
4 stars
1 (25%)
3 stars
2 (50%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,086 reviews202 followers
September 12, 2024
Recommended!

Sebab apa? Sebab BEST sangat²

Korang akan lebih appreciate apa yang korang ada sekarang. Bila dah takda, baru korang akan menyesal.

Frankly, F teringin sangat nak tahu ending Huzair dan Eshal.

Kisah ini tentang dendam, rasa sakit hati dan bersalah yang terlampau sampai melukakan hati ramai orang.

Bukan suami je, bahkan anak².. adik ipar, mak mentua, pak mentua, kawan² yang rapat

"Kau jumpa ibu kau, aku pastikan Faqih kahwin lagi satu!

"Kau jumpa ibu kau, aku pastikan yang kau tak akan dapat tengok Aya dan Aqi lagi!"

"Kau jumpa ibu kau, aku akan bencikan kau sampai kau mati!"


Sebab ini lah punca segala²nya. Mak mentua yang tak anggap menantu yang baik. Sanggup pisahkan dengan ibu sebab dendam.

Mak Faqih ni memang problematic sikit. Eventhoo Dato Hambali kahwin dengan dia, but still rasa sakit hati tu ada terhadap besannya Aisyah. Sampai Aisyah tutup mata pun, Mak Faqih bersikap kejam pada Tia.

Tia... tia... kerasnya hati mu wahai Tia. 3 tahun dia jauhkan diri dari suaminya. 3 tahun dia ignored pujukrayu Faqih.

Dia isteri yang meninggalkan suaminya.
Dia isteri yang mengabaikan suaminya.
Dia isteri yang tidak peduli pujuk rayu suaminya.


Sejujurnya Faqih watak dia green flag. Kesabaran dia sangat² tinggi. Tia tu tersedar sikit pun sebab Eshal datang menyerang dan gelar Tia "isteri yang nusyuz". Bila Aya masuk hospital, baru nak meraung. Before ni dengan keras hati nya sampai mentua datang merayu pun Tia keras hati. Eeee elok ketuk kepala ko Tia.

Watak Caya ni patut kasi trophy. Nasihat dia memang bagus! Dia pun geram dengan sikap akaknya Tia.

Seriously, emosi F cam roller coaster baca naskah ini. Lagi menyirap bila kawan² baik Faqih ada hati dengan isteri Faqih, Tia. Tanpa sedari kelakuan mereka hurt their wife's feelings. Ehh sakit hati betul F.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
791 reviews228 followers
November 10, 2025
Penulisan Aleya Aneesa ni best je. Cuma I annoyed dengan perangai FL yang terlampau ego pastu tak reti jaga perilaku diri sendiri sebagai seorang isteri (ceh cakap macam diri sendiri dah kahwin hahahahha. Ko kan Suraya, bila kahwin nanti, pastu tak praktikkan segala rationality and wisdom you’ve gathered from all these novels, memang nak kena).

Berbalik kepada annoyance tadi, I faham je yang si Faqih tu buat salah, tak reti backup wife bila kena hentam dengan MIL pastu ambik mudah issue ni. I pun faham yang Mutiara memang patut marah sangat-sangat bila dia dihalang oleh MIL untuk jenguk mak sendiri yang nazak pastu tak sempat tengok mak meninggal. I faham ke-dendam-an tu. Tapi, I tak suka dengan perangai Mutiara yang menyeksa anak-anak sendiri yang kecik lagi tak faham apa dengan masalah diorang ni. Banyak kali Faqih mintak maaf. Banyak kali orang sekeliling nasihat Mutiara, tapi sepatah pun tak lut dalam kepala dia. Akhirnya, anak-anak yang merana.

Tapi, Faqih pun satu, lama betul dia ambik masa nak pujuk Mutiara. Dia berlembut dengan Mutiara sebab nak bagi Mutiara time to cool down. Faqih ni baik gila. Masalahnya, bila macam tu, Mutiara naik lemak. Dan lama jugak si Faqih ni ambik masa untuk man up dan bertegas dengan Mutiara.

Part yang paling I tak suka adalah bila Mutiara ni, dalam pada dia duduk berasingan daripada Faqih bertahun-tahun, dia dok jugak keluar makan berdua dengan lelaki-lelaki lain (bestfriends Faqih), yang mana lelaki-lelaki lain tu suami orang. Pastu lelaki-lelaki lain tu tangkap cintan dengan Mutiara sampai sanggup hancurkan rumah tangga sendiri. Macam mana la I tak marah kalau gini perangainya. Tak kisah la atas dasar apa pun, jangan la keluar makan berdua dengan husband orang?????? Dah tu ko kawan pulak tu dengan wife diorang???? Ya, dalam cerita ni Mutiara takde perasaan pun dengan lelaki-lelaki tu and anggap diorang tu kawan je, but you cannot control somebody else’s feelings. What you can control instead is your own behaviour, and Mutiara failed tremendously at that.

Dan ya, Mutiara tersedar salah sendiri bila rumah tangga kawan-kawan dia tu diambang kehancuran sebab dia, dan dia cepat-cepat took some actions. Tapi I tetap marah. Dan lagi I geram jugak bila Mutiara ni mintak maaf ala kadar je (bagi I) dekat Faqih atas semua kesilapan yang dia buat sepanjang gaduh tu. Banyak salah Mutiara ni sebenarnya, tapi sebab dia dapat suami yang gila lembut hati and sayang gila kat dia, so proses mintak maaf tu terlebih senang pulak settle (bagus la untuk keharmonian hidup kan, tapi kena la Ikhlas jugak mintak maaf)

I pun faham je perspective yang Aleya Aneesa nak bawak dalam cerita ni, tapi sebab I sangat tak suka dengan perangai Mutiara ni, jadi I baca buku ni dalam keadaan yang berapi haha.

Pastu kan, I tertanya-tanya cemana Faqih dengan Mutiara ni boleh tetiba bercinta, padahal masa sekolah dulu beria Faqih tak suka Mutiara. Penulis ceita pasal kisah zaman sekolah diorang, tapi part cemana boleh kahwin tu penulis skip pulak.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.