Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ilmu Kalam Paucis Verbis

Rate this book

184 pages, Paperback

First published January 1, 2001

6 people are currently reading
21 people want to read

About the author

Ibrahim Abu Bakar

3 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (22%)
4 stars
4 (22%)
3 stars
7 (38%)
2 stars
2 (11%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for Syed Mohammad Daniel al-Habsyi.
24 reviews1 follower
July 18, 2018
Sebuah buku yang sesuai sebagai pengenalan terhadap ilmu kalam yang dianggap sebagai disiplin ilmu yang kontroversi merentas zaman. Garapan penulis yang menyeluruh dan lengkap memberi gambaran penuh terhadap kelangsungan ilmu ini oleh para ulama, tidak kurang juga memperihalkan penolakan sebahagian ulama besar terhadap ilmu ini, termasuk 3 pengasas mazhab besar Fiqh, Imam Syafie, Imam Hanbali dan Imam Maliki atas dasar pengaruh Muktazilah sebagai pemelopor gagasab awal ilmu tersebut.

Namun begitu, gaya penulisan perlu banyak penambah baikan dari sudut laras bahasa. Terdapat banyak ketidak tekalan penusunan isi, pengulangan, dan juga teks Arab dan Inggeris berserta terjemahan yang tidak mesra pembaca. Terdapat juga banyak penggunaan istilah-istilah yang mengelirukan, apabila penggunaan istilah Inggeris yang dimelayukan, juga pelbagai penggunaan istilah Arab yang berleluasa tanpa penjelasan makna. Isi dalam teks juga banyak yang sesuai diletakkan dalam nota kaki daripada dimasukkan ke dalam teks utama. Bagi Bab 10, iaitu Mauduk dalam Kitab Ilmu Kalam, bab serta tajuk yang disenaraikan sebaiknya disusun dalam bentuk yang lebih sistematik sama ada peta minda atau jadual untuk penggarapan yang lebih berkesan oleh pembaca berbanding penyenaraian yang panjang dalam perenggan-perenggan. Saya kira ini adalah peranan editor supaya penyelarasan penulisan lebih tersusun dan mesra pembaca terutamanya pembaca bukan dalam bidang ini.
Profile Image for Azizul Hakeem.
4 reviews1 follower
February 3, 2021
Penjelasan dan analisis Ilmu Kalam secara ilmiah. Ditulis oleh Dr Ibrahim Abu Bakar. Bermula dengan tajuk yang menarik iaitu kemunculan ilmu kalam, kefahaman sebagai sarjana barat terhadapnya, objeksi dan vindikasi terhadap ilmu kalam. Cara buku ini disampaikan mendatang pelbagai sumber rujukan dan pandangan, kemudian diakhiri dengan satu rumusan pada setiap bab.

Maka, ilmu Kalam sendiri ada tempatnya di dalam ilmu Islam, ia bermanfaat selagi mana menjaga dan menithbat akidah umat Islam dari tipu daya luaran dan dalaman.

Membacanya sebagai satu bentuk pengenalan terhadap ilmu Kalam.
Profile Image for Naqiuddin Ansarullah.
1 review1 follower
April 18, 2024
Buku ini menghuraikan mabadi' asyarah bagi Ilmu Kalam. Secara peribadi, saya banyak mengambil manfaat daripada nukilan-nukilan penulis kontemporari dan ringkasan perbahasan berkaitan isu-isu tertentu. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, ia jauh daripada mencukupi dan memuaskan, khususnya dari sudut susunan fakta dan maklumat yang kadangkala tidak berkesinambungan dan dimasukkan tanpa relevensi.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Mohamad Fuad.
Author 7 books70 followers
February 11, 2016
Kupasan yang ringkas dan padat berkenaan Ilmu Kalam, sesuai dengan tajuknya 'Paucis Verbis' yang bermaksud 'secara ringkas. Cuma, edisi yang saya sedang baca ada tambahan 3 bab baru. Secara keseluruhan, saya syorkan buku ini bagi penggemar buku-buku Pemikiran Islam untuk memahami Ilmu Kalam. Penulis merupakan ahli akademik yang sememangnya pakar dalam bidang ini dan telah mengeluarkan beberapa buah buku dalam bidang ini.
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.