“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.” Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan. Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!” Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.” Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.” Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.” Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.” Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia... “Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”
Seriously i have been waiting ages for STC... < PERGHHHH.. AYAT PROPA X HENGAT!!!! > hahahaha... tp yer, lama giler kot terasa nak menanti dapat peluk STC. Punyalah tak sabar dan excited hah. Even menang contest FB tuk dapat STC free, cheq tetap masuk Pustaka Minerva dan beli sebijik. biaq pi dua pun. yg penting berbaloi!!! yang free nanti pun masih nak. ngeeeeee..... okey cukup takat tue mengarut merapu meraban. back to topics.
STC aka Suami Tanpa Cinta, blh x nak dikatakan AWESOME!!!! eja penuh hah.. x main dah ohsem2... sbb seriously mmg AWESOME...
Aid ngan Ain nie mmg terasa couple or Jodoh made from heaven! they just suit each other nicely. Suke tyme2 depa belajar bercinta. perghhh.. buat diri nie pun terasa nak masuk jadi watak sampingan. sbb dengan membaca pun dah excited. apatah lagi kalu real depan mata. haish.... mmg mencair la hah!!!
Aid mmg imam yg gerek seyh!!! best kot... dapat plak Ain.. mmg sempurna la hidup hah... Aid ohsem giler. part jaga Ain bila Ain demam. Part minta maaf dulu bila dah rasa bersalah. Part pandai minta tolong bapak mertua biar jadi back up besar. ngeeee.. Part jeles tahap gaban kat si Ain.. hahahhahhahaa..... mmg x hengat!
Ain plak... yg tue mmg memanjang rasa nak sekeh jer dier. pastu nak cubit2 hah pipinya. haila... dgn kenaifan yang teramat sangat.. plus kenakalan tahap masuk henry gurney.. eh eh.. okey la x sampe henry gurney. tp tahap tampoi.. ngeeeee... plus kecomelan yang amat.. hehehe.. suke2... tp x suke part kalu Ain marah... haip!!!! merana jiwa raga hah.
Yang Penting Aid Ain. atas katil. satu jer bantal tau! anak patung pun na mo. merana gak 2 - 3 hari Aid, bila bantal bertambah.
Part konflik, walau hanya sekejap.. tapi mmg blh wat jiwa nie meresah... cian Aid, blur ditinggalkan. cian Ain, blur meninggalkan. nampak x keyword nyer itu??? BLUR. yup. both blur sbb depa dua nie kekdg suke sangat berahsia. hah!! br padan muka masing2.. nasib baek x epic fail! hahahahha.... part bunyi BUMMMM!!!! tue.. mmg blh wat jiwa raga sesak.. aduhai... cuak2...
tp worry dun gals, after baca masih lagi tersenyum dan rasa nak ulang balik. so u may consider they end well.. ngeeeee...
habis Aid Ain. perghhhh banyak lagi character lain.. Aleesa yang poyos dan ngeng! x memasai jadi spy x bertauliah hah!
Carwash yang kekdg blur tp banyak gak bodohnyer hah..kih kih kih. sape suruh percaya Batrisya. sib baek ada Zarra. eh eh. betul ke idok namanyer tue? haha...
and linda... weeeeeee... i lioke Linda end up ngan ... hahahahaha.... kena tunang terus hah... puas hati den...
Uzair plak... mmg macho... great moves bro! pat on the shoulder! ngeeeee....
and what i like the most is, even adik beradik berbelas2 pun, belum tentu lagi dapat anak berderet. dan kalu anak tunggal pun, x semestinya anak satu jer. rezeki tue Allah yang kasi. oleh itu percayalah!
Rasanya, kalau ditanya pendapat aku tentang novel ini, akan ku jawab, kurang 'umpphh'nya berbanding novel yang lain.
Kecewa pn ada. Bila tengok pembaca lain bagi bintang penuh, jadi expectation aku tinggi. Namun, saat bermulanya aku membaca, ada sesuatu yang menyekat hatiku untuh jatuh suka, sepertimana pembaca yang lain.
Apa yang aku tak suka? Batasan pergaulan antara Ain dan Aid sebelum kahwin. (Aku tak nak ulas sebab aku percaya, pembaca yang lain boleh nilai sendiri)
3.5/5 bintang Suami tanpa cinta.. Kahwin sebab nak satukan syarikat.. Namun bila dikatakan bahawa perkahwinan itu kena ada cinta, maka berusahalah Ain nak belajar bercinta.. Ya lah minah hati keringkan.. Dalam pada belajar bercinta, Aid memang dah cinta sepenuh hati.. Ain pula dah cinta tapi tak tahu.. Maka bermulalah konflik antara mereka sebab dalam fikiran Ain, dia dan Aid bersatu demi menyelamatkan syarikat.. Jenuh juga Aid nak mengajarnya.. Macam-macam cabaran.. Memang buat Sha geramlah dengan Ain dan kesiankan Aid.. Apa yang Sha tahu, novel ini memang best.. Dan novel ini banyak ayat-ayat yang best dan sentap ke hati.. Paling Sha suka "Tak ada hubungan yang sepanjang masa itu, cerah secerah matahari sahaja. Adakalanya hujan juga. Tapi apabila kita belajar bermain dengan hujan, kita akan berjumpa cara untuk melepasi ribut taufan bersama. Itu sebab, kita perlu selalu mencintai antara satu sama lain... Tidak sempurna kita kalau tidak bersama, tapi kalau kita bersama ia lebih daripada sempurna."
Seperti biasa..sy suka karya Syamnuriezmil...sbb cara penceritaan dia mmg kena dgn citarasa.. tp STC bg sy agak biasa..konflik x berat..lagi suka akan BKP and IUD..tp mcm biasalah kan dari awal hingga akhir tersanggatlah sweet..bila baca mesti tergelak..dgn watak2 dlm STC ni..agak puas hati jugak..
Mula2 fikir STC bermakna si suami yg tiada cinta kat isterinya..tp rupanya isteri yang mempunyai suami tanpa rasa cinta..(gara2 x pernah baca bab2 yang di update penulis kat blog..jadi x tau cerita tentang apa)
Bagi sy..Ain ni memang cintakan Aid sebelum mereka berkahwin lg..cuma dia x tau mcm mana rasanya cinta tu..dan x sedar sebenarnya dia memang cintakan Aid..jadi dia selalu ckp kat Aid dia x dpt cintakan Aid seperti Aid cintakan dia..bila dah cemburu lepas tu salah faham..mulalah nk mengaku yg dia cintakan Aid.. nasib baik Aid ni cool..sabar dan x cepat melatah..
akhir sekali tamat dengan senyuman lebarr... (^____^)
Heemmm.... X leh puji eh? Ok... Kita be natural...Honestly, ML rasa sedikit bosan membaca naskah ini. Mungkin kerana tebal sangat kot dan ceritanya dah jadi meleret-leret. Mungkin cerita yg guna jangka masa pendek x berapa sesuai nak dijadikan tebal.
ML ambik masa seminggu nak habiskan novel ni. Hehehehe,,,,seriusly, x der spark.Nasib baiklah ML masih boleh senyum dengan lawak Aid. Watak-watak tempelan juga seakan-akan... Aper ek...x hidup sgt. Peristiwa-peristiwa yg flashback tu, sedikit mengganggu. So, ML kena repeat baca baru nak tahu, ni part mana dan siapa yg ckp. Editor perlu lebih peka.
Syamnuriezmil never disapoint.the only thing is, this book doesn't make my flutter as do the rest of her books. The niat to kahwin atas sebab kan menyelamatkan syarikat. But yang bestnya walaupun kahwin tu macam "kontrak" this couple try their best to mencintai each other. So they apply apa yang mereka dengar dari ceramah, mr google and even you-tube! Banyak lah aksi-aski yang melucukan dan mencuit hati. Very educational too. Boleh apply to those yang sudah berumah tangga
Zaidan Iman dan Ain Syifa….dua orang yang berkawan sejak dari zaman sekolah…..namun demi menyelamatkan perniagaan keluarga, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin dan menggabungkan syarikat mereka.
Namun zaidan iman adalah suami tanpa cinta ain syifa….perkahwinan mereka adalah perkahwinan bersyarat….apabila jatuh je talak ke atas ain, maka syarikat mereka adalah hak milik mutlak ain syifa….aid tiada lagi hak ke atas syarikat itu…. Oleh itu, aid dan ain harus memastikan bahawa perkahwinan ini kekal untuk selamanya…..
Ain cuba untuk menyayangi dan mencintai aid, seperti mana aid mencintainya dengan sepennuh hati….namun, kerana kisah silam ain sukar untuk membuka hatinya untuk mencintai aid…..tapi, ain seorang yang comel, polos dan nakal itu tidak sedar bahawa dia telah lah lama mengalami love attack….kehidupan mereka semakin hari semakin ceria and bahagia…mereka memang saling melengkapi antara satu sama lain…pelbagai cara yang dilakukan oleh aid agar ain jatuh cinta pada nya….aid sedar, si isteri sudah mula mencintainya cuma masih belum mampu untuk mengungkapkan kata cinta itu kerana masih lagi keliru dengan apa yang di rasa…..
Walau pun kehidupan mereka bahagia, tetap juga ada insan2 kerdil yang cuba mendampingi pasangan ini…..tetapi di atas rasa percaya antara mereka, semua itu bisa mereka tepis…..tetapi satu perkhabaran yang didengari oleh ain telah membuatkan dia berubah…lebih2 lagi apabila aid sudah pandai berahsia dengan dirinya…..
Keadaan semakin runcing apabila ain lari meninggalkan aid dengan satu nota kecil yang membuatkan aid menjadi risau dan cuak…..
Dapatkah aid mencari ain??? Mampukah perkahwinan dengan suami tanpa cinta ini kekal sehingga ke jannah? Dan apakah kebenaran di sebalik cerita yang didengar oleh ain itu????
Segalanya akan terjawab apabila anda menyusuri kisah suka duka dan sengal pasangan yang sangat comel ini…..kisah zaidan iman zainal, suami tanpa cinta ain syifa suffian…..
Lama jugak ambik masa nak khatamkan cerita nie. Jalan cerita yg simple, xde konflik yg menyakitkan hati smpai rasa nak campak buku atau nk pecah dada sbb geram. Konflik yg mcm bru2 ada bunga, pas2 settle dah. Haaa..life xcomplicated bila kita xsmpn rahsia dan jujur dlm hubungan. I can relate to that.
Saya suka bca buku2 yg ringan2 mcm nie. Sarat jugak dgn nasihat dan pedoman. Siap ada ruangan ilmiah dan petikan hadis2, which I love. Tapi 2 la, adegan yg terlebih gula sblm nikah saya kurang berkenan sgt. Bakal suami bukanla tiket utk kita beramah mesra, pegang2 mcm dah suami isteri. Bercinta dan mencari cinta selepas kawen mmg bagus. Dah halal, bleh buat apa yg kita suka. Tapi utk sblm kawen 2..well,lu pk la sndri kn..haha
Apa2 pun, kita amik yg baik dan jdkan yg buruk 2 sbgai pedoman ye dak? Bak kata cikgu BM saya dlu, kalau dpt senaraikan nilai2 murni dalam sesebuah cerita 2, dah kira dpt pk yg baik2 la kan. Terima kasih cikgu. Dan untk cikgu kehidupan saya, (MY FATHER), selamat hari lahir.
I rasa kureng sgt novel ni .. Tak mantap seperti novel Suamiku, Encik perfect10,Bukan kahwin paksa dan isteri untuk di sewa . Saya dah baca suku novel tapi terlalu bosan .. Tak dapat menarik perhatian untuk baca novel ini smpi habis ..
jatuh cinta dgn aid... mata blink2... suka setiap apa saja yg aid ckp kat ain... sgt sgt sgt sweet ... memang novel ni terbaik!! penantian yg berbaloi2....
Zaidan dan Ain Shifa... Aid dan Ain. Belit otak baca jap Aid, jap Ain. Cute nya Aid ni, dia banyak bersabar dengan Ain yang lurus bendul pasal cinta ni. Asalnya kahwin demi penggabungan syarikat, tapi yang bagusnya diaorang try harder to make their relationship last. Yang tak boleh nak terimanya si Ain tu, pa benda susah sangat nak mengaku tak cinta kat Aid sedangkan dah banyak sangat simptom² dia tu jatuh cinta dengan Aid. Haishhh! Geram pulak.
Sweet sangat-sangat! STC adalah cerita tentang perjalanan cinta Zaidan Iman (Aid) dan Ain Syifa. Mereka berdua bercadang untuk berkahwin untuk menyelamatkan syarikat masing-masing. Mereka mula buat syarat serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Ini adalah kerana bapa Ain pernah menasihatkan bahawa "A successful marriage makes a successful business". Aid dengan senangnya jatuh cinta dengan Ain kerana sikapnya yang polos dan spontaneous. Tetapi tidak dengan Ain. Ain mula rasa tertekan kerana dia tidak tahu apa itu 'cinta'. Aid mula mengajar Ain untuk mengenal cinta sehingga Ain dapat merasakan dia amat 'dicintai' oleh Aid. Ain rasa serba-salah kerana tidak dapat membalas perasaan Aid dan tidak dapat mengungkapkan perasaannya kepada Aid. Dia mula berusaha keras untuk merasai 'cinta' dan dia sanggup berkorban apa saja untuk Aid dan rumahtangganya. Ain mula rasa tertekan bila Tok Irah mahu Zaidan mengahwini Nurul dan kerana dia belum dapat mengandung lagi. Bila Zaidan mula berahsia dengan Ain tentang Nurul, dia mula berprasangka terhadap Aid. Apabila Ain tersalah dengar dari seorang jururawat bahawa dia ada APS, Ain terus melarikan diri. Nasib baik Ain terjumpa Zehra sebelum kemalangan di Lumut. Lalu Aid diberitahu mengenai keberadaan Ain. Aid bergegas mendapatkan Ain. Aid beritahu Ain bahawa Ain sebenarnya telah mengandung. Dia mula berterus-terang mengenai pertunangan Nurul dengan Abang Apek. Aid mahu Ain lebih terbuka tentang perasaannya dan jangan memendam rasa. Ain rasa sangat bersyukur kerana Aid sentiasa mencintainya dan akhirnya Ain dapat mengungkapkan kata 'cinta' buat suaminya.
skang ni aku x leh nak habiskan satu novel satu hari..makan byk hari lol..kisah Aid dan Ain..betapa bersabarnya si Aid ni utk Ain mencintai dia...hai lorrr sweet mweet betul si Aid ni..dulu dia x cinta pun si Ain..tp bila diarang amik keputusan utk berkawin demi syarikat..Aid mula jatuh cinta kat Ain..Ain ajer yg hati kering..lurus bendul pulak tu..kelakar dan comel ajer deme ni kalau bergaduh mulut...salute lah kat ain ni..datanglah pompuan mana yg menempek kat Aid..dia x jeles pun..hahaha..x ngaku sebenarnya tuu..poyo betul..bibit2 cinta tu ada tapi..itulah..Ain hati kering..sabar aje si Aid melayan kerenah Ain..dan aku suka pengakhiran kisah suami tanpa cinta si Ain ni..yeahhh mestilah happy ending..byk gak pengajaran yg Syam selitkan dlm STC ni..terutamanya kisah rumahtangga..tentang anak x sah taraf..bolehlah jd sbg panduan..info tuu..
Honestly, buku ni kurang umph! I expect more out of this.
Apapun I do like gaya santai penulis dalam all her novels dan tak heavy with plot.
Apapun I salute Zaidan dan Ain dlm mengemudi bahtera rumahtangga yang dibina right from start. Tak typical kahwin kontrak.
Cuma satu je I hate sikap Ain..bebal tahap gaban tentang cinta. Ada ke istilah mencari cinta..well, there is a fine line between sayang, cinta dan nafsu among humans. Dah jelas pun mencari. Kalau dah Tahajud tu sekali gus buat sunat istikharah and hajatlah kalau tak pasti. Bukankah Allah tu pemegang setiap hati. Cinta yang sangat pasti dan wajib cari adalah cinta kepada yang Esa kerana hanya dengan mengingatiNya aje dah tenang.
Novel ni ada pengajaran..Jangan asyik nak buat assumptions je tanpa meminta petunjuk.
cerita yang ringan. simple je. konflik ada tapi belum sempat bertunas dah kuncup. heheheh.. kisah cinta yang smooth je. cabaran hanyalah nk suruh ain mengaku cinta kat aid je.
kisah sebelum kawen sungguh la panjang meleret2. nak tunggu kawen, kena katam 34 bab dulu. huhuhu..
pasal ain bertudung agak kurang jelas. rasa macam dah pakai tudung tapi pastu rasa mcm dia tak pakai tudung lak kadang2. heran mak.
43 Kisah Ain dan Aid nukilan Syamnuriezmil ini dibeli kerana faktor novel ini bakal diangkat menjadi drama. Namun... Bukan itu saja. Tapi... Kerana nama penulis novel itu sendiri juga antara sebab mengapa saya membeli naskhah ini.
Usai membaca novel tebal ini, tidak tahu mengapa seperti kurang ummpphh. Tidak sehebat novel TAM, IUD, SEP10. Tak mahu komen lebih... Cuma nak simpulkan novel Syam yang ini masih ada segarnya. Sweetnya tetap ada.
Agak tebal bukunya tapi buat pertama kali, saya baca rasa macam tak sabar nak tahu kesudahannya.. Penulis banyak selitkan kata-kata mutiara dan I really love it.. Ain seorang yang 'workaholic' and dia merelakan diri untuk berkahwin demi menyelamatkan syarikat bapanya. What I like abt her, she is optimistic all the way..
buku ni lain dr novel kak syam..xde pantun dua kerat..kelakar tu ada..usik.mengusik wajib ada...paling sy suka watak aid..cuma ain tu pernah jatuh cinta xkan dia xtau apa itu cinta?? hahaha..tp tetap sweet bila aid mainkn peranan..mmg soooo cute!!! lg2 bila bab nak mengusik ain..hahahaha...lg sweet time ain xde tulang belakang kerja dia nak bersandarrrr je dkt aid..huhuhu..
Akhirnya!! Habis juga 812 pages. Dari tahun lepas baca,baru tahun ni habis. Novel ni agak bosan mungkin sebab kurang conflict. Novel2 lain penulis sebelum ni semua 5 stars rating. Tapi kali ni..2 bintang aje.Sorry!
Suka citer ni...bagus dan ada pengisian...nasihat dan panduan diselitkan dlm lawak dan gurauan... baca pun senyum2 aje...mmg tak sabar nk sampai ending!