Jump to ratings and reviews
Rate this book

Isteri Lelaki Parasit

Rate this book
Dalam dunia ni, nak hidup kena pandai. Buat apa susahkan diri kalau banyak perempuan bodoh di luar sana yang boleh digunakan? Tabur sikit kemanisan dan kasih sayang, cairlah mereka. Itulah pegangan Izam dan Nur berjaya dijadikan mangsanya.

Perkahwinan mereka baru hampir setahun, Nur percaya dia perlu terus bersabar. Dia perlu bersabar walaupun mulut ibu Izam bagai puaka. Kakak iparnya pula, asal bergaduh dengan suami, muncul di rumahnya. Dah tu, buat rumahnya berubah bagai tapak pelupusan sampah.

“Mak, bertahan sikit saja. Apa yang Kak Zu cakap tu betul. Nur dengan kucing kurap, Zam lebih hargai kucing kurap. Nur tu untuk dipergunakan saja. Kalau betul dia dah naik kepala, Zam tahu macam mana nak ajar dia supaya sedar yang langit tu tinggi.” - Izam

Lelaki parasit. Itulah gelaran terhebat yang boleh disandang oleh Izam. Bukan lelaki itu, malah seluruh keturunannya layak digelar parasit.
Izam bermegah fikirkan dia berjaya membodohkan Nur. Tanpa Izam sedar, Nur yang dia sangka polos itu hanya tertawa sinis.

Nur, isteri kepada lelaki parasit itu. Tapi ini bukan cerita tentang si lelaki. Tapi ini cerita tentang dia, isteri lelaki parasit.

Sayangnya, dia akan tikam habis-habisan sehingga ular sawa ni lepaskan dia. Sampai semua ‘ular sawa’ ni sedar mereka tak boleh menelannya kerana dia beracun.

515 pages, ebook

Published August 1, 2024

2 people are currently reading
7 people want to read

About the author

Ieya Sya

33 books74 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (40%)
4 stars
8 (53%)
3 stars
1 (6%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
December 7, 2025
IF YOU'RE LOOKING FOR A REVENGE PLOT TO CHEATER, PENYONDOL AND KELUARGA MERTUA DARI NERAKA, PICK UP THIS. SATISFYING GILAA!!! vibe makjang kdrama wehh HAHAHHA oh this is woman centric story tak ada hero utama LERVEEEE

Nur Aralyn, berkahwin dengan lelaki tak guna, A BIG PARASIT. tahap parasit Izam ni memang menyakitkan hati, mental dan fizikal💀☝🏻 manipulator and toxic pulak tu lepas tu gaslight bini tak habis2. boleh kata Nur ni bela biawak hidup eww duit sewa rumah, kadang bil elektrik air pun Nur kena bayar. lepas tu the audacity marah Nur kena scam la, mengamuk Nur berhenti kerja la sebab dia kata buat apa kahwin kalau bini tak kerja. SMALL DICK ENERGY BETOL. Pakai duit isteri pergi berjoli dengan betina lain. mak, kakak and adik selalu hina isteri pun tak back up perghhh level dayus dia memang tak dibuat main. konon kahwin dengan Nur sebab nak jadikan Nur ni hamba abdi je. Kakak ipar Nur, Kak Zu dan adik ipar, Huda pulak selalu sangat kencing Nur untuk dapat duit just sebab kononnya Nur ni bendul dan polos.

ohhhh mereka silap. NUR IS A BETTER MANIPULATOR AND ACTRESS HAHAHAHHA LOVE GILA WEH CARA DIA HANDLE LAKI DIA AND KELUARGA TAK GUNA LAKI DIA TU. sangat classy and strategical. perlahan2 dia buat orang fikir dia mmg naif sampaikan dia play victim depan Izam pun Izam pilih untuk percayakan dia instead of Kak Zu or mak sebab dia yakin isteri dia baik mustahil menipu LOLLL sedangkan Nur tunggu masa je nak jatuhkan bom🫦✊🏻 anddd cerita kak ieya ofcourse akan ada elemen twist🤏🏻

then cara dia sembur and balas perbuatan penyondol tu WOAH WOAHHHH MAAM YOU DROP THAT!!! paling suka bila Nur suruh mak keluar dari rumah dia🙂‍↕️ memang puas gila pengakhiran semua parasit tu and of course Nur pun dapat happy ending dia sendiri🫶🏻 cuma tak puas hati part tak diceritkan betul2 pasal status sebenar Nur ni.
Profile Image for twiggies.
91 reviews6 followers
December 17, 2025
kalau rasa hidup terlalu stress free atau tengah cari bacaan yang stressful, bacalah ebook ni. believe me, berbakul bakul makian akan terkeluar ON EVERY DAMN PAGE esp setiap kali pelesit pelesit tu muncul ughdhejs💀

cerita ni mengisahkan Nur berkahwin dengan Izam dengan harapan kesabaran mampu menyelamatkan rumah tangga, tapi realitinya dia terperangkap dalam perkahwinan yang dibina atas manipulasi, penghinaan dan kerakusan sebuah keluarga yang hidup sebagai parasit.

a satisfying woman centric & revenge read!! pls suka gila dengan watak Nur she’s such a mood. this kind of constructive manipulation is very welcome. love how she lets people think she’s naive, sedangkan sebenarnya sebaliknya. Nur is the type who’s strong, fearless & doesn’t bend to other people’s bullshit. maybe sebab latar belakang personaliti dia juga tapi satisfying gila tengok cara dia susun strategi balas dendam untuk buat ALL OF THE PARASITES SUFFER IN A MISERABLE WAY. lelagi masa dia expose satu per satu perangai buruk keluarga mentua dia. big W for her.

sigh Izam (and his family) is mental and a walking blaring red siren. disrespectfully please get the fuck off. kalau keluarga macam ni bebetul wujud (which i believe ada je kot, entahlah jenis kaki spin) aku sumpah nak tahu their thought process sebab wallahi bodoh is an understatement untuk spesis macam ni. plus Izam is the type of guy with zero provider mindset. memang tak layak jadi suami. jadi manusia pun tak layak. hidup atas muka bumi buat bazir oksigen je. kau bayangkan hutang sendiri tapi marah sebab tak ada orang bayarkan?:!2!1& lepastu ada hati nak ikat tepi. ugh seghabut namampos💀 bak kata Nur, dahlah miskin, pelahap duit orang, ada skandal tapi tak dapat bagi apa apa.

papepun memang puas gila baca ending setiap parasit dalam ni esp bila author cerita dengan detail apa yang jadi dekat diorang instead of bagi conclusion ringkas macam tu je.

ending Nur pun love dooh🥹 at least she got the closure she’s been wanting for. yihhh walaupun secoet & scene diorang tak banyak tapi still boleh rasa connection between them. suka betul small banters diorang scene macam tu pun mampu buat aku giggles HAHAHA. needless to say, this book ruined my peace (in a good way)
Profile Image for fi🧣.
58 reviews10 followers
December 16, 2025
personal rating — 4.5/5🌟

every single page tak bosan baca and how Nur plan her strategy untuk hancurkan family mertua dia BAPAK SATISFYINGGGG😮‍💨 if i were Nur cerita ni dah habis kat page 300+ HAHHAHA I CAN NEVER BE AS PATIENT AS HERRR by the time dapat tahu mak mertua dengan suami cakap belakang i would’ve sergah but Nur sabar and strategise her own way

Nur is giving Ah Jin energy so baddd🫦 a woman who knows her worth and fight for it this is exactly the epitome of good plot (NUR IS THE PLOT) and satisfied ending for the villains WELL DESERVEDDD

Nur & Zir’s romance crumbs towards the end >>> it’s always the nonromance story BENCIKKK😔🫶🏻 ingatkan i’ll get an open ending for Nur and Zir’s sibbaik Nur finally feels she’s still worth loving after all she went through💗 sebak la fikir lepas apa dia dah korbankan untuk diri dia🥹

this story is written for all woman who got betrayed by her own partner. to all woman yang pernah disakiti padahal dah give her all to the relationship tapi jasa tak pernah dibalas dengan kebaikan. to all woman who becomes ‘THE MAN’ in the relationship

penutup kata, Wani boleh masuk group chat best friends dengan Jule. Izam boleh join Stopa geng ‘bersekedudukan’ #ytjt

wassalam😇
Profile Image for Tiara Sapphire.
160 reviews6 followers
September 7, 2024
Review: https://www.tiarasaphire.com/2024/09/...

Jalan cerita ebook ni best dan menarik juga sebab Nur ni digambarkan sebagai isteri yang naif dan mengikut semua telunjuk Izam dan keluarga yang parasit mengikis duit dan perah keringat dia tapi tapi Izam tak tahu yang Nur ni sebenarnya psiko dan bukan naif seperti yang disangka. banyak kejutan pada watak Nur yang buat jalan cerita ni menarik dan best tengok cara dia balas dendam pada keluarga Izam.
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
August 27, 2024
Izam ingat Nur ni bodoh. Dia tak tahu Nur lagi geliga dari dia.

Diam² Nur buat plan... diam² Nur letak camera dan recorder dalam kereta.

Ingatkan bila dah kahwin, Nur boleh berubah jadi lebih sabar... tapi hidup dengan family parasit buat Nur lelah.

Habis semua plan Izam. Kucar kacir family Izam. Semua benda tak kena.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
March 26, 2025
Tak sangka Nur sbenar nye diam² berisi.. die lgi pandai plan smue bende nie..

Izam dan family die mmg dpt kifarah.. tk lupe juga pada Wani..

Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 21, 2024
Berkahwin dengan wanita yang boleh diperguna dan bercinta dengan wanita yang dicintai. Ini prinsip hidup Izam. Nur isteri yang baik dan sabar tetapi selalu diperguna oleh Izam dan keluarganya. Sehingga satu tahap Nur berasa lelah dan karektor dirinya yang sebenar mula menunjukkan diri.

Kerana rasa dianiaya, Nur ingin membalas semua kelukaan itu satu persatu. Yang pasti target utamanya adalah Izam dan kawan baiknya Wani. Dia tahu suaminya itu skandal dengan kawan baiknya. Maka bermulalah dia mengumpul bukti dan meletakkan kamera dan rekod perbualan di dalam keretanya.

Kata² Haizir semasa Nur dalam kemalangan masih tergirang. Kenapa perlu membalas jika boleh dibuang. Disebabkan Izam mahu memalukan Nur dengan menjatuhkan talak 3 semasa sambutan hari lahirnya, Nur juga mengambil kesempatan yang ada dengan membongkar segala aib dan perlakuan Izam, Wani dan keluarga mertuanya.

Kesan dari itu, mereka semua menanggung kifarah. Wani yang lumpuh, Izam yang tidak lagi waras, Kak Zu yang terpaksa hidup bermadu, Huda yang mengalami masalah mental dan juga ibu mertuanya pula terpaksa ikut pindah ke rumah suaminya yang tidak sebesar mana kerana rumahnya telah dijual oleh Izam kepada Nur seketika dahulu.

Bagaimana kifarah itu berlaku? Memang wajib baca ebook ini. Lain dari yang lain. Lagipun ada kelainan indentiti dalam diri seorang Nur dan ada rahsia yang terungkap di antara perkahwinan Izam dan Nur. Yang pasti dari dulu hingga kini apa yang dilakukan untuk melindungi Nur Cahaya, satu²nya adik yang dia ada🤫
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.