Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penunggu Vila Nabilla

Rate this book
SEKUMPULAN penjejak paranormal yang dianggotai dua perempuan dan dua lelaki telah nekad menjadikan Vila Nabilla sebagai lokasi untuk mereka mencari rahsia tentang vila itu. Namun begitu, kesilapan mereka apabila mereka mulai bermain papan pemujaan roh, papan Ouija. Tujuan mereka ingin menyeru roh Nabilla dan mahu mendengar kisah sebenar berlakunya peristiwa yang menyebabkan vila itu terbiar begitu lama.

"Wahai penghuni vila indah, Vila Nabilla. Kami datang dengan berhajat, kami datang kerana mahukan kebenaran, kami datang demi roh dan semangat Nabilla. Hadir... hadir... hadirlah kepada kami wahai penunggu Vila Nabilla. Hadir.... hadir.... hadir....!" - AMRAN

Akibatnya sesuatu yang telah menghuni vila itu kembali bangkit mempertahankan tempat tinggalnya daripada dicerobohi manusia. Mereka yang bermain permainan itu mulai diserbu nasib malang. Seorang demi seorang ditimpa bahana dan bencana. Namun ada di antara mereka yang telah melangkaui ke alam di sebalik mata, di mana dia telah dipertontonkan segala kisah yang silam yang pernah terjadi di dalam Vila Nabilla itu sendiri.

"Kami syak mungkin pembunuh yang membunuh remaja-remaja itu kenal rapat antara satu sama lain. Dan mungkin juga Lucy... er pembunuh itu telah bersembunyi atau mungkin melarikan diri." - INSPEKTOR RAZIF

Sebuah kisah silam yang misteri dan menggerunkan akan terbongkar akhirnya. Kisah asal usul Vila Nabilla.

"Tak guna betul! Sejak budak itu ada dalam keluarga aku, semakin porak peranda rumah tangga aku!" - ISKANDAR

Paperback

First published September 1, 2024

2 people are currently reading
4 people want to read

About the author

Saidee Nor Azam

16 books44 followers
Nama pena lain: D. Rafael

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (50%)
4 stars
3 (15%)
3 stars
4 (20%)
2 stars
3 (15%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews43 followers
May 1, 2025
Sekumpulan remaja melakukan aktiviti paranormal di sebuah vila usang. Mereka juga turut melakukan ritual seruan menggunakan papan Ouija. Dan hasilnya bakal membawa malapetaka kepada mereka. Satu per satu menjadi korban.

SH rasa buku ini lebih kepada sedih berbanding dengan seramnya. Sedih mengenangkan nasib Natrah yang selalu menjadi mangsa amarah bapanya. Malahan kehadiran Nabila juga semakin membuatkan perhatian sang bapa semakin berkurang. Ibunya pulq dengan segala kesibukannya, sedikit membuatkan Natrah rasa terabai.

SH rasa orang yang nak mengambil anak angkat seharusnya bersedia dari semua segi bukan sekadar dari sudut materialnya sahaja. Mereka turut perlu menyediakan fizikal, emosi, jiwa mereka untuk anak tersebut. Biasanya anak angkat ini jiwa mereka lebih rapuh. Mereka lebih mudah untuk merasa tidak percaya diri. Apatah lagi jika ada antara ibu ayah angkat yang menunjukkan rasa tidak senang kepada mereka.

Bagi SH, Iskandar ni memang buat SH menyirap. Dialah punca segala masalah. Semua bermula dari sikapnya sendiri. Keras kepala, panas baran, pilih kasih. Kononnya nak menyenangkan hati sang isteri. Geram betul SH dengan dia ni.
Profile Image for Alan Elvan.
4 reviews
July 3, 2025
mula2 igt citer yg sama mcm villa nabila yg viral tu.. tp rupanya nama dia je sama.. nice gak.. perkembangan watak n scene pun menarik..

singgah booth KP kat pbakl aritu dia suggest buku ni.. skeptikal sikit sbb igt cerita yg sama mcm movie tu.. gud job master of horror thriller
Profile Image for IU_read.
376 reviews
July 12, 2025
sejujurnya…..
agak susah sy nak habiskan buku ini. 2 bulan saya ambil semata-mata nak habiskan buku ni. cerita okay, plot menarik. tapi banyak kali ulang benda yang sama. agak membosankan. bila nak dekat habis buku baru rasa okay. buku ni tebal sebab tulisan besar dan spacing pun amat besar. maybe its just not my cup of tea….
i love the plot but not the whole story though.
2.5 out 5 stars…..
3 reviews
July 3, 2025

Buku ni sangat menarik! SERAM!!! 👻👻👻
Profile Image for Azien.
10 reviews
July 3, 2025
Best buku ni..Terima kasih kepada podcast rumah seram sebab dari sana saya nampak buku ni... terus beli dan baca ..Alhamdulillah terbaik
November 11, 2025
Pertama kali saya ternampak novel di Shopee rasanya, namun saya tidak berminat pembelian hujung jari dan sehinggalah kedai buku yang biasa dikunjungi menjual novel ini.

Barulah saya membelinya, pada mulanya saya mengingatkan cerita ini ada kena mengena dengan Villa Nabilla yang pernah kecoh suatu masa dahulu. Rupa-rupanya bukan dan tiada kaitan langsung, semuanya secara kebetulan sahaja.

Patutlah novel ini tebal dan harganya boleh tahan, tulisannya besar dan memenuhkan ruang. Sebab itulah halaman banyak dengan tulisannya, sudahlah kertas mahal mengapalah dicetak macam itu. Disebabkan itu harganya mahal, sepatutnya kecilkan tulisan maka kuranglah jumlah halaman novel dan lebih nipis. Ini adalah kali pertama saya membeli novel cetakan syarikat penerbitan ini.

Mengenai novel ini, saya ini bukannya seorang yang penakut jadi memang agak susah untuk membuatkan saya berasa novel itu seram. Termasuklah novel ini, saya tidak berapa berasa keseraman cuma jalan ceritanya menarik dan plot cerita.

Cuma tidak disangka watak-watak ahli paranormal mati dibunuh di awal cerita, hampir kesemua jalan cerita menumpukan kepada imbas kembali kisah lalu Natrah dan Nabilla. Berselang seli dengan kisah sekarang, Robert mencari kekasihnya,Lucy yang menghilangkan diri selepas mayat rakan rakannya dijumpai.

Dalam novel ini, watak Iskandar yang paling menjengkelkan dan teruk sekali, demi menggembirakan isterinya, Suliza yang baru kehilangan anak. Mereka mengambil anak angkat, Natrah namun layanan Iskandar terhadap Natrah sangatlah teruk. Mentang mentanglah bukannya darah dagingnya.

Semenjak kelahiran Nabilla, zuriat mereka membuatkan Iskandar semakin memilih kasih dalam melayan Natrah manakala Suliza mula kesibukan dengan membesarkan anak kandungnya dan mula membuka butik.

Akibat kekurangan kasih sayang menyebabkan Natrah banyak meluahkan perasaan dan masalah kepada anak patung kesayangannya, Marianna yang dirasuk syaitan yang menghuni Villa Nabilla itu.

Sebab itulah ibubapa kena memainkan peranan penting sepanjang proses membesarkan anak-anak, rapat dengan mereka dan menganggap sebagai kawan baik sendiri. Dengarlah segala masalah mereka, menjadi pendengar yang baik InsyaAllah anak akan rapat dengan kamu.

Jika Iskandar tidak membezakan kasih sayang di antara anak kandung dengan anak angkat, hubungan mereka berdua sudah tentu rapat seperti adik-beradik yang lain. Kalau Suliza tidak kesibukan dengan perniagaan butiknya dan lebih banyak menghabiskan masa dengan kedua-dua anaknya, sudah tentulah Natrah tidak terasa kesunyian dan terpinggir. Tiadalah dia mencurahkan segala masalah dan perasaan pada Marianna.

Pada pandangan saya, jalan ceritanya ada kekurangan pada pokok ara dan asal usul sebelum Villa Nabilla ini dibina, tidak dijelaskan secara terperinci latar belakangnya. Nampak agak tergantung dekat situ, penamat sudah dijangkakan dan tidak ada kejutan.

Nasib baiklah kawan-kawan Robert tidak mati dibunuh macam Aini,Kimi dan Amran. Sayangnya watak Lucy menjadi tidak waras, berkecai harapan Robert mahu mengahwini kekasihnya, Lucy memandangkan kini dia menjadi penghuni rumah sakit mental.

Kebanyakan orang tidak suka mengikut kata hati, jika terasa tidak sedap hati lebih baik mengikut dan tinggalkan tempat itu. Janganlah diteruskan, sudahlah Aini, Amran dan Kimi bermain permainan papan Ouja pula di tempat macam itu. Lagilah mengundang bahaya dan menempah maut.

Nasib baiklah jalan ceritanya bolehlah tahan dan menarik dibaca biarpun tidak berapa menyeramkan, cuma kepada sesiapa yang penakut kemungkinan terasa keseramannya. Saya membeli novel kerana pernah membeli banyak karya penulisan sebelum ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for MZ.
15 reviews
December 14, 2024
Saya rasa, novel kali ni terlalu panjang. Mungkin sebab font besar atau spacing luas ~ mudah dibaca oleh mereka yang bermata empat nampak seperti saya. Spine buku tak patah, boleh buka seluas alam.

Sesuai untuk mereka yang mencari bacaan ringan dan untuk mereka yang enjoy slow pace. Beginners yang tengah nak cari novel seram ringan, this is for you.

Ada sedikit elemen seram dan thriller serta psycho. Lebih kepada kekeluargaan. Dapat selami isi hati Natrah terluka sebab ibu bapanya melebihkan sang adik. Yang ini, emosi watak Natrah yang terluka, sampai ke lubuk hati saya. Ada kejutan pada watak Natrah di akhir cerita. Baca sendiri kalau nak tahu 🤣

Saya teringin nak tahu lebih lanjut pasal 'benda' yang berkawan dengan Natrah. Maksud saya, asal-usul dan sejarahnya secara mendalam. Memang ada dinyatakan tapi i need more. Mungkin ini akan buatkan cerita lagi menarik.

Keseluruhan, saya enjoy novel ni. Pendapat peribadi, mungkin 300-400 muka surat, dah okey.
Profile Image for Ebriza  Aminnudin.
8 reviews
July 3, 2025
Saya suka penulisan Saidee N Azam kerana dia mengangkat penulisan seram gore yang mana saya amat menggemari penulisan seperti ini...

Memenuhi citarasa saya kerana setiap manusia mempunya citarasa yg tersendiri...

Keep it up
Profile Image for Syed Rafael.
17 reviews1 follower
January 21, 2025
Sedih. Top 5 novel seram terbaik pernah dibaca 2024.
Dua adik beradik Nabilla Dan Natrah Dan masalah bapa Dan ibu yang pilih Kasih
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.