Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman adalah kunci untuk memahami bagaimana kuasa, dalam pelbagai bentuk dan manifestasinya, telah membentuk sejarah manusia. Dengan mengumpulkan 18 topik perbincangan yang menarik merangkumi politik, teknologi dan konflik dalam sejarah ketamadunan manusia, buku ini menawarkan pengetahuan yang berharga untuk mereka yang meminati topik-topik berilmiah dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan dihadam.
Buku ini bukan sahaja memberikan pengetahuan, tetapi juga memacu pemikiran kritis dan membantu pembaca memahami bagaimana kuasa, revolusi, inovasi, dan konflik telah membentuk dunia kita. Dengan demikian, buku ini adalah alat yang berharga untuk siapa saja yang ingin memperluas cakrawala pemikiran mereka dan memahami bagaimana sejarah dan masa depan kita saling berinteraksi dan mempengaruhi satu sama lain.
Dengan kata lain, Historia: Naratif Kuasa, Revolusi, Inovasi, dan Konflik Sepanjang Zaman adalah kunci bagi memahami bagaimana kita dapat menggunakan pengetahuan sejarah untuk menjelajahi dunia yang tampaknya kompleks, dan bagaimana kita boleh menggunakan pemahaman itu untuk membentuk masa depan kita. Buku ini adalah jendela ke masa lalu yang membantu kita memahami masa kini dan merancang masa depan yang lebih baik.
Kalau nak baca ‘random’ sejarah dunia boleh baca buku ini. Kalau nak cari permulaan sejarah tamadun dunia atau permulaan sejarah Islam, ini bukan bukunya. Dalam buku Historia, penulis membahagikan 5 kerangka iaitu:
1. Sejarah dan pengaruh 2. Sains dan teknologi 3. Budaya dan warisan 4. Politik dan konflik 5. Manusia dan kemanusiaan
Walaupun tak semua sejarah dunia dimuatkan dalam buku ini, tapi kita boleh baca sejarah penting dunia yang dibawa penulis antaranya kejatuhan Islam Andalusia, permulaan kepada Mongol menghancurkan kota Baghad, kegerunan Dracula bukan seperti apa yang kita bayangkan dalam filem tetapi beliau menjadi musuh kepada Sultan Muhammad al Fateh, kewujudan batu rosetta yang bercerita tentang Firaun, Oppenheimer pencipta bom atom dan banyak lagi.
Selesai pembacaan buku sejarah ni ✅ Semalam baca pun dah tersengguk-sengguk sebab dah pukul 12:30 am tapi nak habiskan jugak. Patutlah buku ni mahal, berwarna rupanya. Beli sebab memang follow Haziq @ajarmalaysia dan @zamirmohyedin recommend.
Selama ni buku-buku sejarah milikku memang dalam bentuk turutan kronologi; bermula pada zaman batu ATAU zaman Mesopotamia ATAU zaman nabi. Tapi buku ni membawa pendekatan tematik—setiap topik dalam ni adalah mengikut tema (eg: Budaya dan Warisan & Politik dan Konflik). Setiap tema ni ada beberapa topik yang random dan tidak mengikut kronologi. Best, banyak boleh belajar. Dalam ni ada kupas pasal khilafah sampai rasa macam baca buku agama dan ada pasal fizik serta engineering juga selain daripada sejarah. Naratif pun santai dan mudah difahami. Kat belakang pun penuh dengan glosari, istilah dan senarai rujukan.
5/5 ⭐️ recommended for those who want to read cozy historical book.
Buku ni melontarkan persoalan2 menarik berkaitan subjek STEM yang saya kira sangat dekat dengan orang ramai. Berbanding buku sekuelnya i.e Paradoks, buku ni lebih mesra pada orang awam yang tak punya background sains (perbincangannya pun lebih relaks dan santai, tak terlalu teknikal). Antara topik yang dibincangkan ialah betul ke Drakula wujud? Perbezaan pengeboman di Hiroshima Nagasaki dan kesan nuklear di Chernobyl dsb…
Buku ni ditulis oleh Haziq Ajar, pengasas saluran pendidikan yang popular di Youtube i.e Ajar. Saluran ni banyak berkongsi persoalan menarik seputar subjek STEM.
Banyak gambar dan sisipan menarik dalam buku ni. Saya kira kekuatan buku ni ialah persoalan yang dilontarkan. Persoalan2 menarik yang dekat dengan orang ramai dan membuatkan mereka berminat nak tahu jawapannya dan juga mungkin pernah terfikir contohnya macam Drakula. Watak ni banyak dimainkan dalam pelbagai bentuk, dalam buku fiksyen ada, dalam movie ada.. So kita mungkin pernah terfikir, Drakula ni betul2 wujud ke etc
Ayat mudah nak faham, even when there is technical part or jargon term, penulis bijak menerangkan jadi kita senang sangat nak faham. Student bagus baca buku, diorang boleh nampak that science is beyond the textbook, boleh nampak sains tu ada banyak lagi persoalan menarik yang boleh ditanya selain daripada soalan berkaitan exam semata2.
Suka dengan kata penghantar dari buku ini. “Kenapa perlu minat sejarah? Jawapannya adalah kerana segala ilmu yang kita peroleh, semua kesenangan yang kita kecapi dari teknologi moden, malah rantaian perhubungan manusia yang menjadi asbab lahirnya kita ke bumi tersemadi dalam rekod sejarah.”
Dah habis dalam masa sehari Hmmm boleh lah untuk sesiapa yang nak kenal sejarah .. Ilmu yang tiada dalam buku teks sejarah Boleh dibaca tak rasa bosan Ada gambar dan berwarna Kertas jenis berkualiti Cuma ada minor kesilapan tu jer