Jump to ratings and reviews
Rate this book

My Adorable Wife

Rate this book
Puteri Lestari, seorang gadis berbadan chubby yang bersikap introvert, pendiam dan rendah diri. Lantaran sedari kecil dia selalu menjadi anak yang selalu dipersalahkan dan diberi tekanan oleh piawaian ibu bapanya. Biarpun hidupnya dibesarkan dalam kemewahan.

Hinggalah dia mendapat peluang untuk keluar dari tekanan sebagai anak kepada Tan Sri Megat Hassan dan juga Puan Sri Anom. Tak kisahlah walaupun kena hidup sebagai isteri kepada lelaki yang tidak dia kenali.

Namun, hidup di sisi Budi Bunyamin.
Kehidupan Lestari berubah 180°.
Dari tinggal di banglo mewah, dia terpaksa tinggal di unit flat murah.

Dari tak tahu apa-apa, dia terpaksa belajar semuanya. Begitupun, dia bahagia kerana Budi melayaninya dengan baik dan menerimanya dengan seadanya.

Namun, sikap Budi yang mementingkan kerjayanya membuat Lestari rasa terabai.

Lagi-lagi Budi terlalu berahsia tentang kerjanya itu.

Dapatkah Lestari menyesuaikan diri dengan suasana baru? Berjayakah dia belajar berdikari dengan suami dimana kerjanya tidak menentu masa? Atau Lestari akhirnya berputus asa?

371 pages, ebook

7 people want to read

About the author

Mell Mariann

27 books16 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
4 (44%)
4 stars
5 (55%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,042 reviews197 followers
August 29, 2024
Memang adorable! Dapat pulak suami yang kasar, cakap main lepas je.

Nampak ganas tapi dalam hati ada taman. Cute la!

Best baca kisah² santai yang comel ni
Profile Image for Cutie_pie28.
389 reviews8 followers
March 23, 2025
Cute laa cerita nie.. Lestari yg ingin hidup berdikari setuju aje bila die dijodoh kn dgn Budi..

Budi ni misteri btul.. tggl kt flat biase ajee.. tp die btul² jage Lestari..

Lestari mmg hidup berdikari.. penah sekali nk masak, bole terbakar dapur.. hahaha..

Nasib laa mmg Budi da jatuh suka dan sayang kt Lestari nie..
Profile Image for arin ʚɞ.
13 reviews
April 19, 2025
Rating: 5/5 ⭐️

Masa mula-mula nampak teaser eBook ni dekat TikTok, terus rasa tertarik sebab jarang sangat ada cerita yang highlight tentang lelaki jatuh cinta dengan perempuan berisi. Dari situ lagi dah rasa excited nak baca!

Gaya penulisan akak Mell memang terbaik — simple, mudah difahami, tapi tetap berjaya bagi kesan yang mendalam. Setiap ayat tu senang je nak masuk dalam jiwa, dan bila baca, memang boleh rasa emosi yang cuba disampaikan.

Plot kahwin atas dasar nak “selamatkan sesuatu” tu mungkin biasa, tapi tak jadi masalah langsung sebab jalan cerita tetap menarik dan ending dia pun puas hati (walaupun dah boleh agak sikit hehe).

Satu part yang paling saya ingat, bila Budi asyik keluar malam dan balik lewat — masa tu saya dah mula syak sesuatu. Dalam hati macam, “Eh, takkanlah kerja yang aku fikir ni…” Tapi bila sampai hujung cerita, ya Allah, memang betul pun tekaan tu! Menjerit dalam hati sebab puas hati dengan plot twist dia!

Serius suka sangat dengan My Adorable Wife, dan kalau boleh nak baca lebih banyak lagi karya akak Mell lepas ni. Terima kasih sebab tulis cerita yang comel, sweet dan menyentuh hati ni. Saya suka sangat!
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.