Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak.
Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar di dekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan, Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul.
Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu?
"Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." (Shahrul)
"Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." (Alaila)
"Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." (Shahrul)
"Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." (Shahrul)
"Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan. Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" (Alaila)
"Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." (Shahrul)
Ada certain² part dalam buku ni macam dejavu. Macam pernah ada baca. But F tak ingat langsung kat mana.
Ada vibe macam kisah Mi Veneno. 3 sekawan yang rapat...scene yang terakhir tu dimana kena jaga anak² bff yang dah kahwin... yang single kena jaga anak² diaorang
Karya ini boleh tahan jugak. Nak kata tak best, sampai habis F layan.
Cuma lelah la dengan sikap Laila. Banyak kali Shahrul confess tapi Laila ni trauma sampai dia susah nak percaya. Degil sangat! Kisah ini boleh diringkaskan if Laila percaya bila Shahrul benar² suka cinta kat dia.
Satu lagi sikap Shahrul ni, cepat sangat mudah kesian. Menyampah betul scene family Nadyne tu. Melampau sangat! Elok pun masuk jail.
Penulis, kalau boleh kurangkan scene kematian. Ramai sangat yang "pergi". Satu lagi kisah "bunuh diri". Jangan nak normalise-kan sangat benda tu. Frust je ugut nak bunuh diri. Tak suka la. Sorry