JIRAN tall, dark, handsome tetapi acah pemalu itu menjadi penawar rindu Jasmine kepada ibunya di kampung serta penenangnya kala dia selalu diperlekehkan oleh bosnya yang ego tetapi kacak gila itu. Jasmine terpaksa tinggalkan ibunya sendirian di kampung demi cita-cita dengan janji kepada ibunya yang dia akan selalu balik kampung. Tetapi trauma Firaz dengan pekerja wanita, menyebabkan dia menekan sehabis-habis kudrat Jasmine untuk mencapai jualan tertinggi hingga Jasmine tak dapat balik kampung. Namun, sikap Jasmine yang selamba, kelakar dan hati keras itu sikit demi sedikit mencairkan gunung ego Firaz.
“Kau apa hal sengih macam tu?”
“Kenapa? Sengih macam mana?”
“Sengih macam tu la.”
“Yalah, sengih macam mana? Ada kategori ke sengih-sengih ni?”
“Sengih orang gatal!”
“Ooo… Baru saya tau saya pun mampu buat sengih gatal.”
Tetapi Rayyan, tak semudah itu mahu mengalah, lebih-lebih lagi apabila mengetahui bos buah hatinya itu terlibat dengan jenayah dan sanggup buat apa sahaja untuk memiliki Jasmine. Rayyan tak mahu Jasmine terus menjadi mangsa pergolakan keluarga Firaz yang tamak dan penuh dendam itu. Malah Rayyan yang gigih memberi dorongan tatkala Jasmine kemurungan tak dapat terima hakikat ibunya meninggal dunia.
“Awak tak faham rasa hidup yang dah tak ada siapa-siapa lagi ni. Hidup saya kosong! – Jasmine.
“Awak ada saya!” Rayyan.
“Terimalah hakikat ni Min. Biar apa pun yang sudah berlaku, awak perlu teruskan hidup. Kalau awak rindukan mak awak, peluklah saya.”
“Apa? Cakap sekali lagi?”
Tapi bukan mudah untuk Jasmine larikan diri daripada Firaz. Dia cuba fahami lelaki yang penuh kisah sedih itu. Dia mahu membantu tetapi bukan sebagai kekasih atau isteri. Biarpun berulang kali Firaz melamar dan menggodanya. Farida juga tak akan biarkan adiknya, Firaz bahagia kerana punya niat buruk.
Kisah ini manis. Manis tu datangnya dari Rayyan dan Jasmine, makcik Rozi dan suaminya Pak cik Chad.
To me, characters Rayyan ni agak clumsy. Percaya bulat² pada Bikash padahal Jasmine tu girlfriend, seseorang yang rapat dengan dia.
Jasmine watak dia seorang gadis yang berani, selamba lawan mulut bos dan happy go lucky.
Firaz bos yang kejam. Suka sangat buat hal dengan Jasmine. Setiap kali mak Jasmine tanya "min balik minggu ni?".. Jasmine terpaksa menolak sebab bos Firaz kerah suruh berkerja. Hari yang sepatutnya Jasmine balik, Firaz menghalang. But Jasmine balik jugak bila dia tak dapat hubungi maknya... bila sampai dia hanya jumpai maknya di kebun dalam keadaan basah, pucat, sejuk. Meraung Jasmine.
Jasmine hilang arah. Dia muram. Dia jadi marah sangat dengan bos Firaz. Mak Rozi pun pelik dengan kelakuan Jasmine. Bila sebut pasal mak sure Jasmine akan mengigil². Suatu hari mak Rozi ajak balik ke kampumg. Dari situ la mak rozi tahu arwah acik Milah dah meninggal dunia.
Nangis² F baca. I ni memang tak boleh la kalau scene sedih² gini.
Cuma karya ni agak meleret sikit.
1. Rakan sekerja mula dengki dan pulau Jasmine bila Firaz kasi list potential customers pada Jasmine
2. Rakan baik dengki dengan Jasmine sebab Rayyan. Dengki ada 2 lelaki nakkan Jasmine
3. Farida akak Fariz ada niat tak baik pada Firaz. Sanggup nak kill her own brother.
4. Farida sepakat dengan Bikash nak kenakan Jasmime dan tunangnya.
Scene camni buat F sakit hati. Ada jela orang dengki kat si Jasmine ni. Jadi lelah nak baca. Tu belum lagi Farida upah orang pukul si Rayyan dan sabotaj dia.
Part Jasmine minta putus tunang tu pun F geram. Si Firaz ni main² ugut je. Nyampah pulak F.
Ending pun cam rushing... after Bikash kantoi solap duit, tiba² je setahun kemudian.. Jasmine buka cafe. Firaz datang dengan his first love and paling tak dijangka Bikash kerja dengan Jasmine dan Rayyan. Boleh lak diaorang terima Bikash. Orang tu dah tikam belakang kot.. kita boleh memaafkan tapi susah nak lupakan sesuatu yang buruk jahat dari kita.