Alhamdulillah, walaupun mengambil masa lebih 6 bulan, akhirnya saya dapat tamatkan buku "Kenal untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW" ini.
Buku tulisan Muhammad 'Alawi Al Maliki ini telah diterjemahkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll ke dalam Bahasa Malaysia dan turut ditambahkan dengan fakta-fakta serta penerangan tambahan berkenaan sebahagian perkara yang dinyatakan.
Ia dimuatkan dengan fakta-fakta berkaitan peristiwa dan sahabat-sahabat mengikut peranan masing-masing. Juga dimuatkan peristiwa-peristiwa mengikut tahun selepas Rasulullah diangkat sebagai Rasul sehingga tahun kewafatan Rasulullah.
Seharusnya ia dibaca dengan penuh ketelitian supaya benar-benar faham dan kenal fakta yang dinyatakan. Menamatkan bacaan buku ini menambahkan maklumat berkaitan baginda, peristiwa dan sosok-sosok sahabat yang berada di sekeliling baginda.