「서바이벌 만화 자연상식」 제12권 『남극에서 살아남기』. 이 시리즈는 매 회 어린이는 물론 어른도 반드시 습득해야 할 ‘생존 기술’ 및 살아남기 위해 반드시 알아야 하는 ‘자연 과학 정보’를 소개합니다. 지구에서 남은 최후의 원시 대륙에서 펼치는 12일 간의 생존기를 그리고 있습니다.
Momo, ayah, mak cik dan sepupunya pergi ke Antartika untuk melihat habitat penguin Maharaja. Malang menimpa apabila mereka tersesat dek kerana ribut salji yang teruk. Mereka jalan keluar sehinggalah terkandas di atas aisberg. Jalan cerita boek, tips survival pun boek.
Saya paling suka karakter Momo sebab walaupun dia seorang yang suka membebel, kurang sabar dan kuat makan, sebenarnya dia antara yang boleh diharap ketika situasi genting.
Banyak info yang saya dapat daripada komik ini seperti whiteout, ribut salji, aurora dan juga logamaya. Tak pernah saya sangka logamaya juga boleh berlaku di kawasan yang sejuk. Lepas itu, ada juga info pasal penguin yang sangat menyentuh hati;pengorbanan bapa penguin ketika mengeram telur, HAHA. Oh, paling penting tak sangka ada kawasan kering di Kutub Selatan sehingga tak pernah menerima hujan/salji dalam tempoh 200 tahun!
Memang menarik komik ini dan lucu. Secara tak langsung boleh menambah ilmu pengetahuan dengan cara yang santai.