Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana – Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah… SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan…


-Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama.- Mukhriz

-Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa.- Ariana

PELBAGAI perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.



…. Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Dah jatuh cinta dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya.

Sekian.

I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.


MUKHRIZ pening kepala. Ariana lagilah pening kepala.


“Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik.”

Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana.

“Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya.” Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa.

“Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang.” Ariana rasa macam nak terjun sahaja ke tasik buatan tu sekarang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.


DOKTOR Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat… Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz…

594 pages, Paperback

First published January 1, 2014

328 people are currently reading
2886 people want to read

About the author

Sophilea

31 books252 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
461 (54%)
4 stars
196 (23%)
3 stars
87 (10%)
2 stars
52 (6%)
1 star
55 (6%)
Displaying 1 - 30 of 63 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 5, 2014
Anugerah terindah

Selepas BKATC, ini cerita kedua si dara tergedikkan si teruna. Menariknya si teruna tu bukan calang-calang orang, lramai peminat. Berpangkat kapten bergelar ustaz. Siapa yang tak nak kan.

Gediknya Ariana (Arin) hanya untuk Ustaz Mukhriz. Bukan tak tahu malu. Perasaan malu sanggup ditolak ke tepi. Janji ustaz sedar kewujudan dia. Abang Izuddin sampai tebal muka tengok adiknya tergilakan kawan baik. Nak cakap segan, tak cakap kesian kat si adik. Disampaikan juga hasrat si adik yang sengal. SMS sudah, hantar bunga selang sehari, kuih lapis dan segala jenis makanan dah disua pada ustaz, surat cinta siap berpantun pun dah dihantar, tapi susahnya nak dapatkan hati ustaz.

Si abang jual mahal sangat ye. Tak per, Arin ada jalan nak berbaik dengan adik beradik Ustaz. Kebetulan Sakinah yang demam denggi dirawat di hospital tempat Arin bekerja akhirnya dijadikan kawan. Kebetulan lagi Arin yang bercuti di Perlis, bertembung dengan adik kedua Ustaz, itupun dibuatnya kawan. Sayangnya orang tak perasan kalau2 ada peranan besar adik Ustaz dalam menyatukan mereka.

Usaha tangga kejayaan. Sampai akhirnya Ustaz Mukhriz tak dapat lagi nak elak, dicabarnya Arin yang masuk meminang kalau betul bersungguh. Kecoh pula keluarga Arin dengan permintaan anak yang dah langgar adat. Dipihak Mukhriz pun dah rasa semacam sampai lah ibu Mukhriz mengambil keputusan untuk masuk meminang Arin. Dulu nak masuk meminang si Husna gadis sekampung tu tak nak, tup tup anak dara orang pula nak pinang Mukhriz. Pening ibu dibuatnya. Tapi sapa tak suka, calon menantu Doktor, cantik pulak tu.

Kesian juga kat Arin, dia bukan calon isteri idaman Mukhriz. Rupanya Mukhriz pernah menyimpan perasaan pada seorang gadis Indonesia yang berniqab tetapi cinta tak kesampaian disebabkan tiba-tiba Rabiatul Adawiyah menghilang diri tanpa khabar berita. 10 tahun terpisah pun Mukhriz masih boleh terperasan Adawiyah yang hanya nampak mata. Kecik hati Arin, dia yang dok sebelah Mukhriz 9 tahun lalu dalam kereta api Sinaran Utara langsung Mukhriz tak ingat walhal siap bertukar novel. ( kat sini point yang bagus). Kelemahan Ustaz yang menunjukkan dia juga manusia biasa, dia takut dengan komitmen sedangkan dia selalu jadi kaunselor untuk pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga. Dalam bab buat keputusan, boleh saja buat istikharah, tapi ditangguh-tangguh. Pastu nampak macam tak yakin dan tak redha kahwin dengan Arin.


Lepas kahwin gedik Arin makin menjadi tapi malu-malu kucing. Ustaz pula tunjuk taring sampai tersipu malu pulak si isteri. Mereka telus, tiada rahsia yang disembunyikan. Bahagia walaupun Ustaz tak pernah lafazkan cinta. Cerita Zakuan abang sepupu yang ada hati pd Arin tu seperti kudis sahaja. Tak tahu pulak lepas tu jadi kudis buta. Pada Cik Pah, Zakuan tiba2 jadi meroyan sebab tak dpt kahwin dengan Arin sampai sanggup cederakan Arin tu tak ada pun tak apa, sbbnya penulis jadikan Amrina adik Arin sebagai pengganti di akhir cerita. Cepat sungguh berubah hati dan rasa bersalah padahal ada kes culik, cedera dan langgar lari. Macam tak ada pun tak apa. Kalau nak adakan juga, buat watak Zakuan sebaik Adawiyah, biar Ustaz Mukhriz makan hati dan pembaca pun ada pilihan. Eceh sesuka hati nak tukar cerita ;)

Konflik sebenar yang menjadikan cerita ini menarik tapi masih boleh dipertikaian adalah seorang banduan (Awina) minta Ustaz peristerikan dia selepas bebas dari penjara atas kesalahan membunuh bekas suami tanpa niat kerana cuba selamatkan diri. Dia bilang lepas dia keluar penjara tak ada orang nak bimbing dia lagi dan nasib anak perempuan dia tak terbela. Hellooo, sesenang jek ek minta suami Arin kahwin dgn alasan tu. Sanggup pula bermadu. Atas satu insiden, si Arin ni tetiba lembut hati izinkan ustaz yang susah di tackle tu kahwin dengan si Awina yang nak derma buah pinggang secara bersyarat kat ustaz yang koma akibat kemalangan. Mmg buat orang lagi bengang dengan tambahan drama Arin lari bawa diri ke Indonesia masa ustaz selamat dibedah. Tang derma buah pinggang bersyarat tu dah ok sangat tapi tang lari bawa diri tu yang buat orang cemuih. Emm korang baca la sendiri.

Kuih lapis untuk K

Kredit : Mai
Profile Image for Hajar.
284 reviews
June 23, 2014
23-06-2014

Ariana Dahlia
Seorang doktor, anak kepada bekas anggota polis dan juga merupakan adik kepada seorang anggota tentera. Setiap kali cuti Ariana gemar menghabiskan cuti di rumah abangnya, Izzudin berbanding pulang ke rumah ibu bapanya. Pertemuan pertama dengan Kapten Syed Mukhriz (Mukhriz) membuat Ariana bertekad untuk mendekati Mukhriz. Ingat senang nak tembus ke hati Mukhriz tu? Dengan memegang posisi sebagai ustaz di dalam kem, memang sah-sahla ramai peminatnya. Tapi Ariana tetap dengan tekadnya untuk memikat Mukhriz. Salah satu usahanya adalah dengan kerap bertandang ke rumah Izzudin. Memang gedik sungguh Ariana ni. Nampak sangat tersua-sua sedangkan Mukhriz cuma tunjuk reaksi selamba. Kesian pun ada. Mujurlah semangat Ariana ni kuat. Kalau saya memang dah surrender awal-awal lagi. :P

SMS Mukhriz kepada Ariana:
Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya

"Terima kasih Ustaz Mukhriz. Tunggu rombongan saya ya"
- m/s 224

Siapa yang nak meminang dan siapa yang nak kena pinang ni?

Syed Mukhriz Al-Attas
Pertemuan pertama dengan Ariana mengingatkannya kepada pertemuan 9 tahun lalu. Mereka pernah bertemu dalam perjalanan pulang menaiki keretapi dan juga pernah bertukar novel. Hakikatnya Mukhriz juga tertarik dengan Ariana. Cuma Mukhriz yang tak pandai nak bagi reaksi berlebihan. Yelah, takkan ustaz pun nak tergedik-gedik juga kan? Cuma saya agak kelam dengan karakter Mukhriz ni bila dia sentiasa tekankan yang dia masih belum bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai suami? Err, bukankah menurut hadis, perkahwinan tu menyempurnakan separuh agama? (Maafkan saya kalau saya silap) Kemudian, bila dah yakin dengan rentak hatinya sendiri barulah dia beristikharah. Bila dah pasti dengan petunjuk yang diperolehi barulah Mukhriz melamar Ariana secara beradat.

Mampukah mereka hidup bersama sebagai pasangan bahagia bila Ariana yang terlebih beria mahukan Mukhriz sebagai pemimpin dan imam dunia akhiratnya?

Komen saya:
1. Typo error dan penggunaan kata ganti nama dalam bahasa arab yang tak sesuai. Anta - untuk lelaki, manakala anti - untuk perempuan. Mungkin boleh diperbaiki untuk cetakan akan datang. :) Satu lagi, bila penulis menulis sebutan ayat-ayat al-quran. Bagi saya, ia agak tak sesuai sebab dikhuatiri apa yang disebut tak selari dengan makna sebenar. Lebih molek rasanya kalau letakkan makna sahaja. :)

2. Kisah ini mengingatkan saya kepada Jaja yang jatuh cinta pandang pertama kepada Ustaz Burhanudin. Cuma rasanya Ariana lebih agresif dan lebih berani berbanding Jaja. :) Tapi dari sudut yang lain, saya kagum dengan keberanian dan ketabahan Ariana ni. Tak semua orang mampu menebalkan muka dan berkelakuan macam Ariana ni. :)

3. Saya suka scene bertukar novel antara kedua mereka ni.
Untuk Mukhriz. Semoga suatu saat kita bertemu kembali. - Dahlia
Dear Dahlia. Semoga jodoh mempertemukan kita semula - Mukhriz.

Sweet kan?

4. Tiada lagi pengulangan frasa yang meletihkan seperti buku terdahulu penulis. ;)

5. Last but not least, tahniah buat penulis atas terbitnya kisah Ariana dan Mukhriz ini. Moga dilimpahi ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 14, 2016
Naskah untuk dilepaskan Rm10,Berminat PM


kalau nak kahwin dengan saya,bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya"

"Terima kasih Ustaz Mukhriz. Tunggu rombongan saya ya"- M/S 224

Antara part yang buat saya terkejut,ya2 je Ariana ni nak hantar rombongan meminang Ustaz. Ustaz pon dah x mampu nak menolak lagi.

P/S ini bukan review
53 reviews44 followers
April 4, 2014
Tajuk buku : Anugerah Terindah
Penulis : Sophilea @ Maznie Darwisy
Terbitan : Intens
Harga : RM 25
Tahun terbit: April 2014

Anugerah Terindah Buat Dr Ariana
Anugerah Terindah Buat Ustaz Mukhriz Al Attas
Kisah sengal sang doktor memikat sang ustaz
Kisah gediks sang doktor memikat sang ustaz
Kisah sang doctor HILANG DARI RADAR bila lihat sang ustaz

Sewaktu berada di titik terakhir naskhah ANUGERAH TERINDAH telah memberi pelbagai rencah rasa dalam diri saya . Dalam menelusuri ANUGERAH TERINDAH pembaca akan mempunyai pelbagai rasa seolah-olah dapat menyelami rasa Dr Ariana dalam meraih cinta dan kasih Ustaz Mukriz. Ada rasa gediks, rasa gatal, rasa lawak, rasa gembira, rasa romantik penuh bergula lemak berkrim, rasa sedih, rasa hiba, rasa pengorbanan, rasa kehilangan dan tidak ketinggalan rasa banyaknya ilmu syirah dari zaman firaun hinggalah ke zaman Nabi dan para sahabat dalam novel setebal 594 muka surat ini. 

Detik pertama Dr Ariana berjumpa dengan Ustaz Mukriz ialah ketika kali pertama terpandang Ustaz Mukriz di majlis kenduri kesyukuran rumah abang Dr Ariana, Izzuddin. Jatuh Cinta Pandangan Pertama ! Itulah Dr Ariana. Pelbagai cara dan usaha dilakukan oleh Dr Arianna untuk memikat hati Ustaz Mukriz. Dr Ariana bagai perigi mencari timba dalam usahanya ‘mengorat’ sang Ustaz. Apa yang tidak dibuat oleh Dr Ariana untuk meraih perhatian Ustaz Mukriz. Jeling-jeling ustaz, renung-renung ustaz, hadiri ceramah uztaz, hantar sms berani mati melamar ustaz, menghantar surat cinta ala-ala budak sekolah menengah siap dengan pantun pen merah pen biru lagi, menghantar sejambak bunga mawar kuning kepada ustaz, menghantar kuih saban minggu kepada ustaz sehinggalah kemuncaknya Dr Ariana sanggup meminang Ustaz Mukhriz. Dr Ariana sudah bikin huru hara! Dr Ariana sudah melanggar adat! Izuddin pening kepala, Ustaz Mukriz Terkesima, Tuan Razlan tidak terkata dengan kesengalan anak daranya, Mama Ariana nak cilikan mulut anaknya!. Namun bak kata pepatah usaha tangga kejayaan kan. Kesungguhan Dr Ariana akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berdua selamat diijabkabulkan dengan lamaran daripada Ustaz Mukriz sendiri untuk Dr Ariana tersayang. Tersenyum gembira Dr Ariana apabila sang ustaz telah menjadi suami dambaannya.

Hilangnya RADAR MALU Dr Ariana dengan SMS Berani Mati Dr Ariana kepada Ustaz Mukriz:
Ariana : Banyak yang ustaz boleh bantu saya
Ustaz Mukriz : Kalau boleh tolong saya tolong
Ariana : Tolong jadi suami saya.
Ariana : Maaf kalau ustaz tersalah sangka. Saya maksudkan apa yang
Saya cakap. Saya sukakan ustaz.
Ustaz Mukriz : Saya bukan sesiapa jauh sekali seorang yang layak menjadi suami
Cik Ariana
Ariana : Saya tak perlu kenal siapa ustaz tapi saya tahu saya dah jatuh hati.

Ariana : Boleh tak kalau kita keluar petang ini?
Ustaz Mukriz : Rasanya tak boleh. Lagipun tak elok lelaki dan wanita yang bukan
Mahram keluar bersama
Ariana : Bukan keluar berdua. Saya,ustaz, Kak Marlia, along, Kreisya, lepas tu
Ustaz nak ajak kawan satu bilik pun tak apa!

Ariana : Rindu saya pada Mukhriz tak akan padam. Saya hanya tahu saya menyintai
Dan mengasihi Syed Mukhriz Al- Attas.
Ustaz Mukhriz: Bagi saya masa Ariana.
Ariana : Ambillah banyak manapun Mukhriz. Saya tetap menunggu. Jadi suami saya.
Saya tetap menunggu. Saya cuma nak satu jawapan, sudikah ustaz menerima
Saya sebagai isteri?
Ustaz Mukhriz: Kalau nak kahwin dengan saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa 
Keluarga saya ya.
Ariana : Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan 
Meminang!. Terima kasih ustaz Mukriz. Tunggu rombongan saya ya.”

Ariana : I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
Senyum ya ustaz.
Ustas Mukhriz : Terima kasih Ariana. Saya ketawa sekarang ni. Selamat malam. 
Assalamulaikum.

Sengal dan Gatalnya Dr Ariana apabila mencurahkan rasa cinta kepada Ustaz Mukriz. :

“Ustaz...saya rasa ustaz dah tahu niat saya kan? Niat saya untuk bersuamikan Ustaz Mukriz” – Ariana
“Maafkan saya Ariana tapi layak ke saya jadi imam Ariana? – Ustaz Mukriz
“Macam nilah ustaz, saya dah luahkan apa yang sepatutnya saya bagitau ustaz. Kalau ustaz menolak, saya faham dan sangat-sangat memahami. Saya bukan ustazah pilihan. Siapalah saya inikan, sudahlah tak tahu malu ada hati pulak nak kahwin dengan orang sebaik ustaz. Mungkin pada ustaz saya ni bukan orang baik-baik. Menggatal. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.!” – Ariana
“Ariana!” – Suara Mukhriz sedikit meninggi.
“ Nanti dulu, saya belum habis lagi. Kapten Syed Mukhriz Al- Attas, hina sangatkah saya kalau jatuh cinta dengan seorang ustaz? Teruk sangatkah saya ni sampai tak layak memilih ustaz sebagai suami? Saya ketepikan malu seorang wanita untuk memiliki Ustaz Mukhriz. Tapi sekarang , saya faham saya bukan sesiapa pun pada ustaz. Assalamualaikum. – Ariana

Tahap cemburu Dr Ariana yang agak melampau kepada Ustaz Mukriz:

“Maafkan saya, saya nak tahu rasanya macam ada apa-apa je ustaz dengan dia.” – Ariana
“Kan saya dah bagitahu dia kawan saya kat kampong” – Ustaz Mukriz
“Macam tak percaya je. Macam tipu je. Macam ada something jer ustaz dengan dia” – Ariana
“Kalau saya cakap Husna itu jodoh untuk saya yang dicarikan umi saya, macam mana?” – Ustaz Mukriz
“kalau macam tu, tahniahlah.” – Ariana

“seronoknya orang tue ramai peminat dari anak tauke lembu ke pegawai tentera. Itu belum lagi fasal Husna tu.” – Ariana
“Biarlah diaorang minat saya, yang penting saya milik siapa, kan...” – Ustaz Mukhriz.
“Yalah, milik Ariana Dahlia Mohd Razlan seorang. Saya tak bagi kat sesiapa pun. Jadi yang lain tu jangan mimpi ya nak ambil Mukhriz saya ni” – Ariana.

Layarilah mereka berdua dalam bahtera perkahwinan yang penuh romantis. Romantis rupanya si Ustaz meladeni si sengal isterinya. Perasaan cinta dan rindu di alam perkahwinan diplotkan dengan begitu indah sekali dan pembaca dapat merasai perasaan cinta mereka yang menggebu gebu. 

Romantisnya Ustaz Mukriz dambaan Sang Doktor yang panasaran:

“Arin makan, saya suapkan” – Ustaz Mukriz
“Arin..arin..Nak peluk saya tunggu malam nanti kan boleh. Tak kan tak menyempat pula. Tak kan lari gunung dikejar, Ariana sayang.” – Ustaz Mukriz
“Okey, makan mi goreng dulu. Lepas tue, nak makan saya sekali pun saya okey je.” – Ustaz Mukriz
“Rindu. Siapa cakap tak rindu. Kalau boleh terbang, saya dah terbang dah balik jumpa Arin kat sini. Tapi tak boleh. Kerja didahulukan, isteri diutamakan. – Ustaz Mukriz
“Saya sayangkan Arin. Kalau boleh saya nak bawa Arin masuk syurga kalau saya juga diizinkan untuk masuk ke Jannah.” – Ustaz Mukriz
“Saya sayangkan mujahidin kecil kita ini. Ingat lagi pada impian saya? Saya ingin sekali mereka menjadi sebahagian penghuni Jannatul Firdaus. Lepas ini Arin kena banyak baca surah Maryam, surah Yusuf supaya anak dalam ni kuat.” – Ustaz Mukriz
“Arin sayang.....kan habib dah cakap hanya Arin zaujah habib dunia dan akhirat.

Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. ADA BADAI MELANDA!

Ada hati yang pedih dan hiba kerana kehilangan penyambung kasih.
Ada hati yang terguris kerana ada insan lain yang meminta.
Ada hati yang terpaksa berkorban kerana insan tersayang.
Ada hati yang merajuk kerana ditinggalkan oleh sang isteri.
Ada hati berkata ADA APA DENGAN CINTA?

Dr Ariana terpaksa berkorban demi nyawa habibnya.
Dr Ariana terpaksa pasrah demi cinta kepada habibnya,
Dr Ariana terpaksa melepaskan habibnya kerana SESUATU

Persoalannya, apakah SESUATU ITU? Apakah yang berlaku kepada Ustaz Mukriz? Mengapakah Dr Ariana perlu berkorban? Siapakah yang begitu terdesak meminta cinta dan kasih Ustaz Mukriz selain zaujahnya? Adakah cinta Ariana hanya bertepuk sebelah tangan? Adakah tiada sekelumit rasa cinta dalam diri Ustaz Mukriz terhadap Dr Ariana? Bertahankan rumah tangga yang mereka bina? Atau Allah lebih menyayangi Ustaz Mukriz? Apa pula kaitan Keretapi Sinaran Utara dan novel Badai Semalam kepada mereka berdua? Persoalan demi persoalan ini akan terjawab dengan berakhirnya pembaca di titik yang terakhir dengan membaca novel ANUGERAH TERINDAH ini. Pengorbanan Dr Ariana merupakan satu pengorbanan yang tidak sanggup dilakukan oleh semua wanita yang bergelar isteri! Sungguh pembaca akan berasa sangat sedih melihatkan nasib yang diterima oleh Ariana sehingga boleh menitiskan air mata. 

Sedih dan tabahnya seorang insan zaujah bergelar Ariana Dahlia. 
“Arin bersyukur akhirnya habib berterus terang. Arin tahu habib, arin bukan zaujah pilihan habib. Arin tak akan boleh jadi seperti yang habib nak. Tapi Arin nak habib tahu...Arin tak pernah cintakan seseorang sepertimana Arin menyintai Habib. Arin tak pernah tunggu orang selama mana Arin tunggu Habib. Arin tebalkan muka, malukan diri sendiri untuk dapatkan habib tapi habib...Ya lah Arin sedar siapa diri Arin ni. Maafkan Arin, habib. Halalkan makan minum Arin. Ampunkan dosa Arin. Arin tak boleh duduk kat sini lagi.” 

TAHNIAH kepada penulis kerana berjaya menggarap sebuah kisah pelbagai rasa dalam satu adunan yang sangat cantik teksturnya. Naskhah ketiga penulis yang sangat TERKESAN dalam jiwa sehingga menjadikan pembaca seolah-olah dalam hati ada taman dengan alunan syirah-syirah Nabi dan para sahabat yang amat mengesan jiwa. Tahniah sekali lagi dan teruskan menulis genre yang sebegini. KAK WAN BAGI BERBINTANG BINTANG DI LANGIT UNTUK ANUGERAH TERINDAH INI.....

P/S – Ustaz Mukhriz ni cheq feeling feeling OMAR BORKAN AL GALA – Model Arab yang kena halau dari Negara Arab kerana KEHENSEMAN nya....dengan dengan Dr Ariana Pengsan.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
April 29, 2014
Done.
Loved the storyline.
Loved the gediks heroin,Dr Ariana Dahlia.
Loved Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas

I like how the writer make this story, a sweet story.

I want to give 5*****, but i can't due to typos spotted inside this novel. Heh!

So, 4.5**** from me lah. I enjoyed reading this book. Really hope Intens can amended the typos for next printing
Profile Image for Noorhasnizah.
39 reviews3 followers
April 8, 2014
Da habis...Ariana yg sgt gedik memikat ustaz kapten Syed Mukriz yg sehingga nak meminang ustaz kapten untuk dijadikan suaminye...hantar surat cinta mcm zaman sekolah, hantar kuih lapis...bersms...macam2 la cara nk pikat ustaz kapten ni...nak tahu kena la beli & baca.. gud job Maznie Darnisya aka Sophilea...part paling sedih & sebak masa ustaz kapten axciden & Ariana merelakan suami dia berkahwin lain...nak tahu kena baca...
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 5, 2014
alhamdulillah.. akhirnya habis membaca ANUGERAH TERINDAH.

the moment Dina jumpa TAMAT, Dina terus rasa nak opted for Pendermaan Organ nanti.. membayangkan betapa takut dan sedihnya perasaan bila orang yang tersayang memerlukan sumbangan organ, tp kita x mampu. mmg membuatkan hati terluka...

anyway, itu bukan gist of the story ya.. ngeeee.. gist sah2 la pasal sayang ngan habib. ngeeee... seyesly habib lepas kawen mmg sangat sangat sangat comel dan romantik. kerlasssa gitew!! terasa bahagia menjadi seorang arin.

x kurang gak ngan mukhriz, of coz la bahagia dpt zaujah seperti arin. rela berkorban gitu. ngeeee.. tp part2 kena ngorat tyme kat kem.. mmg comel. hahahhaha...

tp mostly cian kat arin. kena rasuk, hilang benda yg berharga, kena tikam.. huhuhu.. tabahnyer dier.. hehehe.. respect spring kat zaujah si habib. hehhee.

x rugi baca. ngeeee... i lioke! =)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
April 14, 2015
Ariana & Mukhriz

Tepok dahi aku baca gelagat si Ariana ni la!
Tapi tak semua perempuan seberani Ariana.
Bukannya apa. Takot kechiwa dengan jawapan atau reaksi si dia.
Kalau tak bertepuk sebelah tangan, okay la, Alhamdulillah.. Kalau tak, walaweihhh, malu sehhh..
Tapi Ariana tekad.. Kalau tak, Mukhriz disambar orang.. ngeeee

Saya senang menghadam serta menghayati kisah dan bentuk muka bumi (chewahhh) yang disajikan dalam novel ni. Takyah nak bayangkan sebab dah pernah ke sana, semuanya memang ada di tempat yang diceritakan..

Dah beberapa kali ke Taiping, suka memilih untuk menginap di Flemington Hotel.. Menghadap Taman Tasik Taiping, berlatar-belakangkan kehijauan bukit bukau.. Redup je.. Leka duk tepi tingkap hotel sambil perhatikan kenderaan yang lalu lalang, kadang-kadang nampak abang-abang askar berjogging secara berkumpulan.. gatal jap.. ngeeee..
Profile Image for Anna Suzana.
4 reviews2 followers
May 14, 2014
anugerah terindah, mengisahkan kesengalan seorang doctor yang bernama ariana jatuh cinta dgn capten ustaz mukriz... cara doctor ariana memikat ustaz mukriz amat menarik hati ku ... cara zaman dolu2 gitu ... surat , pantun, bunga , bwk makanan ... hehehehe

yg best ku suka novel ni buat ku ceria membacanya dan ku suka pantun dia yg berbunyi gini

i have a pen
my pen i blue
i have a boyfrend
my boyfrend is u .. hehehehe

saya mmg recomend sgt2 le kawan2 beli novel ni .. tak rugi ,mg best sgt2 tahniah penulis dan penerbit ... merata kawasan ku cari tp xde akhirnya ku beli jua online dr kak intens fauziah .. sbb dah xtahan sgt nk baca kisah sengal dr ariana ..
Profile Image for Halina.
7 reviews2 followers
April 21, 2014
Buku ni genre komedi romantik pada saya. saya terhibur. gelagat si doktor yang seperti perigi mencari timba.sikapnya tidak sesuai dengan status doktornya. ok. sebab ada dua buku lagi saya nak review jadi saya pendekkan bahawa cerita ini menghiburkan buat saya.
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
April 24, 2014
Actuallynya I supposed to finish my other but I don't know why hati nie tertarik sangat nak baca buku ini..Then I start dan tak sangka dalam tak sampai 2 hari dah abis. Selalunya hanya cerita2 yg best ajelah yg dapat perhatian macam nie.
So nak cerita memang I dah terjatuh hati dgn cerita nie banyak sangat pengajarannya. Ariana yg sangat bubly dan tabah manakala Mukhriz yg pemalu tapi masih ada kemanisannya dan juga beberapa watak yg I rasa geram sangat rasa nak bunuh2 je especially Awina tu ..Penulisan yg sangat berbeza jika dibandingkan dgn karya2 sebelum nie. Tak menyesal lah membaca dan memang betullah instinct saya cerita nie best sangat!
Profile Image for Nadiah.
35 reviews
September 22, 2015
Apakah reaksi Kapten Ustaz Mukhriz apabila dikejar dan digoda oleh Dr Ariana dengan bersungguh-sungguh?
Kes perigi mencari timba?
Semestinya, tetapi timba ini sedikit demi sedikit terpaut dengan sikap gila Ariana. Nota dengan serangkap pantun budak-budak bercinta telah diterima. Bekalan kuih juga kerap tiba apabila Ariana datang ke kem, kononnya untuk menziarahi abangnya, Leftenan Izzudin. Apa-apa aktiviti keramaian yang melibatkan Mukhriz, sudah pasti Ariana akan duduk di tempat yang paling hampir dan munasabah untuk seorang perempuan.
Sungguh kuat penangan Ustaz Mukhriz terhadap Ariana.
Memang tidak membosankan
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
January 14, 2015
ewah ewah,, ustaz ni lps kahwin bkn main lgi yer .. hiiii

part yg buat sya meluat msa c ariana lari x nk dgr penjelasan pasal kes awin tu. hok alorh .. annoying bab!
part best msa sume nk kenakn ariana psal mukhriz nk kahwin dgn awin xD sengal lah drg ni
tapi satu, harapan sya x smpai bila novel ni x dpt menyentuh hti sya. that's all. sekian, terima kasih.

-budak sekolah mls nk review panjang2-
Profile Image for Bidadari Hujan.
69 reviews7 followers
April 8, 2014
novel terbaik baca tahun ni...huhuu...
daebak..!! superb..!!
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
April 24, 2014
Best... seronok tgh perempuan gedik..ngorat ustad... tp tgh2 seronok teringat din & jaja... mcm sama tp lain... sy suka cite ni..
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #65 - 2014

To be honest.... Tak kena dengan selera saya. Tak habis baca. I gave up
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
August 8, 2016
Aku beli novel ni sebab nak tau kesudahan cerita, lepas tertengok drama adaptasi novel ni...serius, aku yang pula yang rasa malu dengan gelagat Ariana, ibarat perigi cari timba tu..selamba je, mengorat Kapten Mukhriz...memang muka tembok...paling selamba, bila babak dalam surau..selamba je,Ariana pergi ke saf lelaki dan tanya Mukhriz ke imam solat malam tu, dan depan2 saf lelaki Ariana kata, lebih kurang macam ni "kalau ustaz imamnya saya makmumnya"..Mukhriz balas."saya imamkan semua orang, Ariana". Tapi, gedik2 Ariana, gelagat dia menghiburkan...Bila dah memiliki, Kapten Mukhriz, Ariana cuba jadi isteri yang terbaik, cuma Ariana masih bersikap degil dalam membuat keputusan...Geram dengan watak Awina, alasan yang diberi untuk memiliki Murhriz tidak munasabah...dan tindakannya sangat melampau bila minta ganjaran bagi menyelamatkan nyawa Mukhriz, sedangkan dia terhutang budi dengan Mukhriz...Juga, geram dengan Zakuan...belajar tinggi tapi akal singkat...taksub sangat dengan Ariana, sehingga sanggup bertindak melampaui batas.
286 reviews52 followers
April 17, 2014
Apa itu cinta???
Adakah ia cinta???
Perigi mencari timba???
Layak kah aku utk bercinta???
Ini lah persoalan yg ada di dalam Anugerah Terindah....

Seorang ariana, berpangkat doctor lulusan UK..mengejar seorg lelaki berpangkat kapten dan seorg ustaz....
seorang ariana yg cuba menagih kasih, cinta dan syg drpd seorg lelaki dan suami sehingga sanggup utk meminang lelaki tersebut.....namun adakah benar tiada rasa cinta, kasih dan syg seorg ustaz mukhriz untuk ariana???
berjaya kah ariana meraih cinta sucinya?
mampukah syed mukhriz menyayangi dan menyintai ariana???
Tapi siapa pula awina yg tiba2 muncul dan sanggup mendermakn buah pinggang nya utk mukhriz dan sbg balasannya ingin menjd isteri kedua syed mukhriz???
tegar kah seorg ariana berkongsi kasih dgn penyelamat suaminya???

SUBHANALLAH....sungguh besar dugaan yg kau berikan pada mereka...adakah mereka mampu menghadapi segalanya...kuatkah iman mereka????

semuanya hanya terjwb dalam ANUGERAH TERINDAH....
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
August 5, 2016
Walaupun ada beberapa kesalahan ejaan/perkataan yang kadang-kadang mengelirukan, namun keseluruhan pembacaan tidak terganggu. Plot yang menarik. Terbawa-bawa dengan emosi Ariana. Arin yang gedik, tekad, setia, berusaha.. Bagaimana Arin yang kebudakan menjadi matang kerana orang yang dicintai. Bagaimana Arin yang tegar mengorbankan harta yang paling disayangi. Besarnya pengaruh seorang Kapten Ustaz Mukhriz Al-Attas kepada Doktor Ariana Dahlia.
Peritnya apabila Arin terpaksa membuat keputusan sewaktu Mukhriz kemalangan. Terasa juga bila setiap kali Mukhriz rejek Arin dengan bermacam-macam alasan. Sengaja buat payah, padahal dia pun suka! Tapi kalau jodoh tak ke mana.
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
June 4, 2014
Uihh.. cam tak cayo den boleh mengurangkan list pending. ahah
Profile Image for Ammara Ayyash.
Author 15 books31 followers
October 10, 2017
I dont know but I love this book so much to the moon and never back. Eh? hahahaa. maybe sebab watak ariana yg nakal dan semborono je dengan ustaz tu. Saya suka bila part comel2 ustaz curi2 pandang dia dekat tingkap tu. Mungkin jgak sbb saya suka watak dia yg x malu dan kejarkan lelaki. yelah selalu lelaki je kejar perempuan. atleast dalam novel ni boleh belajar skill ngorat lelaki. Yang pasti watak ariana tu mmg terbaik lah.. apatah lagi diadaptasi walaupun saya x tgk.. sbb saya jenis dh baca novel jarang akan tgk drama.. tp ada juga lah tertengok sikit2.. hehe
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,545 reviews41 followers
December 15, 2017
Entah la, cuba juga nak berpositif tapi tak lepas juga. Rasa meluat dengan perangai Ariana mengatasi segalanya. Bagi saya Ariana seorang yang selfish dan penuh kepura-puraan. Sejak pertama kali berjumpa Mukjriz dia dah letak chop kat Mukhriz, as if she deserves everything her heart desires. Nampak macam bagus tapi Awin punya cara lebih jujur. Ini pendapat saya la.
Profile Image for Zzati Alydrus.
123 reviews
July 3, 2022
Sukaaa sangat novel ni. Kisahkan seorang gadis yang setia jatuh cinta & macamana gigihnya dia kejar cinta dia. Buku ni jugak mengajar erti kesetiaan seorang suami, muslim yg sejati. Sangat terbuai dengan jalan cerita yang agak santai, kelakar & agak berat di penghujung cerita.
Displaying 1 - 30 of 63 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.