Jump to ratings and reviews
Rate this book

Awak Jangan Nakal

Rate this book
Pernah dengar pasal Geng Mat Ngek? Ya, memang Ayu jatuh cinta dengan Shahrul. Tapi Shahrul tak senakal Geng Mat Ngek yang suka mengusik, menyakat, membahan dan mengenakan kaum perempuan. Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry. Nakalnya… Bencinya dia melihat Jeffry.

Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau. Argh... tertekan!

Macam manalah hidup dia selepas sebumbung dengan Jeffry? Sedangkan dia masih mengharapkan Shahrul.

622 pages, Paperback

First published April 20, 2014

Loading...
Loading...

About the author

Murni Aqila

12 books33 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (35%)
4 stars
31 (35%)
3 stars
20 (22%)
2 stars
4 (4%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews59 followers
January 18, 2016
Novel untuk dilepaskan Rm12,berminat PM.

Tajuk, Awak jangan nakal ermmm *tak mo kesah pasal tajuk novel dah.
Kisanya ringgan dan santai-santai je,tapi masih mampu menimbulkan rasa geram.
Kisah Ayu si gadis warna warni dan Jeffry budak nakal dari geng mat ngek.
Sakat-menyakat menimbulkan rasa di hati Jeffry tapi rupanya cinta ayu milik Sharul.
Tipikal novel kahwin paksa tapi ok lah kan bila mengenali sisi lain Jeffry rasa terjatuh hati jga lah Ayu ni bukan sahaja rabun warna tapi buta hati jga,tapi nasib baik isu itu tidak diperpanjangkan perjalanan cerita pon lancar dan sweet je.
Penamat,ermm laju betul rasa mcm eh dah habis.... mcm tonton slot akaksia yg beria btul tapi tiba time episode akhir abis mcm tu je yg penting happy ending.sekian...

P/S Suka info yg diselitkan,tentang penyakit rabun warna. Selama ni mcm tak pernah terpikirkan hal ni *tiba2 teringat kisah para-para sakura Aaron kwok.
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
novel berkisar tentang Ayu, seorang pelajar uitm dan tinggal dengan keluarga bapa saudaranya. keluarga bapa saudara ayu melayan die sangat buruk terutama makciknye. Ayu seorang yg rabun warna sebab tu la die digelar minah warna warni, sebab kombinasi warna tudung, blaus dan skirt yg berlainan.
Ayu bercouple dgn shahrul, ahli Geng Mat Ngek. di gelar begitu sebab diorang suke menyakat orang,Lebih-lebih lagi ketua Geng Mat Ngek, Jeffry.
Ayu memang tak suke dgn Jeffry sebab Ayu suke menyakat die.
Namun, apa yang kita harapkan adakala lain yang jadi. Disebabkan berada pada masa, tempat dan keadaan yang salah, Ayu terpaksa menerima Jeffry sebagai suaminya. Perkara yang tak pernah dibayangkan terjadi dalam hidupnya, membuatkan dia sengsara. Hubungannya dengan ibu menjadi dingin. Terpaksa pula berhadapan dengan keluarga Jeffry yang kacau-bilau.
Jeffry ni pulak sebenarnye dalam diam suke dekat Ayu. bila diorang dah kahwin, jeffry layan ayu dgn baik. membuatkan ayu akhirnye jatuh cinta dgn jeffry. last happy ending.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,095 reviews380 followers
August 30, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM13. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

I like it walaupun ceritanya agak slow. Pada N, kisah ni menjadi interesting selepas Ayu dan Jeff ditangkap basah bersama. Suka tengok the other side of Jeff yang dalam kenakalannya sebenarnya seorang yang caring dan bertanggungjawab...

Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
June 13, 2014
Adrea Ayuza (Ayu) telah jatuh cinta dengan Sharul kerana dia tidak senakal anggota Geng Mat Ngek yang lain dan sentiasa tersenyum. Tetapi dia terpaksa kahwin dengan Jeffry, ketua Geng Mat Ngek, kerana mereka kena tangkap basah suatu pagi. Selepas itu hidupnya huru-hara. Bapa dan ibu saudaranya sekeluarga menghina dirinya dan ibunya sendiri tidak mempercayai dirinya. Dia rasa keseorangan. Cuma Mala dan Eja sahaja yang mempercayainya. Shahrul pun menjauhi dirinya. Keluarga Jeffrey pula telah berpisah dan bapa mertuanya sangat pemarah orangnya. Dia tidak dapat bermanja dengan mereka. Tetapi lama-kelamaan, Ayu rasakan Jeffrey adalah seorang yang sangat bertanggungjawab, menghormati orang tua dan sangat penyayang. Dia mula rasa serasi dengan Jeffrey dan mula jatuh cinta pada suaminya itu. Setelah beberapa lama bersama barulah Ayu dapat tahu siapa Shahrul sebenarnya. Dia bersyukur kerana Jeffrey dapat menyelamatkan dirinya pada malam yang bersejarah itu. Tetapi baru sahaja mereka mula hidup bahagia bersama, malang menimpa. Jeffrey kemalangan lalu koma. Ayu ke Zurich menjejaki ibunya untuk memohon ampun dan doa agar Jeffrey cepat sembuh dan rumahtangga mereka diberkati. Ibunya pada mulanya tidak mahu menerima dirinya, tetapi setelah Ayu menceritakan segala perilaku bapa dan ibu saudaranya terhadap dirinya selama ini dan apa yang terjadi pada malam itu, ibu Ayu menyesal kerana tidak mempercayai dirinya. Sebaik sahaja dia pulang ke Malaysia, Ayu terkejut lalu pengsan kerana Jeffrey telah sedar dari koma.
Profile Image for sansuriya82.
123 reviews2 followers
May 14, 2026
Rating peribadi: 4/5

Awak Jangan Nakal karya Murni Aqila bagi aku jenis bacaan yang ringan dan senang nak habiskan. Dari awal, jalan cerita terus bawa pembaca masuk dalam konflik Ayu apabila dia terpaksa berkahwin dengan Jeffry, lelaki yang memang jauh daripada ciri lelaki idaman dia. Situasi ni nampak klise, tapi cara penulis mengolah buat kita rasa seronok sebab ada banyak babak menyakat, menyindir, dan perang mulut yang buat tersenyum sendiri.

Apa yang paling menarik ialah watak Jeffry. Mula-mula memang nampak macam lelaki suka main-main, perangai nakal dan tak serius. Tapi makin lama baca, perlahan-lahan nampak sisi dia yang sebenarnya penyayang dan sanggup berkorban. Jenis watak hero macam ni memang buat geram, sebab kadang-kadang dia buat kita marah dengan perangai selamba dia, tapi dalam masa sama susah nak benci. Ayu pula watak yang agak keras kepala, jadi hubungan mereka memang penuh dengan salah faham dan ego.

Bagi aku, kekuatan novel ni terletak pada interaksi antara dua watak utama. Dialog mereka hidup, natural, dan ada masa rasa macam tengok pasangan bergaduh depan mata. Babak romantik pun ada, tapi tidak terlalu meleret. Penulis pandai seimbangkan unsur lucu dengan emosi, jadi tak rasa terlalu berat.

Cuma kalau nak jujur, ada beberapa bahagian jalan cerita yang agak mudah dijangka. Bila dah biasa baca novel cinta Melayu, sesetengah konflik tu boleh teka dari awal. Ada juga masa rasa Ayu terlalu ikut emosi sampai buat keputusan yang boleh dielakkan kalau dia berterus terang. Tapi itu juga yang gerakkan cerita.

Secara keseluruhan, ini novel yang sesuai kalau nak baca sesuatu yang santai dan menghiburkan. Bukan jenis cerita yang penuh plot twist besar, tapi seronok sebab chemistry antara Ayu dan Jeffry. Lepas habis baca, rasa puas sebab perjalanan hubungan mereka dari menyampah jadi sayang tu dibina dengan baik. Untuk pembaca yang suka tema kahwin terpaksa, lelaki nakal tapi caring, dan cinta selepas kahwin, novel ni memang boleh masuk dalam list bacaan.
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
May 28, 2014
Assalammu'alaikum. ...
nk review sikit ttg novel ni yg saya anggap mmg osem! sng nk hadam n comeyyy....
Ayu n Jeffry...yes sweet couple. nmpk sgt Jeffry suka dgn Ayu dh lama...
Ayu n Shahrul... kesian Ayu rupanya Shahrul couple dgn dia ada niat xbaik rupanya...cinta sedalam lautan ayu kt shahrul tp dibalas dgn tuba, rupanya shahrul adalah bpk ayam...huhuhu mmg xsangka.
thanks to jeffry yg berusaha menyelamatkn ayu drpd menjadi mangsa shahrul, tp dugaan berlaku bila mereka ditangkap basah dlm keadaan yg krg menyenangkn...
Bertimpa2 dugaan buat ayu, drpd sikap n perangai keluarga makngahnya yg buat dia seperti sampah, pakngahnya plk mengebas duit yg dihantar buatnya oleh ibu kandung ayu hggalah kahwin terpaksa....ayu jg rabun warna hny jeffry menyedarinya... awek warna warni....hehehe...
namun jika dh jodoh mengelak bagaimanapun ttp termaktub. Ayu untuk Jeffry....
dugaan melanda lg dgn sikap bapa jeffry yg pandang sinis wanita, ibu jeffry yg mengelak drpd pengetahuan anknya menderita kanser hanya ayu yg tahu....
Akhirnya...happy ending!! haruslahhhh....
Alhamdulillah.... selesai bc.... udadaaaa....
Profile Image for Qayiem Razali.
914 reviews87 followers
April 29, 2014
Setelah setahun menunggu buah tangan Murni Aqila, akhirnya muncul juga tahun ni! Yeay! Dan, penantian itu memang tak sia-sia. Kisah kali ini mengetengahkan watak Ayu dan Jeffry. Walaupun tema kahwin paksa diketengahkan, namun jalan ceritanya yang sweet dan unik menyebabkan saya tak kisah lagi pasal tema tu. Gaya bahasa yang digunakan Murni Aqila memang saya minati. Sempoi dan kelakar. Walau kita bergelak tawa pada permulaan cerita, tapi beberapa bab yang menghampiri penghujung memang sebak membacanya. Satu demi satu ujian muncul buat Ayu dan Jeff. Secara keseluruhannya, naskah kali ini banyak diserapkan dengan nilai persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan yang terlalu tinggi. Jealous dengan keakraban Ayu dan Jeff dengan kawan2 yang lain. Dan, info mengenai rabun warna tu memang berguna. Apa2 pun menantikan karya Murni Aqila yang seterusnya. Tahniah!
154 reviews2 followers
November 6, 2016
Sedikit silap (sebenarnya kesalahan besar nih) fakta: wali bagi pengantin perempuan cuma boleh dari sebelah BAPA KANDUNG sahaja.

Lain pada tu, cerita ni simple dan mudah dibaca cuma tak perasan ada wujud ke tak Geng Mat Ngek masa belajar dulu, tapi 'cik warna warni' memang ramai gak cuma tak pasti dia orang rabun warna ke tak.
Profile Image for Novel Annie.
63 reviews19 followers
May 26, 2014
menarik, kelakar, sempoi and good job.. sy suka jln cerita dan gaya perceritaan.
Profile Image for Mommy Farah.
370 reviews14 followers
June 11, 2014
bila baca cerita ni confirm teringat zaman2 uni dulu..pendek kata mengimbau kenangan btl la..
tahniah murni aqila..
Profile Image for Addy.
4 reviews1 follower
May 3, 2016
cerita dia best dan menarik...
Displaying 1 - 13 of 13 reviews