Cerita ni comel... :)
Kisah Eryna ( Erin ) dan Dr. Amar
-mereka dah lama kenal dari sekolah rendah lagi
-mereka berjiran sebelah rumah pun dah lama
-mereka satu sekolah yang sama
-keluarga pun dah kenal antara satu sama lain dah macam adik beradik ja
tapi......
-Erin telah menolak lamaran dari Amar kerana, dia dah punyai pilihan sendiri.
-Amar yang dah lama suka pada Erin bermula dari sekolah lagi terpaksa menerima takdir yang lamaran dia dah ditolak oleh orang yang paling dicintai kerana gadis itu memilih orang lain untuk dijadikan suami.
-Kerana Erin telah menolak lamaran Amar ni, mak Erin digin dengan dia sebab pilihan suami dia tak berkenan di hati mak. Hanya Amar sahaja menantu yang dia nak. Sampai masa majlis untuk akad nikah tu terpaksa la Amar pucuk hati bakal mak-mertua-tak jadi dia untuk terima pilihan Erin.
-Amar pula menerima takdir dengan terpaksa rela hati demi melihat orang yang dicintai bahagia. Huhuhu..kesian kat Amar.
masalahnya pula....
-Bakal pengantin a.k.a bakal suami Erin yang bernama Azlan ni tak dapat datang. Boleh pula dia hantar masej kat Erin dia tak dapat datang sebab mak dia tak bagi datang. Grrrrrrr. Kalau Azlan ni datang juga mak dia akan putuskan hubungan mak dan anak dan harta yang mak dia ada tu tak akan dapat satu sen pun pada Azlan. Cis, kerana harta Azlan sanggup lukakan hati Erin dan jatuhkan maruah kelaurga Erin.
-Selepas dapat masej tu, pengsan pula la Erin ni. Terkejut gamaknya dan tak sangka Azlan akan buat macam ni pada dia dan keluarga. Dah la semua persiapan dah dibuat, tunggu tok kadi dan pengantin lelaki datang ja. Kecoh satu taman, marah betul keluarga Erin terutamanya mak Erin. Dia kan tak suka Azlan, lagi la berasap kepala dia bila Azlan buat dia macam ni.
dan penyelesaiannya...
-Erin, melamar Amar untuk dijadikan suami dia. Maklumla, kepala dah serabut jadi apa yang keluar dari mulut dia tu tanpa dia sedar. Terkaku sekejap Amar. Pastu boleh pula Erin ni nak tarik balik dia pinang Amar tu hehe. Takkan Amar nak tolak, hajat di hati dah tercapai. Namanya kalau jodoh tak kemana.
-Jadi Amar la yang akhirnya jadi suami untuk Erin.
-Semua masalah dah selesai. Paling gembira sekali adalah mak Erin. Sebab menantu pilihan hati dia, betul-betul jadi menantu dia.
ada pula masalah lain...
-Bila Erin ni buat syarat entah apa tah kat Amar ni. Tak nak tinggal serumah sebab dia nak kenal-kenal dulu Amar. Nak bagi Amar 'mengorat' dia dulu. Macam pasangan baru nak bercinta. Apala Erin ni. Nasib Amar ni jadi jiran sebelah rumah. Senang la nak kasi ayat-ayat jiwang nak beli hati bini hehe.
-Masalahnya pula, Anis si teman serumah yang jatuh hati pada suami sebelah rumah dia pula. Sebab Anis ni tak tahu mereka suami isteri. Erin ni minta Amar rahsia kan dari teman serumahnya Iman dan Anis. Apa punya syarat la Erin ni. Kan dah makan diri.
-Baru nak kalam kabut Erin, bila tahu pekara ni. Ambik kau, kan dah ada orang lain berkenan. Macam-macam alasan yang Erin bagi pada Anis supaya dia jangan jatuh hati pada Dr. Amar ni. Kih kih kih.
-Rupanya bukan Anis sahaja yang berkenan pada suami sebelah rumah, ada pula Dr. Wani rakan satu hospital Amar yang tergilakan Amar ni sampai canang satu hospital Amar ni '' husband-to-be '' dia. Perasan sungguh Wani ni...cehhhh.
-Apakah akan terjadi seterusnya?
-Berjaya tak Amar ni cairkan hati si isteri?
-Bagaimana pula Amar nak tepis godaan dari Dr. Wani tu dan bagaimana nak elak dari Anis?
-Bila Azlan si bakal suami tak jadi Erin tu datang kembali menagih kasih Erin, apa akan terjadi?
Dapatkan buku suami sebelah rumah
-cerita yang santai tak pening kepala
-buat saya ketawa, senyum dengan gelagat watak dalam ni
-memang sesuai untuk yang cari buku hiburkan hati yang tension hehehe.
Kali ni rasanya buku kak Sofi ni paling santai. Tak banyak konflik.
Tahniah untuk kak Sofi atas terbitnya buku terbaru dia.
Harap kak Sofi maju jaya dalam bidang penulisan.