Novel ini mengisahkan sebuah piring terbang yang terhempas di daerah Jian, Pahang dan menghasilkan sejenis mikroorganisma asing yang mendatangkan kesan buruk kepada manusia. Pasukan penyelidikan kerajaan Malaysia telah dibinasakan oleh mikroorganisma tersebut, menyebabkan program penyelidikan diberhentikan. Kejadian tersebut dirahsiakan oleh kerajaan sehinggalah kedatangan Doktor Razak dan Doktor Lim ke Jian. Doktor Amrin, seorang pegawai perubatan di Hospital Universiti telah meletakkan jawatannya kerana menerima tawaran Doktor Razak. Doktor Amrin dan Doktor Leon tidak menyedari bahawa Doktor Razak dan Doktor Lim telah diupah oleh Amerika Syarikat untuk mendapatkan maklumat tentang mikroorganisma tersebut. Kejadian-kejadian aneh yang berlaku di Kampung Jian telah dirahsiakan oleh Pak Busu, Ketua Kampung Jian. Kedatangan doktor-doktor ke daerah Jian juga menyebabkan timbulnya konflik antara Pak Busu dan Pak Imam. Kejadian-kejadian aneh dan mengerikan, yang berkaitan virus patogen terus berlaku, sewaktu Doktor Razak dan rakan-rakannya berada di Jian.
Aku rasa ini merupakan buku pertama penulis, Fadli al-Akiti. Permulaan agak bagus, namun, terganggu dengan bilangan watak tempelan yang terlalu banyak sehingga nampak penulis tidak mampu mengawal watak-watak itu dengan baik.
Walaupunbegitu, penulis berjaya mengimbanginya dengan beberapa fakta sains ataupun lebih tepat lagi ilmu sains yang menarik dan masuk akal.
Hanya penghujungnya yang sedikit tergantung, sama ada 'ibu induk' itu masih merancang hendak menyerang bumi atau tidak.
Jian, novel remaja karya sains fiksyen Muhammad Fadli Al-Akiti menampilkan Dr Amrin menyertai ekspedisi sains yang diketuai Dr Razak dan Dr Lim ke kawasan pedalaman di Jian, Pahang.
Ekspedisi bertujuan mengkaji mikro organisma asing yang menyerang penduduk di perkampungan terbabit, turut disertai Dr Leon yang mengkaji mikrobiologi, tetapi kehadiran empat saintis itu, tidak disenangi penduduk kampung yang diketuai Pak Busu.
Ujian awal ekspedisi itu melalui pesakit pertama, Akob, yang menghidapi simptom ganjil seperti cecair mukus dan saliva keluar dari mulut dan hidung, kornea mata merah, meracau-racau dan kadangkala bertindak ganas sehingga dikurung di bawah rumah.
Akob yang membunuh dua penduduk kampung mendakwa dirinya Tanah Subur dan mengancam akan menghancurkan kampung itu sehingga Dr Amrin menyangka dia menghidap Hebefernia, pesakit yang bercakap perkara mengarut dan ketawa sendiri.
Tanpa disedari Dr Amrin dan saintis lain di Jian, Stesen Satelit Bumi di Kuantan menerima mesej dalam bentuk kod binari dari angkasa lepas sehingga memaksa Richard dan Thyaga bekerjasama dengan wakil Kementerian Pertahanan, Nurul Asyikin serta pakar kod dan sekuriti kementerian berkenaan.
Kajian Dr Amrin dan Dr Leon di dalam van makmal mendedahkan identiti virus yang menyerang Akob selain misteri penemuan virus terbabit bertambah rumit apabila ekspedisi itu menemui dan menyelongkar makmal rahsia.
Di dalam makmal usang itu turut ditemui rangka manusia mati dalam keadaan mengerikan selain catatan ujian saintifik yang pernah dijalankan sehingga membawa kepada kemusnahan.
Dr Amrin dan Dr Leon turut menyiasat kewujudan kilang sabun yang dikatakan menyembunyikan objek aneh di dalam hutan, sekali gus membawa mereka bertemu dengan pemilik kilang, Tuan Effendi, juga sebahagian daripada misteri.
Kemuncak misteri itu ialah virus ganjil menyerang penduduk kampung dalam skala besar dan mayat muncul kembali manakala Dr Razak dan Dr Lim hilang sehingga Dr Amrin serta Dr Leon terpaksa mengubati penyakit yang menyebabkan Akob maut.
This entire review has been hidden because of spoilers.