What do you think?

Cuma Aku, Lukaku, dan Tuhanku
Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah.
Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.
Ketika dunia menjadi tidak adil, al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan syurga.
Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba, al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita.
Begitulah, sesakit apapun dunia menampar kita, al-Quran sentiasa menawarkan cara untuk kita berbahagia. Dan segala sakit akan sembuh, segala resah akan reda.
Buku ini – selain terkumpulnya nota-nota lengkap 30 juzuk al-Quran sebagai rujukan, ia menjadi sangat istimewa ketika Hafizul Faiz membawa kita menelusuri 30 juzuk al-Quran tersebut dengan catatan-catatan peribadi dan reflektifnya.
Ia penuh dengan makna, terjahit dengan gelut emosi yang membara, dan tertumbuh di atas bara kejujuran yang sedang sengsara dengan dunia.

- GenresSelf Help
250 pages, Paperback
First published February 1, 2024
About the author
Hafizul Faiz
19 books198 followersHafizul Faiz atau nama penuhnya Mohd. Hafizul Faiz Bin Hashim merupakan penulis kelahiran Sik, Kedah. Telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Bahasa & Susastera Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setakat ini telah menulis enam buah buku dan kebanyakannya mendapat bestseller. Aktif menulis di blog hafizulfaiz.com dan juga Facebook Page (Hafizul Faiz). Perkembangan penulis boleh ditinjau juga di @hfaiz92 (Instagram) dan @hafizulfaiz92 (Twitter).
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
April 22, 2025
Walaupun penulis sudah menjelaskan pada awal buku, namun tetaplah saya mengharapkan buku ini membawa lebih daripada itu. Saya akui untuk naskah yang nipis ini bukan mudah untuk memasukkan kesemuanya tentang makna dan tafsir di sebalik kalam Allah ini, namun itulah apa yang saya rasa. Lama kelamaan saya baca, semakin saya kagum dengan al-Quran. Bila dijelaskan pula dengan berbentuk ‘emosi’, lagi mudah untuk faham.
Satu sahaja kekurangan buku ini adalah penggunaan perkataan bahasa melayu yang ‘diinggeriskan’ terlalu banyak dan sedikit sebanyak mengganggu saya. Seolah-olah perkataan itu sudah menjadi kebiasaan. Saya pasti penulis lebih arif tentang hal itu dan boleh diperbaiki.

May 20, 2026
"Untuk merasa kita dijaga Allah, kita kena betul-betul pisahkan diri kita dari ekspektasi dengan makhluk, jangan lagi dah fikir yang ada orang boleh jaga kita sebaik Allah."
Buku ini hadir tepat pada waktunya. Waktu aku sangat-sangat perlukan kata-kata sokongan dan peringatan dari-Nya. Cuma Aku, Lukaku, dan Tuhanku merupakan bacaan santai daripada catatan refleksi penulis daripada 30 juzuk Al Quran.
Sejujurnya, aku rasa apa yang aku harap aku dapat daripada buku ini agak tinggi sebenarnya. Jadi aku agak terkejut sebab buku ini betul-betul santai seperti yang dikatakan oleh penulis di muka surat awalnya. Tapi, tidaklah bermakna ia tak menyentuh hati aku langsung. Dalam santai-santai pun, buku ini tetap memberi mesej-mesej ringkas yang mendalam dalam setiap juzuk yang diselami oleh penulis.
Akhir kata, buku ini bermanfaat, tapi aku rasa ia boleh pergi lebih jauh lagi.

January 5, 2026
Refleksi 30 Juzuk al-Quran berserta catatan ringkas tentang segenap segi kehidupan. Hafizul Faiz menulis tentang takdir, tawakal, memberi, sabar, tanggungjawab, character building, contentment etc. Aku nak kena study lebih mendalam lagi perihal Nabi Musa A.S. insha Allah.
3 intipati penting yg dipelajari dalam buku ini:
1. Tentang takdir, Imam al-Ghazali menyebut bahawa dalam diri kita dan pada setiap pergerakan takdir kita, ada Allah. Dalam Mathnawi, Rumi menulis begini, "aku bergerak di atas, di bawah, di depan dan di belakang, semuanya di atas cinta." Hanya dengan merasa adanya Allah, kita akan merasa cukup.
"Bukankah Allah telah cukup buat hambaNya?" az-Zumar:36
Sebab itu Allah menempelak mereka yg bila perlu, meminta dari Allah, bila dapat mereka merasa merekalah yg paling pandai, yg paling hebat menghasilkan itu dan ini. Maka kita kena resapi spiritual contentment dlm diri; Semuanya dari Allah.
2. Baru tahu kisah Nabi Musa wafat dalam tempoh kesesatan kaum Bani Israel selama puluhan tahun. Nabi Musa mendoakan kaumnya dihukum selayaknya kerana sikap besar diri mereka berkali-kali melawan, mempersenda, dan menentang perintah Allah. Allah menghukum mereka semua termasuk Nabi Musa sesat di padang pasir selama puluhan tahun. Nabi Musa tak sempat kecapi kemenangan perjuangan. Tapi di sisi Allah, he's a winner. Baginda sudah lakukan yg terbaik dan perjuangan diteruskan oleh Nabi Yusha'. Satu pesan penting dari ibrah kisah Nabi Musa, "kita tak perlu mati sbg pemenang, kita hanya perlu mati sbg hamba yg bersyukur, mudah2an."
3. Rasulullah SAW ialah seorang ummiy. Salah satu maksud ummiy ialah ketidakmampuan baginda mengubah kata menjadi syair. Nabi tak boleh bersyair kerana ketetapan Allah. Allah akan menurunkan kitab yg bakal membenam semua syair dari segi keindahan dan kebenarannya. Ia itulah al-Quran. Pada akhir ayat surah al-Syuara', terdapat satu tadabbur tentang org yg diberi bakat berkata-kata termasuk penulisan harus memperjuangkan al-Quran.

May 13, 2025
"Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, Al-Quran datang menawarkan cara untuk menyerah. Ketika dunia memaksa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, Al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya."
Buku kecil yang mudah dibawah kemana-mana yang meringkaskan tentang 30 Juzuk Al-Quran. Ringkas tapi rapi. Ini ayat yang sesuai menggambarkan betapa bagusnya buku ni. Setiap Juzuk tu, diringkaskan dalam 3-4 muka surat disertai dengan catatan/pesan-pesan tumbuh dari Al-Quran yang diringkaskan menjadi point² oleh penulis. Sebuah catatan yang memujuk hati yang penuh dengan luka dunia.
Buku ni tambahkan lagi rasa keinginan yang tinggi untuk faham Al-Quran. Bila kita faham, maka kita akan makin cintakan naskah hebat ini. Buku ni buatkan aku rasa nak baca dan fahamkan maksud dalam setiap ayat dan surah dalam Al-Quran. Hebat Kalam Allah.
Buku ini bersesuai dengan catatan di epilog (bahagian akhir) oleh penulis yang berharap ia mampu menjadi pencetus rasa ingin tahu, ingin meneroka, ingin terjun dan tenggelam ke dalam lautan makna Al-Quran. Yes, buku ni berjaya.
Terlampau banyak ayat yang terkesan di hati, terlampau banyak yang di-highlightkan dalam buku ini, maka aku kongsikan beberapa disini:
a) Belajarlah solat dengan tenang dan khusyuk sebagai asas kepada harapan kita kepada Allah yang total (ayat 238: Juzuk 2)
b) Untuk merasa kita dijaga Allah, kita kena betul-betul pisahkan diri kita dari ekspektasi dengan makhluk, jangan lagi dah fikir yang ada orang boleh jaga kita sebaik Allah.
c) Sesusah apapun takdir dan luka, jangan sesekali melepaskan tangan dari tali Allah yang sentiasa menguatkan.
d) Lepas taubat nak kena buat apa?
Jadilah hamba yang berterima kasih, teruslah berjalan, teruslah patuh pada semua arahan Allah dan jadilah orang yang bersujud, iaitu orang yang menyerah.
e) Solat menjadi ibadah yang menghubungkan langsung hubungan kita dengan Tuhan, secara dekat, secara ekslusif, secara rahsia.
f) Allah ada dalam setiap pergerakan
g) Allah akan tinggikan darjat orang-orang yang merendah diri.

September 27, 2025
I'm grateful when I found this book. This book helps me to understand more about the Quran. I like the writing style, without judgement, easy to read. I also like when he write down the messages or conclusion on every chapter.
March 12, 2025
Patut la buku ni menang award MPH. Walaupun penulis hanya mengulas ringkas untuk setiap juzuk, namun setiap bait bait perkataan yang diberikan tetap dapat membawa gambaran dan makna penyampaian maksud juzuk tersebut. Sedikit ralat sebab ulasan terlalu ringkas. Hafizul Faiz antara penulis yang sangat saya kagumi dengan penulisan dan pengunaan kata beliau. Sangat indah!
Officially my new comfort book. Plan utk baca sekali lagi sambil rujuk refleksi 30 juzuk HF di youtube

September 12, 2026
Favorite Part
Ayat Quran favorite saya adalah ayat 111 - 116 surah Taubah. I always relate myself to semua karakter - karakter yang disebut dalam ayat 112 tu. Jadi, bila baca tentang juzuk ni, turns out, the writer huraikan satu pandangan yang berlainan berkenaan ayat tersebut dan mengapa Allah swt sebut orang yang bertaubat first baru yg lain - lain. It is a very nice feeling reading about your favourite ayat in a way you never think of.
Least favorite
So far, pandangan atau sharing penulis yang saya paling kurang gemar adalah juzuk 13.
"Kegagalan kerajaan hari ini jelas, mereka tak peduli ramalan yang dikeluarkan Jabatan Metereologi dan akhirnya, segalanya jadi huru hara."
Satu ayat sahaja. But really disturbing. Kerajaan mana? Kegagalan apa? It would be nice instead of writing this one sentence yang menimbulkan salah faham dan tuduh menuduh, tuan penulis perlu huraikan dengan jelas. Contohnya, kegagalan kerajaan negeri X menguruskan banjir pada tahun 2021 adalah contoh mereka tidak peduli ramalan yang dikeluarkan jabatan met...Tiada projek empangan, pendalaman parit dilaksanakan bla bla bla...
Kan lebih baik macam tu. Bagi point, huraian dan contoh. Sedang elok saya baca dan cuba nak hayati ibrah - ibrah yang ditulis, jadi x selesa apabila baca ayat - ayat penulis yang marahkan ahli politik dan pemerintah tanpa fakta.
Kesimpulan
Keseluruhannya boleh saya katakan buku ini adalah journal penghayatan penulis sendiri yang dikongsikan kepada pembaca dalam usaha bersama - sama mengajak kita... bukan sekadar membaca Quran tetapi menghayati pesan - pesan dan ibrah yang terdapat di dalamnya. Kepincangan pada orang islam atau diri kita sendiri yg kita nampak hari ni bukan kerana kita tidak cukup beribadah, tetapi kerana kita terlebih sering lupa untuk menumbuhkan pesan - pesan agama kita dalam kehidupan.
Bagi saya, buku ini adalah perkongsian atau tadabbur yang ada masa sampai ke hati saya, ada masa ianya saya baca berkali - kali untuk faham.. bukan kerana bahasa tetapi kerana seperti yang saya tulis tadi...ianya adalah tadabbur penulis... Kalau kita merasakan yang sama Alhamdulillah... jika tidak, kita seharusnya menjadikan buku ini sebagai panduan dan bantuan untuk kita menghayati dan menghubungkan ibrah daripada Quran ini dengan kehidupan kita sendiri. Seperti yang penulis ada maklumkan, untuk menghayati pesan ibrah ini, tadabbur kita bukan sekadar membaca terjemahan, tetapi harus kita berkongsi, membuka sedikit sebanyak tafsir, memahami sebab turunnya ayat - ayat tersebut serta menjadikannya satu renungan dalam kehidupan kita sehari - hari.

June 20, 2025
Assalamualaikum wbt
Pada mulanya agak khuatir dan skeptik untuk membeli buku-buku viral di Tiktok memandangkan kebiasaan segala promosi, cerita dan apa-apa yang berkaitan dengan mempromosikan produk mahupun pakaian, alat solek dan sebagainya bersifat exaggerate ( atau lebih sudu daripada kuah ). Tetapi disebabkan pembaca tidak pernah membaca buku hasil nukilan beliau dan kebetulan di PBAKL 2025, penulis tersebut ada di reruai penerbitan tersebut, pembaca memilih buku viral ini dan mendapatkan tandatangan beliau serta mengambil gambar bersama beliau.
Pembaca memulakan sesi membaca pada 2 Jun 2025. Sedikit ralat disebabkan bahasa yang digunakan bercampur baur antara bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sepertimana dalam tulisan di media sosial, dan pembaca kurang menghayati apa yang cuba disampaikan oleh penulis dalam merungkai dan mendalami setiap Juzuk Al-Quran melalui emosi. Juzuk demi juzuk, pembaca sedikit keliru dengan kandungan yang ingin disampaikan. Berkemungkinan pembaca sendiri kurang memahami maksud kisah setiap Juzuk Al-Quran itu sendiri, barangkali pembaca perlu mengulangi semula seiring dengan membaca tafsir juzuk Al -Quran.
Hampir mengakhiri 4-5 juzuk terakhir, pembaca dapat menghayati apa yang cuba disampaikan oleh penulis dengan memahaminya dengan emosi. Mungkin Surah-surah dalam juzuk yang terakhir lebih dekat dengan pembaca kerana ia merupakan surah -surah amalan dan biasa didengari oleh pembaca.
Walaupun begitu, pembaca bersyukur sekurang-kurangnya dapat memahami secara dasar tentang kisah - kisah dalam Al-Quran dan pembaca berharap dapat membaca semula buku ini dengan penuh emosi seiring dengan membaca Al-Quran serta tafsirnya.
M/s142 :
Ketika dunia menekan kita dari pelbagai arah, al-Quran datang menawar cara untuk menyerah
Ketika dunia memkasa kita untuk menjadi terlalu peduli dengan semua hal dan peristiwa, al-Quran datang membimbing kita untuk bertenang, dan cintailah diri sendiri sedalamnya.
Ketika dunia menjadi tidak adil, Al-Quran memberitahu kita bahawa ketidakadilan di dunia hanya boleh dipatahkan oleh keadilan di syurga.
Ketika dunia menyuruh kita berlumba-lumba,Al-Quran menyuruh kita untuk berehat dan percaya dengan takdir yang telah disusun buat kita
Alhamdulillah

August 29, 2025
"Kitalah hamba itu, yang banyak dosa sampai rasa tak layak nak dekati Dia yang Maha Mencintai -- sebab itu Allah sebut Maha Mengampuni, digabungkan sekali dengan Maha Mencintai, kerana Tuhan tahu kita selalu rasa tak layak nak jadi hamba sebab banyak dosa. " - Hafizul Faiz, Cuma aku, Lukaku, dan Tuhanku (Catatan Refleksi 30 Juzuk Al-Quran)
.
.
🖤 Ramai membaca al-Quran, tetapi tidak semua mencuba untuk mendalami dan memahami apa hikmah di sebalik setiap ayat, dan apa yang kita boleh aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari kita.
.
.
🖤 Sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan buku ini. Entah bagaimana hati seolah-olah terpaut untuk membaca buku ini setelah beberapa kali melihat cuplikan-cuplikan reel penulis. Pada mulanya it's a gamble by the way. I just bought it without a second thought. Sehelai lembaran demi lembaran, bait kata yang dipaparkan seakan-akan menarik kita 'absorbed' seperti pengembaraan ke alam penceritaan yang sangat memberi kesan. Perasaan insaf, sedih dan sayu semuanya menerbitkan perasaan tumbuh harapan untuk tidak mengalah dalam mencari cinta Allah serta meneruskan sisa baki perjuangan kita di dunia ini sebelum bertemu dengan-Nya.
.
.
🖤 Sebelum ini, jujur katalah... Membaca tafsir al-Quran bukan mudah. Lebih-lebih lagi nak memahami apa yang hendak disampaikan. Tetapi setelah membaca buku ini, ia banyak membantu kita memahami dan mendalami mesej-mesej yang tersirat di dalam kalam Allah. Terima kasih saudara @mhafizulfaiz di atas usaha anda menjadi pencetus rasa ingin tahu dan memudahkan pembaca untuk meneroka ke dalam lautan makna al-Quran.
.
.
#azurachanreads #hafizulfaiz #cumaakulukakudantuhanku #bukujunkie #bookjunkie #bukuilmiah #book #booklover #bookaddict #bibliophile #bookish #booknerd #bookdrug

January 13, 2026
Ternyata, buku ini adalah sepertimana tajuknya ‘Catatan Refleksi’ yang bagus untuk para pembaca memanfaatkan dari ayat-ayat Allah. Penulisan buku ini sangat ringan dan ringkas. Mudah difahami buat semua orang yang ingin mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Ianya bukanlah buku atau tafsir yang memperincikan setiap ayat dan surah dalam setiap juzuk. Ianya hanyalah sekadar catatan ringkas atau dapatan penulis tentang beberapa mesej yang terkait dengan masalah kita di zaman kini (mesejnya banyak tertumpu kepada pembangunan diri, penghayatan rohani & kesedaran tentang kalam Allah)
Saya bagi full rating untuk buku ini kerana ianya sebuah ‘buku poket’ yang berkesan untuk menarik pembaca untuk lebih menghargai dan kembali semula kepada Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Bagi diri saya secara peribadi, buku ini menyedarkan saya yang Al-Quran adalah ‘bisikan-bisikan Allah’ buat para hambanya. Bisikan-bisikan tersebut ialah bisikan yang menegur, menasihati dan mencintai kita sebagai hamba kerdil yang tak punyai apa-apa dalam dunia ini. Kita perlukan bisikan ini sebagai panduan kita menjadi khalifah yang seimbang dunia dan akhirat.

June 10, 2026
Buku ini membincangkan bagaimana Al-Quran boleh menjadi penawar hati dan sumber kekuatan ketika berdepan dengan cabaran hidup. Penulis memberikan short synopsis bagi setiap juzuk dalam Al-Quran serta mengetengahkan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Bagi mereka yang kecewa dengan manusia atau penat dengan urusan dunia, buku ini boleh menjadi reminder untuk kembali kepada Al-Quran.
Namun, terdapat beberapa bab yang terasa agak abrupt sehingga mesejnya kurang sampai kepada pembaca. Walaupun begitu, buku ini tetap berjaya menunjukkan betapa besarnya kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya, walaupun kita sering melakukan dosa dan menzalimi diri sendiri.
Apa yang paling menarik ialah penulis menunjukkan bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi juga sebagai panduan dalam menyelesaikan masalah hidup. Overall, saya rasa buku ini telah mencapai tujuannya untuk mendekatkan pembaca dengan Al-Quran dan menggalakkan mereka menjadikan ajarannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

This entire review has been hidden because of spoilers.
July 16, 2025
Buku ini merupakan catatan refleksi 30 Juzuk al-Quran.
Setiap juzuk, penulis highlight satu point untuk kita pembaca hargai.
Tentang memberi
Tentang menyerah
Tentang ekspektasi
Tentang pulang
Dan banyak lagi, isu-isu membangun diri, membetulkan cara fikir, kendali emosi dan relationship.
Rasanya, inilah buku pertama berkenaan 30 juzuk al-Quran yang saya baca setakat ni, yang paling santai, mudah digarapi oleh penggemar buku sastera seperti novelist.
Adakalanya saya termenung jauh, menangis membaca buku ni. Penulis blending fakta dengan unsur-unsur yang menyentuh emosi berdasarkan pengalaman dan sudut pandang beliau.
Tak rasa kaku langsung membaca buku ini. Tidak kaku seperti membaca buku rujukan atau buku non fiksyen yang lain.
9/10
- 1 point sebab rasa tak puas membaca. Rasa macam penulis nak hurai lagi, tapi sengaja diletakkan had. Mungkin kerana konsep buku yang telah ditetapkan.

March 22, 2026
Naratif penyampaian penulis buku ini iaitu tuan Hafizul Faiz ialah mengulas secara umum tentang refleksi setiap juzuk al-Quran kesemuanya 30 juzuk. Beliau berkongsi catatan setiap juzuk dan tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan juzuk tersebut. Beliau juga memetik beberapa ayat al-Quran dari setiap juzuk yang menjadi tonggak utama kepada keseluruhan juzuk. Segala catatan penulis dalam buku ini tidaklah merangkumi segala-galanya bahkan sebagai permulaan untuk kita mengenal kalam suci al-Quran yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui perantaraan malaikat Jibril Alaihissalam kepada kekasih-Nya Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Penulis juga berpesan agar kita tidak hanya berhenti membaca buku ini sahaja malah haruslah kita teruskan proses tadabbur dan memahami isi makna Kalam Allah SWT seiring dalam kehidupan harian kita.
December 12, 2025
Buku ini buku pertama saya baca tulisan Tuan Hafizul Faiz. Beberapa tahun lepas, pasca covid tak silap saya, muncul lambakan ‘buku healing’. Istilah baharu yang diperkenalkan pada warga Malaysia terutamanya golongan muda menjadi begitu popular yang hampir semua orang tiba-tiba merasakan mereka memerlukan sesi healing. Jadinya, dari situlah saya kenal nama Hafizul Faiz bila mana beliau pernah viral kerana menjual buku healing pada harga mahal. Jika kita merasa skeptikal atau ragu-ragu, baca lah sendiri. Kalau kita bukan lah target reader, move on sahaja. Banyak lagi buku lain. Ternyata, beliau mempunyai tujuan sendiri dimana beliau mempunyai kelebihan untuk menyentuh hati para pembaca melalui tulisan. Jadinya, masyarakat memerlukan ‘buku healing’ kerana terlalu ramai manusia yang perlukan nya ketika itu. Ok, membebel pula ye.
Setelah mendengar dan membaca banyak review tentang buku beliau yang ini, saya akhirnya terbuka hati untuk membeli naskhah tulisan beliau. Beli di platform tt, dapat murah banyak bila kita guna kawan punya voucher haha (kita kena jadi pengguna bijak juga ya). Saya juga memulai pembacaan asbab aktiviti group online membaca saya. ‘Cuma aku, lukaku dan Tuhanku; Catatan Refleksi 30 Juzuk al-Quran’ ini sebuah buku yang saya kira sangat mudah untuk dibaca tetapi dapat menusuk ke dalam kalbu dengan begitu dalam sekali.
AlQuran, sudah berapa tahun kita baca ? Berapa kerap kita baca? Sejauh mana ia memberi kesan dalam hidup kita ? Sekiranya kita tersentuh hati tatkala membaca tulisan manusia, cuba beri perhatian sejauh mana kita tersentuh hati apabila membaca Al-Quran. Semua panduan dan jawapan ada dalam Al-Quran. Cuma tinggal kita sendiri untuk mencari dan belajar (saya lah itu).
Tulisan Tuan Hafizul juga seolah-olah sedang bercakap dengan bersahaja dengan pembaca.
Isi kandungan buku menghimpunkan sebuah refleksi kecil dari setiap satu juz. Kalau nak himpunkan semua, perlu buku yang lain lah pula. Saya tidak rasa terbeban langsung dalam memahami, apa yang hendak disampaikan bila mana penulis banyak kaitkan maksud perkataan/huruf daripada sisi lain. Saya rasa lebih terinspirasi untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mendalam dan konsisten selepas ini. Moga-moga, kita semua akan menjadi insan yang lebih baik selepas setiap satu buku.

December 6, 2025
This book reads like a compilation of motivational Tumblr posts that appeals to emotionally charged teens. It doesnt cover Quran's more serious elements and leans heavily towards the self-help and motivational themes. Its fine if thats what you are looking for, but dont read this hoping ure capturing a complete overview of the holy book, ure better off with a proper tafseer or acclaimed commentators like Tariq Ramadhan, Martin Lings, etc.
February 2, 2026
I had high expectations for this book because I was attracted by the title and, of course, because it was written by Hafizul. However, I felt a bit disappointed because the descriptions for each topic weren’t fully covered, which is similar to Hafizul’s usual style. This might be because the book covers all 30 juz. I hope Hafizul will write books focusing on specific juz from the Al-Quran in the future.
August 5, 2025
Nota-nota yang dititpkan memberi satu semangat untuk bermula semula setiap kali terjatuh dalam hidup. Sisi lain yang jarang kita nampak dalam tadabbur al-Quran. Begitu indah intipati setiap juzuk yang penulis tonjolkan membuatkan kita berminat untuk membelek tafsiran al-Quran.
Buku yang harus dibaca oleh semua.
Buku yang harus dibaca oleh semua.
August 15, 2025
Penulisan yang mudah, sesuai dengan pembaca generasi baru. Ia umpama bermonolog dengan diri. Di ulang baca setiap juzuk berkali-kali. Cross reference dengan terjemahan Al-Quran. Pemahaman dan ringkasannya memudahkan kita memahami, mendalami dan menjiwai.
September 14, 2024
Insightful!
April 8, 2025
Buku ini sgt menyejukkan jiwa saya.
July 14, 2025
rasa lebih dekat, kenal dengan al quran.. rasa lebih bersemangat untuk quran journaling. indah sangat kalamullah ni. buku ni sangat ringan untuk minda tapi dalam masa yang sama menenangkan jiwa
January 10, 2026
A good basic tadabbur that encourages me to learn and read more about tadabbur quran :)
July 17, 2026
Buku yang sangat bagus. Awal2 okay lagi, sis takde rasa nak menangis.. Dah hujung2 pembacaan 😭😭 Terima kasih tuan HF untuk buku yang sangat bagus ini :)
March 22, 2025
Untuk orang biasa seperti saya yang tidak mahir berbahasa Arab, buku-buku seperti inilah yang membawa diri untuk lebih memahami dan mencintai al-Quran. Buku seperti inilah yang membawa hati untuk mengenali al-Quran melalui kosa katanya yang sangat tinggi.
Contohnya kalimah 'ummi' yang dinisbahkan kepada Baginda SAW bukan hanya setakat tidak pandai membaca dan menulis, tetapi mufassirin (ahli tafsir) menafsirkan bahawa 'ummi' ini bermaksud tidak mahir bersyair kerana Arab jahiliyyah pada zaman tersebut dikurniakan ketajaman akal dalam berbahasa dan syair ini adalah keistimewaan mereka. Dan apabila al-Quran diturunkan sebagai mukjizat. Di sini lah al-Quran berperanan bahawa ianya bukan berasal daripada kata-kata manusia, iaitu Muhammad.
Buku ini adalah ringkasan 30 juzuk al-Quran. Penulis memberikan ayat-ayat penting yang memberi kesan dalam hidup beliau daripada setiap juzuk dan apa pengajaran yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat tersebut.
Banyak perkara yang disentuh seeprti perihal kebergantungan kita kepada Allah, tentang Allah Yang Maha Memberi, tentang tanggungjawab, tentang membangun peribadi yang teguh dan sebagainya. Setiap penceritaan dibawa kisah-kisah yang boleh kita renungi daripada al-Quran seperti kisah pemuda al-Kahf, kisah Nabi Musa AS menolong dua orang perempuan, kisah Nabi Yaaqub yang kehilangan anaknya Nabi Yusuf. Kisah-kisah ini tidak hadir hanya sebagai cerita dongeng, namun setiapnya membawa ibrah yang perlu kita perhalusi.
Buku ini amat saya sarankan untuk mereka yang tidak dapat memahami bahasa Arab, dan ingin memahami al-Quran dengan lebih mendalam, bacalah buku ini! Dengan harapan, semoga ianya menjadi permulaan yang baik untuk kita mendalami al-Quran sebelum mempelajari ilmu-ilmu tafsir yang sangat luas.

August 8, 2025
I rase penulisan terlebih santai untuk topik yang berat macam al Quran ni..its just a snippet to setiap juzuk dan mcm lebih on the surface sahaja..mungkin untuk menarik minat golongan muda mungkin..saya lebih gemar penulisan atau kupasan yang lebih mendalam..
tetapi for those yang bar nk berjinak dgn al-quran and sukakan bacaan yang lebih santai, boleh cuba ni.

January 26, 2026
DNF after Juzuk 5. I am not the target audience. This book is more like a personal observation and understanding of the author of each juzuk. Totally his POV of which some I didn't resonate with. Better to be read with the Al Quran itself. But again, read it with caution sebab pemahaman masing-masing.
January 21, 2026
Ringkas, padat dan mudah untuk difahami. Menusuk hati ini tatkala membaca Al-Quran membuta tuli tanpa endahkan maksud setiap ayat yang mendalam. I’m glad and grateful to the author bcs no one did like him as far as I know; in Malaysia. Terlalu banyak tangisan yang gugur pada setiap rangkai kata yang diulaskan. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang membolak-balik hati ini untuk kembali mengenal-Nya. Semoga kita istiqamah mendalami Qalam Allah ❤️🩹
Displaying 1 - 27 of 27 reviews