Pertemuan bermula dengan sebiji pemadam yang terbelah dua sewaktu tingkatan empat. Si brutal Nur Hani Syuhada vs si pencabar Ahmad Irfan. Hari-hari yang mereka lalui di sekolah tidak pernah aman. Selalu sahaja bercakaran.
Siapa menyangka, takdir perjalanan mereka bersama lebih panjang daripada yang dijangka. Daripada musuh pemadam ke musuh akademik sehingga menjadi pasangan operasi dalam unit khas Polis DiRaja. Dua belas tahun perkenalan menyebabkan terlalu kekok untuk masing-masing meluahkan rasa yang terpendam lama. Kerjaya mendahului segalanya kerana kasihkan agama, sayangkan bangsa dan tumpahnya taat setia hanya kepada tanah air tercinta.
"Kita nakal tak apa, jahat tu lain cerita," - Nur Hani Syuhada
"Jangan lemah jika aku tiada, kuatlah kerana Allah selalu ada." - Ahmad Irfan
Buku ni bagi aku agak bosan dan mehh sedikit sebab 'kemeleretan' dan ada cerita yang tergantung tanpa penjelasan terutama sekali ketika Hani hilang ingatan sekejap pastu? Flasback after flashback yang banyak sangat bagi aku tak perlu sebab langsung tak membantu dengan penceritaan. Semakin aku baca semakin aku hilang fokus sebab aku langsung tak boleh nak ingat or nak kaitkan satu kejadian dengan kejadian yang lain (maybe I'm the problem).
Apa yang aku suka dengan buku ni penulis banyak meletakkan unsur dakwah berupa nasihat serta petikan tafsir al-quran untuk menyampaikan satu keadaan. Beberapa isu seperti masalah sosial remaja, semangat kecintaan akan negara & agama penulis berjaya mengolah dengan baik. 👍
p/s - actually, aku agak janggal membaca kisah cinta Hani & Irfan selepas kahwin tapi aku tanak komen banyak sebab lain orang lain preference ye dok 😬
Nak bagi 5 bintang sebenarnya tapi ada sedikit kesalahan ayat dan watak di dalam novel ini yang boleh diperbaiki penulis dna juga penerbit.. Cerita yang sangat cantik pergerakannya dan watak yang sangat seimbang pada Sha.. Dark Knight dan Black Rose.. Bukan setakat bersahabat, bergaduh dan juga berpasangan namun punya pertalian yang tak terduga.. Ikatan kuat antara mereka menjadikan mereka pasangan kerja yang ohsem.. Selain itu beberapa isu mengenai masalah sosial, masalah anak muda dan juga isu kecintaan kepada agama dan negara berjaya diadun dengan cantik oleh penulis.. Memang cukup rencahnya.. Aksi, persahabatan, kekeluargaan dan juga kasih sayang..
The Sillent Killer? Agak2 korang, macam mana jalan cerita naskah ni?. Masa aku nak baca, aku expect yang naskah ini banyak part aksinya. Tapi sedikit kecewa sebab penulis lebih banyak fokus pada watak hero dan heroin hingga menjadikan naskah ini sedikit meleret pada awalnya .
Penulis mulakan naskah ni, pada zaman hero dan heroin bersekolah. Daripada mereka mula berkenalan, selalu berkelahi dan akhirnya menjadi rakan. Aku rasa, ianya hampir suku novel dan agak meleret la. Kalau penulis make it short, rasanya lagi better .
Punyala sehati sejiwa, Hani dan Irfan memilih untuk berkhidmat untuk negara dengan menyertai Polis Diraja Malaysia. Dan terlibat dalam, unit jenayah berat. Tapi, Hani sedikit musykil dengan 'pekerjaan' sebenar Irfan. Irfan kerapkali dihantar ke luar kawasan. Dan pernah hingga setahun, mereka lost contact selepas Irfan menerima 1 tugasan. Nanar Hani dibuatnya. Tapi yang sweet, Irfan sempat merakam video disetiap tempat dia pergi buat tatapan Hani .
Aku lagi suka, kalau penulis hanya fokuskan pada 1 kes sahaja untuk diselesaikan oleh Hani dan Irfan. So kisahnya lebih panjang dan gempak bagi aku la. Tapi bagi orang lain, aku tak tau. Sorry penulis. Tapi tak silap aku, naskah ini ditulis ketika penulis masih baru dalam penulisan. Kalau ikut naskah Sayap Satria, Nuansa, penulis banyak improvement dah. Dah takde part meleret. Kisahnya lebih padat dan mantap .
So ape yang aku boleh katakan, naskah ini menarik. Cuma part meleret tu je yang agak spoil. Tahniah penulis. Tak sabar nak baca Garis Masa dan Alpha 122 pulak .
1. Buku ni sangatlah tebal sebab storyline dia bermula dari zaman sekolah -> universiti -> kerjaya -> perkahwinan. Paling best zaman sekolah sebab masa tu Hani & Irfan sangatlah sengal 😂 terhibur aku.
2. Watak Hani & Irfan dua2 awesome namati. That's what I likeee. Jarang jumpa buku yang ML dan FL saling melengkapi. Biasa mesti sorang selamatkan sorang lagi 😆 Dari zaman sekolah dua2 genius dan berbakat dalam bidang polis. Hani siap jadi Kak Yong kawasan kau , jangan main2 😂
3. Penulis banyak masukkan unsur2 dakwah macam biasa, kalau kau biasa dengan karya penulis kau akan tahu. Banyak ilmu yang boleh kau belajar dari buku ni. It's like kau baca fiction dan non fiction altogether.
4. ML dan FL dua2 polis. Jadi cerita banyak berkisar tentang misi2 mereka menumpaskan jenayah di samping hidup berdua sebagai suami isteri. Last2 chapter baru ada konflik berat sikit but no worries, it's a happy ending.
"You may fall from the sky, you may fall from a tree, but the best way to fall... is to fall in love with me." - Irfan
"Macam mana aku boleh ternikah dengan kau ni?" - Hani
"Sebab kau cinta mati dengan aku." - Irfan
***** The Silent Killer Revamp
Ada yang kata tak boleh masuk dengan jalan cerita ni tapi saya enjoy bila baca walaupun banyak flashback. Percintaan diorang daripada zaman sekolah, zaman universiti pastu dah kerja. Kira perjalanan yang cukup lengkap. Susah senang bersama. Menjalankan setiap misi yang mampu mengorbankan nyawa. Cinta mereka tetap utuh walau bermacam dugaan menimpa.
Buku ini kisahnya tentang Irfan dan Hani. Bermula dari sekolah menengah ke universiti sehingga masuk ke zaman bekerja. Mereka tetap bersama. Sehinggakan ada yang cemburu dengan hubungan 'pelik' mereka. Persahabatan yang terjalin amat erat walaupun diorang ni macam anjing dan kucing, bergaduh sentiasa 🤣
'Weh yang kau guna tu pemadam aku !'
Semuanya bermula dengan pemadam yang bertanda segi tiga. Di mana ada Hani, disitulah ada Irfan. Hani dipanggil masuk ke bilik kaunseling, Irfan pun sama. Hani pergi ke kem, Irfan pun sama sehinggalah terwujudnya The Silent Killer kerana kehebatan mereka dalam memanah.
Sehinggalah Irfan menghilangkan diri secara tiba-tiba selama setahun. Meninggalkan Hani yang menanti kepulangan Irfan. Tiada lagi senyuman ikhlas Hani, yang ada hanyalah kepura-puraan semata-mata.
'Allah won't put you into a situation that you can't handle. Everything will come to an end. If its not okay, it isn't the end yet.'
Namun kehilangan Irfan, menghadirkan Nurin dalam hidup Hani. Nurin yang membantu Hani, membawa Hani mengisi kekosongan dengan ilmu-ilmu agama, berkongsi ilmu dan berkongsi pendapat dalam bulatan gembira.
Namun itu hanyalah permulaan daripada segala-galanya. Masih banyak tanda tanya yang belum dijawab. Di manakah Irfan ? Apa yang berlaku setahun yang lalu ? Aku cadangkan kau untuk baca kisah ini. Yang pasti, bukan karya yang kosong.
'Jangan lemah kerana aku tiada, kuat kerana Allah sentiasa ada' - Ahmad Irfan
- - - - - 5 🌟 untuk karya ini. Aku dah baca cerita ni banyak kali di wattpad sebelum buku ini diterbitkan tetapi tak pernah jemu untuk mengulanginya.
Cerita yang kau tak boleh agak jalan ceritanya. Aku suka dengan watak Irfan. Sangat memahami Hani, seperti Hani ini sebuah buku, dengan mudahnya dia baca. Sifat kepimpinan yang ada dalam diri dia buatkan aku rasa bangga jika masih ada lelaki seperti Irfan di dunia. Sangat menjaga agama dan negara. Tak cepat melenting, bijak menggunakan akal fikiran ketika berfikir. Watak Irfan ini aku kira sebagai salah satu watak idaman yang semua perempuan idamkan.
Aku juga suka watak Hani @ Kak Yong yang berani dan tidak terlalu lembik. Sifat tegas dan kempimpinan yang ada pada Hani membuatkan orang rasa gerun dan hormat padanya. Hani walaupon kuat, kadang dia rebah tapi untungnya dia, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang bantu dia untuk bangkit cari jalan Ilahi iaitu Nurin dan Mizan.
Gabungan Irfan dan Hani ? Irfan + Hani = Fani. Sangat daboom, Fani Shippers mesti tahu kenapa 🤣 Fani yang sengal, Fani yang hebat dalam memanah, Fani yang hebat berlawan. Dan aku suka untuk katakan, bahawa gabungan Irfan dan Hani sangat sempurna. Ibarat Hani menyempurnakan Irfan dan Irfan yang menyempurnakan Hani. Masing-masing bersama tika susah dan senang. Tak kira waktu bahagia dan tika getir datang menimpa, hingga ketika mereka diambang maut, kasih mereka tak terpisah.
Tahniah kak @nurizzahhani untuk karya TSK yang tidak kosong ini. Terlalu banyak ilmu yang bermanfaat disampaikan. Seperti membaca buku non-fiction di dalam buku fiction, 2 dalam 1 ❤💐
Penulisan buku ni menarik juga sebab dia tak meleweh. Bagi sayalah, dia memang direct kepada point yang dia nak sampaikan dari masa ke semasa. Enemy to lover gitu. Musuh dari sekolah, masuk uni yang sama, dicampak bekerja bawah badan beruniform dan sebumbung pula tu.
Pada awal sampai pertengahan, masih layan lagi. Bila masuk hujung-hujung tu, air mata aku tak nampak tanda merah dah. Plot dia sangat tak terjangka. Gilsss HAHAHA. Dah namanya jodoh.
Tapi lepas part dia dah kahwin kan, HAHAHHAA rasa kelakar pula masa Hani bahasakan diri ayang. Kau bayangkan, kau kahwin dengan musuh keramat memula guna kau-aku, lu-gua, sekali lepas kahwin jadi abang-ayang 😂 Tapi penulis langsung tak buatkan perkara tu janggal, smooth je hubungan ni.
Boleh dijadikan 'bacaan santai' sebenarnya, tapi buku ni tebal (700 m/s lebih), jadi batalkan niat saja untuk reread 🥹
This entire review has been hidden because of spoilers.
Disebabkan ini buku first kak izzah yang ditulis oleh beliau sewaktu berumur 14 TAHUN jadi saya faham la akan flow cerita ni yg tetiba toing toing toing lompat HAHAHA dia masih dalam flow cuma tiber dah ke scene itu ha gitu. And faham jugak sbb cerita ni asal drpd wattpad tak silap kan? And now faham kenapa kak izzah upload story haritu cakap "u're doing a good job 14 y/o izzah but let me take it from here." HAHAHA To compare this book with sayap satria oofff korang boleh nampak perubahan kematangan kak izzah dalam penulisan dan alur cerita. Good job kakkk lurvvvv 💖 So bila baca buku ni rasa mcm baca wattpad versi fizikal la sbb kalau wattpad kan satu bab ada banyak gila scene and lompat² ha gitu. Soooo kalau org yg x kenal penulisan izzah hani ni pastu tetiba baca TSK ni mmg akan turn off la nak baca. Jadi yg baru nak baca buku kak izzah mohon baca sayap satria dulu HAHAHHA Wajibbb utk jaga first impression ye.
Basically cerita dia ni pasal irfan dan hani, kawan drpd tingkatan 4 sampaiiiiii kahwin. Itu lah kawan gaduh, kawan belajar, partner pertandingan, kawan luah dan paling penting kawan yg selalu mengingatkan diri tentang Islam. Banyak ups and downs la sebelum diorg dapat kahwin tu. Tak tau nak describe trope dia mcm mana sbb nak kata enemy to lover diorg tak enemy yg tahap enemy sbb diorg kawan. Nak kata friend to lover tapi asyik bergaduh bengang to each other je HAHAHA.
WEH IF U LOVEEE ILUS AND MPI, U WILL LOVE IRFAN HANI TOOOOO. Sbb irfannnn sumpah mcm firman 2.0 gilaaaaa. Like irfan is the version of young firman 🥺. For me la hehe Lagi² bila irfan tanya "sayang abang?" Omggggg tu sumpah fav word firman yeeee bila dah kahwin. Kita pulak yg blushing. And mad respect to kak izzah 14 tahun yg mampu buat cerita yg penuh dengan pengajaran dan nasihat sama mcm kak MJ. And i know role model dalam bidang penulisan kak izzah is MJ so no wonder. Keep up a good job kak dan terus berkarya 💓
- jangan lemah kerana aku tiada, tapi kuatlah kerana Allah sentiasa ada -
A very fantastic book from kak Izzah Hani *huge clap* 😆 Irfan in this book so limited yet I couldn't find anyone like Irfan. He's too perfect, boleh nyanyi, pandai main gitar, KING of pickupline 😂 and has a good husband material 🤫 hehe.
Hani, a very tough and amazing girl. Hani dengan budak budak gangster tu memang 🤜🏻🤛🏻 cenggini ah! Hai kak long! hehe. Ingat!! Kalau nak buat cekodok atau cucur untuk Hani, jangan letak daun kucai!! 😂
This book is full with good message and learn me to be a good muslim 🦋
Dari segi penceritaan, novel ini memang cukup rasa. Ada manis, ada pahit, ada gurau senda dan juga saat menyentuh hati. Bermula dengan suasana ceria di zaman sekolah menengah, kisah perkenalan Hani dan Irfan sangat menghiburkan. Hubungan mereka yang pada awalnya seperti anjing dan kucing nampak kelakar, tapi sebenarnya penuh chemistry yang kuat.
Daripada musuh akademik, mereka akhirnya menjadi partner in crime yang serasi dan apabila mereka berkahwin, hubungan mereka menjadi lebih manis dan erat. Irfan dengan mulut manis dan sikap tenangnya, manakala Hani pula keras kepala dan suka menafikan perasaannya. Tapi itulah yang menjadikan hubungan mereka begitu kuat. Mereka ni saling melengkapi. Irfan sentiasa ada untuk menyokong Hani, dan kehadirannya membuatkan sisi manja Hani terserlah. 🥹
Sejujurnya, saya pada mulanya mengharapkan lebih banyak unsur aksi dan babak jenayah, memandangkan kedua-dua mereka bekerja dalam pasukan polis. Walaupun ada kes-kes yang mereka selesaikan bersama, elemen action tu tidaklah begitu dominan seperti yang saya bayangkan. Tapi tak mengapa sebab kisah kehidupan mereka berdua dari awal hingga akhir sudah cukup membuatkan saya terhibur dan melekat dengan cerita walaupun pada hujung bab banyak perkara yang perit berlaku antara mereka berdua tetapi ending cerita sangat mengharukan.
Buku ini buat saya terfikir, “Mungkin saya juga nak seseorang seperti Irfan.” Seseorang yang sentiasa menyokong, yang setia berdiri di sisi walaupun kita degil, dan yang tahu bila untuk jadi penyabar, bila untuk jadi pelindung. Hubungan mereka tunjukkan bahawa cinta yang tenang dan jujur itu lebih bermakna. Bak kata Irfan, "Jangan lemah kerana aku tiada, Kuatlah kerana Allah sentiasa. "
my first ever fav novel back then since masa i still sekolah rendah! had a huge crush on irfan before HAHAHAH
is it good? SEMESTINYA. disebabkan oleh ini first novel i jadi i takde banyak sangat experience and knowledge about novels and stories, main bedal je baca janji rasa best HAHAHA tapi plot cerita ni cantik, cara penulis susun bahagian masa sekolah dengan selepas Hani bangun dari koma tu sangat smooth. Dia tak ada lah macam plot twist sangat tapi plot tu sesuai and kena pada tempatnya. Selepas dari part tu barulah faham kenapa bahagian awal-awal tu banyak part Hani dengan Irfan saja, macam tak ada involvement dari caharcter lain tapi lepas dari titik tu baru faham kenapa. Action dalam cerita ni pun sesuai, tak terlalu melampau dan nampak overkill untuk karakter-karater dalam cerita ni, pengembangan plot pun menarik. sampai ke hujung, penulis tak lupa untuk selit mesej-mesej penting. I love how she softly try to tell us yang kita ni hanya manusia yang lemah, sedalam mana pun kita dah jatuh atau tumbang kita tetap ada Tuhan untuk kita jadikan sandaran, and she showed this to use melalui Hani dan Irfan dan cabaran-cabaran yang diorang lalui.
Overall it is such a good story, even now i dah kerja pun i am still impressed how she geniusly use the modern literature to send these message to us <3 repeated this book a few times throughout my high school era bcoz i just love hani and irfan and their silly ideas together XD
Buku ni, mengisahkan tentang jalan kehidupan Hani dan Irfan dari zaman remaja ke zaman pekerjaan sampailah ke zaman perkahwinan antara mereka berdua. Ia ditulis dalam 3rd pov.
Saya pernah buku ni dekat wattpad masa saya remaja dan kini saya dapat habiskan buku fizikal versi revamp pula hihi. Saya banyak memperam buku ni. Lama gila nak habiskan.
Buku ni timeline dia set kepada waktu Hani dan Irfan dah dewasa lepas page 144 tu. Like dari page pertama sampai page 144 tu sebenarnya FLASHBACK. Hahaha terkejut saya. Ingatkan tebal buku ni nak cerita kehidupan setiap hari.
Penulisan yang sungguh murni dan penuh Islamik. Pelbagai rangkap surah yang diambil daripada Al-Quran sebagai salah satu rujukan dan teguran kepada pembaca.
Saya paling sebak dekat scene pasal seorang remaja yang kononnya bunuh diri tapi sebenarnya dibunuh oleh gadis seumurnya. Mengingatkan saya dekat kes arwah Zara #justicetoZara. Sangat coincidence ya, saya tak expect penulis ni mampu menghujahkan pelbagai isu sensitif dalam bukunya. Isu ajaran sesat secara besar-besaran, isu penyeludupan dadah ecara haram. Human trafficking.
Ilmiah + Islamik = SUPERB👍🏻✨
TAPI, angst teruk bai nak sampai kat penghujung tu. Lagi nangis aku HAHAHA. Lagi berapa muka surat nak sampai ending terus kena tampar dengan plot angst. Bagus penulis ni. Tapi endingnya happy and kelakar 😂
Genre : action, slice of life, islamik, a bit of horror and comedy Shipping : enemies-to-friends-to-married couple
Saya mula buku ni with low expectation sebab awal awal penulis dah mentioned buku ni revamp from buku yang ditulis waktu umur 16 tahun. Jadi dah boleh expect memang akan ada lompongnya.
Tapiiiiiiii i'm impressed sebab buku ni tak 'kosong'. As in, ada pengajaran dia. Story line okay. Dia macam kau tengok drama slice of life tapi ni versi buku. Bila kita cakap slice of life, janganlah expect macam booommmm something major happened and they solve it, then, the end. Tidak ya.
Buku ni ada petik ayat quran & hadis. Tak berapa smooth penggunaan dia buttt saya suka topik topik yang dibincangkan. Cuma tu lah kadang dia macam ehh tiberrr hahaha.
Mungkin expectation saya tertinggi sangat. Because if u mentioned about buku fiction + dakwah + polis, special force etc, my standard is I love you stupid dan my precious iris.
If you love slow burn romance, buku yang you ada character development, you can give this book a chance.
Dannnnn saya terkejut juga Nur Izzah Hani ni mudah lagi rupanya hahahaha.
Honestly, i really love this book. Sebab buku ni kena dngan cita rasa remaja yg inginkn percintaan zaman skolah yg tk klise langsung. N this book really impressed me!
Watak hero yg sngt memahami watak heroin mmbuatkn readers mcm sy cair! Watak yg sngt happy go lucky plus lawak n plus gila2! Tak lupa juga buku ni juga bukn stakat tentang cinta sahaja, sedikit sebanyak ada terselit tentang agama walaupun sy bukn beragama islam tpi sy tertarik dngan ilmu agama yg terdpt dlm buku The Silent Killer ni. Dan sy pling suka dengan susunan waktu dlm novel ni sbb novel ni dcerita dri watak f4 until kahwin, teratur sngt! Kagum sngt ngan author! Congrats author krana telah release novel yg best2 mcm ni!
Novel ni juga ada yg buatkn sy tertanya tanya n rsa mcm tak djelaskn dlm sesuatu situasi but still i like this novel! Just nak ckp korg wajib bca buku ni sbb buku ni langsung tk klise n bnyk situasi yg dpt hiburkn hati yg buatkn kita geli hati dan pling penting ada juga ilmu2 agama kat situ. So korg bole try bca! Apa2 pun novel ni sumpah best!
Need a duo like Tom and Jerry? Then you really need Ahmad Irfan and Hani Syuhada. You can feel their journey from they still teenagers till they have own career. Being separate doesn't means you cannot be connected. How strong their relay really make feel awe as a reader. This couple really taught me how to be professional with your job but at the same time let's put a bit of romance on it.
p/s : really love it how the author connect this TSK with Nuansa. If you love read this book, better read Nuansa for a bit more of this due Silent Killer
Cerita bermula di zaman persekolahan, yang seorang pelajar baru, yang seorang pelajar tak baru. Disebabkan si Hani yang garang dan tegas, tak ramai yang sanggup berkawan dengan dia. Sampailah si Irfan ni muncul dan sesuka hati dia saja duduk dekat meja Hani. Dan kerana pemadam, perang antara mereka meletus. Masing-masing tak reti nak mengalah, apa saja yang boleh bertikam mulut, mesti bertikam, apa saja yang boleh bersaing, mereka ada disitu.
Jujurnya, aku agak pening dengan jalan ceritanya. Tambah pulak penulis banyak menukar babak secara tiba-tiba, sekejap di makmal kimia, sekejap di padang, sekejap di bilik siaraya. Eh pening aku, nak follow cerita pun agak tersangkut-sangkut. Hampir jugak la aku nak men-DNF novel ni. Tapi aku gagahkan juga baca. Bermulanya zaman universiti mereka, minat aku dengan jalan ceritanya auto ke tahap max. Ada persoalan yang harus dijawab. Dengan tindak tanduk Hani yang mencurigakan dan boleh pula si Irfan ni main-main kenal tak kenal, aku mula meneka-neka.
Aku sangkakan novel ni akan memberikan aku konflik yang berat tapi aku silap. Walaupun bukunya mececah 700+ pages, konflik antara Irfan dan Hani tidaklah berat mana. Plot ceritanya lebih kepada kisah perkenalan dan permusuhan Hani dengan Irfan ni je. Walaupun hanya itu, tapi ceritanya sangat seronok dibaca. Tambahan pula penulis banyak include ilmu dan pengetahuan lain jadi penceritaannya taklah kosong semata.
Dengan chemistry antara dua watak utama ni, memang takkan bosan la. Sekejap sejuk sekejap panas, kalau masa bergaduh tu, hah, jangan la sesiapa tegur dua ni, alamat meletup dekat salah tempat. Aku suka part dua ketul ni duk prank satu sekolah buat itu ini, perangai dua-dua memang serupa tapi tak sama, pokoknya mereka memang serasi bersama! Watak-watak sampingan pun memainkan peranan penting jugak. Takdela ceritanya hanya tertumpu pada watak utama sahaja. Banyak juga pengajaran yang boleh kita ambil daripada kisah watak-watak sampingan.
Bagi aku, penulisan NIH ni seakan penulisan arwah Melur Jelita. Tapi ni hanya pendapat aku saja lah. Kedua-dua penulis ni banyak selitkan ilmu baru dan pengajaran dalam setiap watak yang mereka berikan. Babak aksi pun diselitkan serba-sedikit. Jadi, kalau korang enjoy baca ILUS, aku rasa korang akan enjoy baca TSK ni. Kudos to penulis untuk penulisan yang hebat ni. Insya-Allah akan datang aku akan explore lagi buku-buku beliau.
Seperti mana TSK versi lama tak boleh habiskan, TSK versi revamp ni pun sama juga — DNF. Suka buku-buku lain penulis ni, but I guess TSK is not meant for me. Banyak sangat flashback sampai ku pening dengan timeline. Rasa macam laju / drastik plot bergerak tapi a bit meleret. But fret not, I will still continue to read other books from this author!🫶🏼
Best sangat2 jln cerita Hani X Irfan forever! Dah berapa zaman asyik reread sejak dipublish kat wattpad. Cerita best sangat2. Ada moment kelakar gelak terbahak-bahak, sedih sampai menangis perlukan tisu and rasa rindu kat zaman sekolah.
enemy - lover. broken fam, self love, rebel. love, action, crime. ah semua kau boleh sumbat dalam ni! pls beli, baca, sumpah kalau dalam hidup kau, kau tak pernah baca karya izzah hani kau rugi SKSHSUSU
Dakwah dalam penulisan yang disampaikan secara halus dan saya sebagai pembaca merasainya. Plot perjalanan cerita sebenarnya ringkas sahaja, namun diserikan dengan keindahan nasihat dan teladan itu mencantikkan lagi garapan novel ini.
Sy suka both main characters. Love-hate relationship yg x annoying. Ada a few parts yg a bit boring tp btul2 skit shj so still buku yg recommended for reading especially remaja2.
Kisah Hani dan Irfan yang bermula dari pemadam ke akademic sehingga menjadi pasangan operasi dalam unit khas Polis DiRaja.
Trope: Enemies to Friends to Lovers trope 😏
Nur Hani Syuhada aka Kak Yong, gadis yang merasakan yang dia tidak penting dalam keluarga nya. Selalu buat hal kat sekolah, sampai kan semua cikgu kenal dia 😂 Siapa sangka budak nakal mcm Hani ni sebenarnya baik orang nya. Tapi banyak bende berubah bila Ahmad Irfan muncul dalam hidup Hani.
Ahmad Irfan, dia pun 2x5 sama dengan Hani. Ada aje bende dia nak kacau si Hani ni. Walaupun si Irfan ni nakal, his love language towards Hani is always reminding Hani to become a better muslimah 🥹🫶🏼
Bila mula-mula baca, asyik sengih sengih je. Dua dua perangai masuk air. Suka sangat part Irfan tegur Hani in terms of her pakaian. Walaupun it was kind of harsh tapi boleh nampak yang Irfan sayangkan Hani 😏
Won’t deny the fact that the book is actually thick and time consuming to read. Tapi syah okay je, selain romance and action scene ada juga writer nya version of dakwah untuk pembaca dia.
Towards the ending boleh tahan pain 🥹 macam-macam dugaan Hani dan Irfan lalui. Rasa macam they meant for each other. Cari lah lelaki seperti Ahmad Irfan sebagai life partner. Yang akan bercinta lepas dah kahwin, will be there susah senang dan sentiasa tunjuk love affection dia.
Kalau korang suka Nuansa, syah rasa korang akan suka The Silent Killer Revamp juga ☺️ Ahmad Irfan 🤝🏼 Ahmad Aqil