Jump to ratings and reviews
Rate this book

Teman Lelaki Upahan

Rate this book
“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah atau apa-apa saja. Just name it.” - KYRA LYDIA

“I setuju jadi teman lelaki upahan you… Tapi I ada syarat.” - EL

“Syarat? Syarat apa?”

Syarat yang pertama, Kyra Lydia kena hormatkan EL. Kedua, Kyra Lydia kena dengar cakap EL, tak boleh lawan cakap EL. Ketiga, Kyra Lydia dilarang sama sekali menunjukkan wajah masam, wajah berlagak, wajah ego, wajah angkuh dekat EL. Ops, tambahan syarat lagi… Kyra Lydia dilarang sama sekali menghina EL.

Hanya kerana satu insiden kecil yang berlaku di Restoran The Spices milik EL, telah menyebabkan EL terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. Pada mata Kyra Lydia, EL seorang lelaki yang sederhana. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam.

Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan ‘cinta’ EL dan Kyra Lydia terjalin dengan jayanya hingga mereka bersetuju untuk disatukan. Dalam tidak sedar, cinta mula mekar dalam hati masing-masing. Ternyata EL berjaya mengubah perangai buruk Kyra Lydia.

Pada saat EL bersedia untuk menzahirkan rasa cintanya, ujian datang merenggut hati EL sehingga menyebabkan dia menjadi seorang lelaki pendendam. Dia umpama mangsa yang terjerat dalam permainan yang diciptanya bersama Kyra Lydia.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… Tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. What a perfect family! Tapi I… waktu you bergembira dengan keluarga you, keluarga I hancur! Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia! I loathe you so much!”

Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?

First published April 1, 2014

41 people are currently reading
624 people want to read

About the author

Azura Rasiddin

12 books96 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
167 (46%)
4 stars
122 (33%)
3 stars
50 (13%)
2 stars
13 (3%)
1 star
9 (2%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Suraya (thesuraya).
791 reviews228 followers
dnf
January 3, 2024
I couldn't go through this book bcs its not my cup of tea so tak patut bagi rating for something I don't finish kan? But allow me to rant.

It's distracting sebab theres a lot of grammar mistakes in the english dialogues the author used. Geram baca. Banyak kali sebenarnya bila baca novel melayu ni, english grammar yang authors guna kelaut.

Saya tak judge orang tak pandai bahasa inggeris. Saya tak judge broken english. Heck, even my english isn't that excellent. Tapi untuk kes ni, where people pay to read your works, buat la betul-betul. Kalau ini cerpen free yang you post in wattpad/blogs tu takpe. But your work is published, under a publishing company, and money is paid. Kalau tau english usage awak isn't that good, you can type balik each of your sentences in google search and see betul tak ayat awak tu. Simple je. Lagi satu, mana editor? Apa function editor kat sini? You're paid to do your work kot? Kalau authors buat salah, awak sebagai editor betul kan la.
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
April 1, 2015
Adaptasi vs Novel
Novel vs Adaptasi

Tak berksempatan menonton episode akhir tadi tak apa esok boleh cari.
Pada siapa2 yang tak rajin nak baca buku boleh sahaja menonton adaptasi tapi agak terpengaruh juga lah mencari novelnya kerana tak sempat nak ikut sangat cerita kat tv tu.

Niat nak mencari balik babak2 yg tertinggal(tak sempat tgk).Ermmm rasanya tak banyak beza cuma nak rasai lebih tu harus jugalah membaca versi novelnya.Cerita klise tapi di hujung2 makin menarik permulaan cerita Kyra Lydia sangatlah "Annoying" di hujung2 rasa mcm EL keterlaluan tapi dia terluka maafkan je lah dia.

p/s tak pasti lebih menyukai versi yg mana satu.
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
February 17, 2015
Rahsia - Ippo Hafiz

Waktu kau ucap dulu
Kata-kata racunmu
Membuat diri ini
Terus mati
Mengapa pula kini
Kau hadir dalam hidupku
Tidakkah engkau lupa
Kau pernah bunuhku
Tidakkah pernah terlintas di fikiranmu
Waktu kau senang benar untuk melepaskan
Sakit ini hanya aku yang rasa sayu
Kacau bilau meracau sakit hati ini

Kekasihku...
Kusimpan satu rahsia
Takkan pernah aku buka
Hingga tiba saat ini
Kekasihku
Kini kulebih bahagia
Tanpa dirimu disisi
Menyakiti, meracuni hati ini
Setapakku melangkah jauh
Setapakku meninggalkan
Setapakku mensyukuri kebahagiaan
Yang kukecap hari ini

EL versi novel nakal. EL versi drama, nakal plus sengal = comel. LEL
Profile Image for rara.
84 reviews7 followers
February 17, 2015
mula-mula macam boring nye. bila dah tengah sikit baru best.

mulanya kyra lydia bercinta dengan haidar. entah macam mana, haidar boleh jatuh cinta pulak dengan pilihan mak ayah dia.

lydia jumpa EL ni masa EL tengah nak hantar makanan dekat abang long El dan zarra.so kyra lydia pun upah la ezwan lutfi(EL) jadi fake boyfriend dia. diorang ada buat perjanjian sebab masing-masing ada kepentingan sesama diorang.El nak beli banglo lydia yg dekat cherating. lydia pulak sebab nakkan syarikat CASA tu jadi hak milik dia.

kyra lydia dengan daddy dia (Datuk Ezham) ni tak berapa ngam sebab lydia ingat daddy dia yang halau mummy monster dia dari rumah masa dia kecik.

nak dekat habis, bukan main sedih bila ayah & abang long EL meninggal. zarra pulak baru mengandung. lagi la sedih bila dia kata dia taknak baby ni, dia nak suami dia.

happy ending. EL & kyra lydia kahwin.
229 reviews15 followers
January 20, 2018
4*

Saya pernah tgk drama adaptasi novel nie. Cuma bukan 100% mengikuti. But I kinda know the story line. So, no elements of surprise I guess. Tapi saya suka. I am no fussy reader, I'm very easy to please.😂
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
September 9, 2014
Kyra Lydia & EL aka Ezwan Lutfi

Dia menerima 'tugasan' itu kerana saranan mamanya.. 'Cantikkan' budi bahasa & akhlak gadis itu yang hodoh..

Aturan Allah cukup indah.. Ada sebab mengapa kita mengenali seseorang dalam hidup kita.. Sama ada kita perlu mengubah dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita.. Allah tak akan membuat aturan tanpa sebab..

Kyra Lydia diaturkan untuk bertemu EL untuk lelaki itu mengubah hidupnya.. Alhamdulillah.. gaya hidupnya banyak berubah disebabkan EL.. Solat dan auratnya terjaga, dan EL banyak menasihatinya tentang hubungan kekeluargaan..

EL:
Meeting you was a fate,
becoming your friend was a choice,
but falling in love with you was beyond my control..


Kyra Lydia: "Terima kasih sebab abang berjaya rawat luka dalam hati Lydia. Abang berjaya bahagiakan Lydia."

EL: "Kita mulakan hidup yang baru ya, lupakan semua derita semalam. Abang pun happy sangat kerana Allah jodohkan abang dengan seorang gadis yang cantik luaran dan dalamannya. I love you... love you so much. May Allah bless our love till Jannah.
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
February 25, 2015
Dah lama tak membaca gila2...yg mampu membuatkan mata tak boleh lena selagi tak habis... huhu.. *mata masuk habuk
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
April 9, 2014
yeay!!!! semalam khatam TLU pukul 3.30 pagi.. mmg x leh letak langsung buku tue.. super ohsem kot. mmg worth it! worth menanti dan menunggu dan membeli... hehehe...i lioke giler bab... i lurve damn mucho yer... bukan loathe gitu.. hahaha... mmg EL ohsem, tp Kyra Lydia super ohsem.. suke cara penceritaan, suka watak Lydia dan definitely Love EL okey! hehehe...

Benci Haidar masih... sama ngan Najwa.. jahat kot perbuatan anda.. biar pun KL memaafkan, cik Dina nie, sowie yer.. sakit pula hati kita.. huhuhu...

Part EL ngan KL bersama mmg besh!!! gaduh2 nya, manja2 nya, rebelious nyer... mmg menjadi.. dan menarik hah...

tp part towards the end mmg totally heart breaking.... uwaaaaaa... pity what happen to EY and Tan Sri. liking Sofea & Fareez as well as Adam & C! suke kemerajukan dan kedendaman EL. ahaks... & DEFINITELY LURVE TASMANIA.. HAHAHAHA.....

GREAT CHOICE THAT I CHOOSE TO BUY THIS AND READ.. NGEEEE...
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
May 25, 2015
gigih beli novel ni masa pbakl pwtc 2015 :)
geng dengan nicky ;p

I enjoyed the tv adaptation so much. So beli lah novel nya sebab ada a few things dalam drama tu yang I need clarification. Setelah membaca, aku rasa aku suka novel ni sebab drama tv nya. Sebab bila aku baca Kyra Lydia banyak direfer sebagai Lydia aku rasa sedikit kekok sebab dlm drama tv, most of the time dia dipanggil Kyra berbanding Lydia.

Watak Kyra hampir sama dalam novel dan tv series, namun watak EL lebih terserlah dalam tv series berbanding dalam novel.

sorrylah review ni banyak perbandingan novel dan tv series sebab aku beli novel ni setelah menonton dramanya.

apa-apa pun I enjoy both. Ada benda dalam tv yang tak ada dalam novel dan ada benda dalam novel tidak ada dalam tv. Ada juga yang berbeza dan tidak sama langsung.

whatever it is. I'm happy. and I like Kyra Lydia in both versions :)

sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 3, 2018
Dah 2 kali tonton drama ni, tapi tetap tak puas. Macam ada tarikan cerita ini sampai saya sanggup beli novel ye, sebab nk tahu lebih mendalam jln ceritanya. Lagi² saya mmg rindu watak EL & Kayra.

Kayra yg ego, sombong hodoh, perasan hebat. Tp semuanya bersebab.

EL lelaki yg mempunyai kemewahan dlm kehidupan tp mempunyai nilai² yg baik tak sombong, rendah diri, mudah di dampingi & segalanya semua ada pada dia.

First time membaca penulisan beliau. tidak membosankan. Malah terasa di awangan² menghayati perjalanan cerita watak² yg di garap.

Bukan novel cinta semata² tp mempunyai mesej nilai² negative & positive yg di sampaikan kepada pembaca.
242 reviews11 followers
December 24, 2017
saya tgk drama dulu baru baca novel ni. drama plg saya suka.bila baca novel ni dialog novel teringat ungku aziz dan siti elizad. best. drama dan novel.DLM drama ada part yg dicepatkan.baca DLM novel puas hati. suka el yg lawak dan serious.suka Kyra Lydia yg insaf dan terpaksa dgr ckp El.
Profile Image for nurazirahvu.
108 reviews
December 13, 2014
yay ! im done :3 alhamdulillah ..

sebuah karya yg menarik. jln cerita yg tersusun rapi. nk bgi 5 stars tpi rsa mcm ade something yg kurang.

sebenarnya sya x de mood tpi paksakan juga diri utk "fahami" novel ni, rsa mcm x puas sbb EL dan lydia kahwin msa akhir2 .. nk tau cite dgn lps kahwin >.<

permulaan cite bermula dgn lydia dgn boyfriend dia, haidar kt airport perth nk blk malaysia. mmg sweet drg ni, peluk2 bagai. haram tau ! lydia terlanggar EL smpai phone EL jatuh tpi dia buat derr je. msa ni, EL suka kat adik angkt dia, Zarra. dia blk dri perth dgn hasrat balik nnti nak lamar zara jdi girlfriend dia. yg sedihnya, msa dia pulang tu, zara n abg EL dah jdi gf n bf. drg ni mmg suka sma suka. so EL pendam je lah sbb dia nk zara bahagia.

lydia ni sombong, bongkak. lydia benci daddy dia sbb daddy dia ceraikn mom dia n pisahkn drg msa umur dia 5 thn. tapi ia x tau cerita sebenar. daddy dia pun x ceritakan. yg buat dia lgi benci, msa dia umur 15, daddy dia kahwin n dpt sorang ank pompuan, khalisha [ejaan btl ke ?]

2 thn berlalu. daddy lydia nk jumpa bf lydia n nk dia nk drg kahwin on june [lydia x tau psal skit daddy dia]. then bru dia serahkn kompeni tu kt lydia. lydia mmg syg sgt kompeni tu sbb kompeni tu hasil usaha mommy n daddy dia. daddy dia nk buat operation on julai tpi x sure blh survive ke tdk. daddy dia syg sgt kt lydia.

msa lydia nk ajak haidar kahwin, tetina haidar minta putus. dia dah fall in love dgn pilihan menantu bonda dia. kira salah dia lah. kesian kat lydia. sebenarnya dia ni x de kwn. dia mangsa keadaan sbb tu sikap dia mcm tu.

dia terlanggar dgn EL then habis kotor pakaian dia. dia ingatkn EL ni pelayan tpi sebenarnya EL ni slh seorg pemilik restaurant tu. and sebenarnya EL ni ank tan sri. lydia minta ganti rugi. dia nk EL jdi teman lelaki upahan dia. dia akn bgi EL ape je. EL x nk tpi last2 dia terima sbb dia nk 1 bungalow ni and pemilik tu lydia. daddy lydia ska sgt dgn EL. semua kisah daddy cite pada EL. EL berhasrat nk ubah lydia so dia ambil keputusan tuk kahwin dgn lydia sbb dia tau if lydia kahwin, bru lydia akn dpt kompeni tu. bermulalah rancangan drg. dia ubah penampilan lydia.. drg makin rapat n x sedar each other dah suka sma suka.

msa hari EL nk lamar n luahkn perasaan sebenarnya psa lydia, keluarga EL kemalangan. ayah n abg EL mati n adik dia lumpuh. umi EL marah dgn EL sbb rahsiakn majlis perkahwinan yg bakal berlangsung. EL ni manja sgt dgn umi dia. kt sini identiti EL terbongkar. tpi lydia x marah sgt. tpi dia kecewa sbb .. [bca sendiri xD] so dia buat keputusan nk putuskn hubungan drg. msa ni, dia dah dpt kompeni tu. dia dah berbaik dgn keluarga dia n drg happy sgt. tpi cara lydia putuskn hubungan drg salah. dia hina EL walaupun dia tau EL tu sebenarnya kaya. EL dendam nk rosakkan keharmonian kluarga lydia.

2 month later, EL nk mulakan rancangan dia tpi dia je yg sakit hati. lydia x terkejut pun msa EL perkenalkn diri EL sebenar, sbb dia dah tau tpi buat2 x tau. mcm2 berlaku. pendekkan cite, lydia yg pulihkn hubungan umi EL dgn EL. kat sini EL sedar. dia mula pujuk n pikat lydia. at the end drg kahwin ..
Profile Image for athirah amri (athirah_bookstagram).
243 reviews30 followers
July 9, 2014


Satu perkataan lepas baca TLU, Rasional. Bila kita nak buat sesuatu keputusan, kita kena ada alasan munasabah untuk buat keputusan tersebut. Begitulah cerita El yang telah menerima idea gila Lydia yang mahukan El menjadi TLU pada Lydia.

Walaupun pada awalnya, El dengan tegas menolak cadanagn tersebut akhirnya dia akur apabila mengenangkan dia punya misi disebalik penermiaan idea gila Lydia. Lydia nak El jadi TLU supaya dia dapat mewarisi satu-satunya syarikat hasil titik peluh daddy dan mummynya kerana takut syarikat tersebut jatuh pada tangan mak tirinya.


Manakala El menerima idea Lydia kerana mahu mengajar Lydia tentang erti budi bahasa! Perempuan kaya yang kurang ajar, sering memandang rendah pada kelemahan orang lain perlu diajar,walaupun pada El (low profile) yang sememangnya anak jutawan Sarawak dan mempunyai restauran sendiri, turut dicemuh juga. Bahkan, disebalik agenda dia tersebut, dia terpaksa akur bahawa dia mahu memulihkan hubungan anak beranak tersebut, atas sebab apa? Dia tidak punya sebab yang kukuh melainkan sebab atas sifat kemanusiaan.

Lydia dengan misinya. El dengan visinya. Masing-masing punya agenda tersendiri. Jalan cerita terus menarik hati apabila Lydia terpaksa patuh dengan segala syarat El. Kalau dulu, Lydia lead the game. Kali ini El pula yang mengetuai permainan mereka apabila dia melihat Lydia terus-terusan berkurang ajar dengan Dato' Azham.( semuanya kerana misunderstanding hal-hal dahulu)

Sepanjang El menjadi TLU kepada Lydia, mereka terpaksa berpura-pura menjadi sepasang couple yang sayang menyayangi dihadapan keluarga Lydia. Pelbagai cara EL lakukan untuk pulihkan hubungan antara Lydia dan Dato' Azham. Mereka berjaya berlakon sehingga tanpa sedar, ada perasaan yang tumbuh didalam hati mereka. Mereka 'ter'jatuh cinta. Ya. El dan Lydia!

Namun disaat, El mahu mengakui rasa hatinya pada lydia, dia di timpa ujian. Abang long dan babahnya meninggal dunia. Sofea lumpuh. Semuanya berubah dalam sekelip mata. Lydia pula telah mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku antara dato'azham dan mummynya.

Mereka bertemu semula dengan menjunjung ego masing-masing. Lydia pura-pura tidak mengenali El.El dengan bangganya memperkenalkan diri sebagai anak jutawan, sekadar mahu membuka mata wanita yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.( tanpa menegetahui Lydia sudahpun mengetahui.) Akhirnya mereka bersama setelah terbongkar segala rahsia yang tersembunyi diantara mereka.

*****


Tahniah untuk penulis yang menghasilkan karya TLU. Walaupun bertemakan 'cinta' tapi masih menyelitkan kisah-kisah kekeluargaan yang sangat harmoni (keluarga El) Hidup kita tak kan lengkap tanpa sebuah keluarga."Family. A beautiful blessing Allah knew you needed" Semoga terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti :)
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
June 18, 2014
as salam....
5 star! yes! ini adalah antara koleksi novel kesukaan saya. TLU ni mmg osem jalan ceritanya...membaca sinopsis di belakang cover novel tersebut pun dh buat saya teruja nk menyelongkar isi jalan novel ini. Mmg x menghampakan dgn watak Kyra Lydia dan EL sangat puas hati. ehem...watak Kyra mmg menjadi buat saya geram giler dgn sikap egoisnya tu....tp ego dia dpt ditundukkn EL dan keluarganya... pertemuan Kyra dgn ibu kandungnya buat kita rasa terharu dan sedih, meleleh jugalah air mata ni.....huhuhu.... ending yg baik dan sempurna buat jalan cerita mudah dihadam dan selesa membaca dgn ketebalannya....mcm tgk drama je....

heii.... novel ni dh nk diadaptasi kt tv xlama lg....so...blh fikir sendirilah betapa bestnyer novel ni yer.... Recomanded! !
oklah tu aje...udada ubabaii....selamat membaca dan menghayati.... peace.
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 18, 2014
Book #57 - 2014

Sejujurnya, I love this book, from cover to cover. I don't think I got bored reading from one bab to the other because ceritanya tak meleret and how the story is told is quite superb. Love both characters; kyra yang very egoistic, EL yang penuh dengan misteri. Walaupun ceritanya is about "kontrak" (i mean come on, dah bosan jugak baca sal kontrak-kontrak ni) but somehow masih boleh diterima. They don't like each other, then they became friends (which is the part i like the most because peranan EL here is to try to change Kyra to be a much better person) and somehow along the way, they love each other (walaupun tak diluahkan). I felt the "zing" there. Which for me is a good thing! Syabas. Cinta sedigin mint was good but this one is far better. Huge improvment!!
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
November 24, 2014
Not my cup of tea..struggle untuk habiskan malangnya dah berbulan pending, akhirnya masuk ke kotak juga..so sad..jalan cerita terlalu cliche, membuatkan aku cepat merasa bosan.dengar-dengar nak di angkat ke kaca tv, jadinya mungkin aku akan terus menonton tanpa membaca terlebih dahulu. maaf penulis. :(
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
April 16, 2015
aku x mengikuti drama ini yang ditayangkan di tv sebelum ini, jadi aku x boleh nak membuat perbandingan versi mana yang lebih bagus. walaubagaimanapun,bagi aku novel ni adalah sebuah karya menarik. aku suka dengan jalan cerita dan watak dalam novel ini. rasa teruja untuk menyelak helaian seterusnya untuk mengetahui kesudahan nasib EL dan Kyla Lydia. kesimpulannya,aku suka novel ni...
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
April 22, 2014
best best best...
bace non stop ek..

semua rase ade dlm ni..
suka.. sedih.. benci..dendam...
tapi at the end happy :)

haaii sy suka sgt dgn el .. ohsem!!
tetibe rase nak sahur fettuccine carbonara..
boleh ke agaknya mr budu masakkan?
hahahahaha
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
June 14, 2014
Crazy! That's all I can think of at this moment. Such a perfect one. I suka dgn jalan cerita dan juga characters yg ada. The whole story is like garam masala because whole sorts of feeling is there.I really enjoyed reading and I love it so much.
Profile Image for Ain Sakinah.
6 reviews
June 22, 2025
-bosan
-male lead pmo sm. he might appears green flag but he is lowkey a red flag?? i dont like him
-cringe la juga
- author keep using the same phrases
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
November 13, 2015
Aku suka buku ni bila Kyra dah tahu pasal EL sampailah habis novel ni. Aku suka cara penulis menggambarkan watak EL sebagai lelaki yang menjaga batas. Aku suka watak EL yang mengutamankan family dan sangat mementingkan hubungan kekeluargaan. Aku suka Kyra yang baru. Yang lembut dan tak lagi sombong. Aku suka romantis EL yang tak poyo.

Cuma, semoga penulis perbaiki lagi dialog english beliau. Ada beberapa bahagian macam tak kena dan sebagai pembaca, sedikit mengganggu.

Tapi penulis dah buat aku angau dengan EL. So tahniah!
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
February 27, 2015
such a thick book sampai rasa mula-mula beli tertanya pada diri sendiri bila nak habiskan ni??

but..a good story indeed. banyak message yang disampaikan. hubungan kekeluargaan, hubungan sesama manusia dan batas-batas pergaulan, sikap sombong yang memakan diri sendiri..overall I must say good book. perkembangan cerita yang menarik untuk saya baca from page to page. hopefully the drama as good as the book.
Profile Image for Azilah.
47 reviews4 followers
February 19, 2015
Ok not bad novel ni I like it especially wtk heroin kyra tu hati kering betol & hero si EL yg kdg2 sengal tu
to writer keep it up
Profile Image for Rafidah.
19 reviews
March 15, 2015
It's nice - just that some English dialogues are broken English. :)
Profile Image for syahirah.
14 reviews4 followers
September 15, 2021
tak tahu nak bagitahu macam mana tapi besttt..maybe ramai yang dah baca tapi plsss rereadd HAHAHHA EL ni hensem gilaa,baik, perfect gittuu😭mana nak cari EL irl🥲🥲

pengajaran:
1-jangan terlalu berdendam dengan seseorang sebab nanti dendam tu akan makan diri sendiri sikit demi sedikit.
2-kalau nak buat keputusan jangan membelakangi ibubapa kita.
3-right person wrong time.
4-jangan menghukum seseorang tanpa mengetahui kisah dari dua2 belah pihak.
5-jangan pandang orang sebelah mata/ hina atau yang lebih tepat jangan ada sifat angkuh dalam diri kita💕
Profile Image for Rinna MY.
114 reviews12 followers
May 6, 2018
Aku dah baca novel nie dah lama.. tapi mana hilangnya review aku.. adoiyai..

Best novel nie sebb sblm di novelkan pernah baca cerpennya dulu.. tu bila keluar novel mmg akan beli.. pas tu di dramakan.. terbaek..
Profile Image for cherivly.
12 reviews
June 9, 2021
My sister recommended it to me and at first i thought of it as a normal love story. But as i read it, i grown to like it. No, i love it. Really love it. I like how EL really care about Kyra Lydia. How he denied his feelings at first but still treat her nicely. <3
3 reviews
August 1, 2017
Sekalung tahniah buat penulis. Garapan kali ini kena dengan jiwa, sama seperti Layakkah Aku. Membaca buku beliau bukan dalam turutan tertentu tapi tak apa barangkali.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.