Hidup seorang Qush Naed, hanya tentang harta, nama dan kekayaan. Tetapi, setelah bertemu dengan Dareen Qamara, jiwanya tidak lagi memerlukan apa-apa. Hanya gadis itu yang melengkapkan segalanya.
"Selama ni aku ingat aku perlukan duit, aku perlukan nama. Tetapi sebenarnya yang kurang dalam diri aku ni cuma, kasih sayang." - QUSH NAED
Dua hati bersatu. Perasaan Dareen yang mulanya kontang dengan cinta, mula dibajai asmara. Sikap Qush yang baik, membuatkan hatinya yang keras mencair.
"Naneun geuleul joh-ahaji anhneunda! Geu salam-eun uli gajog-eul mannal jagyeog-i eobs-eo" (Mommy tak suka dia. Dia tak layak untuk keluarga kita!) - PUAN BESAR GINA.
Namun, ujian cinta mereka cukup kuat. Hinggakan kasih yang kian erat itu, terlerai di tengah jalan. Mereka membawa haluan berasingan.
Pertemuan setelah lima tahun berjauhan, membawa lembar kisah yang baru. Tidak pernah Dareen sangka, pensyarah barunya adalah suaminya yang sekian lama menjauh.
"Jadi, kau tak pernah rindukan aku? Sesaat pun tak pernah?" – QUSH NAED
"Tak. Saya tak pernah rindukan awak. Saya benci awak. Benci." – DAREEN QAMARA
Adakah kebencian itu akan terus Dareen sematkan di jiwanya apabila di antara dia dan Qush Naed ada seseorang yang dipanggil ANAK.
"Kawan-kawan semua ada daddy. Where is my daddy? It's been too long mommy. Too long..." – RAEL
Soalan demi soalan si kecil membuatkan Dareen mengalah. Dan demi untuk tidak melihat anaknya kehilangan kasih seorang bapa, Dareen tekad untuk mempertemukan Rael dan Qush.
"Can I see you again after I wake up?”- RAEL
"Ya Allah, my love. From now on, I will never leave your side Rael. Never again. InsyaAllah" – QUSH NAED.
Benarkan perasaan Dareen terhadap Qush telah mati sepenuhnya? Atau masih ada ruang buat lelaki itu untuk memulakan semula kisah cinta mereka?
Kehidupan Qush ni diceritakan agak sedih... anak yang tidak dihargai dan selalu kena pukul. But sayang penyampaian penulis tak sampai ke dalam hati. Agak mendatar
Qush berkahwin dengan Daneen. Keluarga Daneen digambarkan penuh dengan kasih sayang dan abang² Daneen mempunyai pekerjaan yang bagus².. sorang polis, sorang tentera dan sorang peguam.
Perkahwinan Qush tidak direstui oleh keluarga Qush yang menginginkan Qush berkahwin dengan pilihan hati family untuk mengukuhkan syarikat mereka.
Qush diugut, diberi dadah dan dimalukan di seluruh negara. Daneen sedih, rasa tertipu dan halau Qush pergi dari hidup dia. Qush membawa diri ke luar negara.
Keluarga Daneen tidak tahu yang Daneen mengandung. Dah nak bersalin baru tahu... itu pun sebab Daneen dibawa ke hospital akibat kekurangan oksigen.
Nantilah korang bacalah kisah seterusnya 🤭
Seriously cerita ini tak buat saya rasa teruja bila membaca. Rasa mendatar. Awal² saya dah mentioned.. feel itu tak sampai.