Jump to ratings and reviews
Rate this book

Adam Nakhaie

Rate this book
Muhammad Nakhaie itu lelaki paling baik. Seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Tapi takdir berkata lain.

Selepas kematian Nakhaie, Aisyah Erina hidup susah di kampung membuatkan dia bertekad mahu mencari kerja di bandar.

Pertemuan dengan Adam Nakhaie buat dia hampir pitam. Raut wajah Adam persis dengan seseorang yang sangat dia rindukan. Jadi, setiap kali memandang Adam, dia melepaskan semua rasa rindu yang menggunung.

“Kenapa setiap kali you tengok muka I, you nampak sedih?” – Adam Nakhaie

“Wajah Tuan persis suami saya. Dia macam ada tetapi tak boleh disentuh.” – Aisyah

“Nama suami you Nakhaie?” – Adam Nakhaie

“Ya, Muhammad Nakhaie bin Nazmi.” – Aisyah Erina

“Nazmi?” – Adam Nakhaie

Adam semakin curiga. Apatah lagi imbasan masa lalu yang telah lama hilang mulai muncul. Ada seseorang yang dia sangat rapat di masa silamnya tetapi kini langsung tidak wujud di dalam hidupnya. Siapakah mereka dan dimanakah mereka sekarang? Apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya?

420 pages, Hardcover

Published May 1, 2024

7 people are currently reading
94 people want to read

About the author

Cik Bawang

32 books168 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (60%)
4 stars
25 (30%)
3 stars
6 (7%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Cik.
211 reviews5 followers
September 24, 2025
Bagi aku cerita ni sedih.Kesian sungguh dengan nasib Noreen.Teruk betul perangai Nazri dengan Ruby.Aku sakit hati sebab Nazri tak kena apa2 balasan lepas dia buat Noreen macam tu.Green flag habis ya Nakhaie ni,lebih kurang Faris dalam FMBFB.
Profile Image for Amal Lee.
279 reviews33 followers
September 21, 2025
An okay read. Sedih sikitlah.

Nasib baiklah si Sofie tu penulis buat ada masalah pelat bila bercakap. Kalau tak annoying jugaklah nak kena baca full sentences dalam bahasa budak-budak (my bad,my prob).

ps - memang sekarang ni trend novel cakap I & You ehh bebudak kecil dengan parents?
Profile Image for Mslvoe.
2,065 reviews200 followers
July 24, 2024
Nangis F. Kejam sungguh Tan Sri and Ruby. Cuma pengakhiran itu depa berbaik, F tetap rasa tak selesa. Yelah bukan mudah untuk lupakan walaupun Nakhaie maafkan mereka.

Plot twist yang F tak sangka. Penat tau nangis 🤭 masa Adam langgar Nakhaie.. Allah. Mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak begitu indah.

But the end.. happy for them.
Profile Image for Diniy Qistina.
157 reviews5 followers
July 28, 2024
Habis je Hana terus grab Adam Nakhaie. Settle dalam 3 jam in one sitting. Entah apa merasuki sampai stay up sampai pukul 5:30 pagi. Once start baca, dia tak boleh nak stop. Walhal dah baca versi e-book tahun lepas. 😆

Muahmmad Nakhaie dan Aisyah Erina berkahwin sebaik sahaja mereka menamatkan SPM. Walaupun masih muda, mereka sanggup hadapi apa-apa risiko. Kehidupan mereka yang daif membuatkan hanya Nakhaie mampu untuk menyambung belajar. Suatu hari semasa cuti, Nakhaie ingin pulang ke kampung untuk menziarahi isteri dan neneknya. Namun suratan takdir lain pula. Nakhaie terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Tinggallah neneknya bersama Aisyah yang sedang sarut mengandung anak mereka.

Empat tahun kemudian, kehidupan mereka yang daif membuatkan Aisyah mengambil keputusan untuk bekerja di bandar. Dapatlah dia kerja sebagai pembantu rumah anak orang kaya. Yang harunya, rupa majikan dia sebiji seperti arwah suaminya. Suara pun sama. Nama pun hampir sama, Adam Nakhaie! 😵

Kehadiran Sofia, anak Aisyah bukannya setakat menceriakan suasana tapi buat kita lagi sebak dan sedih adalah! Dia bukak je mulut rasa hiba je kita dibuatnya. 😭😭😭

Tan Sri Nazmi kejam! Tak berperikemanusiaan! Ego! Tamak! Hah, apa lagi? Dah elok ada keluarga bahagia, dia pergi musnahkan. Lebih memilih kehidupan dengan skandal dia, Ruby. 😤

Walaupun ada part tu rasa macam agak terkilan, tapi nak buat macam mana? Bukan semua orang ditakdirkan untuk dapat kehidupan bahagia. 🥲😔

Overall, sangat puas hati baca. Recommend! 👍🏼💋
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
September 30, 2024
My thoughts?

1. Aku suka gila buku ni. I think this one is the best yang aku pernah baca dari Cik Bawang kut? Storyline best, penceritaan yang ringkas dan straight forward, plot twist dia memang mind blown lah.

2. Aku suka watak Nakhaie dan Aisyah. Nakhaie memang green flag parah. But Adam is the opposite terus. Aku memang stress sebab penulis matikan Nakhaie dan hidupkan Adam. Aku macam ahh sudah.. nanti Aisyah terfall dengan Adam pulak ke?

3. Paling menyampah watak si Intan. Memang setiap cerita kena ada watak annoying eh 😂 aku memang stress lepas accident tu dia boleh sambung pulak hubungan dia dengan Intan siap bertunang pulak tu! Bukan sebelum tu dia dah benci ke 😂 pelik aku. Rupanya ada plot twist ye.

4. Penyeri dalam cerita ni jatuh kepada budak tecik Sofia. Aku memang terhibur baca buku ni jasa budak Copie ni je. Dengan pelat dia tu comel nak mampus 🤣 Suka scene dia borak2 dengan Tuan Adam siap jadi bestie 😆

Personal rating :
4.8 /5
Profile Image for Lalla Hasna.
34 reviews
November 1, 2024
Disebabkan tanggungjawap dengan tugas hakiki di dunia yang masih lagi tak selesai, i took 3 days to complete this book. Marah ada, nangis ada, kecewa ada ermm apa lagi ek, macam complete semua perasaan je bila baca. Muka surat akhir, ada 1 quote dari penulis yang i suka “cubaan di dunia memang sedih dan pedih, tetapi ada balasan syurga bagi orang yang bertakwa dan sabar menjalaninya”.
Profile Image for Bay.
264 reviews4 followers
October 19, 2024
Best dooh buku ni. The plot twist? Dengan kecomelan sofie? Best nak mampusss!!! Hahahha. Buku ni pain tapi aku suka bila cikbawang bagi closure utk each character even aku tak suka bila si nazmi tu dimaafkan begitu sahaja~

If Adam hidup lagi in another universe kan bagus. Aku rasa ralat sangat bila dia jadi macam tu. Sbb dia ada potential utk jd mcm Nakhaie.
Profile Image for Fathi MYHKSKPG (heylittlesiren).
623 reviews13 followers
September 20, 2024

✨ Buku pertama yang saya baca daripada Cik Bawang dan bukan yang terakhir! Saya sangat suka dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan santai.

Adam Nakhaie menceritakan tentang Muhammad Nakhaie yang tinggal bersama neneknya sejak dari kecil dan Aisyah Erina yang menyara hidup dengan menjual setiap pagi. Mereka berkahwin muda selepas menghabiskan SPM. Kedua-duanya mempunyai kisah sedih mereka sendiri namun mereka bahagia dengan cara sendiri. Sungguh bersemut rasanya saat membaca kisah mereka kerana terlalu manis.

Sungguh tak sangka watak Tan Sri Nazmi! Sangat kejam terhadap anak sendiri. Watak Sofia meceriakan kehidupan Aisyah. Plot twist yang tak terjangka di akhir cerita.

Keseluruhan, saya sangat suka buku ini! Lepasni boleh lah beli lagi buku from @_.cikbawang._ 😻🤭 Could’ve give 5 stars but i was annoyed by sophia sometimes
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
991 reviews119 followers
September 25, 2024
Assalamualaikum para pembaca,

Walaupun kita sudah bersedia menghadapi kesakitan yang akan datang dalam Adam Nakhaie, tetapi realiti ketika membaca jauh berbeza dengan sangkaan - teramat sakit hati ini.

Walaupun kita single mingle, tetapi bila Aisyah meraung begitu apabila mengetahui kebenaran kematian Nakhaie, dada kita pun sesak dan sakit sangat - memang boleh rasa Aisyah’s 5 years of pain.

Apabila Copie begitu happy kerana ingat Tuhan dah kembalikan baba kepada dia dan selepas itu ditampar dengan kenyataan yang sebaliknya, cedih sangat, terutamanya bila “Adam” call Copie dari syurga.

I terus nangis, nangis dan nangis, hati sakit sangat untuk Copie yang tak faham kenapa Tuhan ambik baba dia.

Forgiveness is the best revenge, but it is very hard to forgive someone who has deeply hurt you in such a cruel way, because in reality, kita jugak nak orang tu merana seperti kita yang telah merana. Kan?

Adakah kita juga boleh memaafkan orang itu seperti Nakhaie? Walaupun susah, tapi kena juga lakukan sebab dendam seperti kanser, it kills you in the end.

Terima kasih sekali lagi kepada Cik Bawang untuk cerita ini.

A very thought provoking story.

P/S: Jangan risau ya, ada jugak babak yang happy and funny ok?
Profile Image for Nurfarah Alyaa.
26 reviews
August 4, 2024
5/5 ⭐️

one of the books that played with my emotion really well 🥹 cukup rencahnya yaaa sedih, happy, kelakar, sebak, terharu, marah semua ada.

kisah sepasang kembar yang terpisah sejak umur 10 tahun atas penceraian ibu bapa. Adam yang beku & Nakhaie yang sentiasa senyum. Berpisah atas kehendak Adam yang nak ikut ayahnya tinggal di bandar dengan alasan tak selesa tinggal di kampung dan mamanya yang jahat. tapi... siapa sangka Adam ada niatnya yang tersendiri...

jujur cakap la saya nangis ek baca 😭 dah baca ebook dia so i know how the story will turns out so makin dekat kat part tu makin berjurai air mata 😭 cam tak sanggup nak baca 😭 Nasib ada Sofie yang menceriakan mood saya 🫂

bagi saya setiap character ada pahit masing masing. Nakhaie yang sentiasa ceria, tersenyum tapi menyimpan trauma kehilangan orang yang dia sayang, Aisyah yang pendiam menyimpan luka kena dera dengan ayah sendiri, Adam yang berubah menjadi beku sebab dendam dan betrayal, tak rasa kasih sayang in both, Noreen yang tarik nyawa sendiri sebab depression kena tinggal. Sedih yaa tapi in my opinion, Adam Nakhaie hurts the most 😭💔 Kesian dekat Intan juga sebab dia pun mangsa keadaan. Kifarah atas dosa orang dewasa, terpalit ke anak ☹️💔

I love novel version more sebab more happy endings that Nakhaie deserves 🥹, more Adam's pov, more detailed inputs about one situations, scene pasal Noreen, pov Nakhaie lepas accidents, lepas dia ingat balik semua. Macam Aisyah cakap, Nakhaie after 5 years dah berubah!! 😆 tapi masih baby manja to Aisyah Erina kesayangan Muhammad Nakhaie 🥰

Storyline pun lagi detailed which i loveeee loveeee sangat. I wish ada interaction between Adam and Nakhaie before accident ☹️☹️ Adam Nakhaie is the best big brother ever. Weh, aku baca diary Adam tulis pasal nakhaie yang scene dia jumpa Nakhaie depan bank time hujan tu, nohhh nangissss akuu!! 😭😭

Last but not least, i love the endings. everyone dapat endings they deserved, Tan Sri Nazmi and Puan Sri Ruby dapat maaf dari Nakhaie, happy ending Intan that she really deserve, and most important happy ending Nakhaie dan Aisyah dan Nek Norma!! not forget Copie too hihi 🫦💋
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for jj.
59 reviews1 follower
September 6, 2024
𝗳𝗮𝗺𝗶𝗹𝘆 𝗰𝗼𝗻𝗳𝗹𝗶𝗰𝘁 | 𝗳𝗿𝗶𝗲𝗻𝗱𝘀 𝘁𝗼 𝗹𝗼𝘃𝗲𝗿 | 𝘁𝗿𝗮𝗴𝗶𝗰 | 𝗶𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗱𝗿𝗮𝗺𝗮| 𝘆𝗼𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗿𝗿𝗶𝗮𝗴𝗲 | 𝗧𝗪‼️(𝘀𝘂𝗶𝗰𝗶𝗱𝗲)
___
Adam dan Nakhaie. Kembar seiras yang hidup bahagia bersama keluarga tersayang, tetapi tiba satu waktu mereka terpaksa berpisah disebabkan perangai manusia yang tidak pernah cukup.

Mereka dibesarkan dengan darjat yang berbeza. Adam yang disuap dengan sudu emas tetapi jiwanya masih rasa bersalah dan kehilangan, manakala Nakhaie dibesarkan dengan kesusahan tetapi masih bahagia bersama Nek Norma dan isterinya, Aisyah Erina.

Setelah beberapa tahun, mereka berjumpa kembali tetapi dalam keadaan yang sukar untuk ditafsir. Keperitan, Dendam, Penipuan dan Janji semakin berkuasa dan meninggalkan kepedihan.
______
fuh susah nak explain, banyak main emosi. Kesian dengan nasib Adam dan Nakhaie yang terpaksa jadi mangsa manusia durjana bergelar ‘bapa’.

Sebenarnya saya suka bila Adam bersumpah untuk balas dendam, saya boleh rasa keperitan dari mata dia. Tapi at the end, takpelah…

Saya takde expectations sangat sebelum baca tapi ada yang kata buku ni pain which saya SUKA! Tapi bagi saya, takdelah pain mana cuma dia lebih menyesakkan dada sebab saya banyak rasa nak nangis bila kenangkan apa yang diorang terpaksa lalui disebabkan keretakan hubungan makpak diorang.

plot twist dia saya dah expect dari awal lagi tapi dalam hati cakap “Takkanlah”. Tapi bila reveal je, saya masih terkejut sampai menangis. Sakitnya nak hadam semua 🥺 Lagi tambah menangis bila Nek Norma yang luahkan, it’s so sakit 💔

Saya suka bila keseluruhan jalan cerita tak disorokkan kecuali the plot twist. Sepanjang baca rasa macam berada di alunan kain lembut, semuanya smooth tanpa kekeliruan dan masih terasa emosi turun naik🎢 Semua tersusun kemas, pengakhiran untuk semua watak pun memuaskan!

Big applause to Cik Bawang, sebelum ni saya ragu-ragu untuk baca buku dia tapi bila baca AN ni memang tak salah jadi buku pertama. Do recommend me buku CB lagi 🙌🏼
Profile Image for gabbyy.
25 reviews3 followers
June 3, 2025
Nakhaie yang baik, bertanggungjawab, rajin... jatuh cinta dengan Aisyah.

Awal2 dah rasa sebak baca kehidupan Nakhaie dan Nek Norma kat kampung. Dia ni hidup susah berdua dengan nenek dia tapi tak pernah mengeluh. Lepas habis je SPM Nakhaie ni nekad nak kahwin dengan Aisyah sebab nak lindungi Aisyah dari ayahnya.

Wei... cerita ni best😭 Saya rasa sedih yang mencengkam (sikit) bila baca kesungguhan Nakhaie cari duit nak tanggung isteri dan nenek. Until one day, something bad happened huhu.

Fast forward, anak dalam perut Aisyah dah besar. Comel, pelat2 sikit haha. Bila Sofie dah besar, Aisyah decide nak kerja di bandar. Alhamdulilah dapat kerja sebagai pembantu rumah. Tapi yang lagi meruntun hati bila muka Tuan rumah tu seiras sejibik dengan bekas suami🥲.

Bila Copie jumpa Tuan Adam haha terus jadi besh fwen forever eh. Buku ni bagi saya rasa sedih, kesian, terharu, sebak, kelakar. Kelakar bila part Adam dengar Copie nangis. Aisyah marah Copie. Copie dengar ibu dia kena marah, eh dia pula nangis sambil marah Tuan Adam🤣

Laaaast, nak hujung2 baru nampak penyesalan Tan Sri Nazmi dan Ruby. Hadoi geram je. Kesian kat acik sayang Intan juga. Dalam berkarya terselit juga sedikit dakwah dan pengajaran yang boleh kita ambil. Overall saya🫶
5 reviews
September 19, 2025
Secara keseluruhan, jalan cerita buku ni agak cliché—kisah klasik anak orang kaya yang terpisah dari kembar sejak kecik, dengan seorang hidup susah & seorang lagi rupanya anak orang berada. Walaupun elemen ni dah biasa dibaca, ada plot twist di pertengahan cerita yang agak menjadi: rupanya yang meninggal tu bukan watak baik seperti yang disangka, tapi kembar dia. Bahagian tu memang tak dijangka.

Dari segi teknikal, ada beberapa kesalahan taip yang agak mengganggu. Benda kecil, tapi tetap patut diberi perhatian, terutamanya kalau penulis dah ada pengalaman.

Satu lagi yang kurang menyengat bagi aku: watak lelaki digambarkan kacak secara langsung. Aku lebih suka kalau penulis guna pendekatan yang lebih halus dan realistik biar pembaca ‘rasa’ daya tarikan watak tu melalui perwatakan, tindakan, atau reaksi orang sekeliling, bukan sekadar diberitahu paras rupa dia.

Namun, ending cerita memberi kepuasan. Lepas pelbagai ujian menimpa watak-watak utama, penutup yang membawa hikmah dan kebahagiaan memang terasa wajar. Layaklah untuk semua karakter diberi ruang untuk bahagia setelah apa yang mereka lalui.

Kesimpulannya, buku ni ada kekuatannya tersendiri, tapi masih banyak ruang untuk penambahbaikan, terutamanya dari segi penyampaian dan ketelitian.
Profile Image for Infp 전.
3 reviews
January 12, 2025
Omggg, this book jahat betul. From start chapter, to middle until the end buat i menangis. Jahatlah author buat i habiskan tisu while reading this book.

Character Nakhaie sangatlah tabah and kuat. Dari kecik hidup dia diuji but not once dia salahkan takdir, malah dia terima setiap ujian dgn penuh kesabaran.

Tak expect ya, seorang yg baik dan teguh mcm ni ada seorang bapa yg busuk sungguh hati dia. Very selfish guy ever. Disebabkan ego and tamak, dia dah hancurkan ramai orang hanya kerana nafsu dia. Urghhh i hate this Tan Sri. And also Ruby, damn girl. Sejenis dah buat salah but pura pura tak buat. Urghhh semua ni berpunca dari you tahu takk!

I so proud and happy that Aisyah never give up and always give the best for her daughter Sofia. Sofie baby is sooo comel, very luv her.

Anyways i love how the ending going, not too fast and not to you know suddenly jumping into another scene. Very smooth transition.

As expected from author Cik Bawang. Another good story and i love how she connect this book with another character from her others books. How about spinoff for this cutie Sofie-Noah-Hud. I love to read for this storyline too.
Profile Image for Cutie_pie28.
400 reviews8 followers
December 24, 2024
Oh my.. sedih.. tk sangka ayah dorg sanggup buat begini.. Adam sedih bile terserempak dengan Khai kt bank lepas da lame terpisah.. Khai yg lembut, Adam yg keras + byk dendam dlm hati.. sbb mase kecik mak dorg slalu pukul Adam.. sy pun tktau laa knape.. mungkin sbb Adam suke memberontak.. kesian bile Ai terpaksa bersalin awal dan anak die speech delay.. anyway good ending.. sy suka..
Profile Image for ilhaM.
46 reviews
October 23, 2024
...Announcement : i nak jual buku ni for RM40 termasuk postage.
Pada sesiapa yang berminat,
boleh la PM :) condition baru and cantik lagi 10/10
-ADA BOOKMARK 🔖
-HARGA TETAP ❗
-SERIOUS BUYER ONLY ❗


Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
April 29, 2025
Habis.

Cerita ni comel bila ada Sofie 😍

Saya cuma terganggu sikit pembacaan bila part ada flashbacks dialog. Kena fokuskan ni dialog dah lepas ke ataupun sedang berlaku. Plot twist dia unpredictable, terkejut jugakk bila baca.
Profile Image for Az3an.
172 reviews4 followers
June 3, 2025
Buku pertama Cik Bawang yang aku baca. Cerita best. Gaya bahasa ok. Plot twist dia tak relax. Best! Best! Best! Next, nak try naskah Cik Bawang yang lain pula.

Cuma aku tak berapa suka font dia. Guna font standard untuk novel lagi sedap mata memandang. Just my 2 cent.

Profile Image for NAyla.
35 reviews1 follower
September 22, 2024
PENDEK KATA BEST GILA AND PLOT TWIST LAST MINUTE MMG UNEXPECTED BETUL
Profile Image for Antheryna.
13 reviews1 follower
July 19, 2025
Adam Nakhaie adalah karya terbaik dari Cik Bawang. Tbh, aku lagi suka buku ni dari My Rio Aryan.
242 reviews11 followers
July 21, 2024
Best. Byk pengajaran dln novel ni. Tan sri nazmi ni tak tau nak kata aoa. Semua ounca dari dia
Profile Image for hana..
48 reviews
July 10, 2024
this is my first book from cik bawang. suka gaya penulisan cik bawang yang santai dan mudah difahami. plot twist agak menarik tapi kitanya macam dah boleh agak (also bangga juga sbb perasan hint dimple tu right from the start 😆)

suka character development of each character in this story, also mesej yg nk disampaikan tu sgt menyentuh hati ya 🥲

i had read so much review about this book yg perlu sediakan tisu untuk baca, tapi bagi saya tak berapa pain sgt cerita ni huhu. anyway, i love this one and will definitely come back for more! 🌟
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
June 1, 2024
Dah baca dari Ebook, so dari novel ni makin seronok la baca sebab banyak penambahan bab. Apa yang kurang dari ebook dah ditambah. Cumanya terkilan sebab Adam betul-betul pergi. Sebab saya rasa Noreen, opah and Nakhaie should get the chance untuk jumpa Adam. Untuk aunty sayang, i feel sorry for her too. She do really love Adam because of Adam not because who is Adam. Kifarah terbesar Nazri and Ruby.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Paulinecpr.
32 reviews
October 20, 2024
First novel I baca dari author Cik Bawang 💃
Bagi I best, Adam Nakhaie menceritakan tentang kembar terpisah... 🫂
Cerita ni pain sediakn tisu guys 😢
Plot twist dia gempak do 🫡
Tapi lagi gempak jika isteri dia sendiri ternampak parut kat badan Nakhaei n mulai syak tu suaminya sendiri 🥲
Displaying 1 - 24 of 24 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.