susah nak review buku ini. Aku rasa ini antara buku yang paling lama aku perlukan masa untuk baca. Awal awal dia best, pertengahan tu dia buat kau bosan untuk sambung baca, lepastu best balik, and then bosan. Ada tajuk pasal politik, muzik, falsafah, agama dan lain lain macam lagi, semuanya biasa biasa sahaja. Cuma best dekat muka surat pertama buku ini ada dinyatakan "Rage rage rage ini dicetak 1500 naskah sahaja"
"Gila apa orang Malaysia buat band main kord G, Em, C, D dari mula lagu sampai habis satu album boleh femes macam haram kat Malaysia?"
"Masyarakat kita ni lebih suka beli, makan dan pakai barang-barang yang telah di Qurankan atau telah di Solat Hajatkan atau telah diselawatkan beribu kali berbanding membeli Quran dan membacanya sendiri setiap hari"
"Bukanlah kita insan yang gagah tanpa Tuhan disisi. Kita adalah tanah yang jijik yang bumi cuba pertahankan agar tidak disumbat ke dalam neraka abadi"
Satu bintang bukan beerti tak menarik. Ada sahaja tulisan yang menarik, cuma hanya dua tiga. Himpunan naskah yang marah-marah ini isunya pelbagai. Mungkin sebab itu penerimaan pembaca terhadap setiap tulisan akan jadi berbeza. Ada tulisan yang digarap penuh fakta dan inti menarik, ada juga tulisan yang menghamburkan hujah seperti air longkang; padat dan bertakung, maksudnya hujah tak sampai tapi panjang berjela-jela. Apapun, Rage mungkin naskah yang sesuai dibaca ketika menunggu bas atau tren komuter, kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Haha.
5 bintang untuk buku power ini. Melalui buku ini, banyak benda yang aku semakin faham, tulisan amirul bozu membuatkan aku lebih faham akan keadaan industri muzik malaysia dan bagaimana tenatnya industri tersebut sekarang, tulisan Firdaus Samad membuka mata aku akan betapa pentingnya kita membuat persediaan menghadapi masa hadapan yang tidak pasti, terutamanya dalam menyediakan "sesuatu" buat insan-insan yang kita sayang apabila tiba masa kita dijemput oleh Ilahi nanti. Tidak lupa tulisan Syahid yang menjelaskan akan sikap masyarakat kita pada zaman ini yang menerima bulat-bulat apa yang ada di internet dan kemudian menyebarkannya tanpa usul periksa, dan sudah semestinya tulisan Mutalib Uthman, yang sepatutnya dibaca oleh kesemua hamba abdi zaman moden.
Malah buku ini mungkin boleh menjadi contoh unggul betapa walaupun buku ini cumalah sebuah buku indie tanpa menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) tetapi masih banyak benda yang boleh dipelajari. Apa guna membaca sebuah buku mainstream yang guna Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan memfokus pada cinta tidak masuk akal tanpa ada sebarang ilmu atau pengetahuan yang boleh kita perolehi?
Masih relevan untuk dibaca, kritikan membina, kupasan menarik berkenaan isu semasa.
Lengkap dengan perihal agama, muzik, kewangan (takaful dan gaji), sukan (bola), kerjaya, teknologi, perbezaan fahaman orang muda dan tua, kepercayaan karut orang kita dan lain-lain lagi.
Bacaan kegemaran berkenaan Memang Dialah Dubook Sakti itu, bermacam emosi dapat dirasai dan dihayati walaupun ianya fiksyen semata.
Sayangnya buku ini dicetak 1500 naskhah sahaja, tak pasti kalau dubook ada hasilkan lagi lepas tahun 2015.
Nak pinjam baca, boleh je.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Macam biasa aku selalu beli buku yang cerita pendek, aku tengok penulis dia siapa. Jadi secara jujurnya aku beli buku ni sebab zul fikri zamir, ladynoe, hasrul rizwan dan stam mustapha. Sebab aku suka buku buku diorang. Dan macam biasa nama nama yang aku sebut kat atas ni, tidak mengecewakan. Terutamanya zul fikri dan hasrul rizwan. Tapi, satu benda pasal buku macam ni, kau akan simpan niat untuk beli dan baca buku penulis penulis yang lain. Ibarat cinta pandang pertama. Kau nak tengok lagi buat kali kedua ketiga dan seterusnya. Aku bagi empat bintang je sebab ada dua cerita aku rasa panjang gila kemarahan sampai aku rasa banyak sangat bila nak habis ni. Keseluruhan, mestilah aku suka. Buku berat (jugak) tapi true (sangat!).
Setiap penulis membincangkan topik yang boleh menaikkan darah tinggi kita sebagai rakyat Malaysia. Berjaya baca kesemuanya kecuali part Lucius Maximus, memang aku skip je. Dan ada juga yang agak meleret 'rage'nya sampai aku yang baca ni pulak yang naik fed up, hehe.
Aku setuju benar dengan catatan 'rage' oleh Syahid Abdullah mengenai pengguna internet. Dan aku puji editor yang meletakkan catatan 'rage' oleh Mutalib Othman sebagai penutup. Ending yang membuatkan kita muhasabah diri. Bertajuk 'Hamba Abdi Zaman Moden', agak mudah untuk aku mengagak isinya. Namun persoalan yang dibangkitkan pada hujungnya memang membuat aku termenung sekejap. Hmm.
Kalau ikut citarasa aku, aku cuma berkenan dengan tulisan Zul Fikri Zamir, Apa Masalah Kau Dengan Budaya 'Indie'Sebenarnya?. Lagi satu, tulisan Mutalib Uthman bertajuk Hamba Abdi Zaman Moden. Dua-dua tulisan tu betul-betul buat aku rage.
Hanya dicetak 1500 naskhah sahaja dan penulis-penulis yang ada dalam koleksi cerpen ni semuanya best. Cerpen dan artikel dari Lucius Maximus, ZF Zamir, Fdaus Ahmad da Hasrul Rizwan adalah pilihan saya.
Kenapa aku bagi 4 bintang je? Sebab banyak sangat spelling errors dalam buku ni. Semua cerita ada pulak tu. Lepas sebijik, sebijik kau jumpa sampai mata kau melilau cari spelling errors dari mula sampai khatam buku nih. Sape editor buku ni? Sape penyunting buku ni? Ke takde langsung? Cilaka sungguh (maaf aku sudah terjebak dengan bahasa yang dipakai dalam buku ni, rage la katakan). Apepun ibu jari ke atas! Banyak isu-isu yang membuka minda (walaupun kau dah lama rage pasal isu tersebut). Ada rage yang best, ada yang buat kau menguap mahu mengular saja atas katil (nak tahu yang mana silalah baca). Akhir kata, teruskan usaha dubook-dubook sekalian!
-Buku ini sepatutnya dipenuhi hal ketidakpuashatian para penulisnya, tetapi ada satu dua penulis tak ada niat marah-marah, jadi ada rasa off sikit dalam satu dua artikel. -Tulisan Petak amat menarik perhatian saya. -Saya setuju dengan kebanyakan pembaca mengatakan ada artikel yang terlalu panjang, saya pun ada perasan sekurang-kurangnya satu iaitu perihal muzik. Mungkin saya tak sabar sewaktu baca. -Tulisan yang paling saya suka terlalu banyak, ada yang mudah tangkap, ada yang susah. -Sesuai untuk singkap balik, pada tahun-tahun mendatang, adakah masyarakat sudah move on, atau masih seperti yang di rage rage rage kan di dalam buku ini.
Selonggok kekecewaan bercampur rasa ketidakpuasan hati yang membawa kepada amarah lalu dijelmakan dalam bentuk senaskah buku. Setiap penulis memperkatakan sesuatu mengikut kepakaran pengetahuan masing-masing iaitu perkara yang sinonim dengan karya terdahulu mereka. Diakui ada di antara isu yang diangkat itu seolah mewakili apa yang selama ini tidak terzahirkan oleh aku. Sesuatu yang sudah lama terenap di dalam hati. Maka tatkala membaca tulisan lantang mereka ini, suara hati bergema kuat, "Akhirnya! Ada yang memperkatakannya!"
Aku paling suka tulisan Zul Fikri Zamir dan Mutalib Uthman. Yang lain tu biasa-biasa sahaja tapi terima kasih sebab menyampaikan amarah itu melalui tulisan-tulisan dalam buku ni. Dapatlah sel-sel otak aku bersambung sebab ada antaranya aku tak terfikir pun untuk dimarahkan. Tulisan do re mi la fa si la tidoq paling lucu sekali sebab memang aku nak tertidur baca tulisan ni.
makes me wanna rage. especially the part where the author rages about Internet. it was legitimately written and hoping that other people would read it so that the human nation wouldn't be so dumb about internet thingy.
Aku beli buku ni dari seorang brader kat laman twitter dengan harga RM15 beserta cd lagu kugiran indie yang dia bagi secara percuma. Dah lama aku cari buku ni, sebab buku ni hanya di cetak sebanyak 1500 unit.
Tulisan Rage yg betul2 Rage...ada yg menarik..ada yg tidak..ada juga yg tak relevan..walaupun, ia tetap menarik..lebih lebih lagi tulisan Lucius pasal Footy Rage..mmg pedas dan panas la..hahah