Sebuah blog yang sudah meninggal dan kini dihidupkan semula sebagai sebuah buku. Mengandungi beberapa karya yang dipilih dari 1,115 entri. Oh ya, FOA semasa hidupnya telah menghasilkan 29,955 komen dan 5,905,838 page view. Tak termasuk komen “Royi dan Bisjut” tau!
Used to follow his blog every day until I malas. I really like his materials and although I kind of get annoyed with his 'royi dan bisjut' I really enjoyed it. Facts with his opinions and curses, my knowledge is increased a bit. Salute to Obe!
Aku rungsing sebenarnya nak rating berapa star dan aku rasa dengan penulisan laras bahasa Effi ini; dia tak kesah dapat berapa star pun. Ini bukan rate shopee — kalau sorang rate 1 star terus jatuh merudum. Seminggu gundah gulana. Ini Effi kot.
his blog used to be my daily intertainment when I was young and had luxurious of time to spend. after the inceneration of the blog, I still enjoy re-reading this.
Di sebalik royi dan bisjut, rupanya ada seketul otak yang boleh tahan bagus. Kahkahkah. Itu mukadimah untuk rebiu kali ni ye anak-anak.
Bagi aku, FOA ni secara keseluruhannya sebuah buku yang bagus untuk dibaca. Walaupun kebanyakannya adalah personal rants yang disulami dengan carutan fuck dan etc etc, tapi akuilah bahawa ianya salah satu tulisan yang bagus untuk dibaca. Lagipun, kalau Obe tak menulis tentang apa yang tercatat di dalam FOA ni, siapa lagi mahu keluarkan hasrat dan pemikiran terpendam kamu dek kerana taboo kaum dan agama, kan?
Buku ni terbahagi kepada 3 bahagian – Random 1, Jengkel dan Random 2. Sebagai seorang penuntut di universiti yang berkedudukan di nombor 66 ranking Asean pada suku ke 2 tahun 2014, aku tak nafikan Jengkel berlaku di universiti ni tapi secara keseluruhannya, UiTMers will find it 99.99% more hilarious than the other university students. Kenapa? Sebab kebanyakannya terpakai pada hangpa lah. Ha ha ha ha!
Random 1 pulak aku rasa lebih kepada personal rants. Bagus tapi tak sehebat Random 2. Aku bukanlah orang yang pandai, tapi secara jujurnya bila ada masa lapang, aku lebih suka untuk membaca dan mengkaji isu-isu dunia. Jadi Random 2 sememangnya genre yang aku suka.
Teks terbaik aku rasa adalah “St Valentine, The Nicaean Creed and Ashabul Kahfi – The Question Whose Answers I Would Like To Know”. Tengoklah kalau aku ada masa lapang nanti, aku bagitahu jawapan kepada persoalan kau tu ye Obe?
Tazzabar nak tunggu FOA 2, dan harapnya editor lebih serius buat kerja mengedit typo (walaupun Obe sememangnya terkenal sebagai ejen Yahudi yang cuba menyesatkan umat manusia melalui typo-nya yang terlalu teruk). Buatlah kerja anda sebagai editor sehabis baik, dan anda akan diangkat sebagai seorang hero di antara mereka yang mengubah dunia, sebaris dengan Nelson Mandela dan sebagainya. Lulz.
Sebetulnya buku ini tidak perlu diberi bintang memandangkan kesemua tulisan di dalam buku ini adalah entri-entri dari blog penulis sendiri yang telah dibaca dan dikomentar beratus-ratus kali.
Pun begitu, aku tidak pernah membaca online blog ini walau kewujudannya pernah kudengar seperti samar-samar begitu namanya. Freedom of Association.
Penulisannya global. Sinis dan pedas. Bermaklumat walaupun sesetengahnya adalah dari 'ijtihad' beliau sendiri setelah berfikir dan membuat kajian. Ada di antaranya dapat ku persetujui dengan tanpa syak wasangka lagi, tetapi ada juga yang bagiku beliau berada di jalan yang salah seperti teori evolusi darwin.
Juga aku biarkan kepalaku bebas dari belenggu melable beliau sebagai kurang berperasaan ketika mengulas isu taktik keganasan yang digunakan oleh Palestin sehingga menyebabkan negara-negara Barat tidak memberi bantuan yg sepatutnya kepada pelarian Palestin.
Bro, tanpa keganasan pun blok-blok barat ini memang tetap akan menyokong apa yang Israel buat pada Palestin.
A question for you just for the benefit of doubt since you've asked a lot of random questions to us, your reader: what would you do if you are in the same place as the palestinian refugees? Your beloved country taken forcely from you and you and your family are treated like shit. The pressure this will do unto you; I bet you would do the same. Or would you just sit and cry and mourning hoping that the world will hear you out while actually this is what they want?
And as for the rest of the entries, I could not but agreed.
Beliau adalah seorang penulis yang berpendirian dan berani. Begitu.
Tidak perlu bersetuju dengan semua pendapat penulis jauh sekali dipaksa untuk membenarkan tulisannya. Fikir, fikir dan fikir mahu atau tidak aku akui ada betulnya apa yang diperkatakan. Seperti yang diingatkan oleh editor pada halaman awal, aku boleh rasakan tahap ilmu yang ada berjaya dinaiktaraf ke peringkat yang tinggi sedikit berbanding sebelum membaca naskah ini. Bacalah dan mari celik bersama.
If you have missed several social anomalies and occurances within your years of living, then this book will remind you of every single thing that most of you have experinced.
Despite quite an abundance of typos in the book, it didn't distract the stories that it were trying to tell.
To the writer, kudos. I hope they will release the sequel for this book.
To the editor, proofreading intensive training needed!!!
keterpaksaan. entah. aku rasa bab random saja yang paling baik, pengulasannya agak santai walaupun fakta yang diadun terkadang ilmiah makanya pembaca lebih baik melakukan sintopik. tapi memang bab random ni bagi terbaik sebab ada perkara yang mungkin kita terlepas pandang dengan isu yang lebih besar manakala paling teruk bab jengkel, yes it true about situation but the author much more focusing on his emotion sampai aku pun rasa jengkel dengan emosi dia.
Aku rasa membazir je orang yang berusaha untuk buat kajian mendalam tentang macam macam benda duduk rumah dah tulis blog sahaja. I mean, patutnya dia keluar tengok dunia, dan bukan sekadar tengok tapi cuba untuk change the world. Tapi itu lah, kadang kadang malas nak menghadapi realiti yang merepek pun je jugak. Baik membebel je. Tak payah buat apa apa.
Obifiend. what do you expect? Penuh dengan ayat power (dan penuh informasi) menceritakan tentang pendapatnya tentang perkara - perkara yang berlaku dekat Malaysia. Diambil dari blognya yang dah berhabuk, Freedom Of Allocation, mempunyai pelbagai topik yang boleh wat korang gelak, rage, dan tambah pengetahuan korang yang cetek tu.
Apa yg menarik dlm buku Obefiend ni adalah dia mengupas suatu isu or perkara itu dengan fakta & logikal dan juga pendapat peribadi beliau. Baca buku ini dgn hati yang terbuka, minda yg terbuka, pasti akan terdetik di hati anda.. 'benar juga hujah Obe ni'..hehe.. Patut lah toko-toko buku yang besar taknak jual buku ni..hehe
Pandangan orang tak boleh nak pertikaikan. Sebab pemikiran manusia tak sama. Semua ada pendapat masing-masing. Tapi serius, lepas pegng dan baca buku ni, dah tak boleh lepas. Apatah lagi nak tinggalkan. Penulis banyak memberi pandangan yang agak benar. Terbuka sikit mata ini untuk berdepan realiti.
Satu penulisan yang berani dan bermaklumat daripada Obefiend. Aku tidak sempat membaca blog beliau yang dikhabarkan sudah ditutup. Terima kasih kepada Dubook Press kerana menghidupkan kembali blog tersebut di dalam bentuk buku pula. Harapnya aku dapat pula membaca FOA 2, FOA 3 dan seterusnya.
Sebuah buku "bijak" yang sangat bagus. Aku tak berpeluang untuk membaca blog ni semasa hayatnya tapi aku tahulah Obe ni memang bijak orangnya. Bahan bacaan yang sangat bagus.
Blog ni femes masa aku zaman diploma kat UTM KL. Dapat pulak kos sains komputer (multimedia), memang hari-hari ke lab komp bukak blog ni sekali dengan dak-dak kos.
Dalam banyak2 cerita dalam buku ni, citer pasal Valentine's day dan citer last tu yang paling menggerakkan untuk aku berfikir. "Adakah selama ini aku mempelajari Islam dengan mengambil cerita dari emosi buah fikiran orang Melayu?"