Kita mungkin tidak luka berdarah kerana bertempur di medan jihad. Namun, jangan biarkan kita dangkal fiqh dan sejarah tanpa sebarang ijtihad.
Isu Palestin, walaupun jauh daripada faktor lokasi, tetapi sangat hampir di hati kita sebagai umat Islam. Bumi Israk Mikraj ini dirampas oleh Yahudi laknatullah. Mereka dengan sewenang-wenangnya menyakiti, membunuh, dan mengebom saudara Islam kita di sana. Tidak cukup dengan itu, rakyat Palestin menjadi pelarian di bumi sendiri!
Melalui buku Fatwa Palestin, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan serta hukum berkaitan isu-isu yang berlaku di bumi Palestin, berpandukan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadith.
Buku ini membincangkan persoalan dan menjelaskan hukum seperti berikut:
Adakah rakyat Palestin boleh menyerah kalah daripada mempertahankan bumi Palestin? Apa hukumnya menziarahi Masjid Al-Aqsa yang dikuasai oleh Yahudi? Syahidkah pengebom berani mati? Adakah wanita boleh melibatkan diri dalam peperangan? Apakah hukum isteri meminta talak daripada suami yang dipenjarakan? Apakah hukum tawanan yang mogok lapar? Hukum perjanjian damai dengan Israel Hukum menggadai bumi Palestin dan menerima ganti rugi daripada hasil jualan itu Hukum wanita membuka aurat dalam keadaan terpaksa Hukum membocorkan rahsia
Yusuf Al-Qaradawi (Arabic: يوسف القرضاوي) is an Egyptian Islamic theologian. He is best known for his programme, ash-Shariah wal-Hayat ("Shariah and Life"), broadcast on Al Jazeera, which has an estimated audience of 40 million worldwide. He is also well-known for IslamOnline, a popular website he helped found in 1997 and for which he now serves as chief religious scholar. Al-Qaradawi has also published more than 80 books, including The Lawful and the Prohibited in Islam and Islam: The Future Civilization. He has also received eight international prizes for his contributions to Islamic scholarship, and is considered one of the most influential such scholars living today. Al-Qaradawi has long had a prominent role within the intellectual leadership of the Muslim Brotherhood, an Egyptian political organization, but twice (in 1976 and 2004) turned down offers for the official role in the organization. A 2008 Foreign Policy magazine poll placed al-Qaradawi at number three on its list of the top 20 public intellectuals worldwide.
Some of al-Qaradawi's views have been controversial in the West, and he is banned from entering the United States, Israel and Great Britain. In 2004, 2,500 Muslim academics from Saudi Arabia, Iraq and from the Palestinian territories condemned Qaradawi, and accused him of giving "Islam a bad name."
As of 2004, al-Qaradawi was a trustee of the Oxford University Center for Islamic Studies. He also served as a technical consultant for a multi-million dollar epic movie in English on Muhammad.
“Tidak sewajarnya rakyat Palestin sahaja yang memelihara Baitul Maqdis, bahkan tugas itu tergalas di atas bahu semua orang Islam yang berada di setiap penjuru dunia. Oleh itu, kita semua sebagai orang Islam wajib membantu rakyat Palestin serta mempertahankan Baitul Maqdis dan Masjid Al-Aqsa.” (p. 63)
Buku kedua oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang saya baca selepas yang pertamanya Fiqh Keutamaan. Sudah tentu banyak yang dapat dipelajari. Menariknya bagi saya, penulisan beliau tidak terlalu berat (boleh difahami) bagi pembaca marhaen seperti saya.