Buku Sejarah Tanah Melayu 1874-1957 ini dihasilkan dalam bentuk komik. Ia mengandungi empat bahagian, iaitu Perjanjian Pangkor 1874; Cadangan penubuhan Malayan Union; Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dan perjuangan ke arah penubuhan sebuah negara bangsa, MERDEKA! MERDEKA!
Pihak Inggeris memainkan peranan penting dalam sejarah Tanah Melayu baik dari segi ekonomi mahupun politik. Namun, rakyat dan pemimpin berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada kawalan dan naungan British sehinggalah berjaya menubuhkan negara bangsa yang mengamalkan demokrasi berparlimen pada 31 Ogos 1957.
Diharapkan segala perjuangan tokoh dalam sejarah negara ini akan dikenang dan menjadi contoh teladan kepada generasi muda sekarang yang bertanggungjawab untuk mengekalkan keperibadian dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.