Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.” (Direkodkan oleh Ahmad) Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh. Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut: Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II? Apakah ‘kuasa mental’ dan ‘kekuatan minda’ sebenar Al-Fateh? Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh? Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman? Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?
Anak kelahiran Tumpat, Kelantan merupakan Jurulatih Utama (Principal Trainer) sepenuh masa di syarikat milik beliau sendiri, Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Syarikat tersebut diwujudkan sejak Mei 2011.
Beliau merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Tafsir al-Quran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian Sarjana beliau bertajuk “Aplikasi Ilmu Munasabah dalam Kisah Nabi Ibrahim a.s.” dan bercita-cita untuk menjadi ahli akademik dan pakar dalam tafsir maudhuie al-Quran.
Beliau telah mendirikan rumah tangga selama hampir 8 tahun dengan Puan Nurul Suhadah Haji Shuib dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Fatihah Wajihah dan Aqeel Muhtadi al-Fatih.
Beliau mula menggilap potensi dirinya dalam bidang kepemimpinan dan kejurulatihan sejak di bangku Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Beliau kini berpengalaman lebih dari 6 tahun dalam dunia latihan dan motivasi selain merupakan ahli berdaftar di bawah Pertubuhan Perunding Latihan Dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Antara rancangan televisyen yang pernah menjemput beliau sebagai panel ialah TV3 dalam rancangan “Positif”, Astro Oasis dalam rancangan “Salam Muslim” dan TV Al- Hijrah dalam segmen “Assalamualaikum”. Ustaz Syaari juga merupakan panel tetap selama 4 tahun sejak tahun 2012 hingga 2016 di segmen “Ibrah” Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia, IKIM.fm.
Beliau merupakan jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dengan sijil tauliah bernombor TTT 3891.
Terkini, beliau sedang menggembleng tenaga pakar-pakar dan sarjana- sarjana Tafsir di seluruh Malaysia untuk berbakti kepada Ibrah Institute Centre of Tadabbur yang akan menjadi pusat pembelajaran interaktif dan moden kepada ilmu tafsir dan takwil al-Quran.
Sangat best buku ni, bila baca sangatlah rasa semangat al Fateh di situ..walaupun dah lama sangat dah habis baca tapi still boleh ingat beberapa point penting..tbh, habis baca setahun lalu..pengajaran yang masih ada dalam kepala,
-Sultan Muhammad Al Fateh berjaya bukan kejayaannya seorang, tapi merangkumi usaha-usaha umat Islam sejak zaman nabi nabi terdahulu. So, point kat sini, kalau dah berjaya, jangan lupa asal usul, dan family yang dah banyak tolong kita.
menarik untuk dibaca dan boleh dijadikan contoh kerana pemikiran sultan memang hebat bukan sahaja warak malah seorang yang berilmu fasih beberapa bahasa dan seseorang telah berjaya merealisasikan hadis baginda nabi Muhammad S.A.W dengan jatuhnya kota rom byzantine konstantinople ke tangan umat islam turki uthmaniyah. sangat disarankan kepada peminat sejarah lebih-lebih lagi kepada pencinta sejarah kerajaan turki uthmaniyah
Membaca buku ini tidak boleh secara linear, kerana buku ini bukan menceritakan sejarah secara kronologi. Bahagian ini telah diselesaikan seawal bab pertama dan kedua buku ini. Bab-bab seterusnya pergi terus kepada 'ibrah, beserta rujukan balik terhadap peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan Al-Fateh, dan rujukan silang dengan prinsip-prinsip NLP dan motivasi.
Ustaz Syaari telah memanfaatkan ruang yang ada untuk menjentik persoalan baharu kepada peminat sejarah, dan membetulkan salah tanggap yang berlaku kepada pensejarahan Al-Fateh. Walaupun beliau mengakui dari awal ini bukanlah buku sejarah, pendekatannya kali ini sedikit sebanyak mengurangkan romanticism dan heroism terhadap sosok Al-Fateh itu sendiri.
Sebuah rumusan yang baik untuk perjalanan kejayaan Sultan Muhammad al Fateh, dan seterusnya mengandungi pengajaran yang bersesuaian. Namun agak berat bagi saya yang kurang 'familiar' dengan turki dan bahasanya untuk memahami latar tempat dan masanya. Paparan peta yang sangat banyak di dalam buku ini sangat membantu saya.
Walaupun begitu, jika mahu diambil manfaat sebaiknya, buku ini kurang sesuai dibaca bersendirian. Seeloknya dibincangkan bersama 2,3 pembaca lain kerana ia lebih banyak membentuk cara berfikir berbanding tulisan catatan kejayaan al Fateh, sesuai dengan tajuk bukunya. Ia sebuah buku yang baik untuk digunakan di dalam modul latihan kepimpinan.
Minat dan kefahaman penulis terhadap subjek tidak dapat disangkal lagi.
Kisah sultan Muhammad fatih dikupas dengan mendalam daripada segala aspek.
Tetapi buku ini boleh menjadi lebih menarik dan kelihatan best seller jika ia dibuat dan bentuk paperback dan tulisan yg normal (seperti novel luar negara) bukan seperti cara ia disusun sekarang
Buku yang sangat bagus tapi kalau ia dibuat dalam bentuk penceritaan novel akan lebih baik lagi. Agak bosan bila sampai pada tarikh2 penting. Still hav another half to finish..
Penulis memberi tumpuan kepada cara kepimpinan Sultan Muhammad Al Fateh dan ayahnya. Cara berfikir yang berasaskan ilmu. Al Fateh membaca, memanggil pakar-pakar untuk menjelaskan bidang kepakaran masing-masing dan membuat perancangan sebelum bertindak.