Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anastasia #1

Anastasia: A Tale of Esmeralda

Rate this book
Aku Anastasia si kakak tiri Cinderella. Di saat tongkat sakti ibu peri tidak lagi diayunkan buat Cinderella, kasut kaca kini sudah ditakhlukinya maka bermulalah kisah si boneka Anastasia.”

Anastasia, sebuah nama yang kedengaran arif di pendengaran. Ya, itulah dia seorang kakak tiri Cinderella yang sering kau dengar dari kisah dongengan. Hidupnya bagaikan boneka, hidup di bawah titah seorang bonda yang kejam bak seorang ratu berkuasa. Dirinya juga dipaksa untuk menjadi seorang kakak tiri yang kejam buat seorang Ella yang berhati mulia, semuanya dilakukannya angkara Drizella.

Siapa yang menyangka seorang kakak tiri yang cuba menuntut kebebasan buat adik tirinya kini telah menjerat dirinya sendiri ke dalam sebuah penjara penuh siksa. Dia sudah merampas kasut kaca yang diutus sang pari-pari buat Cinderella, sehingga dirinya sanggup mengkhianati cinta seorang putera yang sudah ditakdirkan buat Cinderella.

Di saat cinta sang putera tidak lagi ingin diraih untuk dijadikan penamat buat pengakhiran dari kisahnya, dia mula mencari sebuah hakikat cinta yang sebenar-benarnya. Cinta yang hakiki milik Tuhan si penguasa alam semesta. Namun di saat hatinya sudah benar-benar berpaut pada Islam, dirinya sekali lagi terpenjara di dalam neraka ciptaan dunia. Dirinya dipaksa berkahwin dengan si Raja tanpa agama. Dirinya juga dijerat untuk menaiki takhta ratu buat sebuah empayar tidak bertuhan. Manakan mungkin dia bisa mentadbir empayar tidak bertuhan ini? Mampukah dia menundukkan si Raja mulhid itu?

Dalam kisah dongeng kali ini, aku nukilkan sebuah kisah seorang boneka yang ditakhluki oleh tirani seorang bonda.

Wajah nirmala Cinderella sang adik tiri terpaksa disiksa angkara Drizella.

Putera yang dicinta terpaksa dikhianat tanpa rela.

Jika dahulu kasut kaca buat Cinderella, kini kasut itu ditakhluki seorang Anastasia.

Jika dahulu cinta sang Putera buat Cinderella, kini cinta itu dirampas Anastasia.

Jika dahulu aku melihat kisah dongeng Cinderella dari hadapan panggung, lalu biar kali ini aku menghayati kisah ini di balik tirai sebuah pentas yang agung.

636 pages, Paperback

First published May 1, 2024

Loading...
Loading...

About the author

Mellyficent

2 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (40%)
4 stars
9 (40%)
3 stars
1 (4%)
2 stars
1 (4%)
1 star
2 (9%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,238 reviews228 followers
December 25, 2024
Retellings of the Cinderella story that feature Anastasia. Dark and the wicked ones version... erti kata twisted tales.

Dari kecil F suka retelling story. Suka pasal myth, legend, medieval story. Sebab ada history disebalik kisah itu.

Karya ini tentang Anastasia. Kakak tiri yang jahat dari luatan tapi dalaman Anastasia seorang yang baik. Anastasia selalu dipaksa oleh maknya (well, bukan mak kandung pun) dan kakaknya untuk bersikap jahat pada Cinderella.

Anastasia tak jahat pun tapi disebabkan dia kena dera before kemunculan Cinderella, dia hanya ikut sahaja apa yang mak dan kakaknya inginkan.

Anastasia berjanji akan bebaskan Cinderella tapi endup Anastasia yang berkahwin dengan Prince Charming.

Cinderella tak salahkan Anastasia pun. Dia lebih rela kehilangan cinta Putera dari kasih sayang kakaknya.

Bestlah baca. Sesuatu yang lain kan. Kisah ini ada diselitkan tentang agama Islam dan jihad jugak.
Profile Image for Wani Ayub.
9 reviews
October 15, 2024
yaallah best gile! for me cite ni best nk matie maybe because i like historical story that's why maybe. some people mungkin tkleh terima cite ni sbb bahasa dia bercampur baur dengan bahasa pasar bahasa classic and english.

MY GOODNESS ANATASIA WAS SO DUMB in the early story. too dumb sampai kite hampir dnf cerita ni🥹 nasib kite habiskan jugak anda guess what? I REALLY LOVE THIS BOOK! so so much ugh can't wait for the second book. crazy ass male lead my type for real!
Profile Image for Dustfinger Baggins.
47 reviews2 followers
November 6, 2024
Apa punya ceritalah ni dik oiii???? Kurangkah kisah lagenda bangsa kita sendiri. Kenapalah aku membuang duit membeli naskah sebegini??? Aku tak sanggup izinkan anak anak aku membaca novel sebegini. Arghhhhh!!!! DNF.

Bahasa rojak. Penulisan sangat kanak kanak.
Profile Image for Seraphina.
63 reviews
February 25, 2026
Cerita tentang Cinderella yang telah di plot twistkan, bukan Cinderella yang akan kahwin dengan Putera, melainkan kakaknya, Anastasi.

Aku baru tau nama sebenar Cinderella ialah “Ella”. Cinder tu maksudnya arang, bijak betul penulis boleh terfikir macam tu sekali. Cerita ni banyak throwback, first kisah Anastasi, then kisah Edward si putera kejam mata merah. Pastu ada kisah Anna then Walid aka ayah Anastasia.

Agak tragis sebenarnya kisah ni, kalau minat cerita historical madieval korang mesti lock in dengan cerita ni, kesian dekat nasib Anastasi, ibu bapa anastasi dan Anna 💔😔

Anastasi menyimpan rahsia yang semua orang tak tahu, walaupun dia terpilih oleh Ratu Margareth untuk jadi permaisuri di empayar tersebut tapi dia selalu rasa insecure, sebab pembesar sealu pandang hina dengan status dia yang “commoner”, tapi sebenarnya nanti ada plot twist siapa Anastasia ni.

Dalam pergelutan kuasa tu aku tertanya, kemana nenda Putera? Kemana Ratu Margareth? Apa jadi dengan Putera Henry? Apa jadi dengan dengan Walid? Anastacious? Penulis cuma fokus dengan kisah Anastasia, dan kadang ada dua POV, sebenarnya boleh je pendekkan cerita tu, fokus mana yang penting, sebab bila ada dua POV dia jadi draggy, and agak mendatar, rasa macam baca berulang,

Lagi satu boleh kurangkan penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak dalam novel Melayu, sebab sepatutnya novel Melayu hanya ditekankan bahasa Melayu, bukan Inggeris, cerita dah menarik dah, tapi bila ke bahasa Inggeris masa tengah communicate dia macam cringe, entahlah saya je kut rasa begitu..

Okay itu je la komen dari saya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews