Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mr Troublemaker #2

Mr Troublemaker Vol. 2

Rate this book
Sepuluh tahun bukan satu waktu yang sekejap. Begitulah usia perkahwinan Tengku Fahim dan Nasuha. Sudah cukup selama itu mereka buat haluan sendiri, Fahim tekad mahu perbetulkan keadaan dan mencari semula isterinya yang membawa diri.

Takdir seakan menyebelahi dirinya kali ini. Mereka dipertemukan semula di tempat kerja yang sama sebagai bos dan pekerja.

Dipertemukan dengan versi yang lebih matang, berpendidikan dan bekerjaya.

Suha dah tak boleh lari lagi! Fahim pula mengambil peluang mahu hubungan mereka seperti suami isteri yang lain.

“Aku suami. Kau isteri. Suami dan isteri kenalah tinggal serumah.” - Fahim

“Tak payahlah pura-pura nak jadi suami ke apa. Kalau kau lupa, aku nak ingatkan sebab aku takkan pernah lupa. Awal perkahwinan kita dulu, kau cakap apa pada kawan kau yang nama Haidar tu? Kau cakap nanti bila keadaan dah tenang kau nak ceraikan aku. Takkan la kau nak kahwin dengan Nasuha budak kampung dan gemuk ni, kan?” - Nasuha

Suha ingat sepuluh tahun cukup untuk mengubati luka lama. Rupanya setelah bertemu semula dengan Fahim dan keluarga lelaki itu, luka yang dianggap telah kering masih basah.

Dia nak mulakan hidup baru. Dia mahu melepaskan Fahim pergi daripada hidupnya. Tidak mahu lagi ada sebarang hubungan dengan lelaki itu.

Tapi bagaimana cara untuk Suha melepaskan diri kalau Fahim yang ada di depannya sekarang bukan lagi Fahim yang dulu, acuh tak acuh ketika menjadi suaminya. Sedangkan sekarang Fahim tegas menggunakan kuasa vetonya sebagai suami.

385 pages, ebook

Published September 1, 2024

1 person is currently reading
49 people want to read

About the author

Cik Bawang

32 books167 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (51%)
4 stars
11 (37%)
3 stars
2 (6%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,052 reviews200 followers
February 11, 2025
Vol 2 pun best

Geram dengan telatah Noah

Rasa nak hempuk si Fahim.. kuat jealous, masih nakal walaupun dah besar panjang

Diaorang ni memang sesuai.. bak kata mama Dahlia, seorang macam malaikat, seorang lagi macam jin... memang sesuai kan 😅

Akhir cerita pasal Tengku Linda.. kesian jugak. Dia orang tua.. tolonglah betulkan. Biasalah orang tua memang malu nak minta maaf.
Profile Image for Emily.
142 reviews6 followers
September 18, 2024
4.5!!!

I suka how author use the Vol 2 for the character development and some recap on the another pov on what happened in Vol 1.

In this Vol, i macam geram sikit la dengan watak Suha ni sebab dia pandang on view dia je. More to play victim. Disebabkan past trauma kena buli, dia jadi more defensive cuma towards Fahim dia tak defensive pun, i view it as merajuk je sebenarnya. Dari awal lagi i macam rasa both of them are the victims of the situation by why Suha put all blame on Fahim. Fahim pun terseksa apa, terpaksa lepaskan cita-cita sebab nak selamatkan Suha, tapi view Suha kat Fahim macam Fahim ni takkan suka perempuan yang gemuk, hodoh macam Suha. I macam lahhh FAHIM TAK KUTUK KAU PUN, DIA SANGGUP TERJUN GAUNG DARI KAU KOT YANG NAK MARAH DIA TAK TENTU PASAL KENAPA😭😭😭😭

Fahim ni character dia well-potrayed. I can sense a bit of Farel punya character which I loveee. Tapi I lagi lurve sebab author create his character like a normal person. A normal person yang happy go lucky, a normal person yang boleh rasa marah, a normal person yang rasa serabut apabila didesak dan dipaksa. Tak la terasa macam too good to be true.

Tapi cukup nak bagi 5 sebab pendek sangat HAHAHAHAA i need more on how they started to live as husband and wife after dah confess feeling masing-masing. I want to know what happened to them yang perangkap diorang. I still think there's a way that they both can prove diorang tak bersalah. I also need more on how diorang dapat first child + Noah reaction too, nak tengok Fahim merajuk sikit bila Suha rapat dengan Haidar and Tengku Hasanal HAHAHAHAHA
Profile Image for Bell.
115 reviews3 followers
February 25, 2025
Sikitnya scene Suha Fahim hujung2 tu I need moreeeeeeeeeeee.
Profile Image for Eyd1410.
835 reviews22 followers
October 19, 2024
Opss saya lebih suka Mr Troublemaker volume 1 dari yang nombor 2 ni. Untuk kisah ini, Suha lebih suka main tarik tali. Mungkin pengalaman hidup dia yang didera mental oleh orang² sekeliling menjadikan dia kuat sehingga kadang kala kekuatan yang dia ada membuatkan saya pula yang panas hati🙄

Kali ini kita dapat membaca pov dari sudut Fahim juga. Bagaimana dirinya rasa bersalah dan terlalu sedih bila Suha tinggalkan diri dia. Padahal dia dah beria minta unpaid leave untuk bawa Suha pulang ke kampung. Tapi bila dia balik, mamanya memberitahu yang Suha telah pergi😭

Ikutkan mereka berdua sama² menanggung derita dan rindu apatah lagi mengusung rasa bersalah dalam diri masing². 10 tahun mereka membawa diri dan bila dipertemukan semula, Fahim tidak akan sesekali mengundur diri. Tekad dia untuk memujuk dan mengambil hati Suha semula. Berkat kesabaran dan keikhlasan, Fahmi akhirnya berjaya bersatu dengan Suha.

# Cik penulis, next cerita Fateh dan Anis pula ya, please. Dalam ebook ini ada sedikit tentang Fateh dan Anis tetapi saya terpinga² sejak bila mereka berkahwin? Sedangkan Fateh bertunang dengan orang lain dan kenapa Anis seperti terseksa hatinya dengan Fateh?
Profile Image for Cutie_pie28.
395 reviews8 followers
February 9, 2025
Volume 2.. cerita lepas Suha lari kn diri dri si Fahim.. 10thun yee.. sbb Suha pegi sambung belajar.. and family Fahim pun ckp biar kn Suha dulu..

Dorg jumpe balik mase reunion sekolah.. and Suha bekerja satu ofis ngn Fahim.. bermula laa misi mengorat si isteri..

Fahim usul kn proposal supaya Suha tggl ngn die selama 3 bulan.. selama dorg tggl bersama, mmg dorg happy..

Of coz cinta berputik kembali.. best sgt.. sweet aje.. skg tgh tunggu cerita abg Fahim pulakk.. adoii tk sabarr laa
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
September 23, 2024
Ini adalah sambungan kisah Fahim dan Suha selepas 10 tahun mereka terpisah dan bertemu semula. Pepatah melayu kata, 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Itulah dapatnya bila Suha hilangkan diri daripada Fahim. 'Kalau dah jodoh tak ke mana' kan... Akhirnya happy ending jugak buat diorang ni. Aku suka layan watak si Fahim ni memang boleh buat aku sengih jer.
Profile Image for Nik Natia.
63 reviews3 followers
March 17, 2025
Sambung baca lepas berbuka..
Asal lah Suha tuk duk main tarik tali..
Profile Image for N.S.Y.
100 reviews3 followers
November 30, 2024
Oke.. best la.. dgn usaha Fahmi tuh bgai.. cuma.. kurang skit dari segi penerangan.. what happen to Suha yg tiber bleeding masa ada d rumah family Fahmi masa nenda dia bwk Wina ke rmh. Like.. tibe² je keluar dlm keadaan bleeding... apo..

Then.. i need to know what happen to their bully.. apek.. thalia and others.. dont need scene flash back bnyk² sbb dah ada vol.1..

Dlm 10 tahun ape yg Fahmi and Suha buat. Belajar and usaha Fahmi utk cari Suha.. 10 tahun kot.. like bg skit pasal usaha Suha nk kurus.. Usaha Fahmi mencari..

About Fahmi along pun sama.. mngkin ada story khas about him tp bila dlm this one dia jd bnyk bnda tertnya.. mcm mana boleh kawen dgn Anis sbb dlm vol.1 dia tunang dgn org lain.. ape krisis dia smpai nk bercerai.. kalau rasa nk buat dlm story asing baik xyah masuk kan terus 🤨😒🙄 sbb dia jd tergantung dan keliru..

Tp boleh la.. sbb tahu jugak ending yg best dan tahu Fahmi tuh obses dgn Suha sngt².. smpai dpt anak pun 2 tahun skli ko yer.. 😅

Ape pun vol.1 menarik tp vol.2 kurang skit.. cuma kena beli tuh sbb nk tahu pengakhiran kisah depa kan.. apapun pun a bit kecewa for vol.2..
This entire review has been hidden because of spoilers.
17 reviews
February 9, 2025
Semakin dewasa semakin matang. Kisah Fahim-Suha relationship terlalu comel untuk tak dibaca ye. Cik Bawang the best!.
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.