“Kalau kau tak nak tolong aku, aku akan makan ubat nyamuk ni.” - QILAH
“Sebelum makan jangan lupa bayar.” - ROSE
Perjanjian termeterai antara Rose dan Qilah. Lima ribu ringgit menjadi asbab untuk Rose menggantikan salah seorang peserta yang tiba-tiba tarik diri daripada rancangan TV popular, Taaruf.
Cuma, Taaruf adalah sebuah program mencari jodoh sedangkan dia belum berminat untuk mendirikan rumah tangga! Demi sahabatnya, Rose bersetuju menyertai program itu bagi menyelamatkan karier Qilah yang baru bermula dalam industri penerbitan hiburan. Tapi dengan syarat, dia cuma memunculkan diri dalam satu episod sahaja!
“Saya pilih peserta nombor lapan. Cik Rose Yusrina.” - NIK YUSUF
Rose tersepit! Disebabkan salah seorang peserta lelaki memilihnya sebagai calon isteri, Rose terpaksa meneruskan program Taaruf tanpa kerelaan hati! Nik Yusuf sebagai pasangan Taaruf? Pada awalnya Rose keberatan. Namun semakin dia mengenali Nik Yusuf, entah mengapa jantungnya selalu berdebar-debar!
Baru sahaja bunga-bunga cinta mahu berputik di antara Rose dan Nik Yusuf, sesuatu berlaku kepada Taaruf. Program realiti tersebut menjadi skandal terhangat seluruh pelusuk negara. Apakah yang bakal terjadi terhadap rancangan realiti TV paling popular, Taaruf? Mampukah Rose memadamkan Nik Yusuf dari sejarah hidupnya seperti sediakala setelah segalanya berakhir? Bagi Rose, Nik Yusuf adalah mimpi semata-mata.
“Tapi saya tak nak jadi mimpi awak. Saya nak jadi realiti awak.” - NIK YUSUF“I will devote my time to you, my queen.” - Nick Adrian
another hidden gem!! OMG BEST PREMISE DIAAA and writing sedapppp
pasal Nik Yusuf, seorang baseball player terkenal and Rose Yusrina yang niat nak tolong kawan terpaksa involve dengan Taaruf show. macam dating show versi muslim gitu. Show tu untuk anyone yang betul betul nak cari jodoh untuk kahwin. If last stage pasangan tak setuju nak kahwin which is will be sponsored by the show, contract diorang tak boleh jumpa dalam tempoh lima tahun.
Nik Yusof sertai show tu sebab nak buktikan dekat mak dia boleh hidup sendiri while Rose setuju nak tolong Qilah selamatkan career dia sebab one of participant tarik diri last minute. Imagine Rose setuju untuk stage one je nohh sekali Nik Yusof pilih dia untuk Taaruf.
Rose giving first born coded so much😭😭 Rose is me. me is Rose😔☝🏻
cerita ni pendek so tak puasssss. I need it to be longer and another sequel about themmm!! i think if panjang lagi execution mesti plot dia lebih kemas. Nik Yusof muda dua tahun dari Rose yang 23 tahun. jarang la saya boleh baca cerita lelaki lagi muda but this one CUTEE SANGAT!! cara Nik Yusuf flirt dengan Rose and teguh pendirian dia nakkan Rose eiiii. Watak Rose pon matang lurve sangatt
waiting for author's next book cuz got so much potential🥹 saya tak menyesal decide untuk try buku ni despite jarang nampak orang baca
Buku ni F rasa tak ramai beli. Tolonglah BELI. Cerita dia best, penulisan penulis pun best. Ehh sukalah cerita camni 🩷
Kalau penulis ada hasilkan karya lagi, confirm F beli.
Kisah Yusuf dan Rose joined program Taaruf. Rose terpaksa sebab peserta tarik diri dan Qilah kawan baik Rose merayu² minta Rose tolong dengan upah 5k. Yusuf joined sebab nak buktikan dekat maknya.
Macam² program diaorang buat.
Pergi rumah keluarga pasangan masing² Berkerja di tempat kerja pasangan
Sampailah satu tahap tiba² program dihentikan sebab ada big issue. Masa ni F dah tahu mesti ada orang yang sabotaj sebab berasap dengan Tania mak singa tu.
Korang bacalah journey program ni till the end. Best sangat.
Part adik rose, zaf ckp kat nik tu sedih sangat… walaupun selalu nampak zaf ni gaduh dengan rose tapi sebenarnya zaf sayang dekat rose.. mula-mula rasa nak marah juga dengan sikap zaf ni.. Rasa tak puas pula baca cerita ni… nak lagi😂😂
Cerita ni cerita comel. Tapi tulah, satu jelah 'masalah' novel nipis ni iaitu tak cukup! Mahu lagi! Ya Allah! Tak sukanya bila ceritanya takat itu aje. Tapi tulah. Nama pun novella takkan nak tulis cerita panjang-panjang pulak. 🥲🤧
Rose Yusrani terpaksa mengganti tempat peserta yang last minute tarik diri daripada program Taaruf, satu program mencari jodoh (ala-ala dating show gitu tapi program ni untuk orang yang serius nak kahwin bukan hanya nak bercinta je) yang paling popular di Malaysia. Kawan baiknya, Qilah yang paksa dia join demi menjaga periuk nasi Qilah. Entah macam mana, boleh pulak ter-match dengan Nik Yusuf, seorang pemain baseball terkenal negara.
Rose sebenarnya tak nak join program Taaruf sebab dia tak berminat langsung untuk berkahwin walaupun umurnya sudah 23 tahun. Berbeza pula dengan Nik Yusuf yang baru 21 tahun namun sudah serius dan nekad untuk berkahwin. Memang haru-biru kehidupan seorang Rose Yusrani sejak dia join Taaruf tu.
Mereka berdua menjadi pasangan yang paling popular dalam Taaruf. Ramai yang mengharapkan pengakhirannya mereka akan 'match'. Tapi tulah, sedang hangat Taaruf ditayangkan, boleh pulak terjadi skandal besar tentang rahsia pakatan antara Rose dan Qilah. Semestinya semua orang nampak Rose seorang penipu dan telah ambil kesempatan terhadap Nik Yusuf. Memang teruk Rose kena hentam dengan satu negara. 😮💨
By the way, kat Malaysia ni tak ada ke show ala-ala Taaruf tu? Kalau ada, sungguh saya berminat nak apply join walaupun sangat yakin diri ini tak cukup kriteria pun. Tapi tulah nak cuba jugak. 🤣
Jalan cerita smooth tapi tak puaslah ending dia gitu kalau panjangkan lagi mesti extra power 🔥
Kisah mengenai Rose yang terpaksa tolong kawan baik dia Qilah join program Taaruf. Dekat situ macam-macamlah jadi. Kawannya yg nak selamatkan karier, Rose yang perlukan duit, Nik yang nak cari pasal dengan mak dia. Awal-awal tu i geram jugak dengan perangai adik Rose tu tapi bila tahu punca kenapa dia bersikap gitu i rasa okay balik.
Overall, best dan i confirm akan beli buku penulis yang lain.
Heart warming. Simple. Ofc got few things can improve. But a very light and heartwarming story. I personally like it. Thank you author. Teruskan berkarya.
Nik Yusuf seorang baseball player terkenal masuk program Taaruf mestila sebab nak kahwin sebab itu bertentangan dengan apa yang mak dia suka(?)
Rose Yusrina pada mulanya berniat untuk membantu kawan terpaksa invlove dengan program ni sampai ke akhir. Boleh dikatakan Rose mempunyai simpati yang tinggi (mudah kesian dekat orang (?)). First born child coded
Taaruf show untuk sesiapa yang berminat nak kahwin dan ada pelbagai syarat yang kena patuh sebelum join program ni (if langgar kena bayar denda). I pernah tengok this kind of show cina ver kat tv8. Taaruf show the whole series menarik ; kenal dengan keluarga pasangan pilihan, berkerja ditempat pasangan untuk sehari so that kita lebih memahami pekerjaan pasangan (each episode lain activities yang kena buat)
I rasa buku ni kalau dipanjangkan akan lebih menarik! And this kind of book la boleh diadaptasikan
WEI WHY PENDEK SANGAT CERITA. AKU DAH LA STRESS DGN ASSIGNMENT. INGATKAN BOLEH LA UBAT HATI DENGAN CERITA NI. SEKALI MACAM TU ENDING DIA. JAVDJWKAVKSKWVDKSKS.
Hmmm walaupun masa diorang bersama sekejap je but chemistry diorang mmg on top. I like the idea itself is to show how beauty Islam is. Haih, Masih angah dengan diorang berdua ni. Kepada author, tak nak buat buku baru ke? Prequel utk kisah diorang ni. (Tak paksa tapi Kalau boleh nak la)
Untuk Terus Wujud ada premis yang menarik. Saya jarang ambil tahu hal-hal tv production dan sukan besbol, so nice jugak baca walaupun tak banyak sangat pendedahan tapi memandangkan ni novella hence it’s okay.
Kisah program taaruf - rancangan mencari jodoh dan di situlah pertemuan Rose dan Yusuf bermula. Pada asalnya, Rose ikut serta disebabkan ada member tengah desperate dan dalam masa yang sama, Rose nak cari duit. Niat nak mencari pasangan hidup tak pernah terlintas pun dalam kepala Rose tapi keadaan terpaksa diteruskan lagi dengan pilihan Yusuf choosing her hand in marriage. Jadi dalam Rose berbelah bagi dan rasa bersalah, maka itulah nak dijadikan cerita.
Ada scene Rose dan Yusuf saya rasa terhibur. Ada la bibit-bibit romance tapi tak berapa cukup and the spark is missing somewhere. Selingan konflik Rose sebagai anak sulung yang kena galas segala harapan untuk keluarga buatkan saya betul-betul root for her to have a better life.
Yusuf baru 21 tahun. Terserlah sisi tak berapa matang yang kadang-kadang tak meyakinkan saya sebagai pembaca macam mana encik hero pujaan ramai nak kahwin nih? But the best I can do is doa yang baik-baik je la ek untuk pasangan merpati sejoli kita 🥲.
While Zafirah arc is quite haywire. All those in ms 176-178 tapi “Kalau kau tanya aku, aku akan kata akak aku tu layak dapat apa saja yang dia nak dalam hidup dia.” Then, kenapa selalu buat perangai menyusahkan kakak sendiri? Minta duit la bertekak la. And the audacity to siap mock her life condition? Dia expect kakak dia hati besi tak lut ke apa? 😭😭. Yes yes that's the complexity but the way it's written is astaghfirullahaladzim no matter what 😭😭. Melainkan Zafirah indirectly passive aggressive atau suka gado like a very normal sib fight tu boleh lagi saya terima.
Ada part yang tertinggal sebelum cerita habis. Kemunculan mama Yusuf making the very last minute entrance. Lepas tu, tak ada dah.