Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
40 cerpen oleh seorang pemuda yang rajin. Setiap cerpen diilham oleh judul 40 novel Fixi (Bahasa Malaysia). Bermula dari KOUGAR (April 2011) ke SANCTUARIA (April 2014).

Cetakan Terhad. Hanya 1,500 unit.

188 pages, Paperback

First published April 15, 2014

2 people are currently reading
65 people want to read

About the author

Arif Zulkifli

9 books184 followers
Arif Zulkifli merupakan seorang penulis separuh masa yang masih belum berani mahu menceburkan diri ke dalam kancah penulisan sepenuh masa. Sering mencelup-celup penanya antara penulisan alternatif dan penulisan sastera dan sering kelihatan melihat sinopsis buku-buku di Kinokuniya tatkala dia kehabisan idea.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (17%)
4 stars
32 (30%)
3 stars
41 (39%)
2 stars
13 (12%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 45 reviews
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
June 14, 2014
Buku kecil edisi terhad Kumpulan Cerpen 40 hasil nukilan sepenuhnya saudara Arif Zulkifli ini dilancarkan secara rasminya pada Pesta Buku Antarabangsa 2014 di PWTC tempoh hari, di mana atas sebab-sebab peribadi, aku tidak dapat hadiri. Walaubagaimana pun, aku amat berterima kasih kepada penulisnya kerana menyimpankan satu naskhah komplementer buat aku yang terlepas peluang untuk membelinya kerana kalau tidak salah, masuk sahaja hari keempat PBAKL14, buku tersebut telah pun selesai habis terjual. Aku agak berbangga kerana pernah dua kali berkongsi antologi cerpen Fixi (BOLA dan juga KLCC), makanya secara tidak langsung sedikit-sebanyak aku sudah disediakan dengan bentuk penulisan yang dipersembahkan oleh Arif Zulkifli ini. Jangan ditanya kenapa kulit buku ini merupakan sepasang rahang gigi manusia kerana aku sendiri tidak tahu (mungkin penulisnya ada maksud yang tersirat?).

Ada 40 cerpen pendek yang termuat dalam antologi cerpen edisi terhad setebal 180 halaman kali ini dan kebanyakannya hanya 3 muka surat dan memang pendek-pendek belaka. Kesemuanya menggunakan 40 tajuk novel-novel Bahasa Malaysia terbitan Fixi yang terdahulu sehinggalah yang terbaharu iaitu AWAN (tulisan Syafiq Aizat, sekuel kepada AJAIB) dan juga SANCTURIA (novel keempat tulisan Shaz Johar). Apa-apa pun, usai membaca kesemua cerpen yang terkandung di dalam antologi ini, aku tidak menafikan bahawa penulisnya punya bakat besar dan tidak mustahil suatu hari nanti beliau bakal tampil dengan novel sulungnya pula. Tema utama yang dapat dikesan semestinya elemen sinisisme terhadap masyarakat Malaysia (khususnya orang Melayu). Walaupun penulis berusaha untuk menghasilkan cerpen dalam pelbagai spektrum genre (psychological-thriller: NGERI, post-apocalyptic futurisme: ZOMBIJAYA, dystopian fiction: DOSA, horror/mysticism: ASRAMA, societal criticism: JERAT, dll) apabila membaca Cerpen 40, kau tidak boleh lari daripada menyedari ada semacam suatu kesamaan yang nyata iaitu suntikan keagamaan yang kuat dalam hampir 70 peratus cerpen yang terhimpun.

Disebabkan kebanyakan cerpen yang ditulis pendek-pendek belaka (barangkali kerana harus mematuhi jumlah maksimum ketebalan naskhah tersebut), pada hemat aku satu kelemahan yang amat ketara dalam hampir kesemua cerpen yang ditulis oleh Arif Zulkifli adalah kegagalan setiap satunya untuk mencapai penyudah yang memuaskan, menyebabkan kebanyakan cerita bagaikan menjamah lauk yang tidak cukup masin. Dalam kata lain, rasa puas itu tidak kesampaian. Banyak cerpen yang termuat aku kira punya banyak potensi dan ruang untuk dikembangkan dan dipanjangkan lagi untuk memberi perspektif dan ‘kedalaman’ penceritaan di samping perincian watak/latar yang lebih khusus. Apa-apa pun aku puji penulis kerana berusaha untuk menghasilkan kepelbagaian dalam penulisan beliau. Bukan senang hendak menulis dalam pelbagai genre seperti apa yang telah berjaya dihasilkan oleh Arif Zulkifli ini. Cumanya memandangkan antologi edisi terhad kali ini hanya memuatkan karya-karya dari satu penulis sahaja, kita tidak disajikan dengan variasi teknik penceritaan seperti mana yang terkandung dalam antologi edisi terhad FIxi yang terdahulu. Oleh sebab itu juga, keseragaman fitur bahasa dan aspek naratif yang disajikan dalam Cerpen 40 amat jelas sekali.

Lima cerpen kegemaran aku (bukan mengikut kronologi) adalah: BISIK, MENTAL, KOYAK, TABU dan juga GERGASI. Secara keseluruhannya, buku antologi cerpen ini tidaklah menepati jangkaan aku, tetapi sekadar memadai untuk menjadi sebuah lagi koleksi edisi terhad yang boleh dibuat simpanan.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
Read
June 2, 2014
Tak mencari buku ni, tapi lepas nampak ada satu page jual harga RM100. Mengarut! Baru sebulan keluar. <--obsesi memiliki ltd edition tu mai pulak. Ceh! Jumpa je kat on9 harga agak berpatutan (bukan RM100) terus amik. Saja. Orang kata buat pelaburan. :) Pandai.

Kesimpulannya aku suka kebanyakan certot dalam ni (mungkin sebab selama ni aku banyak baca novel klise. buku ni kelihatan menarik.entah). Buku Fixi yang dibaca/ada tapi tak baca selama ni boleh bilang ngan jari. Antaranya PECAH, Suami, Isteri, Tuhan (baca sikit, xhabis), Murtad dan Suspek(pun buku tangguh entah bila nak mula balik). Certot2 sangatttttt cepat habis baca, macam 'teaser' untuk 40 novel terbitan Fixi. Jadi kalau rasa tak mahu baca novel banyak-banyak, certot ni kira cukup untuk dapatkan gambaran novel (berdasarkan tajuknya). Adalah sikit2. Kenkadang langsung takde pun...

Dengan tak mengikut urutan, ini apa yang terlintas di fikiran, mungkin ini review bodo2. Jadi takyah nak harapkan sesuatu dari review ni:-
1.KOUGAR
Mimpi dalam mimpi. Mak cik psiko! Hati2 kalau jadi anak ikan.
2.DENDAM
Sindarella. Favorita. Aku suka bedtime story yang diolah. Kejam dan sadistik. -->Aku sadis ke? Oh, NO!
3.KASINO
Ayat dia MAKAN DALAM! Apa kes orang pakai tudung pi kasino berjudi.
4.SUSPEK
Certot pertama aku terjah. (Cerita dia lain, bukan cerita Suspek tapi tema yang sama--pastu aku agak yakin nak buka yang lain. Sebab konfem tak ada rasa sesuatu yang tertinggal)
5.NGERI
Ni kalau aku guna certot ni buat karangan BM, SPM, sure dapat A. Mak, ayah takda. Tutup pintu rumah ya adik2.
6.Pecah
Kisah sinis. Haji Kassim yang tangkap orang pecah tabung masjid. HARAM.
7.CEKIK
Letih. Suami yang tak berterima kasih memang patut dicekik. Eh, takut?
8.JERAT
Kita sebenarnya boneka yang dikawal oleh tangan ghaib.
9.ZOMBIJAYA
Telefon dan segala gajet tu akan jadikan kita zombi. Masyarakat perlukan terapi.
10.TABU
Klise drama. Muntah pelangi bila dua-dua masuk tandas lelaki. Ew!
11.KELABU
Hidup bukan permainan. Kita tak terperangkap dalam dunia virtual. Life is life.
12.BISIK
:) Teringat, dulu ustaz/pak cik pernah ajar doa agar tak leka bila mula solat. Khusyuk itu hanya sesetangah orang je yang dapat.
13.INVASI
Mula-mula cerita pasal KL takde lagi darah dara. Kemudian ada isu Putrajaya dan makhluk penghisap darah...er ni politik ke? -
14.DOSA
Orang yang paling alim pun tak lepas dari dosa.
15.LICIK
Politicians have the most twisted tongue in society.
16.HILANG
Teringat quote T Alias Taib
17.MURTAD
Terkedu. Muhasabahlah wahai penganut lama.
18.SUAMI
Kesian. :'( Aku suka metaforanya.
19.ISTERI
-Harmoni.
20.GERGASI
:) Makhluk besar bukan gergasi.
21.MENTAL
Ish2, mental. haha
22.MANGSA
Mungkin saya suka Sindarella. Tapi olahan Rosa,Red Ridinghood & Serigala ini sangat menakutkan dan kejam.
23.SUMBAT
Mengumpat itu macam kita makan daging saudara sendiri. Apa kata kita buat saja Roslan goreng tepung dan daging sumbat Mosnah masak lemak saja?
24.ASRAMA
"Satu belum tidurrr...". Klasik.
25.TUHAN
Menghakimi macam yakin sendiri syurga dah confirm dalam genggaman.
26.ILUSANTI
Siapa dia Arif Zulkifli? Dia macam ada banyak watak dalam dirinya. Memang ni karya solo dia saja, kan?
27.AJAIB
Ini Fantastic Fourkah? Satu-satunya buku Fixi yang mungkin takkan aku baca nanti. Terima kasih.
28.PARANORMAL
Tadi Fantastic Four, yang ini serigala jadian. Apa sajalah.
29.KATARSIS
Katarsis="pembersihan" atau "penyucian" diri, pembaruan rohani dan pelepasan diri dari ketegangan. Budak ada masalah jiwa yang diselesaikan dengan cara yang dia faham.
30.INFANTISID
Pembunuhan budak/bayi kecil.
31.SAMAR
Kesian. :(
32.SERONOK
Kesian. :(
33.KASYAF
Usaha kita boikot Israel? Kasyaf. Budak pun faham.
34.GANTUNG
Kisah Amanda Todd memang popular. Pertama kali aku dengar ceritanya bila tengok video ini awal tahun lepas. Buli tak cool ya adik-adik.
35.KOYAK
Bagi aku yang ni serius seram. Macam baca Mastika pun ada. :)
36.KACAU
37.PINJAM
Ayat terakhir dia tu, pergh :)
38.SIONG
Yang ni konfius. Putus fius ke apa ni? -Jadi ini cerita pengakuan perempuan bersiong.Jadi??? Kena baca balik.
39.AWAN
40.SANTURIA
Macam main game pulak. Macam pernah tengok anime sebiji 'feel' begini.

Akhirnya. Habis juga buku kecil ni...Puas hatilah. Penulis ni memang pandai mempelbagaikan corak penulisannya sesuai dengan tema novel2. Serius! :) InsyaAllah kalau ada sumur di ladang, bolehlah aku beli dan baca buku dia lagi. <--pantun ntahpape.

Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
August 12, 2016
"my mother taught me this trick. if you repeat something over and over again, it loses its meaning".

Bunuh.Bunuh.Bunuh.Bunuh.Bunuh.
Darah.Darah.Darah.Darah.Darah.

1. Kacau
2. Katarsis
3. Asrama
4. Sumbat
5. Isteri
6. Bisik

Oh ya, banyak sindiran untuk masyarakat yang digelar Melayu Islam disini. mohon terasa.

p/s: Arep Zul, kau memang sengaja buat certot-certot yang anti-klimaks ni supaya kami semua menunggu dengan "tazzabar" karya agung kau yang seterusnya bukan? aku tahu.
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
Read
December 31, 2014
YES!!! Made it!! Rounded to 80...

this book ends my 2014 challenge... not my cuppa tea but acceptable. However.... once is enough. no more....

Goodbye 2014. Hello 2015.....
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
April 30, 2014
2.5* untuk keseluruhan naskah ini.

40 certot yang dihasilkan mengikut cara dan dari kaca mata encik penulis sendiri berdasarkan tajuk-tajuk novel Fixi yang telah berada di dalam pasaran sekarang. Sesungguhnya untuk menghasilkan cerpen-cerpen sebanyak 40 buah ini bukanlah mudah buat seorang penulis walaupun nampak sangat ringkas. Sebabnya, encik penulis kena lari dari cerita asal buku dengan membuat jalan cerita mengikut gaya penyampaian sendiri. Susah tu… Jadi, tahniah buat encik penulis kerana berjaya menghasilkan certot-certot yang boleh tahan!

Bukan buku ini tidak bagus sebab hanya dapat rating dari saya macam tu, tapi mungkin bukan menjadi kegemaran jiwa saya walaupun saya minat baca buku-buku cerpen. Tak sampai ke tahap yang minda saya harapkan. Tapi ini untuk diri saya sendiri, lain orang lain rasanyakan.

Oh ya ada tandatangan encik penulis! Itu yang penting tu heeee… Dan ini buku terhad keempat dari Fixi dan hanya 1500 buah yang dicetak. So, harus ada dalam simpanan. *Senyum lebar!

Saya suka hampir suku certot yang ada kat dalam naskah ini. Kisah-kisah yang disajikan di dalam naskah ini memang membuatkan pelbagai rasa yang timbul di dalam jiwa. Suka, geram, sakit hati, benci, ingin tahu dan bermacam-macam lagi. Ada beberapa certot yang mampu membuatkan saya senyum lebar sebab ianya padat dan mantap! Tapi ada juga yang membuatkan kening saya terangkat tinggi sebab ‘eh dah habis? Itu je?’.

Jadi untuk merasai kisah-kisah dalam buku ini, silalah baca kepada yang sudah memilikinya. Jangan segan, jangan malu… dan kepada yang belum ada silalah dapatkan sebelum habis di pasaran…

Peace!
Profile Image for Nazifa.
19 reviews15 followers
October 22, 2015
40 short stories (certot) by Arif (my dearest friend) is weirdly sick. I cannot brain how the author wrote those kind of stories. Some seems a lil bit like american horror stories. And some just suit the settings perfectly. I like how he combined both psycho and norms (Malaysian norms) in the stories. It came out so naturally that I have to brace myself from throwing up.

Is it just me or I think my friend here has some sort of psycho mind? Hahaha sorry Arif; but no worries. You nailed this!

I would read this book again and again to amuse myself. The amount of suspense and ickiness successfully push my mind to the lowest and deepest ground mind of a psychopath. Thank you for making me; think. Thinking out of the box.

Pleasure to read your book, dear Arif.
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
May 3, 2014
Ehem. Buku ni tulisan seorang adik yang aku kenal since aku mula suka baca buku. Akhirnya, setelah diberikan gelaran Arif Fixi oleh kami2 ni, ternyata memang Arif Fixi akhirnya.

Okay. Review.

- - - - - -

Mula-mula dapat naskah ini, aku ketepikan semua buku yang aku sedang baca dan baru beli. Aku rasa, naskah ni perlu aku habiskan segera. Dari 1 cerpen ke 1 cerpen. Ada yang pernah aku baca, diberi oleh penulis. Juga ada beberapa yang baru. Kekuatan penulis pada gaya bahasa. Tahniah! :) Kemas dan aku senang faham.

Penulis juga ada menyelitkan beberapa cerpen bertemakan keagamaan. Mesej dalam cerpen tu ada buat aku terdiam. :)

Namun, ada beberapa cerpen yang bila aku baca, "Eh, dah habis? Ala!" Okay. Part ni cam sedih sikit sebab aku yakin penulis boleh sambungkan lagi. Atau maybe, ada limit patah perkataan? :)

Aku suka cerpen Suspek, Kacau, Pinjam, Siong, Awan dan Sancturia. Oh, cerpen yang Ilusaniti pun power. :) Cuma 4, 5 cerpen yang sediki kecewa sebab olahan ceritanya tak berapa nak power.

Walaubagaimanapun, aku bagi 3.25 bintang untuk naskah ni. Bakinya aku tarik sebab cerpen2 tu aku dah penah baca. Kalau tak, penuh 5 bintang aku bagi.

:D

Arif Fixi, teruskan menulis! Aku nak novel okay? :D
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
October 7, 2014
Banyak sekali kebencian. Di mana-mana saja. Ada yang hingga membawa kepada banjir darah. Benar seperti yang dilagukan sebuah kumpulan nasyid, "kemanusiaan telah lama hilang". Himpunan cerpen ini seperti karung tinju buat Arepzul memuntahkan pergolakan dalaman tentang apa-apa isu mengikut acuan prinsipnya. Seksa tapi melegakan.
Profile Image for Aini Akmalia.
100 reviews70 followers
March 7, 2015
3-bintang yang dianugerahkan oleh saya kepada buku ini bukanlah bermaksud buku ini pada tahap tidak bagus, bahkan buku ini boleh saya anggap antara buku Fixi yang not bad dan tidak mengecewakan. Mungkin ada beberapa idea penulis yang saya kurang suka, tapi keseluruhannya saya enjoy, suka akan kumpulan certot ini. Jujur, ada certot yang saya sukakan idea atau isu yang dibawa, ada juga certot yang saya sukakan gaya penulisannya. Isu atau idea yang dibawa sangat dekat dengan rakyat Malaysia, saya sukakannya kerana bukan semua penulis mampu membawa idea atau isu yang kritikal dengan cara yang ringan dan santai.

Thanks to Ain Syahirah yang sanggup beratur panjaaaang kat Pesta Buku Antarabangsa KL, semata-mata nak belikan buku ni. Terharu ana. Seperti orang lain juga, saya pun tertanya-tanya kaitan frasaco jaws (sepasang rahang gigi manusia) dipilih menjadi cover buku ni. Mohon penjelasan :p

Nak share sedikit pandangan dan perasaan tatkala membaca setiap certot :)

Bagi saya, penampilan KOUGAR sebagai pembukaan certot agak berjaya menangkap perhatian pembaca. Kisah Reza si gigolo dan Kisha perempuan berusia yang kaya. Dasar anak ikan! Yang ni, suka sangat dengan gaya penulisannya. Mimpi dalam mimpi gitu. Menarik. Tak banyak stail macam ni ada, melainkan kat TV.

CEKIK pun suka jugak. Kisah realiti rumah tangga. Walaupun bukan semua rumah tangga ada realiti macam ni. Kisah Suraya yang dimarahi suaminya yang panas baran. Tapi bukan part panas baran yang dramatik dalam certot ni, tapi bilamana Suraya buka kabinet dapur dan ternampak dawai di dalamnya. Penulis bijak bermain dengan emosi Suraya ketika itu. Tapi geram lah jugak kan? Suami yang tak pandai berterima kasih memang patut dicekik.

PECAH ni dekat isunya dengan golongan agamawan. Haji Kassim ni sangat lantang orangnya. Lantang bab menghukum orang. Golongan agamawan biarpun belajar hukum-hakam syariah, bukanlah tujuannya untuk tergesa-gesa menghukum orang. Inilah golongan dai'e yang dijauhi masyarakat, lantas membantutkan perkembangan dakwah yang dituntut oleh agama.

DENDAM memang terbaik. Mengingau jugaklah membacanya. Tak suka sangat certot ala-ala orang sakit mental ni, tapi menarik sangat olahan ceritanya. Mengisahkan Sindarela (Ela) yang tinggal bersama mak tiri dan dua kakak tirinya, Mona dan Lisa. Korang boleh bayangkan cerita Cinderella masa zaman kanak-kanak dulu, tak banyak beza pun ceritanya. Uniknya, penulis mengolah cerita ni dengan cara yang sarkastik dan pengakhiran yang menyeramkan. Serius gila, kejam, sadis.

KASINO is deep. Realiti masyarakat yang sukar ditelan. Tudung pada zaman sekarang menjadi fitnah kepada agama. Tapi kan... apa cerita main kasino pakai tudung? Mungkin dia fikir dengan memakai tudung, terlepas satu dosa, walhal main judi tu bukan satu dosa yang terang lagi nyata?

NGERI ni pasal Nina yang diajak bermain sorok-sorok oleh adik-adiknya (Jimi, Dina & Hawa) ketika ketiadaan ibu bapanya di rumah. Saya rasa macam pernah karang cerita macam ni untuk exam kertas Bahasa Inggeris waktu Tingkatan 5 dulu. Tak kunci pintu dapur punya pasal, menyesal seumur hidup.

JERAT pun deep juga. Waktu membaca certot ni, saya terbayangkan sebuah teater yang bertajuk Si Amanu, yang dipentaskan sempena Festival Multimedia Se-Jordan (FEMES). Isunya di sini adalah bagaimana media mengawal atau mempengaruhi hidup kita, of how media become social fabric of life nowadays. Dan hakikatnya tak semua orang berminat untuk faham isu media secara kritikal dan intelektual, kebanyakan kita lebih memilih untuk menerima segala sogokan media dan hidup seadanya dalam media yang bermasalah ini.

ZOMBIJAYA pun sangat dekat dengan diri kita dalam zaman milenia ini. Kisah Atikah yang baru berpindah ke Bandarjaya, dan yang mengecewakannya ialah apabila semua penduduk Bandarjaya sangat obses dengan gajet. Realiti zombi ni memang benar di Malaysia. Zaman sekarang ni, semua orang ada phone sendiri, budak kecil zaman sekarang pun dah pandai nak pegang phone sendiri.

TABU ni geli. Memang klise dalam drama-drama Melayu, tapi yang klise inilah jadi virus dalam masyarakat. Dari pandangan, turun ke tangan, usik-mengusik, akhirnya terjerumus ke kancah maksiat. Sehinggakan tidak peduli lagi untuk berkelakuan tidak senonoh di depan khalayak. Benarlah sabda Rasulullah SAW: "Jika kamu tidak malu, maka buatlah apa yang kamu mahu".

KELABU ni cerita pasal Zain yang masuk ke dunia Xentora. Kira dia masuk dalam games. That's it.

Certot BISIK ni memang tersenyum sendiri lepas baca. Hati yang tak bersih dan penuh dengan dunia, susah untuk dapatkan nikmat khusyuk dalam solat. Jomlah sama-sama kita muhasabah dan cuba perbaiki mutu solat kita! Penting tau khusyuk ni. Al-Quran telah merakamkan sebuah ayat: "Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya" (23:1-2).

Err yang INVASI tak faham sangat kaitannya isu pasal apa. Saya bayangkan keluarga Cullen dalam filem Twilight 'terbang' kat Malaysia cari darah manusia. Sekadar hiburan semata-mata ke macam mana?

Menarik idea untuk DOSA. Orang yang baik, orang yang alim takkan selama-lamanya terlindung daripada dosa. Kita bukannya ma'sum seperti Nabi Muhammad SAW. Siapa pernah dengar pasal antara dua garisan yang melewati hidup kita?

LICIK ni kisah ahli politik. Lebih tepatnya lagi ahli politik di Malaysia. Ada ahli politik yang mengunakan kalimah Allah dalam ucapannya, semata-mata untuk meraih undi. Sungguh rendah sekali martabat kalimah Allah, jika disebut-sebut sekadar untuk menarik perhatian manusia. "A good politician is quite as unthinkable as an honest burglar".

Tiada apa yang kekal di atas dunia, melainkan amal kita yang akan dijadikan bekalan perjalanan menuju Tuhan. Inilah yang cuba disampaikan dalam HILANG. Harta contohnya. Mencari harta tidak dilarang dalam Islam, bahkan Islam menggalakkan umat Islam menambah pendapatan, tetapi mestilah dengan cara yang halal. Datin Rosa yang leka dengan hidupnya yang pada mulanya disaluti kemewahan dunia, akhirnya menemui harapan menuju Tuhannya.

Betullah sepertimana certot MURTAD. Untuk mempelajari Islam, jangan belajar daripada sikap/akhlak/perbuatan orang Islam nescaya kau akan kecewa, tetapi belajarlah daripada kitab suci Al-Quran. Janganlah terpedaya dengan adat dan pandangan mata semata-mata, agama lebih daripada itu.

Simpati dengan SUAMI. Repitasinya menambah rasa sedih. "My mother taught me this trick. If you repeat something over and over again, it loses its meaning".

Tak nafikan yang ISTERI ini kisah realiti. Sebelum diijabkabul, segala-gala yang dibayangkan indah-indah belaka. Hakikatnya, alam perkahwinan merupakan alam yang mencabar, diuji dengan pelbagai tanggungjawab, kesabaran akan turut teruji.

GERGASI ni pun boleh masuk kategori orang sakit mental jugak. Mana taknya, siapa yang tak bengang bila ada yang mencaci dan mencerca hanya kerana kita gemuk? Murni pun ganas sangat, Terus berubah jadi gergasi yang rakus, dek kerana dendam terhadap Aimi dan Tasya.

Gila. MENTAL ni betul-betul mental. Neal, seronok ye jumpa 'kawan' awak, Lena?

MANGSA ni agaknya penulis nak buat macam ala-ala Sindarela tadi, tapi yang ini versi Little Red Riding Hood dengan menggunakan nama Rosa. Tapi tak berkenan sangatlah, tak tahu kenapa. Kejam memang kejam. Pemburu tu baik orangnya. Tapi itulah... dalam dunia ni pun macam tu juga, kita berbuat baik dengan orang, tapi ada juga jenis manusia yang membalas kebaikan dengan kejahatan.

Pergh ni lagi satu certot yang deep; SUMBAT. Mengumpat ibarat memakan daging saudara kita sendiri. Begitulah yang digambarkan penulis dalam kehidupan Diyana pada suatu hari. Lidah manusia ni sifatnya tajam dan tidak bertulang. Kelak, jangan kerana objek yang tidak bertulang inilah punca lidah kita dipersoal di negeri akhirat nanti. Enak sangatkah daging Roslan celup tepung dan daging sumbat Mosnah masak lemak? Nampak berselera sekali.

ASRAMA ni serius seram, takut, cuak, terkucil. Haha. Nasib baik zaman asrama dah berlalu. Kalau tak, insomnia setiap malam. Hehe. Klasik kot cerita hantu kat asrama ni. Ingatkan asrama sekolah kita je ada cerita hantu versi tu, tup tup ada kawan cerita asrama sekolah dia pun ada cerita hantu versi yang sama. "Satu belum tidurrr...". Adoyai.

Janganlah menjadi TUHAN kepada diri sendiri. Janganlah menghakimi, esok-esok pun Tuhan pasti akan menghakimi kita. Janganlah yakin sangat syurga ada dalam genggaman kita, entah-entah neraka yang lebih dekat dengan kita ketika ini. Malu bila baca certot ni. Tan yang baru kembali kepada Islam lebih bagus pemahamannya terhadap Islam berbanding Balqis, Linda dan Dalilah yang sememangnya sudah lama Islam!

Kau tak peduli isu umat Islam? Isu Palestin, Mesir, Syria? Maka ILUSANITI perlu kau baca. Kita ini, selagi tidak merasai derita orang, kita takkan bersyukur dan takkan ada kesedaran untuk membantu, apatah lagi memperjuangkan nasib orang lain. Usah pandang jauh-jauh ke Timur Tengah sana, di Malaysia ramai saja orang miskin, fakir, gelandangan, atau apa-apa saja istilah yang seangkatan dengannya. Apa khidmat masyarakat yang kita dah laksanakan? Muhasabah.

AJAIB ni bergenre fantasi. Biasa saja. Mungkin sebab bukan genre favorita. But is this a teaser to a bighit-to-be novel? Sebab pengakhirannya seakan tergantung.

Tadi ada makhluk penghisap darah, PARANORMAL pula ada serigala. Aigoo.

KATARSIS ni pun ala-ala orang sakit mental. Kesian adik Amran tu. Amran oh Amran. Amran baru tujuh tahun kot. Apalah masalah si Amran ni?

INFANTISID is another mentally-ill certot. Pun biasa-biasa saja. Kenapalah si ibu tegar sekali membunuh Haziq?

SAMAR ni menarik. Pengajaran: Janganlah menjadi seorang Islam sekadar pada nama. Islam itu cantik dan meliputi segenap kehidupan. Rugi membiarkan hidup kosong tanpa adanya Islam dalam diri kita.

SERONOK ni pun sama juga, sakit mental punya orang. Serius ke dia simpan janin-janin tu dalam balang? Nak bayangkan pun tak sanggup. Seronok kau kata? Eww!

Apa yang anda fikir ketika memboikot Israel? Adakah kerana orang lain boikot, maka anda tidak mahu rasa terkecuali? KASYAF mendedahkan sesuatu dari kaca mata anak kecil bernama Sarah.

GANTUNG diinspirasi daripada kisah Amanda Todd yang popular itu. Siapa yang tak tahu kisah hitam Amanda Todd pergi tanya Encik Google.

Cerita KOYAK ni pun pasal orang sakit mental jugak kan? Tapi seramlah jugak. Serius feeling baca ni. Koyak kat sini refer to apa yang ada di sebalik imaginasinya pada dinding yang terkoyak, I guess...

Serius cuak baca SUSPEK ni. Feeling like, 'dah kenapa dengan perempuan ni?' Ina merupakan suspek bagi sebuah kes pembunuhan Baharin bin Bakar, suaminya sendiri. Dia disoal siasat oleh Inspektor Hajar. Psycho betul certot ni. Thumbs up!

Aduh! KACAU ni pun sama. Buat orang terkucil sebab takut. Haha. Takut sekejap je, kebetulan baca certot ni waktu malam.

PINJAM nak try takutkan pembaca la tu. Senyum.

SIONG memaparkan kisah cinta Rina si gadis siong dengan Ghaffar. Kurang faham dan tak nak faham, sebab... tak faham-faham. Haha. Dia nak sampaikan apa sebenarnya?

AWAN sangat mudah ceritanya, tapi personally suka dengannya. Manusia memang tak pernah puas. Sangat rugi manusia yang tak tahu bersyukur. Sedangkan sifat bersyukur ni adalah salah satu kunci kebahagiaan hidup, selain daripada sabar dan ikhlas.

SANCTURIA ni macam kebanyakan filem Eropah. Tersesat atau disesatkan (mungkin) di sebuah pulau, dan dapat rasakan ada sesuatu yang aneh di pulau tersebut. Dan ayat 'Good luck' tu macam cerita Taken lakonan Liam Neeson.

Fuhh... celoteh punya celoteh, habis juga menulis review buku ini. Ni kalah certot, ni namanya 'certeh' (cerita celoteh). Hehe. Secara keseluruhannya, buku ini memang tidak mengecewakan. Ada 10 certot yang saya suka dalam ni. Ada certot yang tak puas baca sebab kontot sangat, ada juga biasa-biasa agak bosan menunggu pengakhirannya. Saya harap penulis mencuba mempelbagaikan lagi seni penceritaannya, ideanya, imaginasinya dan sudut pandangnya.

Saya siap promote pada kawan-kawan, dan ada yang kecewa bila dapat tahu naskhahnya terhad. Pujian dan apresiasi patut diberikan kepada penulis, Saudara Arif Zulkifli. Saya syak penulis ni seorang yang 4D personality. Saya tak pasti samada ini cubaan pertama beliau, jika ya, ini adalah sangat bagus. Saya menanti masterpiece daripada beliau.
Profile Image for Ariff Masrom.
15 reviews3 followers
May 6, 2014
Sebelum aku mulakan review jujur dan bebas bias aku ni, aku nak ucapkan tahniah kepada penulis, Arif Zulkifli atau yang biasa aku panggil dia, Arif Fixi. Ternyata benarlah apa yang orang tua-tua kata. Bila kita ulang cakap sesuatu perkara tu, lama kelamaan ia jadi betul. Nah, akhirnya dia benar-benar menulis untuk Fixi. Bangga betul aku dengan kawan aku yang sorang ni. Okay. Masa untuk bagi review.

***
Aku bahagikan review aku kepada 4 bahagian. 10 certot untuk setiap bahagian. Panjang juga kalau nak review satu-satu kan. Kahkah.
Bahagian pertama. Certot 1 hingga certot ke 10.

Buku ni dimulakan dengar certot Kougar yang bagi aku kemas walau pun aku ambil masa juga nak hadam sebab scene yang lompat-lompat. Pecah dan Cekik pun sama juga. Kemas tapi aku rasa boleh bagi lebih lagi terutamanya yang certot Cekik tu. Dendam tu dia dah bagi aku baca dulu dan memang rasa ngeri lah bila baca. Arif ni memang aku kenal sangat dengan gaya penulisan dia yang memang kearah islamik dan penuh sarkastik sikit dan dalam certot Kasino kita dapat rasa sarkastik tu. Ngeri pun aku dah baca. Kemas. Jerat pula memang menarik idea Arif ni. Aku suka juga. Zombijaya pula sangat mencerminkan apa yang berlaku waktu sekarang ni. Macam yang aku cakap, sarkastik tu memang pedas. Tabu pun dah baca. Memang twist ending yang kemas. Kelabu…. Herm, entah apa aku nak cakap. Idea Arif ni memang power. Dia betul-betul boleh fikir luar kotak. Kemas dan sangat menarik. So, dalam 10 certot pertama ni aku paling suka Kelabu.

Masuk fasa kedua untuk buku ni. Bisik. Apa yang penulis cuba sampaikan ni memang benar-benar berlaku dan aku pun kadang-kadang rasa benda ni. Kemas dan bagus betul mesej yang cuba disampaikan. Invasi pula aku rasa ianya biasa dan boleh diperbaiki lagi. Dosa. Ya, certot Dosa ni hebat. Aku suka sungguh. Idea yang sangat bijak. Aku harap Arif boleh panjangkan lagi certot ni sekurang-kurangnya 3000 words. Buat je, nanti boleh guna untuk recycle. Kahkah. Licik pula mengangkat tema politik. Aku rasa ianya biasa tapi mesejnya masih ada. Seperti yang aku cakap, Arif memang power dengan penulisan islamik. Hilang dan Murtad memang agak terkesan pada aku. Aku suka dan cara penyampaian Arif ni memang tenang dan bersahaja. Certot Suami dan Isteri kedua-duanya aku pernah baca dan ianya biasa sahaja untuk aku. Gergasi juga biasa buat aku. Aku pernah baca tulisan dia yang lebih baik. Certot Mental pula termasuk dalam salah satu certot yang aku suka dalam buku ni. Mungkin juga kerana tema mental illness memang menjadi kegemaran aku dan ia buat aku bertambah suka dengan certot ni. Hingga cerpen ke-20 ni certot yang aku suka…. Kelabu, Dosa, Hilang, Murtad dan Mental.

Fasa ketiga. Certot Mangsa ni aku pernah baca dulu. Memang sedap cerpen ni. Twist ending sungguh. Sumbat, sama juga mengangkat tema islamik. Deep dan sarat dengan mesej. Sarkastik tentu ada. Ia buat aku berfikir dan agak terkesan dengan certot ni. Asrama pun kemas juga jalan ceritanya. Aku suka. Abang bagi 4 bintang untuk certot ni. Hahaha. Certot Tuhan pula aku rasa ianya biasa tapi masih bagus dan ada mesej. Ilusaniti pun sama juga, sarat dengan mesej. Ajaib. Ah, aku suka betul bila Arif tulis certot psiko dan sci-fi. Certot Ajaib ni dah macam tengok Avatar yang kartun tu. Element of Earth. Paranormal juga. Semakin lama, semakin bagus! Kemas dan bijak! Katarsis dan Infantisid pula aku rasa biasa tapi masih berjaya buat aku rasa meremang dengan setiap aksi yang dilakukan. Urgh! Samar aku pernah baca dulu dan ya, sarat dengan mesej dan sarkastik yang melampau! Hahaha. Untuk 30 cerpen sekarang ni, aku suka Kelabu, Dosa, Hilang, Murtad, Mental, Ajaib, dan Paranormal.

Fasa terakhir. 10 certot terakhir. Seronok menarik tapi aku dah baca dulu dan aku suka. Banyak juga hang recycle. Mujur aku je yang dah baca. Kahkah. Kasyaf pun kemas juga. Sarat dengan mesej Islamik dan deep juga certot yang ini. Gantung pula memang menarik. Tambahan pula ia ditulis berdasarkan kes sebenar, *takziah buat mangsa* tapi aku suka. Koyak sangat kemas. Aku suka. Cerita psiko ni memang aku suka. Hahaha. Suspek pun aku suka. Damn, power betul dia boleh buat cerpen macam ni. Split personality baq hang. Kacau dan Pinjam aku rasa ianya biasa sahaja. Masih boleh bagi lebih lagi. Siong. Pandai juga Arif ni tulis certot romantik. Kemain lagi haa dia. Hahaha. Best. Awan, aku rasa biasa saja. Sanctuaria pun aku rasa ianya biasa saja. Tapi, pujian kepada penulis.
Jadi, dalam 40 certot yang ditulis oleh Arif ni, aku suka certot Kelabu, Dosa, Hilang, Murtad, Mental, Ajaib, Paranormal, Koyak, dan Suspek.

Aku harap sangat dia akan panjangkan certot ni jadi cerpen atau mungkin novel. Terutamanya certot Ajaib tu. Pergh. Suka betul aku dengan certot tu.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Bloodycat.
19 reviews3 followers
May 13, 2014
Cuk! Cuk! Cuk! Cukuplah 40 cerpen terkandung dalam cerita ini. Kalau lebih daripada itu rasanya sengsara juga jiwa aku nak membacanya. Secara jujurnya, satu-satunya sebab aku teruja nak beli buku ini adalah kerana keluaran terhadnya. Dan aku fikirkan ia mungkin boleh jadi pelaburan yang bijak sekiranya aku perlukan duit suatu hari nanti. Tak banyak. Sikit je. Memandangkan aku tahu ada peminat setia Buku Fixi yang sanggup beli buku ini di luar harga asalnya.



Mengenai cerpen-cerpen dalam buku ini. Rata-rata kebanyakan jalan cerita cerpen ini mendatar. Ada beberapa yang boleh tahan. Contohnya cerpen Cekik yang berulang-alik daripada satu babak ke satu babak yang lain. Watak-watak dalam cerpen-cerpen dalam buku ini juga kebanyakannya mempunyai masalah mental. Bunuh sana, bunuh sini. Jadi cerpen-cerpen dalam buku ini agak bersifat satu dimensi. Ada juga cerita yang bukan mengenai pembunuhan, tetapi ceritanya terlalu biasa dan mendatar sehingga senang dilupakan. Melainkan cerpen Zombijaya yang bagi aku mempunyai perasaan yang sama dengan siri TV UK, Black Mirror.



Sekiranya mengikut cita rasa aku, aku hanya akan baca buku ini sekali sahaja. Cuk! Cuk! Cuk! Cukuplah takat sekali untuk mengetahui apa yang terkandung di dalamnya.



Walau bagaimanapun, gaya penulis cerpen ini boleh tahan bagus. Terutama sekali pada cerpen Cekik yang hanya empat muka surat itu. Cuba bayangkan kalau dia buat satu novel. Jadi, sekiranya dia ada hasilkan novel baru, mungkin aku akan beli. Mungkin.



Oh. Bagi yang tak ada peluang untuk membaca buku ini, ‘Cuk! Cuk! Cuk!’ itu adalah rujukan bagi babak menikam dalam dua cerpen (kalau tak silap) dalam buku ini.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 21, 2016
macam mane bole lupa tak baca ni lagi??

or, baca sikit pastu tinggal n lupa nak abiskan..huhuu

sangat suka dengan antologi ini, saya kira lagi ok dr urban.
penulis bijak mengolah jalan cerita berdasarkan tajuk2 novel yang pernah fixi keluarkan.

secara jujurnya, saya lebih tertarik dengan cerpen2 double meaning penulis.
memang terkesan!

tahniah untuk penulis!
Author 6 books291 followers
May 6, 2014
Hah! Boleh kata 3/4 certot yang wujud dalam ni aku suka. Malas nak review pepanjang, so aku bagi top 10 cerkot feveret aku jela ya?

#10 Gantung
#9 Katarsis
#8 Koyak
#7 Suspek
#6 Suami
#5 Awan
#4 Ngeri
#3 Kacau
#2 Ilusaniti
#1 Kasyaf

Tahniah Arif Zulkifli!
Profile Image for Adrianz.
146 reviews22 followers
October 16, 2015
Kisah gabungan suami dan isteri amat 'menakutkan' kerna telah byk terjadi kecurangan dan juga tggjwb yg terabai setelah berkahwin yg membuatkn aku trauma utk menjd "pengantin" kpd kekasih hati aku skrg...huhu...Gergasi sinonim dgn Murni, hny kerna fizikalnya dia boleh berubah menjd sesuatu yg lain..erk...Mental mmg mencabar otak aku utk turut sama mnjd seorg psikotik, seolah2 tgh menonton rncgn TV Hannibal...apabila Mangsa menjd PEMANGSA,takkan ada siapa yg mampu menghalang...huarghh...Sumbat jalan crita yg tipikal dgn zmn skrg, byk lg mengumpat drpd mansihati..hmm...Asrama dan Kacau mmg seram tahap angker ler..ish meremang bulu roma aku..Tuhan plak kisah tipikal manusia zmn skrg, aurat ni hanyalah sekadar menutup rambut tp yg lain tetap terdedah, rsnya mualaf ni lg faham kot konsep menutup aurat..kan? oh btw Tuhan ni kalo buat drama Melayu mesti meletupnye gabung sekali dgn kisah Murtad...Ilusaniti ni menunjukkan rata2 perangai umat Islam skrg yg tak mengendahkan nasib org yg seagama tp hanya mementingkan diri sendiri..Bila aku baca kisah Ajaib ni seolah2 melihat movie X-Men..hehe..best woo bila ada power mcm ni..kiki...Paranormal plak mengisahkan ttg manusia yg ada kelebihan (or kecacatan?) yg tak disedari oleh pemiliknya...Semasa aku baca kisah Katarsis ni perkataan yg nampak psyco ialah "hihi"..erk! Mangsa tak berdosa..ayat yg paling sesuai utk kisah Infantisid. Aku mmg tak faham kisah Samar ni....huhu...Seronok mmg seronok bila buat dosa nikmat tu kan? tp yg menjengkelkan janin yg tak berdosa digugurkan tanpa sedikit pun perasaan bersalah...pandai buat pandailah elak drpd pregnant! sakit hati btul aku bila melihat manusia binatang mcm ni...Bila fikiran dikuasai oleh fiksyen shinggakan tak dpt membezakan antara realiti dan fantasi : Kasyaf... Kisah Gantung ialah kbykn kisah benar yg kerap terjd kerna kecuaian menggunakan laman sosial, yg menjd mangsanya diri sendiri..tp biarlah pengakhirannya bukan dgn membunuh diri..lg baik memohon keampunan dan taubat drpd Allah..Koyak ni mcm mana aku nak review ek? kerna wallpaper tu yg jd mangsa dlm kisah ni..huhu...Suspek ada pelbagai jenis dan spesis..terpulang pd yg bijak pandai utk merungkai sebab musabab suspek berbuat demikian...Pinjam dan Siong aku tak tau nk bg komen apa sbb mcm tak logik..hmm...kisah Awan kisah yg mempunyai ciri istimewa nya yg tersendiri..unik..Sanctuaria ni kisah yg seolah2 aku dilontar ke satu pulau yg hanya menunggu utk aku dijdkn korban kpd mahkluk asing...huhu
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
May 8, 2014
Seperti yang sering aku katakan dalam rebiu-rebiu aku yang lain, menulis sememangnya tak pernah senang. Apatah lagi kalau kau cuma diberi satu perkataan bagi mencari idea untuk keseluruhan patah perkataan bagi setiap cerita pendek. Apa yang membezakan Arif Zul dalam genre sebegini adalah kesanggupan dan mungkin kreativiti yang dianugerahkan untuk terus menulis dan akhirnya dia berjaya. Oh, dia juga seorang yang rajin menurut Fixi.
Nadia Khan menyebabkan aku meletakkan piawaian yang tinggi untuk mana-mana cerpen untuk diklasifikasikan sebagai baik namun dalam kes penulisan genre cerita kontot sebegini, aku membuka suatu lagi piawaian yang baru – Piawaian Arif Zul. Mana-mana penulis yang bercadang mahu menulis cerita kontot, bolehlah rujuk penulisan dalam Cerpen 40 ini terutamanya cerita Tabu, Suspek Pinjam, dan juga Kougar. Cerita yang lain juga bagus tapi bagi aku ada yang maksud dan intipatinya yang tidak sampai.

Writer’s block, mungkin?

Secara keseluruhannya, aku masih tidak berpuas hati dan aku mengharapkan Arif Zul untuk menulis satu cerita panjang pula selepas ini.
Profile Image for Maria Wahib.
12 reviews
May 13, 2014
Kalau compilation cerpen, aku memang jarang nak baca satu buku terus habis. Tapi yang ni kira aku berusaha gak aa habiskan cecepat

Aku paling suka cerita ilusaniti, pinjam, siong.

Yang lain okay gak takkan nak review sesatu tak retilah ai. Kawan2 aku yg dah baca, diorang cakap suami isteri buat org rasa taknak kahwin hm

Dendam pun aku suka gak hahahaha oh dengan Katarsis. Hihi (tapi kalau kau nak proceed dgn novel pasni, aku tak galakkan buat cerita mcm ni la eh walaupun mungkin laku keras hahah)

Oleh itu sekian sahaja review dari pembaca yg marhaen ini. (Ps: aku bagi 5 bintang sebab aku dapat buku ni free tapi kalau tak dpt free aku bagi 4 bintang lah support member tapi kalau bukan member aku bagi 4 bintang jugak kot kekeke)
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
May 15, 2014
#koyak #siong # mental

Mungkin sebab aku dah biasa baca koleksi Cerpen daripada FIXI - KNB, NK, SJ, FS : maka aku kurang dapat hadam yang ini.

Sesuai untuk pengumpul tegar FIXI sebagai melengkapkan koleksi.
Profile Image for ezzietti.
9 reviews
March 20, 2015
untuk manusia yang sukakan bahan bacaan yang ringan dan tidak membebankan, koleksi cerpen semestinya jadi pilihan. aku mudah tenggelam dengan jalan cerita. sentiasa terbayang diri sendiri terperangkap dalam situasi cerita. hah.
Profile Image for Gina.
Author 11 books97 followers
April 19, 2014
#ngeri #kelabu #koyak #suspek #kacau #siong

Kalau dah kenan 6 daripada 40 certot, kiranya buku ni boleh tahan lah. Terasa seperti ada 4 penulis berkarya kerana berlainan sungguh cara penulisannya.
Profile Image for Klux.
185 reviews
December 22, 2024
Selepas 10 tahun diterbitkan, akhirnya saya memilih buku ini dari rak untuk di baca. Dan saya baca tanpa usul periksa. Saya hanya tahu terdapat 40 certot yang diinspirasikan dari judul buku FIXI yang lain.

Hampir keseluruhan 40 certot mempunyai tema yang sama: suram/ganas/seram. Kurang pasti jika itu memang hala tuju buku ini. Jika ya, ia sedikit mengecewakan. Pada satu tahap, ia buat saya tertanya: "Are you okay, Arif?"

Ada beberapa certot yang membuat saya terkesan seperti Bisik, Ilusaniti dan Infantisid. Ada juga certot yang masih relevan menyentuh isu Palestine dan boikot.

Saya senang dengan gaya oenulisan Arif Zulkifli, menjadi kan buku ini bacaan yang santai walau temanya agak gelap.

Plot/story: 3/5
Characters: 3/5
Development: 3/5
Style of writing: 5/5
Enjoyment: 4/5
Overall rating: 3.6/5
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
March 31, 2023
Lama juga aku cari buku ni. Dari zaman Buku Hitam Press wujud sampai jadi debu. Hahahaha.
Profile Image for Nazrinsaad.
20 reviews
December 24, 2014
Aku beli sejak hari pertama PBAKL dan baru sudah membacanya dua hari lepas.

FIXI cuba tampilkan kelainan dalam 40 dengan menerbitkan satu himpunan cerpen (terhad) dari seorang penulis.

Ya. Aku tahu sudah ada Cerpen Nizam Bakeri, Nadia Khan dan Shaz Johar, tapi ini adalah yang pertama dalam naskhah cerpen terhad FIXI.

Kelemahan utama tentulah dari segi kuantiti. Kuantiti certot yang banyak memaksa penulis untuk langsung meringkaskan cerita yg ingin disampaikan dan merenjatkan rasa pada sesetengah cerita.

Aku paling suka BISIK, tentunya, sebab aku paling terasa lepas baca certot tu.

Banyak kritikan sosial yang anda dapat jumpa dari antologi ini, rata-ratanya, bertemakan agama. Ya, dan orang kata kita hanya boleh berdakwah di masjid.

40 certot dimuatkan dalam satu buku mungkin terlalu banyak. Jadi tak pelik jika kau nampak satu dua certot yang bertindih tema dan penceritaan.

Dan ini menjadikan antologi ini biasa biasa saja.

xoxo
Profile Image for Hani Suraya.
Author 7 books50 followers
May 20, 2014
Aku suka dengan intipati dalam cerpen ni. Boleh dikatakan cerpen2 yang ada tu meliputi pelbagai genre dan topik. Dari hal politik, cinta, seram, misteri dan komedi (walaupun aku nampak macam penulis cuba untuk membuat eksperimen dlm penulisan seperti dalam genre fantasi/saifai, ia menjadi!)

Apa yang membuatkan aku kurang adalah konsep atau premis cerita yang ada berulang-ulang. Mungkin penulis adalah seorang peminat Hunger Games (betul ke tak? aku tatau). Cerpen bergenrekan thriller juga ada yang ok, ada yang biasa (yang ni sebab aku penggemar cerita thriller).

Overall, semua ok-ok saja. Tiga cerpen yang paling terfeveret adalah Cekik, Ilusaniti dan urm... Kasino.
Profile Image for mira..
182 reviews28 followers
December 20, 2014
dalam 40 tajuk yang ada ni, aku cuma takde:

kougar.
dendam.
zombijaya.
kelabu.
invasi.
suami.
isteri.
gergasi.
infantisid. ahaha. saje je ni.

so cerita dia macam em...okay kot? cuma yang kelakar sikit (bagi aku), ending dia yang lelebih kurang same je.

contoh:
1. mimpi gigit telinga orang, bila tersedar dan bangun ada bende terjatuh. tengok tengok telinga.
2. mimpi mati (dalam kubur). tetibe terjaga sebab mak kejut bangun. masuk bilik air, tengok cermin, kat rambut ada tanah. em.

bolehlah...kut? em. 2.8. kbai
Profile Image for Nursyafiqah Wai.
112 reviews3 followers
March 3, 2015
Gantung dan Kasyaf adalah dua buah cerpen yang aku minat dalam buku ni.

Menulis 40 buah kisah berlainan bukanlah kerja mudah. Memang mamat ni rajin. Ada beberapa cerita yang tak masuk akal, ada yang kejam sampai aku tak mampu nak baca. Creepy tapi aku seronok membaca sisi-sisi lain manusia yang tak pernah aku bayangkan atau terfikir. Aku sukakan kisah-kisah imam dengan sifat mereka yang ironi itu, satu teguran buat manusia dalam memahami makna beragama. Kudos Arif.
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
April 9, 2015
Ada yg Boom..ada yg average..walau apa pun,menghasilkan certot dgn tajuk2 buku Fixi bukan suatu yg mudah..mmg berbakat si Arif Zulkifli ni..
Thanks Fixi kerana hasilkan buku yg limited edition yg puas hati..walaupun lmbt dah rasanya nak baca buku ni..tapi ia tetap best..
24 reviews1 follower
May 1, 2014
Certot yang ngeri/seram memang ngeri gila sampai buat bulu roma aku meremang. Ada juga certot yang menyampaikan mesej yang mendalam sehingga membuatkan aku berhenti sejenak dan memikirkan. Overall, aku suka kebanyakan certot dalam buku ni. Keep it up Arif Zulkifli~
Profile Image for Ira Nadhirah.
602 reviews
June 28, 2014
Aku struggle gila beli buku ni. Tapi, itu lah dia. Tak puas hati. Mungkin ini lah kelemahan antologi cerpen dengan satu penulis. Ceritanya seakan akan sama. Mungkin ini satu naskhah penghargaan kepada Arif Zulkifli ni dari Fixi sebab rajin menulis dan masuk pertandingan. Effort kan penting.
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
May 1, 2014
buku yang menghimpunkan nilai-nilai kreativiti penulisnya, meski ada sebahagian isi kandungannya bercanggah dgn nilai-nilai kesusasteraan melayu, khususnya sastera islamik, namun pendekatan dari aspek hiburan utk pembacaan amat memuaskan
Displaying 1 - 30 of 45 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.