Kehidupan ini ada naik turunnya. Ada hitam putihnya. Ada pahit jeritnya. Tapi itulah pengalaman.
Alia membawa diri ke Tanah Ratu setelah putus tunang dengan Ansari. Di sana dia menyambung pelajaran di University of Durham. Kehadiran Ikhwan yang menjadi ‘penjaga’ tidak rasminya semasa di sana, sedikit sebanyak mampu melupakan kenangan pahitnya di Malaysia. Namun, cinta datang tanpa diundang. Dalam diam, Ikhwan mencintai gadis itu dan sudah bersedia untuk melamarnya.
Tanpa disangka-sangka, Alia terlebih dahulu menerima pinangan Aiman, sepupu Ikhwan.
Ketika kita diuji, Kita sering mempersoalkan Soalan seperti kenapa, mengapa, selalu meniti di bibir. Kita lupa, ujian Allah itu menguatkan.
Kisah rumah tangga Aiman dan Alia tidak indah semuanya. Kehadiran orang ketiga, Akmal Hani merubah segala-galanya. Malah, satu insiden yang mengejutkan hampir-hampir saja membuat Alia hilang akal.
Alia ditinggalkan sekali lagi. Lalu, dia kembali membawa diri jauh ke Tanah Ratu mengubat hati yang pilu. Dan Ikhwan, dengan sepenuh hati mencari Alia semula.
Dalam ujian ada hikmahnya. Dalam ribut ada tenangnya. Dalam sedih ada gembiranya. Dalam lara ada manisnya.
Blogging since 2004. Author, writer, blogger, traveler.
Published books 1. Naqiah Khalida - Must Read Sdn Bhd (2008) 2. Kaca Jendela Ainnur - Jemari Seni Sdn Bhd (2011) 3. ...Dan Dafodil pun Berbunga Lagi - JS Adiwarna (2014) 4. Bukan Lelaki Syurga - Fajar Pakeer (2019) 5. Kompilasi Segalanya Cinta - Scribble Media (2020) 6. Kompilasi Malam 1000 Bulan - Scribble Media (2020)
Phew, setelah hampir setahun saya ‘memeram’ buku ini akhirnya tamat juga pembacaan. Rugi sebenarnya tak baca dari awal sebab kisahnya terselit banyak pengajaran walapun menitis juga air mata nak menamatkan pembacaan. Hihi..
Setelah putus tunang Alia bertekad membawa diri ke Tanah Ratu untuk menyambung pengajiannya. Kehadiran Ikhwan, anak kepada kenalan keluarga Alia banyak membantu Alia menyesuaikan diri dengan kehidupan barunya di rantauan. Seringkali hubungan erat mereka disalah erti. Bagi Alia, Irwan hanyalah kenalan yang telah diamanahkan oleh keluarga Alia untuk ‘menjaga’nya di sana. Lagi pula Alia masih belum bersedia untuk memulakan hubungan dengan lelaki setelah dikecewakan oleh tunangnya.
Kemudian muncul pula Aiman, teman siber Alia yang berniat untuk berkenalan secara serius dengan Alia. Dalam masa yang sama, Kak Ain, kenalan Alia di Durham pula mahu menjodohkan Alia dengan adiknya yang bekerja di Jepun. Ramai sungguh yang prihatin dengan Alia ni kan?
Kesungguhan Aiman akhirnya berjaya membuka hati Alia. Walaupun Alia kaku dan sedikit dingin sepanjang pertunangan mereka, dia tetap berusaha untuk menerima Aiman dalam hidupnya.
Dugaan bagaikan tak putus menghambat hidup Alia bila munculnya orang ketiga yang berjaya menggugat ketenangan rumah tangga Alia-Aiman Kehadiran Akmal Hani, cinta pertama Aiman ditambah dengan desakan faktor persekitaran termasuk isu zuriat telah memburukkan lagi masalah mereka. Walaupun terluka, Alia berusaha untuk menerima perkahwinan kedua Aiman seikhlasnya. Namun siapa sangka kerana salah faham dan sikap terburu-buru Aiman, Alia akhirnya diceraikan.
Sedih? Memang sedih. Tapi Alia redha dan berusaha untuk jadi kuat semata kerana zuriat yang sedang dikandungkannya. Kuatkah Alia menghadapi cabaran dan dugaan sebagai seorang ibu tunggal?
Komen saya:
1. Zarif Aiman - entah kenapa saya memang 'tak selesa' dengan watak ini sedari awal. Mungkin kerana sikapnya yang suka memaksa dan agak diktator. Kata orang, yang susah nak dapat tu patutnya kita hargailah sebaiknya. Tapi Aiman ni boleh pulak terbuai dengan sejarah cintanya dengan Akmal Hani. Baik tak bertempat. Heh. Dah hilang baru nak menyesal. Baru sedar yang mana kaca, yang mana permata. Padan muka!
2. Akmal Hani - watak ini memang mengingatkan saya kepada Wairah (Lelaki Januari). Watak yang mengundang trauma orang perempuan. :( Ingatan untuk diri sendiri; kalau boleh orang perempuan ni janganlah suka gunakan kelemahan diri mereka untuk tarik perhatian lelaki. Taktik yang sangat murah okay? :(
3. Ikhwan - ini watak kegemaran saya. Tiba-tiba jadi bias. Haha. :P Bagi saya watak Ikhwan sangat gentleman. Dia yakin dengan percaturan Allah. Kemudian bila peluang kali kedua datang dia tak bertangguh sebab tak mahu terlewat bertindak lagi. Untung kan? Betullah kata orang, sabar itu indah. :)
4. Alia - saya suka watak Alia. Tegas. Tetap pendirian. Tak mudah kalah pada tekanan. Buruk macam mana pun layanan suami tetap disimpan kukuh dari pengetahuan keluarga. Cuma itulah, jodohnya bersama Aiman memang tak panjang. Dan watak Alia ni sebenarnya mengajarkan kita erti ketabahan dan tak mudah putus asa.
5. Terima kasih dan tahniah buat penulis untuk kisah yang penuh pengajaran (dan beremosi) ni. Moga diberikan kesempatan untuk terus menulis dan berkongsi cerita dengan para pembaca. :)
Pegang karya ini based on recommendation and Alhamdulillah tak rugi.
Pada saya karya ini sedikit sebanyak dapat meet my expectation and I treat it as medicine. Yes, ubat. Tapi ubat peringkat 1… mild but still terasa juga pahit nya sebab tu namanya ubat kan. Ubat yang harus dimakan saja without air masak or air mineral (h2O) sbb kekadang tu even air masak pun boleh diletak racun tanpa kita sedari ya, harap maklum.. so berhati-hatilah.
Walaupun pembacaan saya pada suku peringkat pertama agak lembab tapi its ok… once I settle that stage memang my reading like supersonic until ke tiga suku pembacaan and at there baru saya faham kepada pada awalnya its kind of slow movement for me. Yes bersebab and I accept it.
Few typos dalam 2 3 ja… and take note at page 553, para 2. It suppose to be Aiman not Ikhwan sebab yang bermonologue itu sudah Ikhwan. Rasa-rasanya lah, and sorry. Correct me if I’m wrong.
Thx to the writer coz drive readers to Europe, Middle East dan japan smoothly.
Pengisian yang halus dan tertib tapi still menusuk kalbu. Bagi saya ini percubaan yang agak berani on the ending side and I like it. Tahniah.
Oh! Ini pertama kali berkenalan with writer meaning after this kena cari her previous books nampaknya.
Mood ke lautttttttt...seminggu masa diambil untuk hadam buku ni..
TBC ---> kalau rajin..
27.06.2014
Perjalanan Alia penuh ranjau. Gadis tunggal dalam keluarga ini teruji dengan persoalan jodoh. Dari zaman anak gadis sehinggalah dia bergelar isteri-janda muda-kembali memegang gelaran isteri buat kali kedua. Bukan mudah menghadam karya ini kalau tidak kuat hati, kerana ia penuh dengan ranjau hidup yang perlu ditelan walaupun pahit.
Pertunangan yang putus ketika semua kad jemputan sudah diedarkan memang meninggalkan kesan yang dalam hati Alia. Ansari, tunangan yang dikenali sejak sekolah sanggup memutuskan pertunangan mereka kerana persoalan yang tidak mahu diterangkan. Walaupun umi Ansari berusaha untuk menghalang, pada Alia sekali orang menolak, tidak akan dia terhegeh-hegeh menagih kasih lagi.
Namun dugaan itu tidak menghalang Alia untuk mengejar cita-cita. Keran putus tunang, dia nekad menjejak kaki ke Tanah Ratu. Walaupun mak ayah kurang merestuinya. Tapi pujukan dan juga kesungguhan Alia tertunai. Walaupun pada dasarnya kepercayaan mak ayah, tergalas di bahu Ikhwan. Anak kenalan mak ayah. Perkenalan mereka memang nampak agak drastik sebab umi Ikhwan memang ada merisik Alia untuk anak lelaki tunggalnya ini. Tapi kedua orang tua mereka memberi ruang untuk mereka saling mengenali.
Pada masa yang sama, teman maya Alia pula muncul. Aiman yang hanya dikenali di alam maya tiba-tiba bersungguh mahu berjumpa. Tambah pula dengan cadangan Kak Ain mahu menjodohkan Alia dengan adiknya yang bekerja di Jepun. Haiiiiilah, ramai sungguh orang yang mahu mencarikan jodoh buat Alia ni.
Dalam masa yang sama, perhatian Ikhwan yang kadang kala meninggalkan sedikit rasa dalam hati kecil Alia. Tapi disebabkan Ikhwan yang terlalu pendiam dan juga tidak berterus terang menyebabkan Alia tidak berani untuk meletakkan harapan.
Kesungguhan Aiman pula telah membuka hati Alia untuk menerima lelaki itu. Walaupun pada sepanjang ikatan pertunangan mereka, nampak Alia sedikit menolak lelaki ini. Tapi selepas ikatan mereka halal, segala rasa dan kasih Alia terus tertumpah kepada Aiman.
Ketika ini muncul watak antagonis yang telah meninggalkan kesan yang parah pada perkahwinan Alia-Aiman. Kadang kala desakan orang sekeliling kerana isu zuriat juga telah menambah rencah dalam permasalahan mereka. Aiman yang mula terbuai dengan kehadiran bekas kekasih pertama juga makin mencelarukan rumahtangga yang dibina. Terluka hatinya Alia apabila suami yang dikasihi tega meminta untuk berkahwin lain. Sanggup Aiman menconteng maruah keluarga. Selepas Aiman berkahwin dengan Akmal Hani, masjid Aiman-Alia semakin teruk bergoncang. Kerana salah faham dan juga hasutan syaitan, Alia dilepaskan kerana sikap terburu-buru Aiman dan juga cemburu.
Alia kembali lagi ke Tanah Ratu. Kembali kerana sekali lagi terluka tapi kali ini dia kembali dengan nyawa yang dikandung, yang dirahsiakan dari pengetahuan keluarga Aiman. Ikhwan sekali lagi menjadi lelaki budiman kerana dia sanggup untuk kehilangan cinta hatinya buat kali kedua. Kelahiran Fitriyah disambut dengan rasa kesyukuran dan perkahwinan kedua Alia berjalan lancar dan bahagia.
Namun kepulangan mereka ke Malaysia, telah menimbulkan rasa takut dalm hati ALia. Takut kehilangan hak ke atas Fitriyah jika Aiman tahu bahagia itu juga zuriatnya. Tapi hakikat itu memang tidak akan pernah berubah.
Aiman pula mula menuntut Fitriyah kerana Akmal Hani tidak mampu untuk hamil (eh, tidak pula diceraikan si Hani yang busuk hati ni). Tapi sekali lagi Alia terduga, kerana Aiman yang tidak berhati perut. Fitriyah yan menjadi mangsa. Anak sekecil itu hilang dari mereka dalam sekelip mata. Walaupun sukar dan pahit maung untuk ditelan, Alia terpaksa.
Hujan-ribut-petir-guruh yang menimpa, pastilah ada pelangi di penghujungnya.
Komentar:
Karya yang cukup rencah rasa. Isu yang berat diketengah. Ada tawa, bahagia, kecewa, sedih dan tangis ketika bersama Alia. Watak Alia yang pada dasar nampak kukuh dan kuat tapi apabila diteliti dia masih punya hati yang lembut. Rasa setia dan maruah suami terus dijunjung walaupun hati dan tubuh badan terluka oleh sikap kejam si suami.
Watak-watak sampingan yang sinonim dalam masyarakat seperti Mak Ndak Aiman itu memang menjadi kudis sungguh dalam kisah ini. KakChik tertanya pada kisahnya selepas Aiman-Hani yang sudah pasti tidak boleh beranak itu. Masih berkicaukah mulut si tua itu?
Buat cik penulis, terima kasih untuk sebuah karya yang penuh pengajaran dan juga air mata. Watak Fitriyah, si anak kecil yang cuma muncul seketika tapi impaknya kuat sekali.
Namun terdapat beberapa kesilapan kecil yang masih boleh diperbaiki seperti tanda "..." untuk dialog yang kadang kala hilang walaupun dialog tersebut dituturkan oleh watak bukannya monolog.
Tamat pada jam 4.20 am Tamat pada jam 4.20 am Basah bantal dengan linangan air mata membaca kisah hidup Alia, pelamin angan musnah sebelum beberapa minggu bakal diijab kabul, membawa diri ke Tanah Ratu menyambung pelajaran dan diintai untuk menjadi isteri kepada teman yang dikenali secara alam maya, melalui istikarah dia bersetuju menerima lamaran. Rumah tangga bahagia diuji dengan hubungan jarak jauh atas satu tanggungjawab dan isu anak tak sudah-sudah dipersoalkan buat hati nanar. Panasss bila suami bertemu bekas kekasih, boleh agak kan apa yang berlaku? Alia merasa pahit hidup bermadu, suami yang tidak rasional menyebabkan dia menjanda pada usia muda bersama tittle ibu tunggal, tetapi nantikan ya ada seseorang yang masih setia menanti Alia, sudikah Alia menerima lelaki lain dalam hidup dia selepas 2 kali dikecewakan , paling membuat hati turut bersedih apabila diuji dengan kehilangan permata hati. Semuanya buat kita belajar sesuatu. Bersyukur dan menghargai pasangan selagi mereka ada dengan kita serta bersangka baik dengan perancangan Allah. Terima kasih kepada penulis untuk kisah ini, jangan pernah terlintas untuk berhenti menulis. Cik Pah tunggu kelahiran novel DN yang seterusnya.
...dan Dafodil pun Berbunga Lagi; di tulis sepuluh tahun yang lalu dengan menggunakan tajuk Natalia Natasha. (Oh maaf! Saya sangat tidak pandai memberikan tajuk untuk setiap tulisan saya!)
Istimewanya tulisan ini pada saya, kerana ini tulisan pertama. Yang akhirnya dijadikan pekasam hingga dikeluarkan tahun lepas untuk diedit. Di cantas. Dan akhirnya, ditulis semula.
Review? Ini tentang Alia. Ini tentang Aiman. Ini tentang Ikhwan.
Ini tentang kisah hidup seorang perempuan yang pernah jatuh dan bangun. Ini kisah tentang perempuan yang diuji oleh-Nya.
Dalam tulisan ini; Ada kisah benar. Ya, kisah yang benar-benar terjadi. Yang Diya tulis dan adaptasikan dalam novel ini. Andai ada yang ketemu, Andai ada yang dapat menangkap dimanakah kisah itu, uar-uarkanlah :)
Dan untuk kisah ini, Diya harap, anda akan memiliki dan merasai, Apa yang istimewanya dengan DDPBL, seperti apa yang Diya rasai.
" yang aku rasakan terbaik untukku, belum tentu yang terbaik pada-Nya "
This is a story that teaches us how to be a strong and independent woman, teaches us how to let go the hatred feelings and move on, teaches us how to forgive and forget no matter how much time we need to cool down.. and the most important is, this book teaches us to accept the fate that already destined to us.
Our beloved and dearest person is a gift that Allah lent to us in this dunya, and when time comes we have to be prepared if Allah wants to take her/him back.
Between the two choices that we have, sometimes we take the wrong way. We keep playing ' what if we take the other one? ' in our mind, but without us realize it, the wrong way that we take is Allah's will to make us a strong person in the future...
Cerita yang sangat menarik dan menyentuh perasaan.. Semangat Alia tu sangat Sha suka.. Penulis berjaya memberikan gambaran bahawa wanita itu sekali dilukai selamanya diingati.. Dilukai bukan bererti mengalah sebaliknya bangkit mengejar kehidupan yang lebih baik.. Tahniah buat penulis untuk sebuah cerita yang sangat menyentuh perasaan dan memberikan impak positif..
Sebelum baca buku ni, ku tak expect yang buku ni akan buatku nangis. Ingatkan kisah happy-happy je. Jujurnya, masa beli buku ni dulu, ku tengok rating kat Goodreads 4 plus gitu (ku tak tengok review pun. Even blurb pun tak baca). So, ku just assume yang buku ni dalam kategori best. .
So, bila dah start baca, ku just go with the flow. Buku ni terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian 1, kisah tentang Alia yang putus tunang dengan Ansari, Alia sambung belajar di Durham dan bersahabat dengan Ikhwan. Pada masa yang sama, Alia ni ada kawan pena bernama Aiman. So, masa part ni, ku suka sangat bila penulis menceritakan tentang suasana belajar di luar negara. God! Serius jealous dengan kawan-kawan yang berpeluang belajar kat oversea. Then, masa ni, ku dah jatuh hati ngan perwatakan Ikhwan. Dia sangat menjaga batasnya dengan perempuan. Tapi, pada masa yang sama, dia sentiasa menjaga kebajikan Alia. Ku suka bila kawan Alia pernah bagitahu yang sebenarnya Ikhwan ni tengah mempersiapkan diri Alia untuk Ikhwan. Selalu ajak join program bagai. Dan pada masa ni jugaklah Aiman muncul. Seriously mamat ni annoying. Sejenis suka mendesak. Keluarganya pun sama. Masa ni, ku dah cuak. Siapakah pilihan Alia? Dan masa ni jugaklah, entah macam mana, ku tutup buku kejap untuk main phone dan tetiba mata terpandang blurb. Dah ada spoiler. Weh, terus rasa down. Hurm, so dah tahu dah siapa pilihan Alia. Benci betul. .
Bahagian 2 & 3. Cerita yang lebih mencabar. Kehidupan lepas kahwin tak semudah yang disangkakan. Tambahan pulak, Alia dan Aiman ni PJJ. Isu anak pulak yang timbul. Serius, bila baca part ni, takut pulak rasanya nak kahwin. Betapa perlunya toleransi dan persefahaman dalam rumah tangga. Dan muncul pulak si langau. Masa ni, ku memang benci betul ngan Aiman. Dan banyak lagilah dugaan yang dilalui oleh Alia. .
Tapi nasib baik endingnya ngan Ikhwan. Tapi, bukan mudah untuk sampai ke tahap tu. Betullah, sabar itu indah. Dulu Ikhwan pernah terlambat. Sekarang bila dah ada peluang depan mata, dia terus rembat. Terima kasih Ikhwan sebab setia menanti.
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM15. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Indahnya penulisan novel ini, terutama apabila ia disertakan sekali dengan pengajaran yang membina.
Bak kata pepatah orang putih, "You'll kiss a few frogs before you'll find the prince charming."
Begitulah kehidupan Alia selepas pertunangannya diputuskan oleh Ansari. Dia kemudian dipinang oleh Aiman, seorang rakan yang dikenali Alia secara online.
Bercinta selepas berkahwin sememangnya lebih indah. Itulah yang Alia rasakan bersama Aiman. Di sebalik kebahagian, pasti ada pasang surutnya. Tapi tidak disangka oleh Alia yang dia akan dimadukan. Haknya sebagai seorang isteri cuba dia pertahankan sebaik mungkin. Malangnya janji yang ditaburkan oleh Aiman hanyalah sekadar janji di mulut.
Lebih kepada 4.5 tapi saya bulatkan ke 5. Sebabnya, ia buku pertama karya Diya Nordin dan kalau yang ini sebegitu bagus, walaupun namanya tidak begitu havoc dalam kalangan mereka yang menggemari novel cinta, maknanya (bagi saya), beliau penulis yang sangat baik. Tak perlu di hype sangat dengan gambar orang pose macam-macam atau teaser menggoda, semua ramuan sebuah karya kreatif yang bermutu bagi saya ada dalam buku ni. Sekejap, saya nak fikir kalau ada sudut yang saya nak cadang tambahbaik.... takde 😊
"Aku ingin jadi spt dafodil... Biar kala datang musim luruh bunganya gugur namun tika datang musim bunga, dafodil tetap bertunas dan berbunga lagi. Dan sewaktu tiba musim panas ia tetap tegak melawan mentari..."
Karya pertama penulis yg aku baca. Suka gaya bahasanya, menyentuh hati. Pd aku kisah ini cukup rencah dan pengajaran. Perjalanan hidup seorg wanita yg sangat kuat dr segi semangat, berdikari, mempunyai akhlak dan moral yg baik tp diuji dgn kekecewaan.
Permulaan cerita, Alia ditinggalkan tunangnya yg curang dgn perempuan lain. Alia nekad menyambung pelajaran ke Durham utk ubat hati yg kecewa. Perkenalan dgn Ikhwan yg merupakan anak kpd kenalan parent nya mmg agak rapat tp Alia hny anggap Ikhwan sbg kawan atau pun sbg pelindung sewaktu berada di tanah ratu. Btw, aku suka dgn Ikhwan ni. Cuma dia agak slow dlm berterus-terang.
Muncul pulak Aiman, kawan cyber Alia. Aku memang tak suka dia ni. Sbb terlampau memaksa. Lagi stress bila Kak Ain, kenalan Alia yg nak jodohkan dgn adiknya yg bekerja di Jepun. Kakak Aiman rupanya Kak Ain ni. Sama je sikap dua beradik ni, memaksa. Tp dah jodoh kot. Alia kawen dgn Aiman. Kesian Ikhwan bila dia tahu. Dah terlambat utk dia luah perasaan.
Bila berkahwin, sekali lagi Alia diuji sebab kehadiran org ketiga, Akmal Hani iaitu bekas kekasih Aiman. Lepas masalah takde zuriat jugak jd penyebab lg pd semua ni. Alia dimadukan. Betapa sabar dan redhanya Alia tp Aiman ni tak nampak. Dan aku happy bila Alia cerai dgn Aiman. (Jahat kan aku? Haha..)
Yang paling dinanti, akhirnya Ikhwan tak lepaskan peluang dapatkan Alia balik. Tak tunggu lama, terus masuk line. Walaupun pengakhiran dia ada satu kisah yg sedih, tp beri aku kepuasan. Ending, Alia dan Ikhwan bahagia selamanya. Dan Aiman, menyesal tak sudah bila semua kebenaran terbongkar.
Power! Cerita yang cukup rencahnya dan penuh pengajaran. Terima kasih. Cerita ini mengenai perjalanan hidup seorang Nur'alia Natasha dari sebelum berkahwin sehingga ada anak. Mula-mula dia putus tunang dengan Hazif Ansari dalam beberapa minggu sebelum hari pernikahan mereka. Ansari telah jatuh cinta dengan kawan baik Alia dan cuba untuk menyalahkan Alia di mata orang tua mereka. Tetapi Alia dapat menepis tuduhan itu. Selepas itu Alia ke Durham untuk melanjutkan pelajaran serta untuk menenangkan fikiran. Ikhwan di amanahkan untuk menjaga Alia oleh keluarga Alia. Ikhwan dalam diam mula menyimpan rasa pada Alia. Tetapi sebelum dia dapat menyatakan rasa hatinya, Alia telah di tunangkan dengan sepupunya, Zarif Aiman. Setelah bertahun berkahwin, rumahtangga Alia bergolak dengan kehadiran bekas kekasih Aiman, Akmal Hani. Mulanya Alia dimadukan tetapi tidak lama selepas itu, Aiman menceraikan Alia atas alasan Alia curang dengan Ansari serta mandul. Pada masa itu Alia tengah mengandung, tetapi dia tidak mahu memaklumkannya pada Aiman. Alia sekali lagi lari ke UK untuk melanjutkan pelajarannya serta menjauhkan diri dari Aiman dan keluarganya. Ikhwan dapat menjejak Alia di Manchester. Ikhwan sentiasa menemani Alia di masa Alia memerlukan. Selepas Alia melahirkan, Ikhwan terus mengahwini Alia. Mereka bahagia bersama walaupun Ikhwan jarang berada di rumah kerana kerja. Setelah lima tahun, Ikhwan bercadang untuk pulang ke Malaysia. Alia keberatan kerana takut Aiman akan tahu tentang anaknya, Fitriyah, lalu mengambilnya. Sementara itu Alia mengandung lagi. Semasa majlis kesyukuran, mama Aiman dapat menebak bahawa Fitriyah adalah cucunya. Ikhwan dan Alia mengiyakan ujar mama Aiman. Aiman dapat tahu tentang anaknya lalu berusaha untuk mendapatkan Fitriyah. Ini adalah kerana Hani telah keguguran dan tidak dapat mengandung lagi. Alia membenarkan Aiman melawat Fitriyah. Tetapi pada suatu hari Aiman telah melarikan Fitriyah. Kerana fikirannya yang terganggu, Alia kemalangan. Anak-anak dalam kandungan Alia dapat diselamatkan tetapi Alia koma untuk beberapa minggu. Setelah beberapa bulan barulah Ikhwan dapat berita tentang Fitriyah. Dia terlantar di hospital tidak sedarkan diri kerana jangkitan kuman sudah melarat ke otak. Fitriyah sempat buka matanya dan bermanja dengan Alia dan Ikhwan sebelum meninggal dunia. Alia sedih tetapi akhirnya dia reda akan ketentuanNya. Walaupun Alia telah memaafkan dirinya, Aiman tetap rasa bersalah atas tindak-tanduknya melarikan Fitriyah. Aiman sedar dia telah banyak menyakitkan hati Alia dan sekarang dia reda Alia telah temu kebahagiaannya.
Saya boleh cakap novel ni sebagai novel siri wanita. Sebab apa? Sebab dalam novel banyak disentuh tentang kekuatan, pengorbanan, usaha, moral, akhlak seorang wanita bernama Alia.
Ni bukan sebuah novel kosong. Ni adalah sebuah novel yang sangat sarat dengan pengisian, motivasi, inspirasi & kekuatan sebagai seorang wanita.
Betul lah. Wanita tidak boleh terlalu berharap atau meletakkan harapan yang tinggi dalam kehidupan. Wanita kena terbuka, positif & kuat luar dalaman.
Novel ni juga menyentuh tentang pentingnya wanita untuk berilmu, beradab, bekerjaya. Kenapa?
Anda patut baca novel ni. Dan baru anda tahu... 😄
Cuma ada sedikit kesalahan watak, typo & cerita tergantung (bagi saya lah) - part Aiman sampai kesudah tak tahu siapa yang delete mesej/call Alia. Tapi for sure Akmal Hani. Cuma x dinyatakan siapa sampai akhir cerita 😅
Pengakhiran yg baik. Sedih. Semua hak milik Allah. Kita punyai perasaan yg pelbagai. perjalanan Alia tidak mudah tapi perjalanan yg berlandaskan sokongan kuat yg tersayang membuat dia teguh. twice beaten but she shines on her 3rd attempt. A very nicely written book with good content of advise for you and me.
buku ni dah lama sy beli & akhirnya sy berpeluang utk membacanya. seriously, jatuh jugak air mata sy tatkala baca karya beliau (wlpn puas ditahan sebenarnya :D ) sejujurnya, sy ambil ms 3 hari sahaja utk menghabiskan novel ni. semakin saya ingin berhenti membacanya, semakin itu sy ditarik utk tdk meninggalkannya. sy tertarik dgn heronya, Ikhwan hahaha!!! (blh gitu?) apa pun... sy suka semangat Alia, seorang yang kuat dan tabah. namun, sy sakit hati yg amat sgt dgn Aiman. rasa nak hempuk aje :D Apa pn... congrats cik writer. P/s :tatkala membaca karya cik writer ni... sy terbayangkan seseorang :)
Tamat dengan kepuasan. Terima kasih diya atas cerita yang menarik. Akak tak pandai nak ulas panjang2 apa pun akk memang suka jalan ceritanya... Akak akan tunggu novel terbaru diya...teruskan menulis ya
Menyusuri perjalanan hidup si Alia; dari zaman tunang, putus tunang, membujang, kahwin dan bercinta selepas kahwin, menjanda dan berkahwin semula. Tak lari dari pelbagai ujian yang menyesakkan dada.
Aiman, dasar lelaki tak guna. Haha bila nak bersungguh, bila dah dapat tak menghargai. Acah nak jadi pelindung wanita. Hati Isteri di rumah tak dijaga. Semua salah kak zurratulain, nak sangat matchmaking adiknya dengan Alia. Ikhwan pulak slow.
Kisah rumahtangga yang tak selalunya bahagia. Meruntun jiwa juga, merembes air mata.
Cuma saya tak faham. Kan Ikhwan yang perkenalkan Kak Zurratulain tu sebagai sepupu dia. Dan kalau Aiman tu adik Kak Zurratulain, dah sah-sah la Aiman tu sepupu Ikhwan. Kenapa nak terkejut masa Aiman perkenalkan Ikhwan pada Alia? Pelik2. Mungkin saya yang terlepas pandang.
Buku ni sebenarnya beli lama sangat dah. Terbit tahun 2014 dan 2021 baru baca! Tapi takpe better late than never kan?
Novel ni terlalu indah diungkap sebab kena dengan gaya bahasaku, jalan ceritanya juga. Tapi bagiku agak berat jalan ceritanya sebab Alia melalui banyak dugaan untuk bahagia.
Watak yang sangat aku kagumi, heroinnya Alia. Kagum sampai nak jadikan idola. Boleh tak? Hihihi
Alia itu tabah orangnya. Kuat semangatnya, tinggi cita citanya.
Ikhwan, hero dalam cerita ni paling tenang.
Novel ini banyak pengajaran yang aku kutip. Jodoh tu sangat misteri dan rahsia Allah. Dan sekuat mana pun kita lari tapi kalau dah Allah dah tetakan dia jodoh kita, maka dia lah jodoh kita.
saya pernah mengikuti kisah ini diblog penulis. tapi waktu itu tergantung.
berat untuk memulakan pengembaraan saya bersama alia. kerana buku sblm ini terlalu melankolik. saya tak suka baca kisah yg terlalu sedih.lagi stress.
nyata, buku ini juga dibahagikan 3 part 1: a)alia dan tunangnya b)alia dan ikhwan c) alia dan aiman part 2 : hidup alia dan aiman part 3 : alia dan ikhwan
walaupun ada sedihnya tetapi ia terlalu sedih.
gaya penulisan kali ini lebih baik. saya tidak nampak bayangan penulisan kak su di sini tapi sepertinya kak su itu sbgai mentor penulis. gaya bahasa yg santai dan lembut. sangat jelas.
cuma, alia dan ikhwan walaupun bertahun di negara org tetapi masih ada pemikiran orang melayu.
cuma watak alia tidak serasi dgn saya sbb dia terlalu lemah lembut barangkali.
namun, keseluruhan tiada kecewa dgn muka surat yg tebal itu. thumbs up!
perjalanan hidup seorang Alia itu tidak mudah .kecewa dgn Ansari, bertemu Ikhwan penjaganya di Durham tetapi bertemu jodoh dengan rakan alam mayanya si Aiman ..sayangnya dikecewakan sekali lagi oleh Aiman saat diri hamil .rupanya bahagia itu ada bersama Ikhwan .namun hidup ini tak sempurna tanpa ada suka dan duka apabila hidup Alia diduga lagi dengan pemergian si kecil Fitriyah . sedih kisah ini .