Meski sudah membuktikan kebolehannya di dalam pertandingan seni tari dan silat beberapa bulan yang dulu di Cayapata, Ayu Candramaya masih juga disisihkan oleh teman-teman sekolah Mustika. Bermacam-macam fitnah dan kata-kata nista yang dilemparkan kepada Ayu Candramaya, namun gadis itu tetap berdiri tinggi dan menghadapinya dengan cekal.
Kedatangan Ratu Temaga dari Meligai Gadong ke Mustika telah membawa Ayu Candramaya serta sahabat-sahabat Mustikanya ke satu lagi petualangan yang seru. Serangan daripada musuh yang sentiasa mengincar peluang untuk merampas Sukma Canderawasih datang dari segenap penjuru. Malah, kali ini dengan seteru purba yang lebih ganas dan menakutkan.
Dugaan yang menujah-nujah membuatkan Ayu Candramaya dalam dilema, di antara mahu menyelamatkan sebuah nusa yang di ambang peperangan, atau pulang ke Arga menjaga nama baik Mustika.
Selamat kembali ke Benua Suwarga dan semoga kembara kalian kali ini menghiburkan.
Buku kedua ni lebih banyak benda jadi berbanding buku pertama yang santai2. Overall its a good read. Plus, budaya kehidupan di Meligai Gadong tu banyak mengingatkan aku dengan budaya di negeri Sarawak. Agak menarik sebenarnya sebab jarang-jarang aku baca cerita menyentuh tentang budaya negeri lain. Apatah lagi dalam buku fantasi. Jadi ada kelainannya di situ.
Yang paling aku suka ialah karakter Ayu nampak lebih matang dan karakternya lebih berkembang dari buku pertama. Banyak juga watak yang ada dalam buku Indera bumi ini, namun semuanya memainkan peranan dengan sangat baik. Babak aksi berlawan guna kuasa tu pun aku dapat bayangkan dengan mudah hehe. Cuma siapa pemilik indera bumi tu yang paling aku tak sangka2 haha. Banyak kali aku tersasar meneka ye 😂
Dan seperti biasalah, ada persoalan yang masih belum terjawab. It's okay. Bakal ditunggu pada buku seterusnya 🙈 Anyway tahniah author untuk kelahiran naskhah ini. Moga terus berkarya hendaknya ☺️
1. Finally baru dapat baca buku ke 2 Hikayat Suwarga series ni. Dah lama sangat ni aku baca buku 1. Rasa macam dah hilang ingatan pulak 😂 Buku 1 aku love gila. Buku 2 pun best, love gilak jugak.
2. Dalam buku 2 Ayu Candramaya dah jadi badass. Dia dah dapat control power sukma Cenderawasih dia. Dah jadi student terhebat kat Mustika tu. Mostly student Mustika masih lagi tak suka Ayu. But thank God Ayu still ada geng besties dia dari buku 1. Sari Pertiwi, Kesuma Endah dan Citra Widuri. Love their relationship!
3. Dalam Indera Bumi ni, Ayu & besties dapat peluang visit Meligai Gadong. Diorang belajar kat sana pulak. Mostly kisah diorang kat Meligai Gadong ni la. Aku suka betul dengan Ratu Meligai Gadong si Temaga. She's very powerful. She can turn into burung Enggang form.
4. Pebenda tah Raja Cayapata ni. Kena reject terus isytihar perang? Watdehek
5. Aku tak puas hati sikit sebab tak ada progress antara Ayu Candramaya dengan Arjuna Utama. Slow burn sangat nehh 😂
6. New creatures unlocked in Meligai Gadong : • Jantaka - manusia kelawar. Lebih kurang vampire la kut • Simalungun - cursed white crocodile
7. Fun fact : Indera Bumi is another form of sukma, like Cenderawasih.
8. Kresna mengingatkan aku pada Darkling dalam Shadow and Bone sebab dia keluarkan sukma hitam 😆
9. Unfortunately, the end has no end. Tapi nasib baik tak cliffhanger. Kalau tak merana la nak tunggu next book haha
10. Overall, I love this series so much. Buku memang nampak tebal gila tapi sekejap je boleh habis. I always love the writing style, beautiful. Paling best, short chapter.
buku sambungan hikayat suwarga menunjukkan bahawa Ayu semakin matang dan lebih mahir menguasai sakti Sukma Canderawasih, tapi masih lagi tak diterima dikalangan rakan-rakan nya yang lain sekolah Mustika. Kesian Ayu, masih lagi di buli mental.. huhu
Jemputan dari Ratu Temaga ke Meligai Gadong beri peluang Ayu memantapkan lagi skill penguasaan sakti dan memantangkan lagi pemikiran Ayu. Macam-macam berlaku di Meligai Gadong dengan serangan makhluk terkutu sehingga membangkitkan kemarahan Ratu Temaga yang baik cantik tu.. Nasib baik ada Ayu dan kawan2nya setia. Aku tabik betul kesetiaan dengan kawan-kawan Ayu, walaupun ada yang tak mempunyai sakti, tapi sanggup menempuh bahaya sama-sama dengan Ayu.
Sepanjang aku baca, aku rasa macam Meligai Gadong, adakah dia bumi Sarawak di alam kita? hahaha.. Dari pakaian Ratu Temaga dan rakyatnya dan dengan perincian kehidupan rakyat Meligai Gadong tu, rakyatnya aku rasa ye dah.. Well, it's good mengangkat budaya bumi Sarawak memandangkan penulis pun dari Sarawak?
Sikit komplen aku: - Nak sampai ke sub tajuk Indera Bumi tu macam lama sangat. Dah habis separuh baru jumpa tentang Indera Bumi. Ingatkan hikayat kali ni akan tekankan banyak tentang Indera Bumi macam sub tajuk Sukma Canderawasih. - Then, nama Indera Bumi tu macam tak konsisten?Kadang-kadang aku macam jumpa nama Indera Sakti juga. Indera yang sama kan 2 tu?
Buku ni memang worth to read. Walaupun tebal kemahin, tapi kalau memang korang punya favourite genre, sila la baca.
Okey, Penulis Tey Marzuki.. Sila sambung lagi.. Fighting!
Buku kedua Hikayat Suwarga kali ini berlatar belakangkan Meligai Gadong aka Sarawak versi HS. Memperkenalkan antagonis-antagonis baru seperti Jantaka makhluk kelawar, Simalungun si buaya siluman dan lebih banyak babak bersama Kresno, antagonis utama. Tidak kurang juga protagonis-protagonis baru seperti Ani Igang, Kanang dan Permaisuri Temaga. Konflik utama di sini ada dua. Pertama konflik antara light magic dan dark magic aka Mustika dan Meligai Gadong mementang Kresno dan konco-konconya. Manakala konflik kedua adalah konflik emosi watak utama, Ayu Candramaya.
PROS
Apa yang saya suka tentang novel kali ini adalah novel ini masih fast paced seperti HS1: Sukma Cenderawasih. Saya juga suka dengan watak dan latar tempat baru iaitu Permaisuri Temaga dah Meligai Gadong. Saya belum pernah jumpa novel fantasi yang menjadikan budaya Sarawak sebagai acuan dalam pembinaannya. Saya suka bagaimana penulis mengangkat asal-usul beliau dalam novel kali ini.
CONS
Apa yang saya kurang gemar dalam novel ini adalah, pertama watak utamanya sang puteri Seri Ayu Candramaya. Bagi saya Ayu Candramaya seorang yang sangat dependant. Dependant terhadap rakan-rakannya yang 3 orang untuk mempertahankannya dari pembuli verbal di sekolah. Dependant terhadap validasi orang lain terhadapnya. Terlampau over sensitive. Terlalu memikirkan cakap orang lain. Senang cakap, sikit-sikit nak emo. Kedua, hubungan antara Ayu Candramaya dan Arjuna Utama juga agak cringe dan distracting. Sepertinya Ayu Candramaya sentiasa memerlukan Arjuna Utama untuk memandikannya dengan kata-kata positif baru beliau boleh function. Saya terpaksa menahan diri saya dari menggulingkan mata setiap kali datang babak Ayu Candramaya dan Arjuna Utama. Jujur saya lebih menyukai watak-watak sampingan yang lain. Ketiga, novel ini agak draggy dengan monolog-monolog dalaman dan konflik dalaman emosi Ayu Candramaya. Terutama sekali dalam Act 1. Sepertinya hampir setiap bab dalam Act 1 Ayu Candamaya nak menangis. Mungkin saya terlampau meletakkan harapan yang tinggi agar Ayu Candramaya menjadi seorang yang represent "strong female lead". Saya faham sekiranya puan penulis memang sengaja menjadikan watak utama itu emotianally fragile and very dependant. Mungkin itu satu pembaharuan yang cuba dilakukan dalam siri HS ini. Saya minta maaf sekiranya pendapat saya terhadap Ayu Candramaya ini mengguris hati puan penulis.
Akhir kata, saya seronok membaca novel ini dan saya terbuai dengan adegan-adegan magika yang mengingatkan saya dengan siri-siri seperti Avatar The Last Airbender dan Harry Potter. Saya juga kagum dengan penulis yang mampu menghasilkan novel fantasi bertemakan lokal yang catchy seperti ini. Saya mendoakan kejayaan puan penulis untuk novel-novel seterusnya dan semoga poket saya sentiasa penuh untuk membeli karya-karya puan yang akan datang.
This entire review has been hidden because of spoilers.