Rupanya Gempakstarz ada Siri 30 Wadah di mana penulis-penulis memberikan nasihat hidup dalam 30 butir perkara. Sebagai contoh, dalam buku ini, Syira Lokman memberi 30 tips untuk melawan kritik diri.
Buku yang mengenai “impostor syndrome” ini pendek dan ringkas. Dia mula dengan beberapa definisi. Ada bernas juga nasihat yang disampaikan. Tetapi ada juga yang diulang-ulang. Saya suka lukisan yang pada setiapnya ada seekor kucing. Saya kurang suka perkataan yang tidak membawa faedah yang hanya mengambil ruang muka surat seperti “HUHUHU~”. Rasanya ini langsung tidak perlu dimasukkan.
Namun begitu, buku ini senang dihadam dan nipis sahaja.