Jump to ratings and reviews
Rate this book

Dimensi Paranormal #3

Dimensi Paranormal: Makhluk Belaan

Rate this book
“Makhluk yang dijadikan daripada api ini amat angkuh dan sombong. Mereka tak akan mudah tunduk kepada manusia. Mereka hanya mahu melampiaskan nafsu buas mereka kemudian mereka akan melarikan diri. Dan kau takkan dapat berbuat apa-apa untuk menghalang mereka. Begitulah bodohnya kau kerana mengikut kehendak mereka,” ejek Hadif.

Jazrin yang baru sahaja kematian ibunya telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Namun di sekolah baru dia sering dibuli pelajar senior iaitu Qayyum, Rahili dan Romi. Jazrin rapat dengan seorang pelajar senior bernama Hadif yang juga berasal dari daerah yang sama dengannya iaitu Benut. Satu hari Jazrin mengikut Hadif pulang ke rumahnya di Lembah Sendayan.

Lembah Sendayan adalah sebuah bandar terbengkalai sejak beberapa dekad lalu dengan reputasi sebagai kawasan yang misteri di mana banyak cerita pelik meniti di bibir penduduk tempatan. Sewaktu berada di rumah Hadif, Jazrin telah bertemu dengan ibunya yang telah mati. Apabila pulang ke asrama, banyak perkara pelik telah terjadi. Romi telah hilang secara misteri, kemudian Rahili pula bersikap aneh. Qayyum mengesyaki apa yang berlaku semua ini ada kaitan dengan Jazrin.

Hadif kelihatan seperti mengetahui sesuatu dan merahsiakannya sehinggalah berlakunya peristiwa yang tidak dijangka pada satu malam berdarah yang membongkar segala rahsia yang melibatkan Jazrin, ibunya serta misteri Lembah Sendayan.

Apakah sebenarnya yang berlaku sebelum peristiwa Mek Dagang?

136 pages, Paperback

First published September 20, 2024

4 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (26%)
4 stars
11 (57%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Bella Azam.
648 reviews102 followers
October 6, 2024
Makhluk Belaan kali ni bawa kita mengenali watak Hadif dengan lebih mendalam. Hadif yang muncul dalam buku kedua dalam siri ini ialah adik kepada Hyniyah dalam Mek Dagang dan di sini, ada lebih banyak kisah seram berlaku yang masih diselubungi misteri.

Jazrin masih dalam kesedihan apabila ibunya meninggal dunia dan dia dihantar ke asrama di Muar untuk menyambung pelajaran. Hadif yang lebih tua dari Jazrin, datang dari daerah yang sama dengan Jazrin di Benut dan dia dari Lembah Sendayan dan Hadif banyak menolong Jazrin di sekolah. Dibuli dengan senior2, Jazrin cuba untuk melalui hidup di asrama tetapi kejadian tragedi menimpa mereka apabila salah satu pembuli hilang dan kemudian tragedi berdarah berlaku meragut banyak nyawa.

Misteri kali ni bagi aku menarik sebab kita nak tau apa sebenarnya yang berlaku di asrama tu. Nak kata seram, bagi aku elemen hantu tu kurang sikit berbanding buku2 sebelum tapi babak gore/berdarah tu perghhh memang dahsyat - dengan mayat disiang macam ikan - agak grafik ye 😌 tapi aku suka! Bila baca buku ketiga ni, jujur banyak benda masih tak terjawab sebab aku nak tau apa hubungan Hadif dengan semua yang terjadi ni, apa lembaga hitam yang selalu muncul ni, misteri dua lelaki yang sentiasa muncul. Watak yang aku suka mestilah Hadif sebab aku rasa yang dia sebenarnya prihatin walaupun nampak je macam takde perasan tapi sebenarnya nampak yang dia ambil berat pasal kawan2 dia. Yang pasti buku kali ni memang bab plot twist tu tak pernah mengecewakan sampai aku macam halamak gitu ye hahahha. Sumpah boleh teka tapi tak sangka pulak ada lagi benda yang dia nak buat kejutan yang aku pun macam tak percaya. Babak intens dengan seram tu masih ada tapi kali ni masa pembunuhan tu lagi dahsyat bagi aku!

Serius nak kena baca dan teruskan siri ni sebab aku nak tau apa yang akan terjadi, memang tak puas, asyik membuak2 je perasan nak tahu apa akan jadi lagi dengan persoalan yang masih banyak tak terjawab. Kalau korang suka cerita seram paranormal, kelakar juga dengan watak2 manusia yang lagi jahat dari hantu, buku ni menepati semua elemen ni. Cara hantu yang digambarkan dalam ni pun umpama mengikuti manusia yang buat jahat jadi lagi jahat manusia tu, lagi kejam makhluk belaan ni, sumpah mengelegak darah aku baca motif watak yang jahat tu!

Terima kasih Penerbit X atas pemberian buku reviu ni untuk ulasan jujur
Profile Image for wisteria.
18 reviews
October 8, 2024
4 ⭐️

Kisah kali ini memang kisah yang saya tunggu-tunggu.
Buku ketiga memberi fokus kepada watak Hadif yang muncul di buku kedua.

Berlatarkan kehidupan sekolah berasrama, kita dikenalkan dengan watak-watak lain. Jazrin merupakan pelajar baru yang berpindah setelah kematian ibunya dan menjadi mangsa buli pelajar senior iaitu Qayyum, Rahili dan Romi. Keadaan semakin aneh setelah Jazrin mengikuti Hadif pulang ke rumahnya di Benut dan menemui ibunya yang telah mati di sana.

Jujur saya akui, kali ini penulis betul betul buat saya agak terlopong dengan twist nya. Sangkaan saya banyak salah. Penulis memang betul betul putar kepala saya 🤣

Berbanding seram, buku kali ini boleh saya katakan lebih ke arah “gore”. Agak terkejut juga lah dengan apa yang berlaku di asrama tu 😳

Tapi jadi tertanya tanya juga dengan kisah di sebalik Lembah Sendayan dan juga backstory tentang keluarga Hadif.

Saya akan teruskan pula dengan buku seterusnya!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
473 reviews41 followers
January 3, 2025
Jazrin yang baru berpindah ke sebuah sekolah berasrama di Muar selepas kematian ibunya menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar senior. Hadif antara yang masih mahu menegur dan berkawan dengannya. Yang lain terlalu takut dengan kumpulan pembuli tersebut.

Puas SH ingat siapalah Hadif ni. Setelah difikirkan dia adalah antara watak yang muncul di buku kedua dan sikapnya agak misterius. Dan buku ini menceritakan lebih banyak tentang diri Hadif sendiri. Walaupun dia kelihatan dingin pada luarannya namun dia punya hati yang baik. Namun sering dipulaukan dek kerana kelebihan yang ada pada dirinya. Tapi mulut dia boleh tahan pedasnya. Yang tak tahan bila dia meninggalkan pesanan kepada pemandu yang dah terang-terang ketakutan. Tergelak SH membacanya.

Walaupun rasa kasihan pada Qayyum dan rakan-rakan, tapi SH turut berpuas hati dengan apa yang terjadi pada mereka. Seronok sangat kan membuli orang lain. Bila bahaya mula menimpa diri tahu pula erti takut.

Hingga ke saat ini masih belum nampak kaitan buku ini dengan buku-buku yang sebelumnya. Yang nampak berkait hanyalah Hadif dan Hyniyah. Dan sudah tentulah kewujudan Alara dan Emmad di setiap naskah. Dan ini membuatkan SH tak sabar menantikan naskah yang seterusnya. Rasa lama sangat menunggu.

Buli sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam buat mangsa. Ada yang kehilangan sifat percaya diri. Ada yang tidak mampu membina hubungan dengan manusia lain. Malah ada yang berdendam hingga boleh membahayakan.
Profile Image for SS.
517 reviews5 followers
May 12, 2025
"Siapa pula yang gila menyiang mayat manusia macam menyiang ikan ni!" - Salim

Selepas kematian ibu Jazrin. Dia berpindah ke sekolah berasrama penuh. Malangnya disana, dia menjadi mangsa buli pelajar senior (Qayyum, Rahili & Romi). Dalam masa yang sama, Jazrin berkawan rapat dengan Hadif yang merupakan pelajar senior & berasal dari daerah (Benut).

Jazrin mengikuti Hadif pulang ke rumahnya & disitu juga dia telah bertemu dengan arwah ibunya. Selepas kejadian itu, banyak perkara aneh mula terjadi di asrama ! Apa sebenarnya yang berlaku?

Nampak nama Hadif. Terus kita jadi lebih yakin untuk rekomen dekat orang. Sila baca Dimensi Paranormal bermula dengan Mayat Pintal dan seterusnya sebab memang berkait rapat antara satu sama lain. Kita suka watak Hadif yang nampak cool tapi ada sisi misteri. Cuma identiti dia masih samar. Kita nak tahu banyak lagi pasal Hadif.

Kita kalau cerita yang latar tempat dia asrama memang kita suka. Lebih sus orang kata 🤌🏻 Just imagine suasana asrama pada waktu malam pun dah meremang. Jadi, masa kemuncak cerita. Kita rasa feel membaca sebab betapa huru-haranya asrama tu dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan yang tragis, dikejar makhluk belaan seseorang & bau hanyir darah. Panik yang membaca ni.

Dalam ni, yang bersalah dengan tak bersalah tetap menjadi mangsa. Dan sebenarnya, manusia memang lebih menakutkan dari hantu. 💀

Sangat fast paced. Kita boleh agak makhluk belaan tu siapa punya. Tapi kita tetap tak sangka yang dalam betul tekaan tu. Masih ada juga part tak betul & plot twist. Bab teka tak betul tu memang kita rasa sampai buku terakhir pun tetap tak betul 🤣

By the way, ceritanya simple. Tapi jadi tak simple sebab macam pusing pusing tapi still hujungnya akan rasa kagum dengan kebijaksanaan penulis merangka storyline untuk setiap buku. Agak terperinci jugak macam mana penulis describe keadaan mangsa. Yeck. Nak termuntah. Lepasni perasaan menyiang ikan sudah tidak sama lagi.

Kita tak jangka dengan hubungkait watak yang penulis reka. Tak terfikir pun sebab sepanjang cerita. Tak nampak sangat pun dieorang saling mengenali. #ikareviewbuku
60 reviews1 follower
March 9, 2025
Dimensi Paranormal: Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani
Rating 📚: 🌟🌟🌟🌟 (4.5 🌟)

Okay kali ni ada plot twist sikit. So far antara 3 buku dlm siri ni, Makhluk Belaan ni paling best. Baru perasan cover buku ni relatable dengan cerita ni di penghujung buku.

Mcm biasa, ni short novel je jadi cerita dia straightforward sahaja dan few scene hanya dicerita sikit2 sahaja sekadar utk pengetahuan je.
Profile Image for RH.
5 reviews
October 23, 2025
Rating buku ketiga: 3.5

Buku ni dia mengisahkan tentang hadif & kawan dia. Part menarik apabila cerita ni berkait tentang buli, kawan-kawan sekolah & kehidupan dekat asrama so boleh lah relate dengan student2 sekolah asrama.

Cuma jalan cerita kali ni bagi saya slow sikit, hujung-hujung baru ada thrilled & action. kepintaran hadif dalam membantu untuk menyelesaikan kes ni gives out vibe-vibe detektif
Profile Image for lysareading.
310 reviews42 followers
December 24, 2024
Dah lama ni tahan tunggu next keluaran #dimensiparanormal , finally bila dah dapat bookmail, terus baca! Buku ketiga berjudul Makhluk Belaan mengisarkan tentang cerita Jazrin yang baru kehilangan ibunya & terpaksa berpindah ke sekolah asrama. Dekat sini Hadif muncul sebagai senior dia. Siapa pernah baca Mek Dagang, you tahu lah Hadif ni siapa. Daripada siri lepas lagi, I ada soft spot sikit dgn Hadif ni hehe!

Cerita Makhluk Belaan ni fokus kepada Jazrin (Jaz), jadinya bila berpindah ke sekolah baru, kena buli pula budak ni aduh. It does not stop there when suddenly, Jaz ternampak arwah ibunya di kawasan rumah Hadif! Masa itulah banyak kes pelik-pelik jadi. Serius, pelik & sedikit gory 👀✋🏼🩸🐟🔪

Ada karakter yang pandai memanipulasi sifatnya sampai tak sedar yang I pun tertipu sekali. Permulaan cerita teratur (sumpah buku kali ni mcm smooth je plot transitionnya!) & penulis masih setia dgn elemen misterinya walaupun bunuh sana-sini sehingga I asyik assume too much & tak sabar nak tahu karakter mana sebenarnya jadi tuan kepada makhluk belaan tu dannn....ternyata tekaan I betul...TETAPI!!!

Lah ada benda lain pula! 😆🫵🏼

Benda lain itulah yang buat I tutup buku kejap. Like seriously? 🥹 Timbul pula rasa kasihan dekat Jaz tetapi Hadif masih lagi misteri bagi I sebab ada satu scene tu mcm like ada guardian pula eh fuh. Yang membuli pun terkena, yang tidak membuli pun kena, lokasi Lembah Sendayan di mana Hadif tinggal pun ada cerita tersendiri, tambah lagi dgn backstory Jazrin.

Sekarang, I terpaksa tunggu kisah mcm mana pula yang penulis akan garap untuk Hadif. Tak sia-sia tunggu lama sikit untuk keluaran ketiga ni! Terima kasih @penerbitx di atas naskhah ini ❤️✨ #paranormalbooks #paranormalbookseries #penerbitx
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.