Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jalan Tegak

Rate this book
Jalan Tegak membawa pembaca menyelami kehidupan penulis dari pentas debat ke kerusi parlimen. Zaman kanak-kanak yang diwarnai kenakalan, zaman remaja dalam disiplin ketenteraan, kemudian mendewasa sebagai menteri paling muda di Malaysia. Dan pada usia semuda itu, peranan beliau terakam dalam beberapa sejarah penting negara; tumbangnya Barisan Nasional (2018), krisis Langkah Sheraton (2020) dan pembentukan kerajaan perpaduan (2022).

Telusuri usaha Syed Saddiq memimpin erat tangan penduduk Muar yang diwakilinya, terutama ketika pandemik. Bahkan parti MUDA yang diasaskannya juga begitu aktif membantu rakyat ketika banjir besar melanda negara (2021).

Melalui memoir ini, beliau membuktikan keteguhan prinsip ketika mendepani percaturan politik, juga kelantangannya mengungkapkan suara generasi muda walaupun cuba didiamkan oleh pihak tertentu. Sebagai idealis, beliau turut melontarkan saran dan harapan untuk Malaysia yang lebih baik.

Bagi orang muda, ini kisah inspirasi mencapai impian. Bagi rakyat Malaysia seluruhnya, ini kisah di sebalik tabir peristiwa-peristiwa politik, juga pemikiran yang mengajak kita untuk merenung dan mungkin, bertindak.

368 pages, Paperback

First published June 2, 2024

2 people are currently reading
16 people want to read

About the author

Syed Saddiq

2 books3 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (22%)
4 stars
10 (45%)
3 stars
6 (27%)
2 stars
1 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
28 reviews
October 20, 2025
Jalan Tegak ialah buku yang dikongsi oleh Yang Berhormat (YB) Syed Saddiq. Beliau merupakan antara figura penting negara yang berperanan untuk mengubah sistem pentadbiran kerajaan daripada akar umbi. Buku ini menampilkan pelbagai perkongsian berharga daripada YB yang boleh dijadikan panduan bukan sahaja oleh ahli politik, tetapi juga oleh masyarakat umum. Lebih menarik, apabila suara anak muda berkongsi kepada anak muda, pengisiannya terasa lebih mudah diterima.

Buku Jalan Tegak dibahagikan kepada lima bahagian utama:

A) Bab pertama mengisahkan latar belakang YB dan bagaimana beliau mula melibatkan diri dalam arena debat semasa di Maktab Tentera Diraja (MTD).
B)Bab kedua menelusuri perjalanan YB dalam dunia politik termasuk portfolio beliau ketika berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.
C) Bab ketiga menceritakan pengalaman YB berdepan pengkhianatan dalam politik.
D) Bab keempat menampilkan pandangan daripada insan-insan terdekat yang mengenali peribadi YB dengan lebih mendalam.
E) Bab kelima pula menyorot buah fikiran YB tentang masa depan Malaysia dari segi politik institusi, pendidikan dan ekonomi.

15 pengajaran utama daripada Jalan Tegak karya YB Syed Saddiq :

1) Jadilah pelajar universiti yang berperibadi baik kerana pelajar sekolah sentiasa menjadikan mahasiswa sebagai contoh.

2) Jadi pegawai yang amanah dan bertanggungjawab serta tidak mudah bermain dengan perkara yang diamanahkan walaupun berurusan dengan pelajar sekolah.

3) Beranilah bersuara menentang budaya buli walaupun masih bergelar pelajar. Tindakan yang diambil semasa bergelar pelajar sekolah mencerminkan keperibadian masa hadapan.

4) Sahabat sejati akan mula dilihat semasa kita tidak mempunyai sebarang jawatan. Lihatlah sahabat mana yang akan berdampingan dengan anda jika anda tiada jawatan atau status.

5) YB tekad untuk terlibat dengan bidang politik walaupun kehilangan punca pendapatan tetap dan terpaksa menolak tawaran biasiswa sebanyak dua kali Ijazah Sarjana Public Policy di Universiti Oxford.

6) Menjadi orang perantara yang memperbaiki hubungan antara Tun Dr. Mahathir dan Dato’ Seri Azmin.

7) Mencetuskan idea program Felo Korporat bagi membuka ruang kepada anak muda memahami sistem pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan.

8) Mentransformasikan Biro Tata Negara (BTN) dan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada Malaysia Future Leaders School (MFLS) yang menjadi platform kepada belia untuk mempelajari aspek kepimpinan dan menyumbang sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara.

9) Menolak gelaran “Datuk Seri” kerana merasakan belum banyak berjasa, dan lebih percaya kepada politik khidmat serta indeks prestasi (KPI).

10) Memperkasakan orang muda melalui undi 18. Sebelum diangkat dalam Dewan Rakyat, sebenarnya ada NGO dengan nama yang sama menjuarai isu ini. Isu ini amat sukar untuk meyakinkan blok kerajaan dan pembangkang. Tetapi dengan kesungguhan YB, akhirnya undi 18 diluluskan dengan sokongan 211 ahli parlimen pada 16 Julai 2019.

11) Melaksanakan projek Reben Kuning bagi memberi peluang kedua kepada bekas banduan muda untuk bekerja, satu inisiatif progresif di bawah KBS. YB telah menunjukkan contoh dengan mengambil tiga banduan berusia bawah 35 tahun dan ditempatkan di pejabatnya. Perkara ini menunjukkan kerajaan dulu seharusnya menunjukkan contoh terbaik untuk menjalankan projek ini sebelum diimplementasi kepada syarikat swasta.

12) YB tidak pernah bersetuju untuk BERSATU bergabung dengan PAS & UMNO hanya untuk mendapatkan semula sokongan orang Melayu.

13) Menyedari bahawa ramai ahli politik bermuka-muka demi mempertahankan kedudukan, sedangkan prinsip seharusnya menjadi pegangan.

14) Ketika tempoh PKP, walaupun peruntukan Parlimen Muar ditarik dan beliau disiasat oleh SPRM, YB tetap menggunakan gaji sendiri untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk setempat.

15) Menghadapi pengkhianatan daripada sebuah GLC untuk menyediakan komputer riba untuk pelajar, namun bangkit dengan inisiatif crowdfunding melalui “Botak Challenge”.

Pada penghujung buku ini, ada satu perkongsian yang turut membuka mata saya. YB berkongsi bahawa pada awalnya ibunya langsung tidak menyokong keputusan beliau untuk menceburi dunia politik. Namun, dengan pujukan berulang kali, akhirnya ibunya mengizinkan juga YB menceburi bidang politik.

Saya teringat akan pengalaman sendiri sebab amat berbeza dengan situasi saya. Banyak tangan yang menarik saya untuk masuk ke dunia politik sejak usia 20-an, termasuk ibu sendiri yang sentiasa mendorong untuk saya masuk ke dunia itu. Tetapi saya tetap dengan pendirian; tidak mahu terlibat dengan politik.

Sebabnya? Biarlah saya simpan sendiri. Hakikatnya, kita semua menilai dunia politik melalui kaca mata dan pengalaman yang berbeza. Cuma satu perkara yang membuka mata saya ialah memiliki ibu bapa yang memberi kebebasan kepada kita untuk memilih jalan hidup dan karier sendiri adalah satu rezeki yang sangat besar dalam hidup ini.

When your parents sincerely bless your journey, know that you’ve already received one of life’s greatest rizq in life. Alhamdulillah.
Profile Image for Yanextdoorwitch.
40 reviews
November 23, 2025
Okay, before I get to reviewing the content of this memoir, I need the editor and whoever was responsible for proofreading this book before printing to be put under a guillotine. Why?

1. What is going on with the whacky alignment that causes such uneven word spacing across the pages?
2. There are so many lines in the book that clearly weren’t properly proofread. Entire sentences are missing spaces between words. UNACCEPTABLE. This also includes missing spaces after punctuation marks like commas and periods. I don’t think this is an acceptable mistake for a publisher of this calibre. KARANGKRAF, WHAT IS THIS MESS?
3. Several typos too.

An honorary mention goes to the double-lined frame on every page. It is definitely an interesting creative direction and gives the vibe of doing a school report in middle school using a free MS Word template. But hey, to each their own.

So, with all that being said, let’s get to the actual content of the book. Contrary to my complaints about the printing quality, the content itself is not a letdown at all. Though instead of a memoir, it somehow reads more like an autobiography. It tells the story of Syed Saddiq, the former Minister of Youth and Sports in Malaysia. The story spans from his younger years to his current role as the Member of Parliament for Muar.

I’m gonna be honest, I did have a hard time in the beginning reading this book in Bahasa Malaysia even though Bahasa Indonesia shares similar vocabulary. The sheer number of “important people” mentioned had me slightly overwhelmed, and most of the names are long. Like really long. Otherwise, once I got the hang of it, it was smooth sailing, thanks to Google Translate too.

This is my most anticipated memoir of the year because I’ve been fascinated by his political career and his bold, daring and almost radical approach to politics in Malaysia. And him being the youngest minister at the age of 25 was honestly awe-inducing. Look, I’m a happy spectator when it comes to the political landscape here because, well, I’m not Malaysian myself, but this book gives me a glimpse of what happens behind the curtain of some of Malaysia’s biggest political events from his perspective, as well as the struggles and adversities he’s faced as a people’s representative fighting battles on behalf of the public.

One thing that sets Saddiq apart from a lot of young politicians is that he is not afraid of being cast aside as long as he maintains his integrity and serves the people who placed their trust in him. He has a laser focus and a tunnel vision that seems anchored in wanting to make Malaysia better. This book is not just enlightening but also inspiring, with a few funny bits sprinkled in. Overall, it’s an enjoyable read.

And honestly, more young people who want to join politics should think more like him. This is just my interpretation, but while he mentions in the book that his political ideology is more centrist, I think it leans left too based on the policies he tries to push and the ways he approaches helping people. He does whatever he can to serve the public.

Overall, this book reads as an honest first-person perspective from Saddiq on Malaysia’s political environment and how he hopes to improve it and make it better. Jalan Tegak indeed.
Profile Image for Hanim.
17 reviews4 followers
January 20, 2025
Jalan Terus adalah sebuah karya autobiografi yang ditulis oleh Syed Saddiq, seorang figura muda yang terkenal dalam politik Malaysia. Buku ini memberikan gambaran tentang perjalanan hidup dan perjuangan Syed Saddiq dari awal pembabitannya dalam politik, cabaran yang dihadapinya, serta visi beliau untuk negara.

Buku ini bukan sekadar sebuah catatan peribadi, tetapi juga sebuah refleksi tentang realiti politik dan masyarakat Malaysia yang penuh dengan konflik, perubahan, dan harapan. Syed Saddiq berkongsi pengalaman pahit manis sepanjang pembabitan beliau dalam politik, termasuk saat-saat ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan, serta bagaimana beliau mengharungi tekanan, fitnah, dan harapan tinggi daripada masyarakat.

Penulis menggunakan gaya penceritaan yang jujur dan terbuka, memberikan pembaca peluang untuk mengenali sisi peribadi beliau di luar imej awam. Dengan bahasa yang mudah dan santai, beliau mengungkapkan pemikiran dan pandangannya tentang isu-isu sosial, politik, dan ekonomi Malaysia, yang pastinya menarik perhatian pembaca, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan politik negara.

Walaupun Jalan Terus lebih banyak berfokus pada perjalanan peribadi dan politik Syed Saddiq, ia juga memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak mudah menyerah dan sentiasa berpegang kepada prinsip perjuangan. Buku ini mengajak pembaca untuk melihat cabaran dan halangan hidup sebagai batu loncatan, bukan penghalang.

Namun, beberapa pembaca mungkin menganggap ada bahagian dalam buku ini yang terlalu memfokuskan kepada pengalaman politik peribadi, sedangkan mereka mungkin mengharapkan lebih banyak analisis mendalam tentang isu-isu negara.

Secara keseluruhannya, Jalan Terus adalah sebuah buku yang menyentuh hati dan memberi motivasi, khususnya kepada generasi muda yang ingin memahami selok-belok politik negara dan mencari inspirasi untuk berjuang demi masa depan yang lebih baik. Buku ini adalah sebuah perjalanan inspiratif yang patut dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin memahami kehidupan seorang pemimpin muda Malaysia.
Profile Image for Amelia Zulkifli.
178 reviews5 followers
September 7, 2025
Memoir ? Biografi ? Saya rasa mungkin lebih kepada biografi + pengalaman beliau selama mana beliau berkecimpung dalam dunia politik. Buku dimulakan dengan cerita zaman kanak-kanak, seterusnya zaman persekolahan dan universiti. Kalau sesiapa yang dah biasa tengok podcast atau interview YB SS, mungkin dah tahu banyak cerita beliau. 


Saya tertarik dengan tempoh di mana beliau mula berkecimpung secara serius dalam debat di peringkat universiti. Beliau menceritakan kepayahan dan kesungguhan dalam mempelajari ilmu perdebatan. Ianya membuahkan hasil bila beliau berjaya ke luar negara untuk mewakili universiti dan Malaysia hasil usaha dengan rakan-rakan debat yang lain. Saya ada sedikit penyesalan bila mengenangkan zaman universiti saya yang asyik nak enjoy saja. Sangat kurang beraktivit. Jadi adik-adik, jangan contohi saya ye. 


Seterusnya, bermula lah cerita zaman politik beliau. Cerita bagaimana Pakatan Harapan akhirnya mengalahkan Barisan Nasional pada tarikh bersejarah 9 Mei 2018, beliau menjadi menteri termuda dan seterusnya Langkah Sheraton. Fasa ini yang paling banyak diceritakan dalam buku ni. Kalau tak minat, memang boleh tertidur baca. 


Ada juga bahagian kata-kata dari orang yang terdekat dengan YB SS memberikan pandangan mereka terhadap beliau. Bab yang terakhir, YB SS memberikan pandangan dan visi beliau untuk ekonomi, pendidikan, dasar negara dan beberapa yang lain. Saya kira beliau ada pandangan yang sangat baik untuk masa depan negara. Tak ramai kan, pemimpin yang nampak memberikan sepenuh hati dan memang ambil kisah tentang rakyat. Saya bukan lah team BASS ye, tapi saya puji usaha-usaha dan idea beliau.
Profile Image for Hanisah.
52 reviews1 follower
July 14, 2025
Perkara pertama yang saya notice adalah, tiada langsung kesalahan penaipan, yang saya amat hargai. Nampak kecil di mata orang lain, tapi saya hargai.
Saya seorang yang neutral dengan SS dan pada masa yang sama agak mengagumi cara SS berbakti kepada rakyat. Usaha SS untuk menggalakkan golongan belia dalam dunia politik dan kepimpinan Malaysia juga saya hormati.
Pertama kali membaca buku berkenaan politik di Malaysia secara POV orang pertama. Lebih-lebih lagi sewaktu pergelutan politik sewaktu pandemik.
Saya juga mempunyai harapan yang sama untuk Malaysia mengamalkan politik yang matang dan kebajikan rakyat dapat dipelihara secara telus. It will be a long way to go, tapi jika tidak bermula sekarang, bila lagi?
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.