What do you think?

Rahsia Gadis VIP
Linda, seorang pemilik industri kosmetik yang berjaya dan terkenal. Jazz seorang award winning singer di luar negara. Shereen, seorang ahli akademik dan anak ahli politik. Dan Sofia, pewaris Raphael's Cottage yang kaya raya.
Tetapi siapa sangka, di sebalik kejayaan dan kemasyhuran nama yang dicipta, mereka menyimpan rahsia silam yang kelam. Mereka pernah menjadi penghuni Raphael’s Cottage, sebuah rumah pemulihan ekslusif untuk anak-anak VIP.
Dan selepas 10 tahun, satu rahsia hitam terbongkar. Kehidupan ketiga-tiganya mula huru-hara.
“Wartawan pasti berminat dengan kisah lama kau orang, kan?” Sofia
“Walaupun dulu Lin jahat, Lin tak pernah buat perkara tu. Lin tak pernah mengandung, percayalah.” Linda
“Kalau wartawan tahu, habislah karier aku. Habis!” Jazz
“Kalau musuh abah aku dapat berita ni, yang pasti kena bunuhnya, aku.” Shereen
Cuma seorang yang selalu percaya ada cerita lain di sebalik semua ini, Iwan.
“Tuhan sendiri mencintai hamba-hambaNya yang bertaubat, layakkah aku untuk menghina engkau?”
Apakah rahsia yang ditakuti itu?
Siapakah dalangnya?

718 pages, Paperback
First published April 1, 2014
About the author
Maria Kajiwa
70 books115 followersCamellia dan Maria Qay adalah nama pena lain bagi penulis Maria Kajiwa.
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
March 3, 2018
satu kisah lampau membawa pada dugaan buat semua yang ada sekelilingnya. ini lebih pada kisah kuman seberang laut boleh nampak tapi gajah depan mata tak kelihatan. bukan salah pemerhati pun bila gajah pandai menyorok..
linda - ahli perniagaan, jazz - penyanyi terkemuka dan shereen- ahli bijak pandai. tiga gadis ini punya sejarah lampau. mereka pernah tinggal di raphael's cottage, tempat pemulihan eksklusif untuk anak-anak kenamaan. rumah yang bila dah keluar dari situ tak perlu di sebut dan diingati lagi. tapi sebab sejarah lampau, sofia anak pada tengku mazwin empunya tempat itu mengugut supaya mereka datang pada satu majlis tertutup. dan kemudian mulalah satu ugutan untuk mengaku satu kesalahan yang tidak diketahui siapa pelakunya..
sakit hati juga sepanjang pembacaan. puan penulis hebat ini, puan Novelis Maria Kajiwa berjaya membina watak yang mampu buat pembaca rasa setiap emosi yang ada pada mereka. itu belum debaran demi debaran yang mereka terpaksa tempuh dalam tempoh yang ditetapkan. kita pembaca pun sama rasa berdebar.
memang boleh kata, alah kenapa nak plot cerita panjang lebar tapi sebenar boleh agak dari awal.. haa.. inilah yang membawa pembaca kemudian dalam pergolakan kehidupan. kehidupan yang kadang-kadang tidak langsung diiginkan tapi perlu ditempuh. dan punya pengakhiran yang sangat cantik warnanya. makin berat dugaan dan cabaran, itulah penyaksian bahawa Allah sayang pada hambaNya dan mahu hambaNya sentiasa sujud dan ingat padaNya.
siapa yang bersalah? kenapa sofia sanggup mengugut demi uminya? kenapa remy sanggup jual maklumat? kenapa iwan menjadi sangat protektif? kenapa hadi sanggup nekad? adakah berbaloi penyesalan mereka bertiga setelah keluar dari rumah itu?

April 19, 2014
3* untuk kisah ini dan tambah lagi satu bintang untuk pengisian.
October 12, 2018
TAMAT.
Adakah dengan membongkar segala cerita lama mampu mengubah semula kehidupan seseorang??
Jangan hanya menilai pada permulaan hidup seseorang. Yang perlu dinilai adalah bagaimana pengakhiran hidupnya nanti.
Untuk saya dan insan insan yang pernah tersasar jauh dan ingin mencari jalan pulang. Bertaubatlah. Sesungguhnya Allah mencintai orang orang yang bertaubat dan mengasihani orang orang yang sentiasa mensucikan diri.
Kepada Kak Maria, terima kasih untuk sentuhan kali ini. Terkesan saya dengan hasil karya akak ni.

October 20, 2025
“Rahsia Gadis VIP” membawa pembaca menyusuri sebuah kisah penuh teka-teki — tentang rahsia yang tidak pernah benar-benar mati.
Di sebuah Cottage terpencil yang tersimpan jauh dari pengetahuan umum, setiap penghuni datang dan pergi dengan kisah masing-masing. Namun, di sebalik ketenangan itu, tersembunyi sesuatu yang mampu menggoncang hidup mereka semua.
Apabila masing-masing sudah membina kerjaya dan cuba melupakan kisah silam, satu panggilan daripada seseorang yang telah lama dilupakan menggoncang segalanya. Sejak detik itu, hidup mereka berubah porak-peranda. Rahsia lama mula dijadikan senjata. Ada yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan, ada yang dilanda ketakutan hingga hilang pertimbangan, dan ada pula yang mementingkan diri demi menyelamatkan reputasi sendiri.
Segalanya berpunca daripada keinginan seseorang untuk mencari kebenaran — namun persoalannya, mengapa sekarang?
Mengapa bukan ketika segalanya mula terjadi dulu?
Tindakan itu membuka ruang kepada pihak lain mempergunakan situasi demi kepentingan sendiri, berselindung di sebalik alasan “kasih sayang”. Dan apabila kebenaran akhirnya muncul, doa seseorang dimakbulkan — tapi bersama kebenaran itu datang juga rasa kecewa yang lebih dalam, apabila dalang sebenar rupanya bukan seperti yang disangka.
Adakah dia sebenarnya telah gagal?
Dan… apakah yang benar-benar membangkitkan keinginan seseorang itu untuk mengetahui kebenaran yang sekian lama terkubur?

February 3, 2018
Tak ada pendosa yang tidak layak diampuni.
Bukan mudah menguruskan anak remaja dan bukan mudah juga hidup dalam keluarga yang porak peranda isinya.

April 20, 2025
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun. Buku yang sarat dengan pengajaran pastinya.
May 21, 2018
Dah lama sungguh baca novel jenis mcm ni..
misteri.. ala2 penyiasatan...
walaupun jalan cerita agak mudah dan tak kompleks..
tapi enjoy baca cerita ni..
ada pengisian yg boleh kita ambil...