Hanya dua perkara yang mampu membuat hati Dahlea meronta-ronta teruja – Matematik dan The Dreamers. Atau lebih tepat lagi... Hadif, vokalis The Dreamers.
Pertemuan pertama bak mimpi jadi realiti telah membibitkan sebuah persahabatan antara idola dengan peminat. Tanpa diduga, bunga-bunga cinta mulai mekar dalam taman hati mereka.
Suara lunak dan bicara manis Hadif, si penyanyi terkenal itu tak pernah gagal membuat jantung Dahlea berdegup kencang.
“Are you a Dreamcatcher?” – Hadif
Bagi Hadif, YouTuber Math-Magic with Dahlea itu lebih daripada seorang peminat. Dahlea memiliki ciri-ciri wanita pilihannya.
“Okey, Subscriber Nombor Satu I. Bye!” – Dahlea
Namun, jalan hidup tak semudah yang diimpikan. Pada impian yang tertangguh, ada harapan yang membebani. Pada mimpi yang tak kesampaian, ada pilihan yang harus didepani.
“Dalam dunia ni, orang lain boleh perlekeh impian kita. Tapi kita, jangan. Jangan sesekali perlekeh impian sendiri.” – Dahlea
“Hidup kita bukan berpaksikan impian semata-mata. Kadang, hidup ini juga adalah tentang pilihan. Pilihan untuk kita mengalah atau terus melangkah.” – Hadif
Antara impian dan takdir, dapatkah ia menyatu jadi sebuah melodi indah yang akhirnya berlagu bahagia?
***
TIHOREO menulis dengan manis sekali. Kisah Hadif dan Dahlea tersusun cantik bagai melodi indah yang menunggu untuk dinyanyikan. Atau dalam konteks ini, dibaca. Manis dan romantis. Melodi Impian punya pakej lengkap untuk menduduki Carta Top 10 Mesti Baca anda! – Pingu Toha, Editor
Isu tentang pelajar aliran sains dan aliran seni memang real sejak dulu lagi and I was one of them that pilih untuk masuk aliran sains sebab it was the 'yes' thing to do, kawan-kawan masa tu masuk aliran sains dan kita ikut sama sebab nak diterima in the 'group'. Sedih kan? Padahal I tak suka subject sains langsung and bakat lebih kepada subjek bahasa, sejarah dan literature. Merana sampai graduated from high school, masuk uni baru pilih apa yang I lebih minat dan cenderung.
The feelings that Dahlea, Hazim & Haziq felt I memang faham and it is a very common scenario for most Asian families.
Budak sains - pandai and kelas depan Budak seni - nakal dan kelas belakang.
This is a very personal incident that happened to me masa kat sekolah and just nak kongsi dengan you alls sebab this story brought back this memory.
I ingat lagi masa tu I think ialah masa keputusan peperiksaan dah keluar dan cikgu tengah sembang dengan kita tentang studies and etc. Then salah satu classmate I (chinese girl) yang memang pandai punya said this out loud in class: "....Tapi Joy pandai dalam subjek bahasa dia selalu skor tinggi."
You guys teka apa cikgu tu balas? Sampai sekarang I still could remember the humiliation and how my hati was so tersentap, and I memang benci cikgu tu. Apatah lagi cikgu alim buddha gitu yang vegetarian and follow betul-betul gitu but how could you destroy a student's feelings like that? Maaf nak kata, dia tak layak jadi cikgu!
Dia kata in front of the whole class: "Buat apa pandai dalam subjek-subjek itu saja. Takde guna sebab subjek lain (sains, maths gitu) dia tak pandai." You boleh imagine my feelings at that time? Sampai sekarang I boleh ingat lagi memori ini and I memang sangat feel untuk Haziq tau. So orang yang pandai dlm seni, bahasa gitu lebih kurang ke berbanding orang yang pandai subjek-subjek sains?
So what sekarang I kerja as Customer Service, sangat low class ke pekerjaan ini? Semua pekerjaan mempunyai nilai dan kepentingannya, gaji tinggi ke rendah, manager, officer, exec ke, everyone is important tapi sedih, bila orang tanya kerja I and I jawab CS, auto ada this kind of reaction macam: Oh, CS only isit?
Anyway, cerita Melodi Impian pada mulanya merupakan cerita yang romantic comedy, but as you menyelam lebih dalam, it discusses about important issues about family, education and pursuing one's dreams.
Akhir kata, semua orang mempunyai their own timeframe and never ever compare yourself to others: Kita orang semua ada keunikan yang tersendiri.
Chemistry Hadif dan Dahlea sangatlah best! Baca conversation diaorang.. dengar nasihat diaorang.. kita yang baca ni pun leh dapat pengajaran.
Perkenalan bermula sebab Dahlea ajar adik² Hadif math. Dan Dahlea also fan group The Dreamers especially Hadif. Hadif also suka teacher math yang dia selalu skodeng kat youtube.
Diaorang sentiasa ada for each other. Diaorang berdua selalu beri ruang pada diri masing².
F suka apa yang Hadif dan Dahlea buat.. secara tak langsung kenakan Tuan Saif.
Kisah ni tak cliche pun.. cringe? Nayyy... F rasa sweet je.
Basically this story follows about two youngsters that are stepping into the adult season, putting aside their dreams because of their family. One allows his life to be that way and one was forced to fill up the satisfaction in her parents' heart.
Orang selalu nampak yang baik-baik je bila kita belajar. Orang nampak hasil. Orang tak tengok usaha kita, berapa baldi yang diisi dengan air mata yang bercucuran sebab susah, dan ilmu sentiasa renyah. Orang tak tahu kata 'penat' yang seringkali meniti di bibir seorang insan yang berusaha payah itu.
I refuse to believe this is Tihoreo's first book because ma'am your writing looks like you've been writing for decades HAHA penulisan Tiha sedap sangattt, rasa macam dipeluk bila baca naratif and so goes to Hadif & Dahlea’s lines when they try to comfort themselves! Pace dia kena dgn tekak i, sebab first encounter diorang cepat and the time that they took to get to know e/o after that baru move to the next stage—MANISNYA GAK ADA OBAT🥹🤍 walaupun buku ni boleh dikatakan tebal (banyak chapter! 🥴) i tak rasa draggy bila baca. Tiha tak buat i tertunggu2 dengan adanya beribu unnecessary scenes, you know i ni kurang penyabar orangnya😔 and i applaud her for that! Baru debut book dah pandai lure reader to the end untuk tahu apa jadi lagi dan lagi👀
I'm going to take a pinch of a topic from the whole storyline—it potrays about the dark side of a band. Selalu je la dengar news pasal idol kita, bersepah dekat website sana sini tapi—kita tak pernah tahu apa yang diorang rasa dan lalui kan? Maybe kita tahu yang diorang sedih dan terkilan tapi there's actually a pang of reality slap bila menelusuri kisah silam Hadif ni. I nangis yaaaa baca scene Hadif luah dekat mama dia😭 Hadif ni bila dengan Dahlea memang muncul side gedik manja dia sama bila dia dengan mama dia aish mama’s boy la laki ni but there we know when he treats his mom right, he’s a good man. A MAN. I nak benci Hadif bila dia cuba sedarkan Dahlea in a harsh tone pun tak boleh tau sebab dia pandai lembutkan hati Dahlea knowing that as a girl mesti kita overthinking bila gaduh dengan partner🫠 Proof kat sini—no one is perfect, even Hadif himself, vokalis kegilaan ramai. Dekat idol kita ni, we just know the surface of their essence, kita tak tahu apa yang dia pendam, apa yang dia simpan.
For one fact that while riding this one, my focus did not stick to Hadif solely but DAHLEA MY GIRLCRUSH😭💕🫶🏻 kuatnya diaaa masyaAllah she has a mindset full of intergrity and Dahlea is a person yang dah ada life-planning sejak dari awal! I won’t give any comment about the time when everyone was against her because in that case, I absolutely see where she’s coming from🥲 mental dia rabak, dia penat, kalau aku jadi Dahlea pun aku koyak eh! Probably done something out of my mind tapii Dahlea ni dia take her time and reflex herself which is a good step🤍 boleh nampaklah yang tak semua orang akan ada dengan kita dan faham setiap langkah yang kita ambil. At intervals, we have to sit down and calm ourselves to the point we can finally think rasionally about our life decisions.
Tuan Saif pulak, i nak bedah otak dia dan betulkan saraf yang terputus, mungkin boleh lebarkan sikit gawang dalam benak dia tu sebab cetek sangat pemikiran dia. Title je pemilik agensi tapi perangai nauzubillahminzalik. Apapun, pengakhiran villain sangat memuaskan. CZ’s last words before they leave—Chefkiths. My boi looks sho cool and slay there🥰✨
The ending?!? Cukup tapi tak cukup. Faham tak? Kalau buat melebih2 nanti jadi draggy pulak, but i want to see Hadif as a father tho. Kalau dengan adik2 dia pun dah nampak sisi penyayang dia, apatah lagi dengan anak, kan? He seems like going to be a girl’s daddy yang akan spoil his daughter with barbie dolls HAHAH however, i suka gilaaaaa bab sebelum epilog🫶🏻 dia punya sweet tak buat i blushing tapi buat i rasa sebak because man… i want what they have. I kena mengajar budak Matematik dulu kot, lepastu usha abang dia. No… the thing is, Maths and I ada love-hate relationship ya. I can be their scandal but also their worst rival😃 kalau mengajar silap haribulan kena halau terus dari rumah dengan mak budak2 tu, fail anak2 dia shdhdhsj
Perkara yang berkaitan impian ni, kita tak boleh perlekehkan. Ianya melibatkan masa depan dan diri sendiri. Hadif & Dahlea, thank you for the words. You both are already listed in one of my comfort couple. Bila i rasa i tak tahu nak buat keputusan untuk bidang dan masa depan sendiri, for sure i akan pick up this book to reread it again. Kejap i sengih2, kejap i tepuk bantal, kejap mulut i tercebik, mata basah rasa nak nangis, kejap i rasa nak lempang orang dalam buku ni hahah macam-macam emosi!!!
Melodi dan Impian. Dua hal yang berbeza, namun menyatukan dua jiwa. Hadif dan Dahlea. Si vokalis The Dreamers, dan si gadis youtuber. Dunia mereka berbeza. Namun, takdir mempertemukan jua.
Hadif Darwish. Si vokalis bermulut manis yang berjaya membuatkan saya blushing dan sepak angin😚nampak seperti dia punya segalanya, tetapi yang digalas di bahu, isinya seluruh dunia.
Nur Dahlea. Gadis youtuber aka the dreamcatchers kesayangan Hadif🥳Ada impian yang dia simpan sendiri, demi memuaskan hati manusia. I ada soft spot for Dahlea sebab apa yang dia rasa dan lalui, sama seperti apa yang saya rasa dan lalui.
Agak mengujakan apabila mengetahui ini adalah buku pertama penulis. Penulisan yang sangat baik, kemas dan teratur. Tidak rushing, dan rasa seperti dipujuk dengan naratif-naratif dan quotes yang ditulis dengan sangat baik.
The dialog, the details, I love it. Penulis berjaya buat dia jadi tak cringe, not to sweet, tapi sedap dan manis. The sub-plot on how The Dreamers get treated, I suka sangat. Nampak penulis buat study on how the industry works. Also, the way the writer highlighted about impian berjaya buat I sedikit sebak.
I mengharapkan lebih banyak lagi benda yang mengujakan dengan bahagian ending. Tapi, I puas dengan balasan yang diterima Tuan Saif and how they encounter the problem as a team.
All in all, kalau you mencari sesuatu yang sweet, tapi masih ada something to learn a lesson, try this one. I menantikan next book dari penulis😝
I've never thought that I will be reliving the idea of reading a "fanfic" in 2025 but this book ? IT IS SO MUCH BETTER THAN FANFIC !
The whole concept or idea; student x famous singer trope sounds cringe but nop I didn't even feel any slightest cringe when i read this book.
This book nampak macam a simple romance story but it is not. It's definitely highlighted some of the most important issues and problems circulating teens / adults nowadays;
Ada impian tetapi terpaksa lupakan demi keluarga. Ada impian tetapi naratif sekeliling memaksa memilih yang lain. Pandai sains tetapi minat lebih cenduring kepada seni. These are some issues that most of them are struggling with and this hits home when you can complete relate to some of their scenes and moments. So thank you to the author, you are one of the kind :)
The chemistry between the two main characters are so electrifying. I just love mature conversations between them when it comes to handling and navigating their problems. Both of them always encourage each other to achieve their dreams and becoming a better person each day. And plus, I'm blushing a lot bila baca Hadif punya ayat & act of service to Dahlea.
I regretted for not reading this sooner so again, thank you Fatiha for sending me a copy of this book :) And I can't wait to see more of your talent shines through the pages. And...
best. buku ni memang tak kosong. rasa dekat dengan diri, melibatkan impian dan cita-cita. perasaan semua orang valid. and everyone matured seiring waktu. ah! rasa nak peluk dahlea dan hadif kuat kuat.
Impian dan harapan adalah main topic yang di highlight kan dalam buku ini di mana kisah seorang Hadif yang terpaksa korbankan impiannya mahu sambung belajar demi keluarga tersayang dan Dahlea pula yang terpaksa korbankan impiannya menjadi guru demi puaskan harapan ibu dan abahnya.
Hadif Darwish; vokalis The Dreamers pujaan malaya, seorang anak yang sangat kasih pada ibunya dan seorang abang yang baik, yang sentiasa protect kawan-kawan dia dari ditindas dan tak lupa subscriber nombor satu di hati Dahlea. Watak Hadif ni sangat manis ya🥹 cara dia treat Dahlea dan ibu dia tu awwhh act of service beliau memang onthopp🫠 Hadif ni memang sehijau hijau lelaki weh mana nak dapat yang macam ni satu😔☝🏻
Bagi aku life Hadif ni sangat sedih la. Dia terpaksa matang dari usianya. Perjalanan hidup dia tak sempurna macam remaja lain. Hadif yang banyak memendam dan berkorban, tapi selalu nampak sisi rapuh dia bila dengan Dahlea setiap kali dia luahkan masalah. Even Hadif ni sometimes biul sikit, nak marah dia lama-lama pun tak sampai hati😔 Hadif is such a green flag man yang terlalu bersinar nak dibenci hsjdhs
Nur Dahlea; seorang kawan istimewa merangkap Dreamcatchers kesayangan Hadif🫠 haih macam mana nak jadi lucky macam Dahlea ek? Jumpa idol fav irl pastu create moments together, share masalah sama sama, dating senyap senyap hsjshs she literally lives in my dreams for real😭 Aku suka Dahlea sebab watak dia yang matang, beauty with brain, ceria, soft, sangat memahami dan sebagai peminat pun dia tak over. Tapi ada sisi lemahnya juga yang orang lain takkan faham. Part Dahlea down gila, sumpah faham sangat. Aku banyak nangis yee cuz I can relate to what she feels tho😭💔
I love how Dahlia and Hadif’s characters are portrayed so well. Hadif yang ada kisah peritnya sendiri, begitu juga Dahlea. Kedua-dua ada pain diorang so kita faham apa yang Hadif dan Dahlea lalui. Both mc yang strong, tak putus harapan nak kejar impian diaorang, comforting, natural, chemistry best, sweet and cute lagi buat cerita ni tak bosan langsung.
Dalam MI ni juga mengetengahkan isu mistreatment yang selalu kita baca news pasal idol fav kita kat internet. I love how Tiha ‘expose’ the evil side of entertainment industry yang kita mungkin tak pernah tahu. Dalam buku ni menceritakan hidup seorang Hadif menjadi sorang penyanyi diusia muda itu tak mudah. Setiap kerjaya tu ada susah dan senangnya tersendiri.
Dan tak lupa jugak The Dreamers yang pelbagai perangainya. CZ yang paling crack and hyper, Ammar yang stay cool dan Juan yang macho. Tapi bias saya semestinya Hadif yang stay handsome dan manis ehek🙂↔️🫶🏻 diorang punya friendship sangat lurvee. Dan juga si kembar Hazim dan Haziq yang buat saya banyak terhibur. Boleh kata, watak-watak dalam buku ni memang cukup main emosi terutamanya Tuan Saif si gobloks yituu😃
Shout out to all delululians boyband enthusiasts, yall should try this book!🫵🏻 Every single little thing in this book just— too cutee and comforting. Buku ni sangat sangat sedap dan syahdu ditambah pula dengan penulisan Tiha yang lagi bertambah sedap rencahnya. Overall I love the plot and storyline but still rasa tak cukup haha. But still love it cuz this book is really feeding into my deluluness ya😭🫶🏻
Congrats Tiha for ur first debut. Semoga terus sukses bersinar untuk karya yang lain pula✨
Dah lama kita tak review buku kan. Harini kita nak review buku yang sememangnya sesuai untuk peminat K-popers! For the K-popers out there, you gotta read this book! 🫵🤩🎵🎧
Buku ini bertajuk Melodi Impian karya @tihoreo. Menceritakan tentang Hadif, vokalis band Dreamers yang secara tidak sengaja bertemu dengan Dahlea, tutor Matematik adik-adiknya. Pertemuan pertama mereka seperti mimpi menjadi realiti kerana Dahlea sendiri merupakan peminat Dreamers! Tanpa diduga, bunga-bunga cinta mula mekar dalam taman hati mereka.
"Bunga...Bungaku, Dahlea. Boleh I panggil you Bunga?" -Hadif
Me: Me when?!?! 🫣😫😭🫶🙈💐✨🎀 ________________________________
Firstly kita nak cakap yang buku ni srsly BEST! Especially klau korang minat kpop, & kdrama, pleaselah baca buku ni! Rasanya ni first time tau kita baca novel yang bergenre fans-to-lover. 😍
Mesti korang ingat buku yang bergenre mcm ni cliche kan? NOPE! For me, it's not cliche at all. Buku ni bukan sahaja bertemakan romance je tau, buku ni juga bertemakan slice of life, family, & persahabatan. In fact, buku ni juga mengetengahkan tentang Melodi- dunia musik dan Impian itu sendiri.
Bercakap tentang Melodi, bagi kita buku ni memang ditulis dengan detail sekali oleh penulis. Banyak isu-isu tentang band, especially bidang musik yang sememangnya terjadi di luar sana. It's kinda sad you know when they always sacrificed their time and do anything just for the FAME and their fan's satisfaction. Sometimes, they even forced to do something that they don't like at all. 🥺🥲
Tentang Impian pula, kita sendiri boleh lihat dari kedua-dua watak dengan jelas. Hadif- vokalis kegilaan ramai yang sentiasa nampak tenang, tapi takde siapa pun yang faham isi & perasaan yang dia pendam. Dahlea pula, terpaksa ikut kehendak parents dia untuk sambung belajar dalam bidang yang dia tidak minat pun. Bila baca novel ni, kadang rasa nak tumbuk dinding sebab diorang comel sangat, kadang rasa sebak pun ya. Both have their own struggles especially when it comes to their dreams and yet, they tried to overcome it together. 🥺🫶
Kita suka gila diorang punya relationship ni tau sebab nampak matured gila. Takde pun rasa diorang ni melebih-lebih ke cringe ke, tak. Conversation diorang tu mostly pasal masalah diorang, and how they come up with a solution. Bila Hadif ada masalah, Dahlea mesti akan bagi kata-kata semangat, & support dia. Sama jugak when it comes to Dahlea. Sebabtu bila baca je buku ni, kita rasa nak tab semua pages sebab kata-kata diorang tu comforting gila! I love this kind of book tau. 🫶💌
Bukan tu je, the brotherhood antara The Dreamers- Hadif, Juan, CZ & Ammar tu jugak menghidupkan lagi buku ni. Diorang ni sporting tau. Suka menyakat si Hadif dengan Dahlea. 🙈
Overall, ni first time kita baca karya Tihoreo & srsly kita enjoy gila. Storyline best, penulisan bagus & it's very comforting actually. Kalau korang tak tau nak beli buku apa dekat SIBF nanti, kita recommend sangat buku ni. JINJJA BEST GILA TAK TIPU! 😍🫶🙈❤️
Rasanya ni first time baca cerita fans to lover ni. Dah macam cerita lovely runner dah. Tapi kisah diaorang ni comel betul. Masing-masing crush each other & ada impian yang belum terlaksana.
Dahlea orang yang kuat. Tapi sekuat mana pun kita bila dah tak tahan akan terlepas juga apa yang terpendam. Masa dia luah & semua orang macam tak faham dia tu. Kesian gila!
Hadif ni ya ampun… kita dah ter hadif hadif dah. Mulut manis betul. Pandai dia tarik perhatian peminat dia & Dahlea. Mentang-mentang la orang tu minat dia. Makin menjadi la dia punya nakal tu. Bila kena tang diri sendiri tahu malu😆
Penulis berjaya buat kita happy tergedik-gedik dengan kemanisan & kenakalan Hadif. Ter blushing sama dengan Dahlea. Tapi berjaya buat kita nangis sampai habis tisu sebab situasi Dahlea tentang impian sama macam kita. Sebiji cuma ending yang tak sama. Bak kata Ariana ‘takde apa pun yang special kalau tak dapat capai impian yang kita nak’.
And I love the sweetest and funniest parts! Persahabatan Hadif & The Dreamers memang solid. Memang sahabat susah senang. Sahabat yang suka kenakan Hadif. Tapi thanks to diaorang juga Hadif & Dahlea makin rapat. Memang banyak aib tersebar, buat kita gelak sampai mak kita tanya gelak kenapa😂
Banyak benda nak cerita tapi kang ter spoiler pulak. Jadi kesimpulan nya kita lurve dooh dengan cerita ni dari watak, plot & semua nya. Cerita ni akan jadi comfort book kita.
Point mudah Dalam penceritaan MELODI IMPIAN ni ialah
✨𝓘𝓜𝓟𝓘𝓐𝓝 𝓓𝓐𝓝 𝓗𝓐𝓡𝓐𝓟𝓐𝓝 ✨
Apa yang Hadif rasa berkaitan "𝙏𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙤𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙥𝙚𝙡𝙪𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙨𝙖𝙢𝙗𝙪𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧" Aku sebak ye dengan ayat ni 🥹 sebab kita sayangkan family kita , Kita korbankan segalanya asalkan Family kita tak Susah & rasa apa yang kita pernah rasa ❤️🩹 .
Nota ringkas :
📝 Manusia sifatnya Mudah berubah Lagi2 bab DUIT atau POPULARITY
📝 Jadikan Kata2 negative orang lain sebagai pembakar semangat sendiri , Tapi kalau over sangat Negativenya Belajar la Taekwondo 😂
📝 Impian yang kita ingini tak semestinya kita akan gapai , kadang2 yang kita tak suka tu yang akan menjadi pilihan terbaik (walaupun pada mulanya kita rasa terpaksa) semua penuh dengan Hikmah jadi Follow the flow ❤️🩹 "𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗶𝗯𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝘆𝗮𝗵" Menghargai Peluang yang ada ✨
Halfway baca buku ni baru I realised yang this book might not be everyone's cup of tea but it's definitely mine! Buku ni ada banyak sangat kata-kata cringe yang even watak Dahlea and Hadif themselves pun geli bila diaorang cakap macam tu so I find it funny hahah.
Approaching penghujung buku, I dislike bila Dahlea buat perangai macam tu tapi sebabnya watak Dahlea ni sangat lebih kurang sama dengan diri sendiri, so I understand her very much. Every words yang dia kata is literally my go-to words kalau metelus one day. Apa yang orang sekeliling Dahlea cakap pun kita relate cause that too, what people say to me.
Hadif is such a green flag guy yang honestly I would say sama je ayat dia dengan my fiance now hahah so like, I imagine watak Dahlea and Hadif ni just like me and my fiance, cewah.
I may dislike the ending sikit but still, ending buku ni logic! Diorang dua student kan, takkan tiba-tiba terus halal, betul? 🫣
Buku ni mengembalikan momen² indah saya dengan Wattpad 💕
Apa yang saya suka sangat² tentang cerita dia ialah, ia bukan je berkisahkan romance semata mata tapi ada diselitkan kisah perjuangan hidup setiap watak yang memberi pengakhiran indah buat romance journey dalam cerita ni
Penulisan miss @tihoreo yang ringkas tapi padat membuatkan saya susah nak berhenti bila dah start baca. Ada juga beberapa quotes yang menusuk jiwa yee TT bila baca tak terasa dah 10 bab habis 😂
Setiap watak dicipta dengan identiti masing² so senang nak menyelami situasi & feeling dorang.
Tapi disebabkan kekangan masa (assignments & final exam) memaksa saya untuk hiatus sebentar dengan dunia Hadif & Dahlea
I guess, Miss @tihoreo ialah penaung sebenar The Dreamers selain daripada Tuan Saif 😂 you have well managed their career until sold out tiket fuhhh big three company pun susah nak achieve benda ni tau 😆
My overall feeling when I read this story is..... Lub dub lub dub hehehehe
Thank you dear miss @tihoreo for creating the world of Hadif, Dahlea, The Dreamers & The Dreamcatchers
Dahlea hanya minat 2 benda ni je. Matematik & The Dreamers, to be specific. Hadif, the vokalis. Can you imagined jumpa your bias & jadi kawan? Not just that.. but slowly the feelings develop towards each other. Dreams come true. Tapi jalan tak sentiasa lurus.. mereka ada impian yang harus dikejar dan ada pilihan yang harus diutamakan..
AD SUKA SANGAT BUKU NI! 💜 Easily 5⭐️ semua cukup (bagi Ad) storyline catchy, plot ada, sedih rasa, geram rasa, sweet + cute chemistry for every relationship dalam ni nice sangat 👩🏻🍳😘 also, fast paced & short chapter (all time fav for readers).
Dahlea & Hadif sumpah cute. Dorang punya relay minimal but loving. Kita yang baca rasa tenang je. Bonding between Hadif & band members dia sumpah lawak tak termasuk adik kembar Hadif lagi. Comel 🥰
Jap nak rant only for Hadif. THIS GUY MEMANG KAUT SEMUA HIJAU KAT HUTAN TU 🌴🌳🌲 + SEMUA LOVE LANGUAGE YANG ADA DIA GUNAKAN😌💜🙈 tapi the one yang Ad paling LURVE is Hadif punya words affirmation + act of service + quality time 🔝tier. Always call, chat, send gambar selfie dia kat Dahlea, ajak jumpa sebab nak makan burger QB together dalam kereta, lepak kat bukit borak2. Cukup jelas tak QUALITY TIME dia? For ACT OF SERVICE, once dia tau Dahlea suka coklat M&M & air coklat buatan Hadif ha asal jumpa dua tu mesti Hadif sediakan 😭
Lemahlah Ad.. the worst weakness is WORDS AFFIRMATION. Jap let me put here all ayat Hadif for Dahlea..
Bought this book for the cliche, and turned out it's not cliche at all (how the table has turned 😂). Neat writing, solid premise. It gave spotlight on how a lot of kids out there are doing what their parents want, instead of what they want. Also the other side of coins, on how some kids couldn't even do anything at all. I also like how Dahlia's father, as an antagonist, has justified reasons on why he wants Dahlia to pursue STEM (the classic STEM >>> every other field beliefs).
Missing a star just because I wished the author shows more of Hadi's celebrity side. I couldn't feel his star quality, he felt like a normie (a great gentleman normie btw). Also for a book this thick, I wished a lot more would happen. it felt like half of the book is just Hadi Dahlia in the car, and half of it Dahlia tutoring Hadi's brothers.
Sukalah buku ni!! Kenapa buku ni underrated eh? Romance dia secukup rasa, and ada undur slice-of-life juga. Suka sangat main theme cerita ni!! Pasal percaya dengan impian sendiri, dan berusaha untuk kekalkannya.
Wish that The Dreamers was real now, sebab based on “the albums” and “lyrics” mentioned in this book, rasa macam diaorang ni band yang rely heavily on that youthful feeling ✨
awal-awal baca, mungkin ramai yang akan rasa buku ni cliche dan cringe, sebab trope dia fans to friends to lovers (a bit of hubungan-tanpa-status phase). but honestly, as you dive deeper it goes beyond the typical cliche. banyak sebenarnya slice-of-life moments yang buat kita rasa connected dengan watak-watak sebab boleh relate dengan their struggles.
you can agree to disagree. but towards the ‘impian’ conflict i’d say every single one of them—Dahlea, Hadif, Ariana and even Encik Rafiq—feeling are totally valid. everything that they had spitted out, ada betulnya. mula-mula aku memang heavy on Dahlea’s ‘semua-orang-tak-faham’ side sebab aku faham apa yang dia rasa, tapi author pandai brings the closure to this topic dengan cara yang touching. it’s a pang of reality to me as well.
and why aku rasa Encik Rafiq a.k.a Abah Dahlea’s feeling pun valid, sebab i totally see where he’s coming from. he’s that typical asian parent yang nak anak dia ada masa depan cerah. and his definition of ‘masa depan cerah’ is dengan masuk bidang yang lebih ‘secure.’ but as soon as Dahlea poured everything inside her heart, barulah Encik Rafiq sedar yang harapan tinggi dia tu sebenarnya tak selari dengan impian anak sendiri. it’s a classic parent-child struggle yang banyak dari kita boleh relate.
untuk sub-plot yang penulis cuba bawakan dalam cerita ni, honestly it’s a pretty accurate reflection of what’s happening in the industry sekarang. SME dalam cerita ni digambarkan sebagai agensi yang mistreated their talents, exploiting them tanpa belas kasihan, semata-mata nak raih publicity murahan. these are the dark sides of entertainment industry nowadays, especially dekat Korea, where idols are often treated more like products than actual people. but thank god, The Dreamers’ ending is exactly what i was hoping for. it’s the kind of closure that makes you feel satisfied, despite all the drama and the ugly reality behind the scenes, at least ada sinar harapan at the end for the rest of them.
penulisan author sangat santai dan mudah faham. ada beberapa ayat yang buat aku berair mata T_T, no kidding. kalau baca buku ni masa zaman student, i bet it would’ve been a full-on banjir HAHAHA.
all in all, it’s a good read for me, especially if you’re into stories yang bukan sekadar fluffy romance, tapi penuh dengan life lessons and feels yang boleh buat you reflect on your own dreams.
Saya habis baca buku ni tengah tahun hari tu, tapi masa tu sangat-sangat busy sampai tak ada masa nak review. But since it's been months since I read, I can't recall every details so bear with me!
First of all, I love it! Buku ni sangat wholesome, and the conflicts although to me tak berat (sebab tak ada high stake), masih rasa sangat real. It is what's happening to a lot of students in real life, and ini buku pertama I baca yang address this issue. So, sangat fresh.
I suka their little meets in the car. Their little things. Hadi and Dahlia both ada struggle sendiri. Oh and I love how contrasting they are, in term of their beliefs. Biasa orang kata jodoh kena cari yang sekufu. Tapi yang ni sekafalah jugak hahahahah jk. At they end, they helped each other out and understand each other better and that's what all that matters!
I would recommend this book to university students, especially yang terpaksa ambik kos lain demi ketenangan ibu bapa mahupun jaminan masa depan walaupun hati di bidang yang lain.