Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rapuh

Rate this book
Buat semua pencinta kisah cinta yang sakit, terimalah…

Menggalas beban rasa bersalah kerana menjadi penyebab satu nyawa melayang, satu lagi hidup dalam khayalan dan yang lainnya berantakan, ia menjadi suatu perkara yang sukar buat seorang Mahfuzah.

Kata mereka, manusia sepertinya tidak layak bahagia.
Tetapi, dia tetap hidup walau ditemani derita sehinggalah dia bertemu dengan Luth, seorang pemandu e-hailing dalam suatu perjalanan yang tidak dirancang; membuatkan Mahfuzah merasakan, dia berhak untuk bahagia, walau seketika.

Namun, perjalanan itu tidak mudah.
Keinginannya untuk bahagia pasti akan membuatkan Luth merana.

“Apa-apa jadi pada saya depan hari, saya nak awak selamatkan diri awak dulu....”
- Mahfuzah
“Saya akan jaga cik puan dan saya akan jaga diri saya sendiri juga. Itu adalah tugas saya.…” – Luth

Luth berpegang kepada janjinya. Dia menjaga Mahfuzah seperti yang tertulis di dalam kontrak. Tetapi, bagaimana untuk menafikan rasa bila perasaannya mencacah kontrak lain di hati? Iaitu rasa mencintai.

Padahal, mereka ada orang lain yang sedang menanti.

Kerana masa itu sifatnya misteri, takdir terus berputar untuk mereka terus ada bersama berpayungkan satu perjanjian yang menyakitkan.

“You are right. I need a son. Let’s sign a contract, Encik Luth...” - Mahfuzah
“I am much obliged, cik puan ...” - Luth

Kerana sudah tidak terdaya menyaksikan terlalu ramai yang terkorban dan menderita, Mahfuzah menamatkan perjanjian dengan cara yang paling kejam.

Luth jatuh menekur ke lantai takdir. Mencuba untuk mempertahankan ikatan yang dibalut syarat. Dan, seperti nama mereka, dia berharap jodoh yang telah ditempa di Luh Mahfuz sana, terus kekal hingga selamanya.

699 pages, Paperback

First published October 1, 2024

1 person is currently reading
41 people want to read

About the author

Rehan Makhtar

43 books1,034 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (25%)
4 stars
16 (44%)
3 stars
9 (25%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
October 11, 2024
Sejujurnya, Rapuh not my cup of tea. Agak kecewa. Ceritanya slow sangat. Typo merata. Dan yang paling aku nak komen pasal apa banyak sangat Bahasa Inggeris dalam Rapuh ni. RM bagi aku, ayat2 bahasa dia sangat puitis tau and for me yang dah agak biasa dengan lenggok bahasa RM, bila watak2 banyak speaking, hilang dah aku rasa nak menjiwai cerita tu. Adakah RM cuba tukar angin untuk kalini?

Tapi aku puji plot twist dalam cerita ni. Tak sangka… rupanya dia… 🥹
Profile Image for matchataro.
179 reviews29 followers
October 14, 2024
genre — angst, melodrama
trope (s) — stranger to lover, boss x driver/bodyguard, engineer ml x ceo fl, marriage of convenience, he fell first and harder, slowburn

TW— domestic abuse

pain level — 8.9999/10💔💔💔💔

📝"𝐖𝐡𝐚𝐭 𝐝𝐨 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐞𝐞 𝐢𝐧 𝐦𝐞?" — Mahfuzah

"𝐀 𝐡𝐮𝐦𝐚𝐧. 𝐀 𝐰𝐨𝐦𝐚𝐧. 𝐒𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐡𝐨 𝐡𝐚𝐬 𝐡𝐞𝐥𝐝 𝐢𝐧 𝐡𝐞𝐫 𝐟𝐞𝐞𝐥𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐟𝐨𝐫 𝐭𝐨𝐨 𝐥𝐨𝐧𝐠. 𝐒𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐰𝐚𝐥𝐥𝐬 𝐮𝐩 𝐡𝐢𝐠𝐡 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐬𝐡𝐞 𝐧𝐞𝐞𝐝𝐬 𝐭𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐬𝐡𝐞 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐬. 𝐒𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞... 𝐰𝐡𝐨 𝐧𝐞𝐞𝐝𝐬 𝐭𝐨 𝐛𝐞 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝," — Luth

-----

PAIN takkan lari dari RM cuz yass this book again berjaya buat aku menangis😭😭😭 dari awal aku dah letak low expectation, pace cerita ni tak dinafikan memang slow huhu ada masa buat aku mengantuk tapi perjalanan kisah diorang ni disusun dengan baik sebab bagi aku kalau fast pace nanti jadi lagi tak elok pulak if weak execution🙂‍↕️ disebabkan dari awal aku tak expect apa apa so i just enjoy the flow and unexpectedly this book not that bad. grammatical and spelling error tu adehh harap cetakan seterusnya dapat diperbaiki

aku sebenarnya dah boleh sense dari awal something was not right with this one 'person' tapi kak rehan berjaya distract aku sehinggakan aku tak expect twist yang mendatang. TAK SANGKANYAAA TAPI AKU SUKA THE PAIN SERVED

sedih sangat dengan apa yang Fuzah hadap. how strong Mahfuzah living her life as a daughter.. i cant imagine the amount of emotional distress she faced since the incident happened, she was just a child😢 one of strongest female lead kak rehan pernah buat, a career woman that stand for her man omgggg i just love everytime she says "he's my man" very sexy very bold very demure very firm of her🫦

Muhammad Luth on the other side very the green. softspoken, protective, smart, rajin, bertanggungjawab, sometimes cheeky aku suka cara dia lawan mulut dengan Tan Sri Zain, ayah Fuzah HAHAHA the only person yang boleh buat Tan Sri Zain speechless😂 and he always want the best for Mahfuzah. cumanya satu je lah aku cukup tak berkenan baran je lah senanye— the feelings that Luth develop at the wrong time and place. i just feel it still wrong for him untuk rasa benda tu sedangkan.... tapi tu lah aku cuba faham hati manusia ni Allah yang pegang. Dia pon senanye loyal je tapi teraniya sekali.

sampai saat saat akhir lah cerita ni punya angst tak habis😭 i almost lose hope for a happy ending huhu aku sampai terfikir adakah kak rehan nak buat kelainan dekat ending kalini? glad that pengakhiran untuk semua watak memuaskan. dannn aku suka kalini kahwin agak awal i mean tak la awal mana tapi kak rehan selalu letak kahwin dekat bab terakhir HAHAHA but this time i just love conflict yang lebih berattt datang lepas diorang kahwin at least they are married tu je la aku fikir😭😭

mesej cerita ni jelas betapa anak perempuan ni ada double standard. and as a woman and a daughter that living in a household yang sentiasa melebihkan anak lelaki, sangat faham dengan perasaan all the daughters in this book')) a reality check, it happened in real life.

when everyone else thought shes unbreakable, strong, composed, and untouched by emotion but hes the only one who sees how fragile she truly is🥹

"𝐈𝐭'𝐬 𝐨𝐤𝐚𝐲 𝐭𝐨 𝐚𝐜𝐜𝐞𝐩𝐭 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐞'𝐫𝐞 𝐟𝐫𝐚𝐠𝐢𝐥𝐞. 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚. 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐤𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐩𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐫𝐚𝐩𝐮𝐡 𝐩𝐮𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧... 𝐢𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐬𝐧𝐚𝐡."

aku rasa lepas ni akan ada kisah kakak Luth, Lufya dengan Farhan pulak🫣
Profile Image for Mslvoe.
2,052 reviews201 followers
November 9, 2024
Goodreads tolonglah buat half

Rating 3.5

Sesungguhnya F struggled baca sejak malam tadi. Dok menguap² sampai otak rasa penat. Terbongkah semalam tidur.

Awal² memang slow sangat. Slow sampai F rasa betul ke ini RM yang tulis?

Bila Fuzah dan Luth kahwin, baru ada rancak but still feeling tu tak sampai dekat F. Pain dia tu bearable bila F baca. Sakitnya itu tak menusuk ke dalam hati F. Biasa buku RM kalau baca sure F nangis. Nie satu airmata pun takda.Terasa diri ini heartless.

Aqila - F harapkan sesuatu yang lebih menyakitkan untuk betina seperti Aqila. Same goes to Adrian.

Farhan - kesian watak dia, mengharap kasih dan cinta pada Lufya.

Begitu jugak kasih Badrul terhadap bekas kakak iparnya, Zana. Alahaii kesian.
Profile Image for N.A.N.A.
214 reviews5 followers
October 10, 2024
Wow aku dpt hbskan dlm sehari je. Ni novel kedua yg aku baca utk hari ni. Apa yg aku nak kata awal2 bab Allahu slow gila 😭 aku sempat rasa ngantuk bila baca. Tapi nk dkt hbs tu ya Allah pain sgt. Aku nangis2 weh lps diorg kahwin 🥺 plot twist dia bukan biasa2. Tak sangka rupanya dia. Ish aku telah meneka org yg salah rupanya. Haih sadis sungguh jadi Fuzah ni ya. Ada je ujian yg Allah bagi pada dia. Tapi tulah Fuzah tetap kuat. Luth hero yg hijau ye kawan2.

Sbb apa kurang 2 ⭐️
1. Ya Allah tolonglah kurangkan dialog bahasa inggeris. Bukan tak suka. Tapi klu banyak sgt hmm turn off nk teruskan baca

2. Typo bersepah lps tu penggunaan ayat, tatabahasa berterabur. Sikit lagi nak baling ke dinding. Haih. Nsb teruskan baca jgk. Hrp lps ni baiki la ye utk novel yg seterusnya 👍🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for YONG EKIN.
90 reviews8 followers
December 5, 2025
Rapuh- Rehan Makhtar

Yong bagi 3.5/5

Mahfuzah heroin yang nampak sempurna di luar, tapi sebenarnya menyimpan luka yang dalam. Cantik, bijak, tegas, tapi hidupnya penuh ujian. Ayah yang kejam, ibu yang sakit mental, dan ada musuh dalam selimut. Satu demi satu dugaan datang, dan Mahfuzah hadap semuanya seorang diri. Memang kesian betullah hidup ko Fuzah.

Nasib baik ada Luth. Pada mulanya dia cuma pelindung kerana perjanjian, tapi lama-lama terjatuh cinta pada Mahfuzah.
Tapi lambat betul nak tunggu depa berdua ni kahwin, sebab lepas kahwin baru cerita ni best.

Cerita ni memang penuh dengan plot twist... jenis yang buat kita berhenti sekejap dan fikir, “Eh, betul ke ni?” Tapi yang buat tak best bila penggunaan Bahasa Inggeris yang agak banyak. Jadi, ayat-ayat puitis yang biasanya jadi kekuatan RM terasa sedikit tenggelam. Tapi kalau kita tengok dari sisi lain, mungkin ini percubaan RM untuk beri nafas baru dalam gaya penulisan dia.
Bagi Yong cerita ini masih boleh dilayan.
Profile Image for Lady^Reads.
27 reviews4 followers
November 8, 2024
Naskah kali ini buat saya gembira sebab RM berjaya lari dari gaya olahannya yang biasa (pendapat sayalah). Peringkat awal buku ni memang ada slow sikit, jujur saya mengaku ada masa saya terlelap 😅. Maaf..

Tapi yg buat saya teruskan bacaan sebab watak Muhammad Luth. Kali ni male lead kita baik-baik sahaja, takda kejadian ‘aneh’ dalam menghukum isteri. Kata kenalan saya Luth ni ‘e-hailing driver in disguise’. Betullah tu…

“No one can touch even a strand of your hair as long as I am here. Saya tak akan benarkan” - Luth

Fuzah pula, lady boss yg digeruni dalam bidang perniagaan. Some say she is a witch and some even call her a monster. Tapi ramai tak tahu utk dia jadi seperti itu, berapa banyak hinaan dan penderaan fizikal dia terima dari bapa dia Tan Sri Zain tagune. Sorry, tan sri ni saya cukup tak suka pengakhiran dia 😡 tbh, I want more..

“He’s my man” - Mahfuzah

Dan, Fuzah yg rapuh bertemu dengan Luth yang sangat tenang orangnya. Lembut tapi ada ketegasan yg mampu Fuzah ikut. Cuma Luth, your love life tu aigooo macam terpeleot sikit kan..mujurlah selamat 😅

Things happened dan Fuzah hanya nampak Luth utk cari jalan keluar. “A marriage without challenges isn’t truly a marriage” - conflict hits them harder dan bukan Fuzah aje jadi rapuh tapi Luth juga terluka sama.

“Kau betul-betul perempuan yang sangat pentingkan diri sendiri, Mahfuzah” - Luth

“Ya, katakanlah apa aje. Fuzah memang pentingkan diri sendiri..lelaki yang sangat sayangkan Fuzah ini terluka”

Despite ada numerous typo dan banyak dialog in English execution buku kali ni sangat baik.

Mungkin bila guna terlalu banyak dialog in English tu akan kuranglah ayat bunga-bunga meleleh signature RM macam selalu. Kalau dapat dikurangkan sikit.. lagi okey sebab ini kan novel bahasa melayu. Tapi disebabkan premis cerita ini golongan korporat maka, acceptable aje bagi saya.

Villain dapat pembalasan yg sepatutnya, tiada babak daring yg keterlaluan, olahan yg jauh berbeza dari buku-buku lain dan ada backstory yg jelas utk setiap watak itu.

Cuma ada 3 watak saya rasa annoying pada saya - Tan Sri Zain, Aqila dan Lufya. Lufya ni ada masa terlalu overprotective adik dia Luth sampaikan at certain points rasa macam turn off (pendapat saya aje), tapi dia kakak yg baik.

Pain level? Bagi saya tidaklah ‘pain’ seperti buku-buku sebelum ini. Saya tak nangis tapi ada certain part buat saya sebak. Dan saya rasa olahan sebegini patut RM kekalkan 👏

Ini hanya pendapat saya sahaja.
Profile Image for Elurine.
79 reviews2 followers
February 22, 2025
It was not that bad. Ni je yg sesuai utk buku ni. Act saya baca byk mix review tapi saya dah boleh expect lah cerita ni mcm mana sebab buku kak rehan mostly genre melodrama, tapi buku ni agak slow paced, slow burn romance tapi sesuai sebab kalau tak, tak faham pulak nanti ceritanya.

Kali ni Luth dalam Rapuh ni memang green flag, on top, husband material type! Engko ni Luth cakap jelah dari awal dah jatuh sayang. Tapi kalau dah dari awal terus terang tak jadi cerita lah kan? 🤣 Luth ni sangat sangat sangat baik. Susah nak jumpa lelaki mcm ni zaman sekarang. Kadang terfikir Luth buat sebab tanggungjawab sebagai seorang pekerja atau ada sesuatu yg terusik dalam hati?

Fuzah seorang anak yg kita boleh kata rapuh lah sesuai dengan tajuknya. Sedih sebab fuzah ni like tak boleh nak express her feelings. Muka dia stone je memanjang sebab jalan hidup yg dia lalui. Ayah dia mmg punca segalanya walaupun end up menyesal gak tapi tulah lambat ya penyesalan tu muncul. Fuzah tu dah menderita sangat lepastu haih mmg tak expect betullah villain dalam ni HAHAHAHAAH IM SHOCKED

Paling tak sangka, ending tu 😭😭 sungguh ku tidak sangka begitu sakit dan perit ya. Ending tulah boom semua kebenaran keluar, elok boleh bahagia MC memilih jalan perit ya. Tapi nak buat mcm mana kalau dah karya penulis mmg mostly macam ni. Nak marah tapi takpelah dalam hidup pun mana ada bahagia je sepanjang masa kan.

Act dah nak penghujung buku baru sedar nama MC memang berjodoh ya. Ini antara yg saya suka dgn karya penulis. Dari nama tu pun dah nampak berjodoh tu sama lah macam Luth pun dari awal dah perasan nama tu. Btw ada bau bau kisah kak long ke ek 👀 and I’m seated for sure!
19 reviews
October 18, 2024
I cried a lot reading this! Even dah dpt hint vid qot tu pon lahai masihlah leleh hmmm. Sedih dowhhh
I tak tahu taste preference org lain tapi saya suka!! The angst!!
Maybe ada yg terganggu sbb agak byk penggunaan bahasa inggeris dlm nii yeahh saya pon setuju tp still tak potong mood saya nak baca. Walau perlu diakui lg prefer alunan and lenggok puitik bahasa melayu kakrehan yg mahal itu.
Anyhow saya masih syg rapuh! Sampai jumpa buku yg seterusnyaa kakrehan insyaAllah. Tqq wujudkan rapuh tuk pencinta novel melo & pain mcm saya ihikss!
p/s: betullah doa kakrehan moga kita jumpa our own ‘luth’, hmmm jgn yg dtg mcm haq ehhh tp if mcm amirul takpe ihiksss amirul senantiasa di hati 🥰
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
November 7, 2024
Aku sebenarnya tak tau nak comment macam mana cerita ni

Aku agak kechewa sebab kisah Mahfuzah dan Luth tidak berjaya menyentuh hati dan perasaan aku yang dah masuk kategori pembaca tua ni haa. Aku rasa agak pelik pulak sebab tiada f.e.e.l, tiada rasa nak nangis langsung dan seperti bukan karya RM pulak. Apa sudah jadi RM ??? Aku kira karya RM kali ini sungguh berbeza dengan yang pernah aku baca sebelum ni. Banyak sangat guna bahasa inggeris dan ada banyak kesalahan ayat dan ejaan dan ini jugak agak mengganggu konsentrasi bacaanku dan buat mood aku ke laut jadinya adoiii.
Profile Image for Bunga Not Know.
16 reviews
September 17, 2025
The pain in this book ... I have no words for it.

But I personally rate the pain was a 4 out of 5. Cried a river while reading this and countless of inner screams.

EVERYTHING WAS GOOD!!!!!

Ma'am, I'm enjoying this a little bit too much (insert emoji gigit jari with ribbon). Kak Rehan always feed us with dominant man who controls everything but nahhhhh the roll reversed in this was too good AAAAAA. I love everything about this book

EXCEPT

Too many English dialogues also typos were everywhere. Her writing was already berpuitis and beautiful in Malay, so I don't see why she needs to use a lot of English dialogue in this book. For me it was unnecessary also with few noticeable grammar error.

Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.