Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kerana Aya Sofya

Rate this book
Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan lebih lima tahun dahulu. Kerana Aya Sofya mereka berdua menjadi seteru. Namun kerana Aya Sofya juga, tanpa diduga Laila dan Wazif terikat rasa… tersimpul jiwa.
Aya Sofya, insan comel yang menjadi rebutan dua pihak. Laila tetap teguh mempertahankan haknya atas Aya Sofya yang jadi miliknya usai dilahirkan. Si kecil tu nyawanya selama ini. Takkan mungkin diserahkan sewenangnya! Bagi Wazif si peguam syarie yang ampuh menjunjung prinsip undang-undang yang tertulis, hak tetap hak. Bagi Wazif, sahabatnya Fakhrul dan isterinya Aliyana pemilik sebenar si comel Aya Sofya. Bukan Laila!
Bagi Laila, Wazif penyebab dia kehilangan Aya Sofya buat selama-lamanya. Muncul lelaki itu dalam hidupnya merengut bahagia dia bersama Aya Sofya. Selama-lamanya! Laila bencikan Wazif. Benci yang sesungguhnya!
Namun bagi Wazif, mengenali Laila dalam erti kata yang sebenar telah membuka pintu hatinya untuk melihat tulus jiwa seorang gadis yang berkorban apa sahaja demi seorang Aya Sofya yang nyata bukan darah dagingnya sendiri. Laila buat Wazif rasa teramat berdosa. Berjumpa Laila kembali setelah lebih lima tahun mencari, gadis itu tak mungkin dilepaskan. Wazif nekad. Dia hanya mahukan Laila. Hanya nama Fahratu Laila yang tertulis di hatinya!
Akan bertautkah dua hati yang punya rasa yang berbeza? Akan terciptakah bahagia antara mereka jika rentak di jiwa tidak seirama nadanya? Dan kala cinta baru mula berputik bunganya berupayakah mereka berdepan dengan kemunculan cinta lama yang datang mengusik kenangan di jiwa... mahu merebut kembali hati yang parah tercarik luka.
“Semua insan inginkan bahagia... macam pelangi, indah dan mendamaikan mata. Tapi... tidak mungkin pelangi akan muncul tanpa ada titis-titis hujan. Begitu jugalah hidup ini. Bahagia itu ada harga yang harus dibayar.”

716 pages, Paperback

First published January 1, 2014

6 people are currently reading
68 people want to read

About the author

April Snow

27 books53 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
43 (36%)
4 stars
47 (39%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
10 (8%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
September 20, 2015
Entah dah berapa kali aku capai utk baca naskah ini tapi letak balik. Aku sayang nak stop stop karya yg menggunakan bahasa indah begini, jadi aku perlu masa dan mood yg terbaik utk layan sepenuh masa.

Akhirnya masa itu tiba dan aku berjaya habiskan in less than 48 hours.

April Snow menggarap karektor2 dlm naskah ini dgn sgt berhati hati supaya cerita berat ini terasa ringan di bahu pembacanya.

Konflik dlm naskah ini diselesaikan dgn cara menghadapinya bukan dengan cara melarikan diri semata mata.

Huzair muncul selepas Laila mula menerima Wazif, perfect timing utk menguji kasih dan kepercayaan antara Laila dan Wazif. Ika pula muncul selepas konflik Huzair selesai. Ini membantu mengurangkan beban emosi pembaca nak tanggung konflik bertimpa timpa. One at a time :-)

Ending yg adil untuk semua org termasuk pembaca.

Bagi yg baru nak mencari karya berbahasa indah yg berat tetapi lembut pada emosi, mungkin boleh bermula dgn karya ini. :-)

Rasa mcm nak susun semula susunan novel ikut gaya bahasa pulak. Utk yg takda background sastera mcm aku mungkin saja kategori yg aku asingkan adalah 'indah' dan 'moden'. Hahahaha

Next! Mood membaca tengah bagus neh.

Sure fine whatever
Rinn
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
March 9, 2019
Lamanya i stuck kat novel ni. Buka goodreads pun xtau nak update apa sebab buku ditangan tak habis2 dibaca.nak skip kang tau dah kalau tak habiskan memang takkan sambung dah.haha

Novel ni sarat dengan pengajaran dan pengetahuan tentang kes sharie dan dunia kraft tangan. kalau dulu2 mungkin i enjoy je baca novel yang sarat macam ni tapi memandangkan sekarang nak baca novel pun berebut dengan kerja dan anak2 maka lambatlah nak menghabiskan novel sebegini.hehe

Berbalik pada novel ni, rasanya sampai penamat saya masih tak dapat gambaran apa yang berlaku sebenarnya dengan kisah awal Aya Sofya dan Fahratul Laila (suka nama ni).tau2 berlaku perebutan. Memandang tajuknya adalah Aya Sofya,mengharapkan lebih kisah bersama Aya Sofya berbanding menjadi watak yang dikenang-kenang.

Fahratul Laila digambarkan berhati tulus dan baik peribadinya, maka rajuk seorang anak sampai 10 tahun lamanya itu sangatlah susah nak diterima. Menyedihkan sehingga walidnya meninggal tanpa sempat berjumpa. Tiadakah perasaan rindu untuk mengambil tahu kisah umi dan walidnya. Lagi pula dia anak tunggal. selama manalah marah seorang ibu bapa.

Wazif pula wataknya memang seorang yang sangat matang dan tenang dalam apa jua situasi sesuai dengan kerjanya sebagai peguam.Penyelamat untuk novel ini.haha.. saya suka bila mereka sentiasa berterus terang dalam apa jua hal.tidak timbullah konflik akibat salah faham.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
June 13, 2014
Kerana Aya Sofya nama yang sedap sangat

April Snow dan Nadra Yasmina adalah orang yang sama tetapi saya dapat lihat cara cerita mereka ada sedikit berbeza sebab Nadra Yasmina lebih santai bahasanya tetapi April Snow sedikit puitis. Apapun saya tetap suka karya beliau.

-Kerana Aya Sofya Fahratul Laila dan Zahwan Wazif mereka bertemua. Pertemuan yang meninggalkan kenanagn pahit dan pedih di hati kedua-dua insan ini terutama Laila.
-Mereka bertemu kembali setelah 5 tahun kisah pahit itu berlalu. Wazif menjejak Laila selama 5 tahun demi sebuah kemaafan dan misi terbarunya iaitu menambat hati Laila menjadi suri di hati dia.
-Bukan senang Wazif hendak mendapatkan sebuah kemaafan dari Laila. Tiap-tiap hari tunggu depan rumah Laila sehinggakan tidak disenangi jiran tertangga sampai Wazif ni hampir nak dihantar ke balai polis la oleh jiran tetangga Laila. Nasib ada Laila yang menyelamatkan keadaan dengan mengatakan Wazif sepupunya Laila. Bermula disini mereka berbicara.
-Selepas kejadian-kejadian sekeliling yang berlaku keapada Laila, menyebabkan Laila lebih mengenali siapa Zahwan Wazif yang sebenarnya. Kerana setiap kejadian yang berlaku, Wazif la orang yang menghulurkan bantuan pada Laila.
-Akhirnya kemaafan dari Laila dapat Wazif perolehi bersama dengan hati Laila sekali. Laila dapat menerima Wazif setelah Laila menilai sendiri siapa Zahwan Wazif sebenarnya.
-Saat hati mereka gembira ada pula halangan dari bekas tunang Laila. Rupanya Laila masih tunangan orang setelah 10 tahun berlalu. Membuatkan Laila kembali runsing dan sedih. Rupanya perjanjian antara tunang Laila dan arwah walid Laila.

Adakah Laila akan mengikut wasiat yang ditinggalkan atau tidak?
Bagaimana pula dengan kisah Zahwan Wazif?
Siapa pula Kartika Sari yang muncul disaat bahagia mula terasa?

*-dapatkan kisah terbaru dari penulis APRIL SNOW cerita terbarunya ni lain sikit, banyak pengajaran yang akan kita dapat dalam naskah ini terutamanya bidang syariah dan kraftangan.
-cuma yang saya tak puas hati sebab cerita Aya Sofya ni tak diceritakan secara penuh bagaimana budak kecil yang comel ni ditinggalkan kepada Laila.
-bagaimana proses perbicaraan Aya Sofya.

kalau la cerita mereka dihuraikan lagi pasti menarik dan yang penting air mata saya pun lagi la banyak hehe

tahniah buat April Snow untuk buku terbaru dia.

April Snow juga di kenali dengan Nadra Yasmina bersama penerbit Fajar Pakeer. Harap dimasa akan datang ada lagi karya 'mereka'

p/s : Zahwan Wazif dah duduk tangga no 1 hero kegemaran saya....kalau la dapat jumpa orang macam Wazif ni....memang bahagianya
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
May 13, 2019
[BOOK 58]

Kerana Aya Sofya by April Snow.
.

Antara karya terawal AS. So, memang agak puitis bahasanya, tapi tak sepuitis Tika Inai Itu Masih Merah. Buku TIIMM, memang aku give up la. Penat nak baca. Tapi untuk KAS ni, ku suka.
.

Kerana Aya Sofya, Laila dan Wazif dipertemukan. Wazif ialah peguam kepada keluarga kandung Sofy, untuk merebut kembali hak penjagaan Sofy daripada Laila, ibu angkatnya. Dan bila Sofy meninggal di depan matanya, Laila menyalahkan Wazif.
.

Kerana Aya Sofya, Laila dibuang keluarga. Banyak pengorbanan yang Laila lakukan untuk mempertahankan Sofy, sehinggakan pertunangannya dengan Huzair juga terputus.
.

Dan selepas kematian Sofy, Wazif diburu rasa bersalah lalu mula meraih kemaafan Laila.
.

Aku suka part Wazif dan Laila. Ya, memang sweet. Walaupun takda babak mesra. Part kahwin hanyalah beberapa bab terakhir daripada 80 bab. Tapi, yang manisnya ialah bila AS pandai mengolah, sehinggakan aku pun tersipu malu. Hahahah. Aku suka hubungan mereka. Sentiasa berterus terang. Wazif yang sangat cool. Haih, sorang lagi dah masuk dalam list favourite hero ni.
.

Cumanya, disebabkan buku ni agak tebal, so, sometimes, kurasakan agak meleret. Babak manis tu la. Haha. Sedangkan part yang aku curious tak dihuraikan pula dalam ni. Tentang Aya Sofya. Kenapa Laila yang jaga Sofy? Apa yang parents Sofy tipu Wazif untuk dapatkan Sofy? Dan segala yang berkait tentang Aya Sofya la. So, buku ni akan lebih best kalau part tu dimasukkan.
.

Buku ni lebih kepada macam mana Laila bangkit selepas kehilangan Sofy.
.

Dan yang bestnya, ada juga info tentang kraf tangan dan juga isu syarie. Seronok bila baca something yang kita tak pernah tahu pun sebelum ini. Contohnya, bila suami ingin berpoligami, bila dalam mahkamah, apa hak seorang isteri untuk bersuara dan mengemukakan syarat?
.

Oh ya, kalau bukan disebabkan Wazif ni sangat hebat auranya, mungkin Huzair patut diberikan peluang kedua. Sebab Huzair ni pun baik je sebenarnya. Tapi nak buat macam mana, Wazif dah mendahului.
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
August 21, 2015
Cerita dia best. Lain dari novel2 April Snow yang yuni pernah baca sebelum ini. Topik yang dijadikan tema juga satu topik yang agak kurang dibicarakan. Not bad, ada something kita boleh belajar masa sesi membaca.

CUMA adalah lebih menarik sekiranya penulis menceritakan tentang kisah Aya Sofya dengan lebih detail. Sebab tajuk gunakan nama dia tapi kemunculan cuma macam penampilan khas pula. Mungkin boleh bercerita lebih lanjut tentang pembicaraan kes perebutan tu. Atau macam mana Sofi meninggal. Apa sebenarnya hubungan parents kandung Sofi dengan Laila. Hubungan Laila dengan Huzair. Atau tentang dia dan keluarganya.

OMG!!! Dengan ini secara rasminya Wazif masuk dalam list (top 3 terus!) watak hero favorite - bahagian novel melayu. Watak dia lain. Okay, sweet dan romantik itu penting juga. TETAPI penulis bijak menghasilkan watak yang matang ketika berbicara. Cemburu yang tidak ditonjolkan. Senang cerita memang matang lah. Even nak sweet dengan Laila pun takdelah sampai over the pagar. Hehehehe...

Hopefully penulis selepas ini menghasilkan novel2 yang level dia macam ini juga. All the best cik author.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 3, 2014
Suka Wazif. Haha. Datang dah angin bias saya. :P

02-08-2014:

Kerana si cilik yang bernama Aya Sofya (Sofi), dunia Fahratul Laila (Laila) berubah 100%. Banyak yang dikorbankannya semata untuk si kecil yang tidak berdosa itu. Demi memegang janji untuk melindungi aib seorang yang pernah bergelar sahabat, Laila dibuang keluarga dan pertunangannya juga putus di pertengahan jalan. Kata Tengku Huzair (Huzair), Laila bukan perempuan yang baik untuk dirinya yang kononnya daripada keturunan baik-baik. Ya, mungkin silap Laila tidak berterus terang, tapi lelaki matang sepatutnya tidak akan bertindak terburu-buru. Period!

Setelah 5 tahun, Aliyana datang kembali menuntut haknya terhadap Sofi. Zahwan Wazif (Wazif) telah diamanahkan sebagai peguam bagi pihaknya untuk menuntut Sofi daripada Laila. Walaupun kecewa dengan tindakan Aliyana yang memungkiri janji, Laila akhirnya beralah untuk serahkan hak penjagaan Sofi kepada Aliyana. Namun, kuasa Allah melebihi segalanya. Sofi kemalangan dan menemui ajalnya pada hari yang sepatutnya diserahkan kepada Aliyana. Kesedihan dan kekecewaan membuat Laila membawa dirinya jauh daripada insan-insan di sekelilingnya.

Rasa bersalah yang menghantui diri selepas pemergian Sofi membuatkan Wazif mencari Laila untuk memohon kemaafan. Lebih-lebih lagi bila tau kebenaran tentang Sofi daripada Aliyana dan Fakhrul. Lama tau Wazif cari Laila. Selepas hampir lima tahun baru pencariannya berakhir bila kebetulan Laila menghantar hadiah ke pejabatnya. Maka bermulalah misi melembutkan hati Laila yang dah lama terluka parah tu. Siapa yang tak cair dengan watak Wazif ni memang salute lah. Haha. Sebab dialah orangnya yang banyak membantu Laila menerima hakikat kehilangan Sofi sekaligus menyedarkan Laila bahawa itu hanyalah sebagai salah satu ujian Allah buat hamba-hambaNYA. :)

Bila hati Laila dah mula memaafkan dan menerima Wazif sebagai bakal teman hidupnya, Laila dikejutkan dengan berita pemergian walidnya dan juga hubungan pertunangannya dengan Huzair yang terjalin kembali atas kehendak arwah walid Laila. Jadi, bagaimana pula dengan rancangan perkahwinannya dengan Wazif?

Komen saya:

Suka karya ni sebab:

1. Penulis jarang recycle plot cerita dan background untuk pelakunya. Contohnya dalam kisah ni kita didedahkan dengan kerjaya Wazif sebagai peguam dan kerjaya Laila sebagai seorang pengurus pusat jualan kraftangan. Jadi, kalau cerita klise sekali pun, pembaca tak jemu dihidangkan dengan pengulangan plot dan background pelaku / cerita yang lebih kurang sama. :)

2. Gambaran watak Laila yang kuat berdepan dengan ujian walaupun disisihkan oleh ahli keluarga terdekatnya. Cuma, bila kelukaan dan kekecewaan tu disimpan lama, ia jadi dendam yang membara dalam diam. Mujurlah dipertemukan dengan Wazif yang bisa membikin hati jadi cair tu. ;)

3. Watak Zahwan Wazif yang sangat gentleman dan manis (tanpa gula tambahan). Tak malu untuk merendahkan ego untuk minta maaf atas kekhilafannya terhadap Laila. Lepas tu tengok pula macam mana dia layan emak dia. Jadi, boleh nampak kan mana datangnya sikap gentlemannya tu?

4. Family bonding yang ditonjolkan dalam kisah ini. Baik Laila mahu pun Wazif, keduanya mempunyai hubungan erat dengan kedua ibu bapa mereka. Cuma Laila pernah disisihkan keluarga disebabkan kehadiran si comel Aya Sofya.

5. Semangat setiakawan yang kuat antara Laila dan Ain. Ain tak pernah tinggalkan Laila bila Laila terpaksa berdepan dengan fasa kesukaran dalam hidupnya sampai kekadang terlupakan hal sendiri. :)

Tahniah Kak Kucc untuk Kerana Aya Sofya. Worth to read meskipun saya dah habis baca versi blog dulu. :) Err, lepas ni giliran siapa pula agaknya eh?
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
February 8, 2017
3.5* NLB - read 2016.
As usual, anything from April Snow sarat dengan watak tambahan yg menjengkelkan dan perpisahan yg bertahun lama buat saya terfikir, adakah watak2 yg bertemu kembali tu berumur between late 20s or 35 yrs and above? Like seriously.
Profile Image for Emoon.
219 reviews79 followers
May 27, 2014
Menghiburkan and konflik pun x heavy....

jln cerita simple je .....

slmt membaca buat semua yeah....
286 reviews52 followers
May 13, 2014
Done...just a short review yg x pasti menepati intipati dlm KAS atau tidak...huhu....tp jujurnya sy mmg dh jatuh cinta dgn en peguam ni....tersgt baik cool romantic caring...i love u wazif....hihihi

Zahwan wazif seorg peguam yg Hensem, romantic, cool, caring, protective & baik

Fahratul laila seorg pengurus yg cantik, baik, polos dan berhati suci

Krn aya sofya, wazif n laila ditemukn
Krn aya sofya, laila mengenali wazif yg penuh rs cinta dlm jiwa
Krn aya sofya, ksh ant laila dan wazif terjalin dan bersatu dgn izin Nya......

Kerana ksh nya pd aya sofya, laila sanggup menjd anak derhaka yg dibuang keluarga...
krn ksh nya pd aya sofya, laila dihina dicaci oleh tunang n keluarga tung nya..
Berthn2 laila hidup bahagia bersama aya sofya...itulah lambang kebahagiaannya...namun tanpa diduga kebahagiaannya bersama aya sofya tlh direnggut ganas...hatinya rapuh, hancur dicarik2..dan krn perkara itu juga aya sofya pergi meninggalkn laila utk selamanya...
laila nanar, laila hilg arah...namun dgn dorongan n sokongan kwn baiknya laila akhirnya bangkit dr kesedihan itu...laila kembali dan tanpa dia ketahui, kehilangannya selama ini dicr dan dinnt oleh wazif...
Wazif ant punca kehilangan aya sofya dr hidup laila...laila menanamkn benci dlm diri nya pd wazif...dia cuba menjauhi wazif....tp semakin dia menjauhi, semakin wazif dekat dgn nya...wazif yg menyesal di ats khilafnya cuba mendekati laila...dia juga amat mencintai laila....kejujuran n keikhlasan yg terpancar diraut wajah n peribadi wazif, akhirnya tlh membuka hati laila utk menerima cinta wazif....kehidupan laila semakin ceria sejak detik itu....mrk tidak sabar utk meneruskn hub mrk ke fasa yg setrsnya...
Krn itu, wazif tlh menemukn laila dgn keluarganya kembali...namun pertemuan itu tlh membongkarkn satu rahsia yg bisa menggoyahkn hub ksh dan cinta ant wazif dan laila...laila harus membt pilihan di ant kekasih hati dan juga tunang tanpa rela....siapakah lbh layak utk laila??? Siapakah yg laila pilih utk menjd penjaga dirinya utk selamanya??? Wazif atau huzair??? Tapi siapa pula kartika yg tetiba mengaku bhw dia adalah bakal isteri wazif?? Sekali laila diuji...dia membawa diri utk mencr ketenangan...adakah laila perlu berkorban lagi?? Perlukah laila melepaskn kekasih hati yg amat dicintai???

Nak tau sape yg laila pilih and kesudahan kisah cinta laila n wazif, sila lah bli n bc KERANA AYA SOFYA..
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
selamat menghabiskan bacaan... yeay!!!!

dan the moment habis, dlm hati dan fikiran hanya ada.. i want Wazif! i want Wazif! i want Wazif! ketenangan dia.. persistency and his consistency = superb!!! even muncul orang-orang ketiga keempat dlm perhubungan, dia tetap tenang dan tidak terasa terganggu... saya suke ketenangan nya, sbb org sekeliling pun terasa bahagia.. ngeeee...

xde org yg jahat2 giler dlm nie, so saya sangat suke.. hehehe..

dan sesunguhnya menjadi seorang Laila itu memerlukan jati diri yang amat kuat dan gagah. i'm proud of her!
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 14, 2015
Seperti biasa, penulis April Snow tidak mengecewakan pembaca dengan novelnya. Jalan cerita kali ini agak berat, adakala meleret sedikit dan agak bosan namun pembaca tetap akan teruja untuk teruskan hingga tamat. Nama Aya Sofya bukanlah nama heroine dalam kisah ini tetapi nama seorang anak kecil yang menjadi faktor ke arah apa yang akan terjadi selepas kematiannya. Semua watak yang hadir dalam cerita ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan Aya Sofya.

Dunia Fahratul Laila berubah sama sekali hanya kerana anak kecil yang bernama Aya Sofya atau Sofi. Bukan sedikit pengorbanan yang Laila lakukan untuk Sofi. Demi janji pada Aliyana sahabatnya, Laila sanggup dibuang keluarga dan pertunangannya dengan Tengku Huzair juga putus di tengah jalan.

Selepas lima tahun, Aliyana datang kembali menuntut haknya terhadap Sofi. Zahwan Wazif sebagai peguam bagi pihak Aliyana, menuntut Sofi daripada Laila. Walaupun kecewa dengan tindakan Aliyana yang memungkiri janji, akhirnya Laila beralah. Sayangnya, Sofi kemalangan dan menemui ajalnya pada hari yang sepatutnya diserahkan Sofi kepada Aliyana. Kesedihan dan kekecewaan membuat Laila jauh membawa diri.

Rasa bersalah yang menghantui diri Wazif selepas pemergian Sofi, dia berusaha mencari Laila untuk mohon satu kemaafan. Lebih-lebih lagi kebenaran tentang Sofi telah Wazif ketahui daripada Aliyana dan Fakhrul. Maka bermulalah misi Wazif untuk mengubat hati Laila yang sudah lama terluka itu.

Dahulu, pertemuan meninggalkan kenangan pahit dan pedih di hati Zahwan Wazif dan Fahratul Laila. Kini mereka bertemu kembali dalam situasi yang berbeza dengan perasaan yang berbeza. Saat hati mereka gembira untuk menuju ke ambang perkahwinan, datang pula satu kejutan dan halangan dari bekas tunang Laila. Tanpa diketahui, Laila masih tunangan Huzair setelah 10 tahun berlalu kerana perjanjian antara Huzair dan arwah walid Laila. Muncul pula Kartika Sari yang tampak begitu mesra dengan Wazif. Laila dalam dilema, runsing bercampur sedih dan Wazif pula buntu memikirkan permasalahan mereka.

Banyak pengajaran yang boleh kita dalam naskah ini terutamanya dalam bidang syariah dan kraftangan. Cuma saya tidak puas hati bagaimana Aya Sofya ditinggalkan kepada Laila. Tentang ini tidak diceritakan secara terperinci. Proses perbicaraan Aya Sofya kurang dijelaskan. Begitu juga tentang kedua ibu bapa kepada Aya Sofya yang semuanya samar-samar. Persoalan ini kalau dihuraikan pasti ceritanya tambah menarik.

Watak Zahwan Wazif yang sangat penyabar dan sentiasa tenang menjadi hero idaman saya dalam cerita ini. Ini bukan buku hilang stress sebab ada
bab-bab yang boleh buat kita mengalirkan air mata. Bahasa yang digunakan sedikit puitis tetapi terserlah dengan sentuhan penulis. Apapun saya tetap suka karya beliau.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 5, 2014
Tema cerita sangat konsistent. Good! Kerana Aya Sofia.
Watak Fahratul Laila yang penyayang serta sanggup berkorban sangat menyentuh jiwa. Dia di hina, di buang keluarga serta putus tunang kerana mahu mempertahankan Aya Sofia. Tetapi pengorbanannya sia-sia bila Aya Sofia terpaksa di beri kembali kepada yang berhak dan dia terus kembali kepada yang Berkuasa. Lama hati yang luka cuba diubati. Zafwan Wazif adalah peguam yang telah meragut Aya Sofia dari dirinya. Tetapi lama-kelamaan Wazif semakin dekat dengan hatinya. Wazif telah lama memupuk rasa cinta pada Laila kerana keikhlasan diri seorang Laila. Cubaan demi cubaan dilalui mereka berdua sebelum mereka akhirnya dapat bersama. Tengku Huzair dan Kartika Sari adalah antara orang-orang yang cuba memisahkan mereka. Tetapi akhirnya mereka akur akan takdir yang telah ditetapkan dan mengundur diri.
53 reviews44 followers
April 30, 2014
Selesai KERANA AYA SOFEA nukilan Kucc Aprilsnow
sebuah naskhah dengan bahasa yang puitis...bukan si april.snow kiranya tiada keindahan bahasa dalam karya beliau...satu lagi novel yang SAYA nak bagi BERBINTANG BINTANG DI LANGIT YG TERANG AWAK...MEMANG KEBABOOM LAH AWAKKKKKKK.....
KERANA AYA SOFEA si peguam licik bertemu dengan Lailanya...
KERANA LAILA si WAZIF sanggup berbuat apa sahaja....
KERANA BELAHAN JIWA nya Laila menempuh bahagia...
3 bulan tempoh yang diberikan...
adakah kebahagiaan milik mereka?
Sebuah karya yang PERLU MASUK LIST kerana antara keistimewaannya ayat ayat indah romantis tahap lori gula tumpah di lebuh raya.....dapatkannnn SEGERAAA..... Awakkkk SERIUSSSS saya dah CAIR GILER DGN SI LAWYER NI.....
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
November 15, 2014
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM16. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

First time baca novel April Snow. Tidak mengecewakan.

Jalan cerita agak berat tapi ia tidak meleret sampai buat N terasa bosan. Suka dengan watak Wazif yang sangat penyabar dan sentiasa remain tenang.

Cuma N rasa the cerita tentang parents kandung Aya Sofya kurang jelas. Ke novel ni adalah kesinambungan novel April Snow yang lain?
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
September 30, 2014
lpe nak up date

MB suka sbb buku ni sgt2 matang

hero heroin penyibuk2 semua matang xperlu nk gaduh2 menerima dgn redha

paling suka watak wazif alahaiii sweet nyer kamu always positif

apa yg terjadi semua karana aya sofya...

Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
May 30, 2020
UPDATE:
Dah SOLD OUT.
.
.
Harga asal RM26
Harga jual RM18 (TERMASUK POS LAJU RM6 - Semenanjung sahaja)
Kondisi buku 10/10

Jika berminat, boleh la PM saya.. Nak booking dulupun boleh.. Terima kasih.. :)
Profile Image for Amalia Masrom.
151 reviews7 followers
December 31, 2014
Buku ni bagus. Banyak info dia masukkan.
Tapi, bukan makanan aku.

Maaf.
Profile Image for Mazz.
74 reviews1 follower
September 19, 2014
Everyone wants happiness,
No one wants pain,
But you can't have the rainbow,
Without a little rain.

Andaikata cinta itu mempunyai warna, tentunya pelangi menyinari semua hidup kita.

Kerana Aya Sofya..Fahratul Laila kehilangan segala-galanya. Difitnah oleh orang yang mengaku mencintainya. Dibuang walid dan umi. Dirinya keseorangan. Kekuatan dirinya hanyalah pada Sofi. Hanya Sofi yang dia ada. Sofi nyawanya. Namun apabila Sofi juga diambil pergi, apalah yang ada kecuali amarah, dendam dan airmata.

Kerana Aya Sofya..Zahwan Wazif memperkenalkan diri kepada Laila. Sudah tersurat dari pertemuan itu hatinya terpikat namun tanggungjawab membataskan apa yang ingin diluahkan. Sofi hanyalah tugasan yang harus diselesaikan. Tidak terduga kerana Sofi juga hatinya dibeban rasa khilaf yang tidak berpenghujung.

5 tahun Laila mencari kedamaian, selama itulah juga Wazif dibelit rasa rindu. 5 tahun Laila cuba melupakan, selama itu juga Wazif berubah laku. Dan pabila detik pertemuan mereka terjadi buat kesekian kalinya, amarah dan airmata Laila seolah menjadi pengubat rasa sesal di hati Wazif. Dikejar sang gadis tanpa putus asa. Hatinya nekad. Laila adalah untuknya. Sesungguhnya Wazif tahu, hanya kasih sayangnya yang akan menghapus segala lara di hati Laila.

Sekuat mana pun dendam Laila, terlerai juga dengan kelembutan Wazif. Semanis gula batu dan sweet umpama air gula Melaka sesiapa yang membaca naskah ini akan bersetuju dengan saya : Tiada penulis lain yang mampu bermadah indah, puitis dan penuh kesyahduan seperti Kucc Aprilsnow. Sungguh !! Saya menjadi converted reader kerana penulis ini dan mungkin sebab itu dia sangat, sangat istimewa di hati saya. Cinta Wazif dan Laila membuat hati saya dipenuhi bebunga pelbagai warna, bak pelangi..yang kehadirannya kita nantikan setiap kali berakhirnya hujan.

April Snow..saya nantikan novel baru anda dengan penuh harapan.


Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
August 26, 2014

Tajuk ni mmg memikat! tak mampu tahan hati baca sekali harung jugak!!!
citer yg menarik..Aya Sofya kiranya pengikat awal utk Laila dan Wazif tp krn beberapa insiden pahit dan sedih mereka seakan bermusuhan...

5 tahun masih belum buat Laila melupakan prbuatan Wazif ...kesan yg membuatkan Laila kehilangan keluarga!!! bertemu semula buatkan Wazit nekad mengatur misi dan visi...1. mahukan kemaafan Laila dan 2.mahukan Laila!!!

Hati keras Laila lembut juga dan mereka mula rapat dan mesra...meniti rasa indah dan kala menuju bahagia muncul kembali Huzair dgn wasiat...Kartika juga tak kurang mencuba nasib!

hubungan mereka agak berkocak namun Wazif mampu mengatasinya! pujukan dan nasihat buatkan Laila menerima dan memahami... Huzai dan Kartika perlu akur krn takdir sudah tertulis buat Laila dan Wazif!!!
Profile Image for Daten Aida.
21 reviews1 follower
September 18, 2014
first novel april snow yg sy baca..gaya penulisan susunan ayat sy suka..sbb sy amat cerewet bila memilih novel ...cuma dlm novel ini byk cerita pasal tengku huariz or hariz (tak ingat nama) sy byk skip...malas nak baca.....tp watak hero waqif mmg kedengaran klise...tampan,romantik,tenang..tp cara penulis menggambarkn watak berkenaan buat saya terawang2...(dlm dunia realiti mmg payah nak jumpa mungkin ada tp payah,tp takdela pujian melampau fairy tale punya cerita kan..masih boleh diterima akal)....
Profile Image for Siti Farhana.
5 reviews
September 27, 2014
alhamdulillah....selesai baca nov3l nie...walaupun lambat habis ...
jln cerita yg menarik...
megajar erti bersabar n erti bersangka baik terhadap org lain...
garapan penulis bg watak laila sgt baik..gadis yg sanggup kehilangan kepercayaan keluarga demi menjaga amanah dan janji yg telah di lafazkan .kisah perjalanan hidup laila selepas kematian aya sofya akibat kemalangan jln raya.laila cube menerima qada n qadar yg dtentukan kepada nya.
kehadiran wazir mengubah kehidupan laila.
sifat wazir yg sabar dn tenang menghadapi dugaan yg mendatang...
really love this novel....
Profile Image for Sha Mohamed.
2,525 reviews1 follower
March 29, 2016
Novel yg penuh dengan pengajaran..
Novel ini juga memaparkan banyak info mengenai kraftangan dan dunia peguam syarie..
Info mengenai syariah seperti hak seorang isteri yang akan dimadukan..
Hak menantu yang diketepikan mertua hanya kerana harta yang diamanahkan..
Hak seorang tunang yang ditinggalkan setelah terlanjur..
Seoronok bila baca novel yang penuh dengan informasi ini..
Bukan sekadar bacaan ringan tetapi penuh informasi..
Kepada penulis semoga terus menulis novel seperti ini..
Profile Image for Wee.
66 reviews1 follower
May 28, 2014
muahaha.. hampir sebulan aku nak habiskan naskah ni. punya laa kronik baca macam sifuut seduutt..

macam-macam ilmu ada. Aku tahu, si writer ni memang rajin bab2 cari ilmu ni and tak pernah jemu untuk dikongsikan bersama reader2 nya.

pastt.. kurang lagi sebijik list pending. ok. sekian.

congrats beb!
Profile Image for Rina.
100 reviews17 followers
June 20, 2014
Best! bahasa yg halus sbb rasa mcm baca buku sastera tp sastera yg x boring yg best..cuma yg kurang 1 star ialah ending yg mcm tak real ain dgn zack. Huzair dgn kartika.. hppy ending utk main character aje sy dah puas hati..
Profile Image for Ain.
32 reviews
June 18, 2014
Ada sedikit kecewa sbb tak diterangkan kenapa aliyana & fakhrul sibuk nak amik sofi blk dr laila. Wazif & huzair sendiri kena tipu dgn mereka.
Profile Image for Ain Raihan.
3 reviews
June 1, 2014
karya April Snow yang memang lain dari yg lain..., sentiasa penuh dgn ilmu dan pengajaran.
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.