Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mahadewi #2

Mahadewi: Legenda Raja

Rate this book
Legenda Mahadewi, seorang wanita sakti yang diam di atas Gunung Sankala, berpancasona indah. Bijak dalam segala perihal di dunia ini. Senyumannya seindah betari syurga.

Tengku Mahadi Syahidan atau digelar ‘Ghost’. Perjalanannya untuk masuk ke Sankala bersama isteri dan rakan-rakannya yang lain untuk mencari sebuah ‘batu’, merupakan perjalanan yang sangat mistik.

Segala-galanya di Sankala sangat indah dan misteri. Penuh dengan putaran sejarah yang aneh. Legenda-legenda Melayu yang pernah dibaca mereka di ‘dunia sebenar’, semuanya ada di sini!

Antara misteri dan masa.

Antara cinta dan nyawa.

Di Sankala, semuanya bagaikan mimpi indah yang melenakan.

Manis yang berbahaya. Cinta yang berkelana.

Apakah yang akan terjadi kepada Ratu di Gunung, Penjaga Sang Batu dan Raja antara Masa?

Legenda yang tidak pernah terpadam aksaranya.

Dan semuanya… bagaikan sakti.

520 pages, Paperback

First published September 30, 2024

14 people are currently reading
206 people want to read

About the author

Elvroseth

18 books355 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
131 (63%)
4 stars
47 (22%)
3 stars
21 (10%)
2 stars
5 (2%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 47 reviews
Profile Image for Elvina Zafril.
708 reviews104 followers
November 4, 2024
Okay, Mahadewi Legenda Raja ni memang buat I rasa mindblown habis! Dari awal sampai habis, buku ni bawa kita ke dunia Sankala yang penuh misteri, keindahan, dan, mestilah, plot twist yang buat kepala I pusing. HAHA! Bayangkan, Tengku Mahadi Syahidan a.k.a. Ghost ni pergi ke Sankala dengan misi nak cari “batu” mistik, tapi perjalanan dia dan kawan-kawan dia langsung tak macam yang diorang bayangkan. Every step full of surprises and every page full of mysteries yang buat kita rasa macam terperangkap dalam dunia lain.

Part paling menyentuh hati? Mestilah masa Ratu bertemu dengan Mawar. Aduh, part ni sedih sangat okay. I memang touching gila time ni, macam rasa hati kena cucuk lah. Maybe sebab I betul-betul imagine I kat situasi tu kot.

Plot twist dia? Fuh, tak boleh cerita banyak sebab nanti spoiler, kikiki tapi ada beberapa plot twist yang betul-betul buat I terkejut dan rasa nak marah pun ada. Sampaikan ada masa tu I fikir, “Eh, is this what really happened?” Sebab rasa macam crazyyyy, tapi dalam masa sama masuk akal lah juga.

Overall, cerita ni memang buat I rasa teruja, sedih, marah, dan impressed. Legenda dan mitos Melayu yang dihidupkan dalam cerita ni memang lain dari yang lain, dan setiap kali I cuba teka apa akan jadi, cerita ni terus twist ke arah lain. Pendek kata, Mahadewi Legenda Raja ni memang best sangat-sangat, full of surprises!
Profile Image for meenie.
321 reviews3 followers
January 27, 2025
well it didnt exceed my expectations ...

haa cane eh? this book continues the adventures of qaden, shah, mikha, eva and ratu. still nak ke istana sankala. i think penggunaan different time zone buatkan i pening sikit. dia macam selak page seterusnya dekat zaman lampau, tiber zaman sekarang pastu eh bertembung pulak ratu dulu dengan ratu sekarang. pening kita. trust me, im not like this tapi idk maybe sebab i tak biasa lagi dengan this author.

btw i ada cakap the first one lack of romance memandangkan ratu and shah kan dah kawin tapi howl- i tak expect buku ni dua hari je boleh jatuh cinta macam dua puluh tahun. hahahaha (cringe sikit) hmmzzz. and the plot twist ? i macam srsly ???? dia macam tak masuk akal jugak sebab kenapa mr lupin suruh bunuh shah kan? knowing dia yang ... (okay bacalah korang sebab i tak nak spoil)

pape pun this series was not for me. sekian bye
Profile Image for chelsannereads.
169 reviews2 followers
October 17, 2025
Rating: 4/5 🌟
Trope: melayu folklore/2 zaman yang berbeza/ plot twist at the end/ etc...

Cerita ni membawa kita ke dunia mistik Gunung Sankala tempat legenda dan realiti bertemu. Di sana, Ratu Mahadewi yang sakti dan putera bernama Ghost terikat dalam perjalanan mencari 'batu' penuh misteri. Setiap langkah membuka rahsia lama, kisah cinta dan sumpahan yang merentas masa. Antara keindahan dan bahaya, kisah mereka membuktikan… bahawa segalanya masih bagaikan sakti.

My thoughts 💭 short review (my opinion)

WOW! 🤯 THE PLOT TWIST?! OKAYYYYYY IM SAT. 😌 Walaupun macam dah boleh agak dah tapi... Tetap kita terkejut. Aku lebih prefer this one daripada buku pertama sebab aku lebih sukakan kisah pasal Ratu and Shah pada masa kini daripada yang masa lalu. Maybe because aku suka dengan banter dorang berdua. Banyak gula tumpah sampai tabbing aku yang warna pink habis dulu HAHAHAHA. 🤣

Second book ni lebih mencabar sikit dan pengembaraan dorang lagi best sebab banyak benda terjadi. Lepas satu plot twist, satu lagi muncul. I love the twisted stories this writer came up with and not gonna lie it's kinda dark sikit bila sampai bab last. Element fantasy buku ni menarik. Ending tu buat aku tertanya... So next cerita mikha pula ke? Also aku teringin juga nak tahu tentang cerita between Puteri Wanang Seri and Raja Mambang Sagara coz their story kind of interesting to know.

Recommended If you love fantasy with a twisted tales of Malay legends and folklore, this book is for you!
Profile Image for Lady N..
2 reviews
April 11, 2025
After reading Legenda Ratu, it really makes me excited to read Legenda Raja. But as i go thru 1/3 of the book, i became so dissappointed. Because this is not what i continue for. Saya mengharapkan lebih fantasi sepanjang perjalanan tapi apa yang saya dapat hanyalah love story yang cringe. Buku 1 sudah cukup cantik plot ceritanya tapi...

Ada beberapa persoalan yang saya perlukan jawapan selepas tamat kisah ni. Siapa2 yang tahu mohon tolong jelaskan ya..

1) kenapa saya kata cringe-love-story is, Ratu & Shah ada kepentingan masing2 semasa mereka decide untuk berkahwin. sebulan(?) kemudian mereka masuk Sankala. 1 hari di Sankala = 1 tahun di luar. OK, tapi mereka baru 2 hari di Sankala, takkan lah jatuh cinta serupa dah kenal 2 tahun? padahal semasa masuk hutan awal2 masing2 dengan ego yang tinggi takkan jatuh cinta. Like??

2) menggunakan Einstein-Rosen Bridge untuk plot time travel. boleh terima tapi tiada penjelasan macam mana Ratu travel ke masa depan. waktu tidur ke atau bila sebab macam tiba-tiba saja.

3) m/s 286 - Shah beritahu yang dia berjaya curi kitab Mahadewi. tapi tidak diterangkan bagaimana. "It's complicated, please don't ask me how." Please, sebab complicated lah saya nak tahu macam mana boleh kitab tu dicuri. Shah cakap macam senang je.

4) kisah 101 malam - Musang hanya berceriya 1 kisah 1 malam, tapi tengok2 dah subuh. (seperti yang ditulis dalam novel) jadi saya sebagai pembaca nak tahu, kisah tergantung tapi dah hampir subuh. agak aneh ya.

5) m/s 324- ini betul2 saya confuse. ayah Ratu (adalah dewa) berkahwin dengan Ratu Majapahit (ibu Ratu). Ratu dikurung di Sankala manakala adiknya dibawa ke Majapahit. Tapi Ratu Tak tahu pun kewujudan adik dia? macam mana Musang yang tahu pula? takkanlah takde siapa tahu Ratu Majapahit beranak 2 orang?

6) mawar anak Ratu Sankala kan? bukan Ratu moden. tapi umurnya muda dari Ratu moden? pening sikit kat situ. lagi tak faham, kenapa watak kawan2 Shah perlu muka sama dengan watak zaman dulu.. haihhh

7) scene Ratu pergi kubur Shah(?) buat apa eh? takde penjelasan kan? sebab Shah sendiri yang bawa Ratu pergi kubur tu, tapi untuk apa?

8) m/s 454 - Puteri Seri beritahu Ratu yang batu Samsara takkan muncul pada orang yang nak hancurkannya. Tapi kenapa Shah dapat? bukankah tujuan asal Shah/Lupin nak dapatkan batu tu untuk kepentingan diorang. boleh pula?

9) Raja Sanggara pun siap tolong bagi batu palsu kat Shah untuk bawa balik ke dunia asal. Shah/Lupin kan niatnya memang nak ambil batu tu? jadi kenapa?

apapun, saya agak kecewa lepas tamat buku ni sebab berbeza dari buku 1, atau mungkin saya yang tak perasan ini adalah novel cinta, bukan novel fantasi.
Profile Image for Mslvoe.
2,041 reviews197 followers
November 18, 2024
Such a beautiful story.

Moments yang korang akan menangis bila Ratu berjumpa dengan Mawar. Sayunya hati ni.

Kali ini buku ke2 tidak begitu menakutkan macam yang pertama.

F suka betul baca kisah Pak Jalil yang suka bercerita. Iman Ali @ Ramli tu tak sangka plot twist sampai begitu.

F jangka akan ada kisah tentang Mikha dan Mawar?
Profile Image for Alea Aizad.
68 reviews27 followers
September 30, 2024
"𝙔𝙤𝙪 𝙬𝙞𝙡𝙡 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙛𝙞𝙣𝙙 𝙤𝙪𝙩 𝙬𝙝𝙤 𝙩𝙝𝙚 𝙧𝙚𝙖𝙡 𝙫𝙞𝙡𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙞𝙨. 𝘽𝙚𝙘𝙖𝙪𝙨𝙚 𝙩𝙝𝙚 𝙫𝙞𝙡𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙞𝙨 𝙖𝙡𝙬𝙖𝙮𝙨 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮𝙢𝙖𝙠𝙚𝙧."

Dengarkanlah hikayat di mana Musang Berjanggut datang menagih janji dari Ratu Sankala setelah 100 hari Musang Berjanggut menceritakan hikayatnya. Namun, Ratu Ratna Mas Nyawa tahu sekiranya dia berkahwin lalu melahirkan anak manusia, maka terputuslah segala kuasanya dan dia akan mati. Itulah sumpahan. Itulah bebanan. Dan kini masa depan mula memunculkan diri di laman Sankala. Hajat di hati untuk mencari batu Samsara. Adakah akan berjaya misi mereka ? atau bakal dihantui kisah cinta 1001 pahitnya.

𝘿𝙪𝙖 𝙟𝙞𝙬𝙖, 𝙙𝙪𝙖 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖, 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙘𝙚𝙧𝙞𝙩𝙖.
𝙈𝙖𝙣𝙖 𝙢𝙪𝙣𝙜𝙠𝙞𝙣 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖 𝙗𝙞𝙨𝙖 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖-𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣𝙮𝙖

I NEED MY GODDAMN MIND ! Full mind-blowing plot twist sampai saya tak tahu nak cakap apa. Ingatkan dah boleh agak apa yang terjadi, tapi bila baca... ok i surrender sebab dah penat nak speculate apa yang terjadi. Bila baca balik, it just start to make sense apa yang terjadi. YE SAYA BACA BALIK SEBAB NAK FAHAM CORRELATION ANTARA EACH PLOT TWIST 🙌🏻

How in the world author boleh terpikir nak guna teori 'wormhole' for this book ? Saya dah macam belajar sains untuk faham konsep masa since ada berlaku pertembungan past and present. I'm just completely STUNNED. Itu memang saya tabik author, bukan sekadar cerita hikayat biasa tapi ada twist dia sedikit.

And siapa cakap cerita ni full cringey-romance je (memang ada pun) tapi why did i'm crying while reading this. Full of tragedy; cinta tak kesampaian. And it just played with my emotions. Kejap nangis, kejap curious, kejap sengih-sengih sebab perangai Ratu & Syah yang gen-z punya.

Tapi i suka gila-gila sebab journey Ratu & Syah masa depan macam ikut semula kisah Musang Berjanggut & Ratu Sankala dulu. Dari Musang travel and jumpa karakter macam Pak Andir, Badang, Tanggang sampailah bersilat dengan Ratu. Macam dejavu gitu !

Anyway ! I LOVE READING THIS ONE ! Bukan kisah novel biasa tapi penuh dengan plot twist ! Tapi macam bau-bau ada series untuk karakter seterusnya je ? 🥳
Profile Image for Akmal Zahrudin.
218 reviews27 followers
January 1, 2025
*Spoiler Alert! Proceed with caution*

My thoughts?

1. Sambungan buku Legenda Ratu. And of course I love this one too! Kalau buku 1 mostly banyak menceritakan kisah Ratu Sankala dan Putera Musang, buku 2 ni lebih advance. Combination of history and science. Siap ada time travel.

2. Dalam buku 2 ni adventure Shah and the gang masuk ke Sankala la pulak. Diorang stay kat rumah Pak Jalil. Pak Jalil ni bagi aku lebih kurang macam Heimdall dalam Avengers la. Ada watak baru Mawar, anak Pak Jalil tapi bukan anak Pak Jalil. Mikha nampak macam dah terfall dengan Mawar tapi taknak mengaku lettew. Cakap tak suka tapi sibuk dok kelek ayam putih si Mawar 24/7 haha

3. Dalam buku ni Ratu Sankala tak sengaja tertime travel ke future. Dia sempat jumpa Shah dan Mawar. Masa tu dia belum terima lamaran Puteri Musang. Dia ada la discuss something dengan Shah. Tapikan kenapa jumpa Mawar? Apa kaitan? Takkan la aku nak spoil. Korang baca sendiri ah 😆

4. Aku terkejut beruk bila tahu siapa Iman Ali sebenarnya. Apa yinni. He was one my favourite character back before 😫

5. Aku terkejut beruk jugak bila tahu yang Putera Musang pernah jadi cray cray lepas kematian Ratu. Whyyy. You're my favourite MC. You said you love Ratu for the sake of Allah. You already know this will happen, but you still want to marry her. Then whyyyyy 😫

5. Ending tu buat aku devastated sekejap tapi rupanya kena tipu haha. Aku tahu la Shah dan Ratu ni saling memperguna dan digunakan sesama sendiri selama ini. Tapi tak sangka pulak bila dapat tahu siapa Mr Lupin yang sebenarnya tuuu. Ingatkan dia villain tapi sebenarnya dia anti hero.

Personal rating :
4.5 / 5
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
June 1, 2025
41/2025

-Mahadewi: Legenda Raja
-Elvroseth

Ceritanya menarik, ditambah lagi dengan puitis bahasa yang terselit dalam buku ini membuatkan buku setebal 500 halaman ini terisi dengan bab bab yang mampu menyentuh hati pembaca. Walau bagaimanapun, saya kira buku kedua ini sentuhannya agak kurang mengena. Apa apa pun tahniah buat penulis atas penghasilan karya ini.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
985 reviews117 followers
December 3, 2024
Memang sebuah cerita yang luar biasa, unik dan indah.

This Mahadewi series is definitely worth it and I love the plot twist, especially regarding Mawar and Imam Ali.

Definitely waiting for Mikha and Mawar’s story.
Profile Image for yanielibrary.
51 reviews8 followers
December 6, 2024
★5

"𝐘𝐨𝐮 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐟𝐢𝐧𝐝 𝐨𝐮𝐭 𝐰𝐡𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐫𝐞𝐚𝐥 𝐯𝐢𝐥𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐬. 𝐁𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐯𝐢𝐥𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐬 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐭𝐡𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲𝐦𝐚𝐤𝐞𝐫."

This book is everything—what i can say about this book is totally beautiful. Actually taktahu nk tulis & luahkan mcm mana. Like the plot totally mind blowing💆🏻 every part—dari awal hingga akhir, every plot is so twisted.

Kisah bagaimana pengakhiran Musang dan Ratu tu alahai jatuh air mata betina ni😓 tak boleh nak ungkapkan mcm mana dah seperti yg diungkapkan dalam buku "𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐧𝐠𝐞𝐫𝐢."

Future Ratu & Shah pulak, tolonglah amik bumi ni takpon pindah jelah ke marikh🧎🏻‍♀️korg terlalu sweet utk dilihat semut mcm kami ni (single seperti Mikha) okay guys jujur saya kata the romance cringe but seriously i gelak guling mcm tenggiling🙂 nampak tak dimana pembaca terlalu single sampai tersengih depan buku.

Watak Eva & Qaden melengkapi cerita tapi! Petition to get Mikha & Mawar story pulak please. Both of them terlebih menonjol pulak dalam buku ni💞 so kupohon moga hajatku utk dapat story pasal dorg termakbul🤣

Plot twist dia? Tak payah cakap—too shocked like eh serious lah eh kau biar betul BANG❗️ah sudah emosi ku terganggu kejap masatu. Tapi BOONG🐸 apa ini miskaa. Wormhole?! Rasa mcm buta sains dah sbb ulang balik nak faham konsep dia. Alhamdulillah cerdik tapi tak bijak tembak sape Mr Lupin🙂

Selain scene Ratu & Musang, i tersentuh bab Mawar bertemu Ratu dulu dan Ratu sekarang🫂 rasa touching seakan akan kau duduk merasa kesedihan dan kesunyian yang dihadapi oleh Mawar.

Overall, korang yang tengok ni mohon baca lah ye. Kalau boleh secepat yang mungkin😤 bukan cerita biasa2 tetapi "𝐓𝐡𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐲𝐦𝐚𝐤𝐞𝐫, 𝐭𝐡𝐞 𝐯𝐢𝐥𝐥𝐚𝐢𝐧... 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐡𝐞 𝐠𝐡𝐨𝐬𝐭 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐧𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐛𝐞 𝐬𝐞𝐞𝐧." ( i see the hint😏) tapi tertipu dek plot lain.


Profile Image for Su Zainudi.
144 reviews
October 12, 2025
Akhirnyaaaa, habis juga. Personal star given 3.5🌟

Permulaan 100 pages++ saya masih ok. Mungkin penulis ingin menarik kembali feeling dari buku 1 Mahadewi Lagenda Ratu. Tapi bila sampai 200 pages++ masih begitu, saya dah start rasa draggy.

Sampai la masuk part Ratu Sankala menjelma di hadapan Shah, baru la nampak peningkatan cerita yang awalnya mendatar. Jadi, bagi saya 1st 200 pages++ tu boleh diringkaskan. And the rest of the story i can say good.

Plot twist dia agak bersimpang siur untuk difahami walaupun dah agak dari Mahadewi Lagenda Ratu. Ratu dan Shah. Geram juga dengan Ratu. Dia agak selfish di situ.

Adakah penulis akan sambung untuk kisah Mikha dan Mawar Wahyu?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Am. Han.
107 reviews1 follower
July 15, 2025
4/5

Okay dah tahu siapa Mr Lupin 🙂
6 reviews
October 23, 2024
What I can say bout this story is..... it is totally beautiful! Pertembungan dua dunia, kisah yang berbeza & watak yang berlainan akhirnya, disatukan menjadi pengakhiran yang indah walaupun berliku perjalanannya mencapai penghujung yang dikehendaki.

For me, this story ada 3 bahagian— a part where u will be filled with fantasies, a part where u will be mind-blowned and a part where u will have mixed feelings which is the ending— I always felt amazed whenever I'm reading his story.

It is sooo beautiful, mesmerizing & miracle. Idk how cik puan penulis boleh ada otak sebegini rupa untuk hasilkan karya yang indah bagai betari syurga ni (hehe nak jugak guna betari syurga)

Each time I open this book to read it, I will be sad about the thought that I should finish this story. I never want this story to end however I'm full of curiosity about what each character's own ending.

Although I really reaaaally love this love story but still idk how to describe my true feelings when I reached the 'TAMAT'. but for sure, I never want this story to end. But somehow this is just a fantasy where I need to wake up from it.

Ayat terakhir dari penulis—
"Semoga kamu..... kembali bangun daripada lena ini".
Yes. Whenever I read this story, I feel like I'm dreaming & imagining.

Ok atm, rasa nak nangis sebab this story is soooo beautiful. beautiful is not the right word bcs it is more than that but only that can describe it in this world.

Thank you @elvrosethrone for creating this 'world'. I wish masih wujud lagi lelaki se-green forest seperti Shah ehek
Profile Image for Book MY.
36 reviews
April 14, 2025
Bayangkan, 2 buah buku yang setiap satunya lebih kurang 500 muka surat (so total is almost a thousand pages) dibaca ketika saya demam! Yes, this book and its sequel is that good!
*the sequel is Mahadewi: Legenda Raja

Buku ni berkisah tentang Shah dan Ratu yang berkahwin atas pilihan keluarga namun masing-masing sebenarnya mempunyai rencana tersendiri. Perkahwinan mereka membawa mereka ke Gunung Sankala menjejak kembali tinggalan hikayat Ratu Sankala suatu ketika dahulu. Ratu yang juga berasal daripada keturunan Ratu Sankala amat diperlukan oleh Shah demi menyelesaikan tugasan rahsia beliau, manakala Ratu sendiri juga memerlukan Shah bagi mendapatkan Batu Samsara. Mereka berdua rupanya mencari benda yang sama tapi dengan tujuan berbeza!

Killer point buku ni, pada saya, adalah setup dan jalan cerita yang digunakan oleh penulis. Sangat menarik dan berjaya membuatkan saya tak senang duduk untuk habiskan buku ni. Penulis menggabungkan genre fantasi berlatarbelakangkan zaman kerajaan Melayu lama, istana Ratu Sankala yang penuh fantasi, dan juga masa sekarang (moden) melalui watak Shah, Ratu dan pasukannya i.e Mikha, Eva, dan Qaden.

Sepanjang bacaan, korang akan berjumpa dengan pelbagai watak yang sinonim dengan kisah legenda melayu klasik seperti si Tanggang, Batu Belah Batu Bertakup, Bawang Merah dll but with a plot twist. Even though sometimes it can get a bit messy, most of the time penulis berjaya menggarap cerita dengan cantik dan sangat baik. Memang best dan sangat recommended untuk korang yang suka buku bertemakan melayu klasik with modern twist ni.

Secara jujur, saya lebih suka dengan interaksi antara Putera Musang dan Ratu Sankala yang saya rasakan lebih hidup, punya tarikan tersendiri, dan kena dengan karakter yang dibina oleh penulis berbanding watak Shah dan Ratu yang agak ‘off-balance’ dan terlalu random yang agak memelikkan di beberapa bahagian. Serasa seperti dibuat-buat dan semacam tak ‘ngam’ pun ada. Ada bahagian dalam buku ni juga yang saya rasa unnecessarily draggy dan ada bahagian lain pula yang saya rasa seakan ‘tercekik’ dengan banyaknya details yang cuba disumbatkan oleh penulis. Ada beberapa tempat yang saya kira would be nice to end the story but it goes on and on dan ada juga tempat yang saya harapkan lebih penjelasan tapi tiba-tiba habis macam tu saja. Entah, tapi that would be my only complaint about this book. Other than that, this book is a great book with a great storyline, not perfect but really enjoyable!

Korang boleh expect gaya bahasa yang bercampur i.e bahasa melayu klasik / jawa, dan bahasa melayu moden sebab buku ni bercerita tentang dua garis masa berbeza. Khasnya untuk bahasa melayu klasik / jawa, korang tak perlu risau sebab di bahagian belakang buku ni ada disediakan sedikit glosari untuk rujukan korang dan buku ni secara keseluruhannya mudah saja untuk difahami.

Nah, klik link di bawah untuk membaca:
https://vt.tiktok.com/ZSrxS1YjE/
Profile Image for smarkles.
15 reviews
June 2, 2025
after few months, ada jugak mood untuk sambung book 2 of mahadewi series. agak ingat ingat lupa dari book 1. what can i say, i love this book. let me list down a few things i love.

🌟the concept. really love the mix concept of classic and modern. the time travel concept? yes, suitable with the mixture of these two concepts. personally, i lagi suka kisah classic moment Putera Musang dan Ratu. i love Elvroseth’s idea and bravery in writing this concept.

🌟the legendary characters. sumpah i suka sangat baca different stories about characters such as Tanggang, Bawang Merah, Puteri Lindungan Bulan, Badang etc. I think these characters added some spice and uniqueness in this novel.

🌟set up masa in Kampung Sankala. honestly, i think the vibe is just cool and they are chilling in here walaupun last last tu masing masing baru nak cuak bila dapat tahu dorang dah bertahun sesat kat situ 😭 also the moment when they finding out some truths in Kampung Sankala also membuatkan kita jaw dropped. like how Musang actually went crazy after Ratu’s death? that Ramli plot twist?? Mawar’s identity?? 🫡 roller coaster emotion.

🌟Putera Musang and Ratu’s dynamic. I prefer the dynamic of these two sebab i think dorang memang meant to be. the chemistry is just chemistrying. i rasa tak cringe langsung baca kisah cinta dorang. penggunaan bahasa klasik jugak mampu untuk buat i keep on going reading. since book 1, i memang suka baca kisah dorang.

🌟Mikha and Mawar. please they are so cute. I want a story about them 🙏🏻

a bit of thing yang i kurang suka:

⚡️relationship dynamic between Shah dan Ratu. kadang i rasa i baca laju laju because i cannot with those two 😭 i rasa they have no chemistry at all and the proximity is kind of forced sangat. i cuba untuk suka but i just cannot with them. the way they fall in love real quick in Sankala despite having ulterior motives is just ??? for me.

⚡️the plot resolution and explanation about who is Shah, who is Mr Lupin and all the things that happened in the end, i cannot brain semua tu. like okay how is Shah jujur and having good motives with Batu Samsara? idk i think its a bit complicated for me to digest. i love how to whole plot build but the way plot resolves is a bit off for me.

overall, this series is a wild ride and good read. those who enjoyed reading classic book with the mix of modern, i recommend you guys to read this. rate for this book is 🌟🌟🌟🌟/🌟🌟🌟🌟🌟
Profile Image for cahh.
3 reviews
June 11, 2025
Best gilaa😮 jap nak cari otak. entahla tak tau otak kat mana dah sekarang nii. penulis memang berjaya buat kita tertelan air liur, meremang, tersenyum, nangis ah banyak laaa. eeee sukaa sukaaa

tak nak review dekat lagenda ratu sebab nanti rasa macam tersekat ceritanya.so kita nak review kat sini je terus. maybe akan ada tersentuh sikit scene ii dalam lagenda ratu ya..

first of all....

tak nak kawan tak nak kawan tak nak kawann!!!
element horror tu kita mencii😭 kita dahla suka baca sorang sorang dalam bilik. okeey la i know la sebab cerita ni memang menceritakan kisah dekat dunia sankala tu alright i get it. takpe. meremang untuk yang itu tak apa.

tapi untuk yang dekat pulau dayang tu? apa yang ratu nampak dekat luar tingkap kat rumah imam ali and dekat dalam bilik rumah pak jalil tu oh please! rasa macam nak sorok sorokkan aje buku ni dekat belakang rakk😭

other than that memang perfect! sangat mind blowing. dahla semua tekaan plot twist kita takde satu pun yang mengena. awal awal tu nak jugak jadi acah pandai last last give up and macam yang orang kata just follow the flow. macam daun yang diletakkan atas air sungai lepastu dia ikut hanyut sama dengan air mengalir nak tau apa jadi lepastu. ha engko! ternganga pukul 3 pagi

paling tak boleh blah waktu tau siapa Mr. lupin tu. Ya Allah rasa macam nak menjerit. kitanya dah meroyan pagi pagi buta sebab yelahh kita pikir member tu dah matii betul

kita suka jugak friendship dorang nii nyomeyy je pegi mana sama sama semua. btw scene dekat perkampungan and ada upacara upacara tuu i actually imagine macam yang dalam drama drama cina tau cuma dalam versi melayu.ada sate ada wayang kulit ha gitu. love sangat sebab dalam kepala memang set situasi tu meriahh and penulis sendiri dah tulis dengan detail buatkan scene tu semua jadi makin hidup

oh yess one more thing ehem! tolong lah perbanyakkan lagi scene mawar dengan mikha. erghh dorang comel sangat la rasa macam nak picit picit. nak mikha and mawar satu ikat tepi! mikha kuat mengusik padahal suka eeee comel jee. andd erm okey la ending dorang berdua. walaupun macam tiba tiba tapi i rasa terharu finally dorang berjumpa balik. tisu mana tisu🤧
3 reviews
September 22, 2025
Saya memang suka novel yg berlatar belakangkan tema klasik melayu lama, time travelling, alternative dimension, but for this book, I'm not really enjoy it. Sometimes saya skip je scene2 unnecessary yg saje dipnjg pnjg kan. Banyak repetitive words yang author guna untuk describe suasana/orang. Dan saya rase build up relationships antara ratu dan shah zmn moden seems so force and cringe.

Both Siri lagenda ratu dn lagenda raja ni, saya rasa boleh diimprove lagi dgn cara tunjuk kan action main character ni rather than bagi diorang dialog semata2. Idea untuk masukkan cerita2 klasik melayu sgt bagus, cuma cara musang meleraikan masalah yang dihadapi watak klasik tu tak efektif, kenape? Sbb mostly musang ni hanya lontar kan nasihat kata2 sahaja dan dgn tiba2 nye watak2 tersebut tersentuh pdhal baru bertemu tak smpai sehari.
Contoh seperti scene batu belah batu bertangkup, musang yang berasal drpda keluarga raja yang kaya boleh jugak membantu ibu tunggal itu dgn memberi duit sikit/mungkin cari kan makanan tapi ni tak, hnye beri kata2 shaja. Tkde tinggal kan impak yang mcm wow dkt pembaca. (ye fhm yang musang ni mmg mengembara tak bermewah2 sbb usaha nk cari isteri yg x pndg rupa /harta, dan musang akan terima sahaja ape yg dihidgkan oleh org yg membantunye seadanya, tapi bukanke dgn cara ini musang secara tidak langsung seperti mengharapkan bantuan org yg lebih sush drpdanye? Scara simplenye, musang ni tone deaf. Macam org kaya yang sengaja cosplay as org sush just utk dpt kan pglaman "kesushan" tu. Lpstu at the end, dia kahwin gk dgn ratu yang kaya-bye)

Untuk character ratu sankala ni, saya rasa author boleh mantap kan lagi storyline ni kalau author tunjuk yang ratu ni pandai dalam menguruskan kerajaan dia, cara dia diplomasi, bantu rakyat dia, turun padang tengok kawasan rumah rakyat jelata, instead of hanya bagitau yang "sankala makmur kerana batu samsara ratu".

Dan rakyat2 sankala ni, bile org luar tnye perihal ratu, diorang mesti describe "walaupun kami tak pernah nmpk ratu, tapi kami tahu dia ratu yang baik". Okey.. Then why tkde scene yang tunjuk the action of ratu membantu rakyat?

Walaubagaimanapun saya suka yang author ni reveal, ratu ni baik je sebenarnye dan tindakan dia tu ade sebabnye and dia sendiri tak suka kalau sultan/raja/pemerintah yg dh beristeri melamar ratu, that's why dia menolak.
Okeyla even though dh dijangka, tapi still nice, cuma lg better kot tonjolkan lagi kebaikan ratu ni melalui action dia.

Batu samsara tu pulak, entahla discription psl batu ni just, "tk boleh jatuh ke tgn org jahat" "batu penting untuk ikat sumpahan" "untuk kekalkan sankala dr lenyap" camtu je, tak rase pun kehebatannya sgt, kalau include scene ratu guna kan batu tu bantu rakyat jelata ke suburkan tanah/tanaman/buah buahan kan lg bagus, baru nmpk agung. Batu ni lack of backstory la, sdgkn batu ni motif utama shah/ratu/mika/eva/qayden
.

Cuma bagus la plot identity imam ali tu, unexpected. Lpstu keadaan musang after ratu meninggal pun unexpected jugak, srs tak sangka dia jd macam tu dan keadaan kerajaan dia bile dia balik.
Cuma sedih la anak dia mawar time baby tu, terus diberi dkt org kampung untuk jaga kan, and musnag seolah2 tkde usaha nak jaga baby tu walhal baby tu la satu2nye peninggalan drpda ratu, faham and mmg realistic, musang tu ade issue mental health (depression) setelah kematian ratu, tapi his action a bit.. Tapi takpela, mungkin reasoning musang ni, dia nak kalau2 dia terabai anak dia and tk mampu membesarkan dia
Untuk scene2 ni saya tabikla sbb bile baca macam wow and masuk akal jugak.

Untuk plot shah., ratu, qaden, Eva mika pulak, erm nothing to say sbb entahla draggy lpstu hmm.. Tak minat sgt, and dialog pun macam bukan orang dewasa pun, kkdg mcm tk matang pun ade (mind u, they suppose to be professional researcher).

Untuk plot twist identity lupin tu macam, entahla kelakar pulak, sgt2 out of nowhere, maaf tapi macam tak masuk akal. Ye bagus la nk surprise kan pembaca, tapi tk logik.
Mybe kalau author explore deeper cara lupin atur strategy, bagi hint2 sikit psal lupin tu. Ni tak, scene lupin hanye muncul bila ratu muncul, bukan ape, tapi kan nk tunjuk kn lupin ni mastermind kan, so kene la describe lagi, and mungkin create some solid scene yang mmg tunjuk kan susuk lupin ni "jahat". Maybe kalau centu lagi kena kot.. Tapi ni macam tiba2 sgtla.

Last but not least, character ratu zaman modern, macam takde sgt je, more mcm dia dioergunakan je oleh shah and dia cpt blushing lol. Anddd, part mambang ape tah dgn fatimah tu, lg best kalau diorg ade identity sendiri instead of "muka iras qaden n Eva"

Just my opinion, but anyways kudos to author, bagus create fantasy yang berunsurkan classic malay folklore and penggunaan bahasa klasik jugak (even though ade yg saya tak faham) but good job!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Far.Zana25.
112 reviews1 follower
November 27, 2024
(⁠◍⁠•⁠ᴗ⁠•⁠◍⁠)⁠❤ 𝚂𝚊𝚖𝚋𝚞𝚗𝚐𝚊𝚗 𝙼𝚊𝚑𝚊𝚍𝚎𝚠𝚒: 𝙻𝚎𝚐𝚎𝚗𝚍𝚊 𝚁𝚊𝚝𝚞

💗 Buku ni merupakan part 2 bagi kisah pengembaraan Shah, Ratu, Mikha, Qaden & Eva di Pulau Sankala bagi mendapatkan Batu Samsara. Tanpa disangka perjalanan mereka dipermudahkan utk masuk ke perkampungan Sankala tu. Kehadiran diorg ni semua disambut baik tapi ada satu masalah yg muncul.

💗 Masalah ni sebenarnya berlaku sejak Mahadewi meninggal dunia lagi kiranya sakti dkt Sankala ni dah kurang mcm tu & ada berlaku kegiatan syirik disbbkan seseorang ni. Semuanya sbb terlalu taksub mahukan Batu Samsara ni. Ish³..

💗 Kiranya kat sini akan terbongkar tntg Batu Samsara, pengakhiran kisah cinta Ratu Ratna Mas Nyawa & Putera Mahadi Syahidan, siapa Mr Lupin & banyakkkk lagi!

🩵PERSONAL REVIEW🩵

✨Sakti betul cerita ni hehe! Walaupun ada jugaklah baca review ckp cerita ni boleh buat 1 buku je tapi ntahlah bagi aq okay je 2 buku sbb yg buku ke-2 ni mmg mantap ah!

✨Plot twist dia xyh ckplah mmg syok! Tau x hujung² tu igtkn betullah yg _ _ _ _ mati tapi rupanya plot twist giler! Arghhh! Sbb time tu nk nangis dh😭

✨Tntg pantun.. klasik betul tapi seronok sbb mmg bagi vibe zaman² Pramlee.. Hang Tuah gitu tau tak sbb zaman² dulu en suka berpantun-pantun. Ditambah pula dgn pelbagai karakter mcm dkm movie Magika ahh my heart sooo happy🫶💗

✨Bila baca buku ni korang akan rasa cinta, seram, sedih, marah semua ada.

✨Oh ya kitonyo masih mrh dgn Mr Lupin sbb dia jht (walaupun dh tau siapa dia ni senanya hehe)😆🤪

✨Overall.. PERFECT and... 👉👈 Rasa-rasanya ada tak penulis @elvrosethrones nak buat citer tntg Mikha & Mawar? 🫣😆

✨Ty penulis utk karya yg sungguh indah ni! Teruskan berkarya 💗

#mahadewilagendaraja #elvroseth #bookiut #farzreads #bookrecommendations #bookreview #bookfyp #fypシ #booktok #raturatnamasnyawa #puteramahadisyahidan
Profile Image for bibliophile.
91 reviews1 follower
January 4, 2025
What I thought about this book: Mahadewi: Legenda Raja by Elvroseth
⚠️FRIENDLY REMINDER⚠️Baca Mahadewi: Legenda Ratu then baru baca Mahadewi: Legenda Raja.

🔖Rentak buku Mahadewi: Legenda Raja fast, tak se-draggy buku Mahadewi: Legenda Ratu (cerita baru nak warm up)

🔖Actually kita boleh agak siapa Mr lupin dari ENDING buku 1. And dalam buku 2 ni, finally I know what 'MR LUPIN' plan. Indeed This guy is smart BUT CUNNING and I madly love this side of ML character.

🔖For FL character, now after penjelasan dari Pak Jalil and 2 buku, I get it why she is Sankala QUEEN. I feel like, THIS is actually how Queen should be. I love Ratu Ratna Mas Nyawa character. Dan untuk character Ratu, she sweet dan lemah lembut TAPI can be 'Dangerous woman' type kind of Poison.

🔖Part perubahan sikap Putera Musang selepas Ratu Ratna Mas Nyawa mati tu sedih sangat. Love make people go blind and crazy. I feel sad untuk both of them (cerita cinta mereka sangat menyedihkan).

🔖Part pertemuan Ratu Ratna Mas Nyawa dan Mawar tu buat hati ni sedih dan tersentuh sampai menagis.

🔖Sumpah tak expect Imam Ali macam tu. The plot twist is surprisingly crazy.

🔖Curious about cerita Mawar dan Mikha own story in future.

🔖Mahadewi: Legenda Raja more intense and good than Mahadewi: Legenda Ratu BUT readers memang kenapa baca BOTH sebab cerita bersambung and linked to each buku.
1 review
February 1, 2025
When I first started to read this books, I’m quite annoyed with all the cringe scene sbb mcm too much sangat since both of them ego because my expectations about this books is more to the mysterious plot instead of romance but anyways I get it.

Mula-mula I quite confused about pertembungan masa but bila I repeatedly read it barulah I faham thanks to mikha for the example though haha.

The plot twist was mindblown. I thought Lupin is the bad guy here but yk what I mean. The “kubur” scene seriously unnecessary cause I tak fhm motif scene tu diwujudkan. I mean at least change Lupin with someone else ker. It look stupid a bit la sorry though.

At the end, I can say the plot is best and I get how all elements in Sankala was based on the Lagenda of the two love birds especially the kunang-kunang parts. Thank god the ending is okay eventhough my heart skip a beat with the “headshot” sbb sakit yer nk teruskan membaca but eventually I get what I want.

This story is like a fairytales but scary.
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,334 reviews67 followers
December 23, 2025
[BOOK 66_2025]

Mahadewi: Legenda Raja by Elvroseth.
.

Best! Penutup kisah cinta epik dan legendary yang baik.
.

Kalini, ceritanya lebih berkisar pada waktu sekarang.
.

Sambungan kisah perjalanan Shah dan Ratu ke dalam hutan Sankala yang mistik. Yang sebelum ni, Shah dan rakan-rakannya tak dapat mencari jejak pintu masuk, kalini terbentang di hadapan mereka.
.

Kehidupan di Sankala dilalui dengan indah, biarpun aneh. Pelbagai kisah legenda Melayu turut tersedia.
.

Rupa-rupanya, disebalik keindahan itu, ada rahsia yang tidak terjangkau.
.

Apakah pengakhiran kisah cinta Ratu dan Shah pada 2 zaman yang berbeza?
.

Okay, buat sesiapa yang sukakan kisah mitologi sebegini, sila baca! Dan tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan naskah sehebat ini. Twist demi twist
.

Dan oh ya, kalau korang sukakan buku ni, aku cadangkan korang baca jugak buku Mitologi: Sumpah Tun Ledang Shah yang boleh didapati di apps Cereka. sumpah best jugak. hahaha
.

p/s: aku mengharapkan penulis boleh buat buku spin off dengan semua watak-watak dalam buku ni.
Profile Image for Syua.
34 reviews
October 30, 2024
"Ratu ialah Betari Syurga beta. Sehingga menutup mata, beta tetap akan meminta Tuhan untuk menemani Ratu sehingga hujung nyawa." -Musang

"If a forever does exist. Let it be you again and again, I love you,Ratu." -Shah

"I've decided to make you mine forever. What do you say, darling?" -Mr Lupin

"Psychopath!" -Ratu

"I'm so, so sorry, Shah..." -Ratu

Okay, dh agak dh mcm mana jalan cerita buku ini. Tak sangka eh Imam Ali mcmtu perangainya. Memang buku2 yg ditulis Kak El sy suka sebab unik. Dalam buku 2 ni, Shah punya manis tu meleleh yaa. Ratu pun dah cair tengok Shah versi ini. Sepanjang baca buku ni, banyak emosi sy yang terluah. Bgi sy bila baca buku 1, terasa angker and buku 2 pulak tersenyum manis dan sedikit terkejut aje🫠❤️Ratu dan Shah...dorang ni betul ke green flag eh? Btw,Saya suka Mr lupin lagi😌Apapun sy menantikan cerita dari Mikha dgn Mawar pulak. Nanti sambunglah buku untuk Mikha dn Mawar Worth to read!
This entire review has been hidden because of spoilers.
60 reviews1 follower
November 10, 2024
MAHADEWI: LEGENDA RAJA 📚Rating : 5/5 🌟🌟
This book is totally mind blowing..
Surprisingly buku ni pon best jugak 😭 (my opinion)

Now dah terjwab :-
💥who is Mr Lupin.
💥Ending of Ratu Ratna Mas Nyawa with Putera Musang
💥Their expedition of Batu Samsara

Tapi……

Saya memerlukan sambungan 🤭
📌 Future of Mawar and Mikha..
📌Puteri Wanang Sari (puteri silat) & Raja Mambang Sagara (raja gunung nusantara)
📌Batu Samsaranya

After all Ratu & Shah mmg sweet couple here, Eva and Qayden pelengkap cerita, Mikha and Mawar penguat cerita (I want to know more).. I hope author will make book 3 ASAP 🙏🏻 saya tak sabar menanti 😚
Profile Image for Ain Camina.
22 reviews
July 26, 2025
5⭐️

Kisah penggembaraan Shah, Ratu, Qaden, Eva, dan Mikha yang nak cari batu samsara untuk tujuan research. Mereka masuk dalam Hutan Sankala dan jumpa dengan banyak watak yang dikaitkan dengan kisah lagenda. Tetapi jalan hidup watak-watak ni, tak sama dengan kisah yang selalu dengar dekat dunia luar. Banyak misteri yang terungkai.

Penulis bijak bermain dengan hati pembaca ya 😌 Tiba-tiba dibaginya plot twist di hujung cerita. Yang pasti, tolong sambung kisah Mikha dan Mawar 🙇🏻‍♀️ Enjoy betul baca buku ni, kalau boleh nak selak muka surat first sampai last tak nak letak!
Profile Image for pearl.
173 reviews1 follower
September 5, 2025
i am a massive fan of romantasy, tak kisah lah novel english atau malay, memang minat!! i love loovee the world building dalam cerita ni memang sukaa sangat! and as an old soul person, the vibe in the story (dalam kampung sankala) is literally my favourite!! i cried multiple days lepas habis buku ni sebab the love story between musang and ratu is very epic, hanya maut yang memisahkan kita. and i cried multiple times too lepas ratu meninggal😭😭 the angst is angsting! love the book so so much, good job author! fly high and semoga pasni ada banyaaaak buku camni, saya sukaa sangat!
Profile Image for Dhia Yana.
115 reviews
November 28, 2025
Danggggg I didn't expect that my guess is correct about Mr Lupin 😂 I thought he's a different character but after they go out that character gives some vibe that is the same as Mr Lupin 😂 hahahha. So I love how the ending and the romance omg make me giggle 🤭 Part Pak Jalil bersyair tu memang sebijik macam cerita hikayat dulu² such as Awang Gagah, Puteri Bongsu huhuhu how nostalgic. I love the suspense here too and the mysteries. Kinda not expected how sweet the Shah is here and we need more about Mikha and Mawar!!!!
Profile Image for Qys.
5 reviews
January 16, 2025
In terms of story, saya prefer mahadewi 1. Tapi in terms of plot twist, I choose this book🤣 saya suka betul plot twist dalam buku ni (kecuali Shah as Mr Lupin sebab memang dah agak dari buku 1 lagi hehehe). Tak sangka langsung mawar tu anak Ratu dengan Shah so memang terkejut gila 😂 belum masuk lagi part musang guna darah ratu untuk tulis kitab tu.. mind blowing gila pada saya (kitonyo cepat impressed😭) ada a few parts yang saya tak faham sangat tapi overall ok je saya suka buku ni 🫶🏻
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Nadhiah Aida.
510 reviews27 followers
December 13, 2024
Hahaha won't believe the ending
And masuk climax sampai ending
Ada rasa creepy
Tetiba telinga boleh dengar bunyi gamelan
Baca dalam pukul 8 lebih waktu pagi
Haishhh
Dah terlalu into
Segala persoalan ada dalam Raja ..
Serius yang ni best
Abaikan part Shah dan Ratu
Saya suka Mikha dan mawar
Hehehe ...

Boleh baca .. menarik ...
5 reviews
January 1, 2025
Definitely love the storyline and plot. Very interesting, very thrilling, very mysterious. Sweet dia buat bantal saya jadi leper sebab kena tepuk saja😂 Shah and Ratu, penatlah nak sengih sorang ii. The way Shah pujuk Ratu, take care of her. Slow burn trope is 🔛🔝. Mikha!!! Kenapa kau funny tanpa sebab🤣 dengan Wahyu engkaunyaa lagii hadoii laaaa... Terubat rindu bila dapat tahu Mikha dalam buku Lagenda nie is the same person with Mikha dalam Kayangan Hazel🫢 This book need more recognition ✨
2 reviews
January 26, 2025
LOVEEEEEEE THISSSS BOOOOK SO MUCH .THE PLOT TWIST IS WELLL WRITTEN FOR ME . Vibe buku ni i really love ittt . first time baca from this author but dia memberi first impression yg sgtt lurvee yee hehe .

Oh yes another thing ade satu lagu ni which is bagaikan sakti lagu ni sgt ratu dan musang coded yer .
Displaying 1 - 30 of 47 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.