Jimmy dah mati. Tapi kenapa pada Jannah, Jimmy masih ada?
Masih setia. Bergurau senda. Tetap menemani. Tanpa pernah hilang.
“Jannah dengan Jimmy kan kemalangan. Ingat tak? Jimmy meninggal di tempat kejadian. Jannah pula koma 27 hari. Please Jannah… cuba terima hakikat ini.” Ibu menangis merayu.
Jannah pandang Jimmy. Airmata bergenang.
“You need to be strong. I will always be here… for you Jannah.” Jimmy berbisik lembut.
Harus bagaimana kisah ini berakhir? Jimmy yang masih ada ketika satu dunia kata dia dah tak ada.
Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.
Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.
Karya ini sepatutnya boleh dapat 5 stars tapiiii sebab perkara² ni yang buat F rasa tak cukup
1. Danial - niat satu untuk pulihkan Jannah tapi kenapa sekat semua pengerakan Jannah, malah family sendiri susah nak berinteraksi dengan Jannah
2. Ending, tahu² je dah kahwin. I need more!!!! Ending terlalu rushing.
F banyak menangis baca kisah mereka. Persahabatan yang akrab. Mereka sentiasa berdua, malah family pun rapat.
Jannah nampak Jimmy tapi orang lain tak nampak. Kawan² mula jauhkan diri dari Jannah. To me, tak kawan pun takpe.
F ingat sebab Jannah ada tumor, Jannah boleh nampak Jimmy. Kalau ikutkan maybe kemunculan Jimmy sebab Jimmy nak beritahu rahsia yang dia simpan selama ini.
Best karya ni. Tapi tu la tak cukup.. tak puas. F still belum move on. Suka sangat watak Jimmy dan Jannah. But watak pasangan untuk Jannah si Aqif best. Dia jenis tak judge Jannah. Jenis observe. Dan experience pergi Tokyo dengan Jannah F suka sangat. How sweet 💜🩷
Aku tak faham 1 benda.Katanya Danial takde niat jahat kat Jannah,cuma nak tolong sembuhkan Jannah tapi apahal sampai tak bagi Jannah berhubung dengan keluarga sendiri? Pastu ending pun macam tergesa gesa.
sedih. betapa baiknya hubungan jannah dan jimmy. hingga masa yang memisahkan. mereka kemalangan. jimmy maut, jannah koma. meninggalkan jannah terpinga sendiri selepas bangkit dari koma. tapi, dia tetap nampak jimmy. dan jimmy sentiasa ada dengannya.
tak semua dapat terima. hinggakan teman takut mahu berjumpa dengan jannah. tapi jannah tak peduli. asalkan jimmy ada di sisi. dia bahagia. cuma sekali lagi masa menjadi saksi. jannah rupanya sakit. dalam bahasa perubatan dia berhalusinasi. ada ketumbuhan yang menghimpit saraf.
cerita ini makin dibaca, dibawanya pembaca makin tenggelam. makin tak mahu keluar. mahu terus ada melihat bagaimana keadaan jannah. mengharap jimmy terus setia di sisi. tapi, memang tetap takkan ada yang kekal.
betapa sebuah persahabatan yang ikhlas menjadi penguat diri seorang manusia. ikhlas itu memang takkan boleh digambarkan bagaimana.
dah tak boleh nak fikir apa lagi kosa kata untuk cerita ini. silalah dapatkan. dan sama-sama rasa keikhlasan jimmy untuk jannah dan kejujuran jannah untuk jimmy.
Aduh tak perasan yang Jimmy ni bukan orang melayu. Punya la fokus pada apa yang Jannah nampak sebenarnya. Gila dah ke minah ni boleh nampak orang yang dah mati. Bercakap dengan Jimmy tapi sebenarnya bercakap sorang-sorang.
Rupa-rupanya Jannah ada tumor. Salah satu symptom adalah berhalusinasi. Lepas daripada operation nk buang tumor tu, lagi sekali saya terkejut. Dah mati ke? Apasal semua orang sedih ni. Rupa-rupanya dibawa pergi ke London sana untuk berubat.
Lepas tu pulak ada misi menyelamatkan Jannah. Ni dah macam cerita lain dah ni. Hahaha. Aduh la macam-macam hal la Jannah ni. Aqif pandai ambil kesempatan ye, sempat lagi jalan-jalan kat Disneyland. Sumpah kelakar Aqif mimpi confess dekat Jannah.
Sayang sangat kan Jannah pada Jimmy. Jimmy tetap ada di dalam hati Jannah dan keluarga yang mengenalinya. Ingatkan apa la yang Jannah baca perbualan di antara Daniel dan Jimmy. Kot la ada unsur jenayah. Suspen la sekejap.
Dia ada tetapi realitinya dia sudah lama meninggal dunia. Apa yang Jannah lihat sebenarnya? Adakah benar itu Jimmy atau hanya halusinasinya? Ya. Semuanya berkait rapat. Namun Allah sahaja yang mengetahui di sebalik sebuah keanehan itu.
Kawan² lama ramai yang meminggir kerana dia dikatakan gila. Dia juga dikatakan tidak mahu move on. Tapi apa yang perlu dia buat jika memang Jimmy yang dilihat dan sentiasa ada untuknya. Yang selalu membantu dia di rumah dan juga menemani dia di sepanjang hari?
Hanya Akif. Ya. Kenalan baru. Hanya dia yang tidak pernah judge tentang apa yang dialami oleh Jannah. Kerana karya yang diterbitkan oleh syarikat tempat Akif bekerja yang merapatkan mereka. Dan kerana karya kedua Jannah lah Akif dapat menyelamatkan Jannah dari tawanan Danial.
Pelbagai perkara yang berlaku. Misteri kewujudan Jimmy dalam hidup Jannah setelah kematiannya, motif tawanan Jannah oleh Danial dan rasa cinta mati Akif terhadap Jannah. Juga tidak lupa hubungan Jimmy dan Jannah yang sukar didefinasikan semasa Jimmy masih hidup.
Bila habis membaca baru saya sedar definasi tajuk karya ini. Jannah untuk Jimmy. Dan kenapa Jimmy itu masih ada walau dia sudah neninggal dunia. Ya. Semoga yang baik² sahaja untuk Jimmy di alam sana dan semoga Jimmy dapat ke syurgaNya nanti. Amin
Ebook yang bagi saya sangat baik penulisannya. Sangat bermakna dan semestinya recommended👍