Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hanya Dia...Cinta

Rate this book
Kali pertama melihat si gadis, dia sudah terpaut. Kalau dah namanya Adhan Mikhail, apa yang dia hendak, itulah yang akan dia dapatkan. Langkah paling agresif dibuat. Hantar saja keluarganya merisik si gadis. Tapi, kalau dah namanya Zara Harlina, apa yang orang nak, itulah yang dia tak akan beri.

"I. Nak. You."~ Adhan.

"Tapi… I.Tak.Nak.You!" ~ Zara

Adhan mengejar, Zara berlari. Bila si jejaka berhenti mengejar, Zara mula tercari-cari. Dia akhirnya mengakui, lelaki itu sudah mula menguasai hati.

Tapi bila dah berumahtangga, tak semuanya kekal indah macam waktu bercinta. Bibir yang selalu mengucapkan kata manis bergula dah mula bertukar nada.

“Kadang-kadang rasa penat bercakap dengan Zara ni. Abang tak tahulah, Zara dengar atau tidak.” ~ Adhan.

Hidup berumahtangga tak semudah yang disangka rupanya. Ujian demi ujian melanda hingga sampai ke satu tahap, Zara hampir berputus asa. Kata dua diberi pada si suami.

“Zara akan pergi. And I won’t be coming back,” ~ Zara

Apakah yang akan dilakukan Adhan? Menyerah pada keadaan atau bangkit mempertahankan hubungan mereka? Mampukah kedua-duanya mengharungi ujian yang sedang diberi?

503 pages, Mass Market Paperback

First published May 1, 2014

6 people are currently reading
178 people want to read

About the author

Farah Husain

35 books209 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
112 (38%)
4 stars
113 (38%)
3 stars
54 (18%)
2 stars
10 (3%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 43 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
August 10, 2016

Appreciate what's in your grasp. Jangan sampai hilang baru nak menyesal. - Zara (m/s 177)

10-05-2014

Tentang Hanya Dia... Cinta

1. Berbanding Dia… Random Guy (DRG) saya baca kisah ni tanpa letak apa-apa expectation dan......saya suka!

2. Seperti kata penulis, kisah ini kisah biasa-biasa yang dilakarkan oleh orang biasa dan diilhamkan berdasarkan kisah insan-insan biasa di sekeliling penulis. Dan, memang betul! Ops, mungkin latar belakang nampak mewah tapi kisahnya tetap kisah biasa yang saya kira memang berlaku dalam hidup kita seharian.

3. Jika anda mengharapkan kisah ini semanis kisah DRG, lupakanlah. Tapi Adhan Mikail (Adhan) memang seorang yang bermulut manis, tak dinafikan. :) Manakala Zara Harlina Elyas (Zara) si pujaan hati Adhan ni sangatlah degil, rebellious dan kuat sentap. Haha. Tapi sungguh pun dia blur ayam, Zara sangat tetap pendirian dan tahu apa yang dimahukannya.

4. Suka sorrounding kisah ini. Hubungan persahabatan dan kekeluargaan yang erat tak pernah dilupakan. Oh, bagi yang rindukan si sexy-goatee Amzar dan Alina, cameo appearance mereka di dalam kisah ini mungkin mampu mengubati kerinduan. Hihi.. :D

5. Saya jadi turn-off sikit bila Adhan tak yakin yang Zara akan terima kekurangannya setelah tahu latar belakang Adhan. Aiyaaaa.. Tapi logiklah, mana ada manusia yang 100% sempurna dalam dunia ni, kan? Mesti ada kekurangan di sana sini.

6. Penekanan tentang bersederhana dalam apa yang kita lakukan. Sekalipun kita mampu, tak bermakna itu boleh jadi tiket untuk membazir dan menunjuk-nunjuk. Terutamanya dalam mengadakan majlis perkahwinan. Dan itu yang dipegang oleh Adhan dan Zara dalam melaksanakan majlis perkahwinan mereka.

7. Suka transformasi sisi watak Zara yang negatif tu kepada Zara yang penyabar dan banyak bertolak ansur selepas berkahwin dengan Adhan. Walaupun ada ketikanya tercabar juga dengan keegoan Adhan, tapi Zara masih sedar tentang hakikat kedudukannya sebagai seorang isteri.

8. Adhan sangat sayangkan keluarganya walaupun mereka hanya keluarga angkatnya. Jadi tak hairan bila Adhan turut 'hilang' bersama pemergian ibunya. Sobs. Kita dapat lihat kesabaran Zara melayan Adhan yang larut dan hilang dalam kesedihannya walaupun dia sendiri belum pulih daripada kesedihan akibat kehilangan bayi mereka.

Selagi namanya manusia, memang kita tak akan pernah puas dengan apa-apa. Sebab itu kita diajar agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Kecil, besar, susah, payah, miskin, kaya...kita kena bersyukur dengan semuanya. Kita kena ajar hati kita, semua ini hanya pinjaman Allah. Cukup masa, kita kena kembalikan semula pada yang berhak. - papa Adhan, m/s 462

Yang penting Adhan cepat sedar daripada kesilapannya. Itu bonus marks untuk Adhan. :)

9. Satu lagi perkara yang saya suka tentang kisah ini adalah, tak wujud orang ketiga yang bakal menambahkan drama. Yay! :P

10. Dijamin less sugar (Pengulangan fakta. :P). Tahniah Farah. Moga dikurniakan ilham untuk menghasilkan karya yang lebih baik daripada ini. :)
Profile Image for Madam Lola.
213 reviews37 followers
June 11, 2014
Masya-Allah.... Dr mana agaknya datang makhluk Allah bernama Farah Husain ni? 1stly, tahniah to cik puan penulis. Kenapa? Kerana berjaya menawan hati ML dgn Adhannya. Sebab apa ML kata mcm tu? Macam lah org lain x suka Adhan... Tau...tau... Org lain pun syok masyuk dgn Adhan... Nak-nak dgn Adhan yang nyanyi lagu kau Ilham ku tu.... Tapi bkn sebab tu... Bukan sebab tu.. Honestly, ML lebih suka hero yg ada aura-aura bad boy... Hahahah hahahah... Gila betul ML ni. Tapi, gila x gila... Itu lah hakikatnya. Tapi, tu di alam fantasi sahaja. Realitinya, of cozlah ML nak yang baik... Apa da....

Okey... Ni karya ke dua ML baca karya cik puan selepas DRG. Terbaca dekat tinta penulis, cik puan kita ni... Tertanya2, mampukah dia buat lebih baik dr DRG?heemmm... Apa ML nak nak ckp ek... Ini bkn takat lebih baik ni, malah... Superb. Okey.. ML bkn bias. Bkn lah nak ckp, ML dah pernah jumpa FH, so ML nak puji dia lambung2... X... Walopun dah byk kali terserempak dgn dia, dia x kenal jugak ML .... hahahhah ... Apa ML.... Ko ingat ko tu retis? Plz.....

Dear FH...

ML suka dgn HDC. Bermula dgn semangat kental Zara untuk terus menolak dan membantah secara halus hasrat keluarganya, juga percubaan demi percubaan Adhan memikat. Seriusly, kalo ML pun, bkn takat cair dgn Adhan ni, mau meleleh dan tersejat2 gamaknya. Jujur, berterus terang, tegas... Dan... Walopun ML rasa, dia ni sweet talker jugak....tp belum tahap membunuh... Tp, ML x tahulah FH... Susah tau nak hentikan bibir ML berhenti senyum. Pandai ek beli jiwa....

ML geram pd Adham. Setiap ayat-ayat yg dia ungkap tu, bkn Zara jer boleh naik hangin... ML sendiri pun mau nak berangin. Sungguh x paham bahasa. Tp bkn apa, tu tanda kesungguhan dia. Nasib baik ko beria-ia dlm memikat Zara... Kalo x... Hailah Adhan....

Kalau DRG, dia main bercakap dgn cik hati, jantung dan limpa.... Tidak kurang jugak kali ini. Namun kali ini, ianya lebih matang. Mungkin jugak sbb back ground Zara. May be.. Lawak sengal memang wajb ada dlm karya komedi romantik. ML sengih jer bila part hantu air tu. Hihihi hihihi....

Part paling sedih time sebelumAdhan bertolak ke majlis perkahwinan dia... Apa berlaku....? Kenalah baca... X kan nak kasi ML sedih dan sebak sorg2.. X aci..x aci... Memang tersebak sedikit lah ML masa ni...org lain x tahulah... Tp ML terasa, usik... Mcm ML Pulak si Adhan tu.
Hahahaha.... Nmpk x ML bias... Hahahha... Mak ok jer

Cuma... Hah.. Tgk... Ada yg nak kondem ni... ML x suka fasa perkahwinan mereka. X suka bila Adham kecewa dan depress... Hilang sudah macho mu wahai kanda... Tapi... When he turn to real Adhan... ML boleh tersenyum semula...

Moral of HDC....

1. Trust -kepercayaan, paksi sebuah perhubungan
2. Loyal-pengikat kasih sayang
3. Conclusion - selidik, nilai sblm buat keputusan
4. Ego - perlu bertempat


Lastly it's owesome ... Sgt berbaloi dibeli
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
May 15, 2014
Firstly….. I just wanna say THANK YOU FARAH HUSAIN FOR GIVING ME SUCH JOY READING THIS BOOK. Thank you… Thank you ever so much.

I remembered the last time when I read DRG. I commented that I like the book but not enough to love it and I also said that I wanted more than just sweet diabetic story and I guess I got my wish. I LOVE THIS BOOK and I GOT WHAT I WANTED.

It started with her Tinta penulis:
MENULIS untuk ESCAPISM.
Well, I READ untuk ESCAPISM.
So… ada chemistry di situ… Ahaksss….

Seriyesly… Adhan and Zara. I can love and hate them at the same time. Both characters are similar tapi Adhan lebih dose diabeticnya. No doubt about that. Honestly, I like how Adhan approached Zara. Subtle and mengikut adat2 ketimuran. Dia tidak membelakangkan both parents. For that, full marks given.

Saya juga suka nilai family bonding yang diterapkan dalam cerita ini. Regardless of susur galur, yang membesarkan itulah yang memainkan peranan penting. Elok didikannya, eloklah pekertinya. Begitulah sebaliknya. Itu lah sepatutnya pemikiran yang harus ada dalam minda masyarakat sekarang instead of hanya tau melabel seseorang itu just because of asal usul. Buanglah sikap pandang keturunan, pangkat dan darjat. Kita dah zaman moden kottt…. Eh! Tetiber lak emo…. :)

Adhan ada kekurangannya. He is too jealous and iyalah nama pun lelaki, kurang peka pada alam sekitar. Being romantic doesn’t mean that he’s perfect. Perfection comes from practise. Kurang practise yang menyebabkan kekurangan Adhan tu but to me, itu natural. Rencah kehidupan. Pandai2lah untuk melebih or mengurangkan garam dan gula sepaya pengakhiranya nanti sedap dan berasa. Gituuuu….

Saya suka how Zara handles Adhan’s breakdown. Not many can do what she did. It take guts to do what she did especially after what she has been thru. It shows that keras kepala dia ada la jugak gunanya although at times bila keras kepala dia datang due to buruk sangka, haaa time tu rasa nak bekhen je Zara.

Lessons to be learnt in this story:
(1) Be thankful always;
(2) Always accept what is not ours to keep and appreciate what we have in hand;
(3) Sentiasa redha dengan ketentuan Allah. Segala yang berlaku ada hikmahnya;
(4) Ikhlaskan hati dalam memohon maaf dan memberi kemaafan;
(5) Menerima kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya.

Not much can be said about this story. I have no complaint whatsoever. I had a wonderful time reading this conflict free book and hopefully boley read about Zill lepas ni? :D
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
January 22, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. Pm je...

Tak gemor sebenar-benarrrnya nak mereview novel di saat panas pe-melotoppp-annya masih berbahang. Terutamanya untuk pembaca yang sibuk 'melawan arus' mcm aku. Dan bila novel tersebut dibeli sendiri daripada tangan(?) penulis, siap dengan lanyard yang kebaboomm tu... wink wink

Suka.. tapi kenapa 3 bintang sahaja?. NO GOOSEBUMPS! Nampaknya kedinginan di Bukit Tinggi belum cukup untuk merangsang mood romantik ku.

Dihadapkan dengan watak yang terlalu sempurna fizikalnya seperti Adhan dan Zara, agak lari daripada tema biasa seperti yg diwar2kan. Atau aku memang alergik dengan 'You Jump - I Jump' situation.

Terlalu kerap ungkapan I Love You - I Love You Too - I Love You More - I Love You The Most, mengurangkan kemanisan dan kemahalan juga keekslusifan ayat itu sendiri.

Dan... maaf, penggunaan English phrases untuk naskah ini (for me) agak over-the-pagar :(

Dan lagi...

.....out-of-tune ; m/s 36
.....Oh-this-is-not-good! ; m/s 42
.....soon-to-be-fiance" m/s 59
.....manis-cheesy-overboard itu ; m/s 97
.....sesi paksa-kak ngah-bercerita semalam ; m/s 133
.....sesi we-told-so ; m/s221
.....sesi I-Told-You-So ; m/s 226
.....tarik-hela-nafas ; m/s 235
.....sesi terkenang-kisah-manis ; m/s 268
.....the-sengal-wifey ; m/s 365.

(for me), the 'worddashword' sentence adalah sesuatu yang 'mahal'. Sekali lagi kemahalan ayat tersebut hilang bila terlalu kerap digunakan.

DAN... Pnutt??! Ouchh....., malahan kita disaran untuk memanggil nama seseorang itu dengan nama penuhnya atau pada era globalisasi ini dengan singkatan yang sebaik-baik maknanya. Pnutt! (bagi saya) ini tanggung-jawab sosial yang jatuh di bahu penulis, 'tinggal'kanlah 'sesuatu' yang bermakna untuk pembaca anda....

LAGI... I wish Zara benar-benar memaksudkan ayat "Zara akan pergi. And I won't be coming back too,". Kalaulah sedikit tambahan plot 'pelarian' Zara untuk menyedarkan Adhan ditambah....

JUGA... Tindakan Zara mengoyakkan gambar2 kenangan Adhan dan ibu angkatnya sedikit off sedangkan Zara tahu betapa Adhan menghargainya. Kalaulah ada 'letusan gunung berapi' lain yang dipilih sebagai klimak cerita.....

p/s: mental note; your kerekness memang x boleh diselamatkan lagi Azza!
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
May 10, 2014
I lebiu Adhan Mikhail. Kenyataan yang memang tak sedar diri. Maaf ya Zara. Bukan niat nak menggatal, tapi Adhan tu... macam mana ya nak cari ayat yang sesuai untuk menceritakan tentang seorang Adhan.
Baiklah begini. Jika Amzar si seksi janggut kambing itu adalah sos salad (perumpamaan), Adhan ni sos cili. Manis dan pedas. Tapi nikmat :P (haip! jangan silap faham) maksudnya, sos cili tu penyedap rasa. Makan cucur udang cecah sos baru sedap. Hatta ayam goreng KFC pun kena hadap bersama sos cili kan? LOL

Tahniah Farah. Suka pada warna karakter yang kamu warnakan. Suka pada konflik yang kamu bangunkan.

P/s: Feel baca HDC ni sama macam feel baca TUS. Oh, my Aidhan (Aidan+Adhan) *kenit mata*
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
September 2, 2016
Sebelum kahwin
Telah lama dia tertarik hati dengan seorang gadis yang tidak dikenali. Apabila melihat gadis menemani seorang kenalan seuniversiti, pantas sahaja dirisik si gadis yang telah berjaya membuat hati berdebar. Rupa-rupanya sidia adalah Zara adik kepada Nadine. Berbekal rupa paras, senyum senget yang menawan ditambah ayat bergula buat kaki bakal kena potong, Adhan cuba memikat Zara. Hasrat dihati untuk memperisteri Zara telah dibawa kepengetahuan orang tua dan telah mendapat restu dikedua-dua pihak. Namun dengan pakej lengkap itu, belum berjaya menempa nama Adhan di hati si gadis. Jual mahal macam ni la buat Adhan makin mendekat dan ingin memiliki. Separuh daripada novel adalah kisah tarik tali antara Adhan dan Zara. Kerasnya hati Zara buat pembaca pun boleh hilang sabar. Bagaimana Adhan berjaya mencairkan hati Zara, itu perlu dibedah sendiri oleh pembaca yang sukakan cerita sebegini yang tiada watak antagonis.


Selepas berkahwin
Bahagia mereka hanya bertahan dua bulan sebelum rasa dingin menyinggah dihati. Cemburu itu boleh tetapi cemburu buta bakal membuat pasangan rimas. Adhan terpaksa menahan hati pabila Zara terpaksa melayan Luqman, klien besar syarikat. Sikap Zara pula yang cepat terasa dan sangsi dengan Adhan menambah kisah rajuk yang berpanjangan. Saat rajuknya Adhan, Zara terpandang Adhan bersama wanita lain tetapi kenyataan dari Adhan adalah kata-kata dusta pada pendengaran Zara. Saat kecewa rasa ditipu itulah, Zara keguguran anak pertama mereka. Zara sedih dan rasa tidak disayangi. Apabila salah faham terhijab, kematian mama Adhan pula menjurangkan hubungan mereka dan membuat jiwa Adhan kosong. Adhan marah kerana masanya terbuang memujuk Zara sehingga terabai menjengok mama angkat yang dikasihi. Sikap Adhan yang tidak redha dengan pemergian mama membuat rumahtangga terabai. Syukur, tatkala rumahtangga bergoyang nasihat dari orang sekeliling mereka menyedarkan Adhan dan Zara untuk menempuh badai yang mendatang, membuat mereka mengenali hati budi masing-masing dan lebih menghargai pasangan yang dijodohkan. Amzar si goatee dlm DRG menjadi kaunselor tidak bertauliah membuka mata Adhan untuk lebih memainkan peranan mengemudi bahtera rumahtangga.


Seperti novel masa kini, pastinya terselit menu makanan pilihan watak. Kali ini nasi goreng nanas kegemaran Zara boleh memberi idea untuk pembaca masukkan dalam senarai jalan-jalan cari makan. Alhamdulillah, Malaysia mewah dengan makanan. Apa yang menarik, makanan itu di masak Adhan lelaki serba boleh buat perempuan serba tak boleh. Bertuahnya badan :)

gambar ehsan google, resepi dari CMG buat Mai & Rynna

Kredit : Hajar
Profile Image for Rouge.
27 reviews
May 10, 2014
Hanya Dia….. Cinta (simple but sooo meaningful and subjective, it’s up to us as reader to define)

How should I start Ms Author?

From beginning to TAMAT, I’m like whoooohoooo is this really a piece from Farah Husain. Such a flat and plain storyline…. It’s difficult for me to detect actual climax and conflict coz me ENJOY with every single word, sentences and your writing style. Double Thumbs up 2 u, Farah. Eventho, this is out from my expectations. So so sorry.

I’m soooo in love with heroin; yes Zara (sarcastic, rebellious girl in her own way, a bit realistic but still sweet and nice as usual). Adhan, emmm…. Ur sweet overdosed still there just not much as before which is good. To me, yes u can find this type of guy but very… very the veryyyyyy rare, few things I do agree w Adhan actions but at certain level guy still a guy, they have their “estupido-uno-numero”. Fantasy and reality… u blend it very well. (Slot in my personal opinion here: Guy holding strings stuff… bisa ketaq lutut wokey, hahahahha)

Mix issues try to brought up, arrange marriage, adoption, breastfeeding, be humble in every aspect in your life (Zara’s opinion about Sofea and few things too, as an when it will hits u along the way), jealousy, think before u say anything to others, don’t jumped into conclusion without knowing the facts, hubby and wifey must synchronize in making decision and few more.

Here and there, notice writer try to put new technic into her writing.

Luv kiddos characters…. Sweet and simple as kids should be.

Overall, lesson to learn…. Nobody perfect, forgive and forget, reda n ikhlas and major thing back to square one, pillar in our life!

Somehow another, I treat this as a Mother’s day gift to me and all mothers out there too. Just perfect to read while we still in the month of May. Wanna know more pleaseeeeee go, grab and read, worth it!

Last but not least, If I’m not mistaken u the 3rd writer that I bumped into which try to make the connection from 1 book to another. Super love your connection where u pop up a few characters from previous piece and I can see that u did forecast, planning and arrange each and every single thing nice and smooth without any loopholes. Keep it up..... in reality pun each and every person pun ada connection secara tak langsung, betul tak?
Profile Image for Azizah.
385 reviews6 followers
June 28, 2014
Pada awal membuka halaman sudah terhidang dengan tinta penulis bahawa naskhah ini hanya kisah biasa-biasa yang berkisar tentang orang biasa-biasa juga. Jadiiiiiiiiiiiiiiiinya, yang terlekat di minta KakChik hanyalah yang biasa-biasa juga.

Tapi pada dasarnya latar belakang watak-watak utama dan sampingan karya ini bukanlah 'biasa-biasa' pada perkiraan rasa KakChik. Watak utama hero-heroin itu terlalu digambarkan sempurna fizikalnya malahan frasa-frasa itu diulang-ulang sehingga naik jelek untuk dihadam. Malahan latar belakang keluarga korporat itu bukanlah sosio budaya 'orang biasa'.

Setiap kali kemunculan Adhan mesti orang di sekelilingnya akan tertoleh-toleh dengan kekacakan dan kesempurnaan lelaki itu. Sama juga dengan Zara, kebanyakan lelaki yang berdamping dengannya mudah sahaja tertarik hati. Haishhhh. Susah sangat KakChik nak hadam perkara ini. Adakah sudah semakin old school KakChik ni?

Permulaan yang berjalan agak hambar kerana terlalu banyak dicanangkan dengan perbalahan+perkelahian+ego+ayat sweet muweet, agak sedikit membosan. Walaupun Zara mencuba sedaya upaya untuk menolak jodoh yang ditetapka orang tuanya. (Yang hakikatnya lamaran itu dari Adhan sendiri). Tapi sebab tidak pernah tahu, pertemuan dan perkenalan mereka memang banyak salah faham.

Apabila mereka dah berbaik, ada pula salah faham yang lain. Memang tak habis dengan salah faham mereka ni. Zara yang pendam rasa sebab Adhan dah kurang sensitif kerana terlalu sibuk dengan bisnes keluarga sehingga sanggup buat sesuatu yang buat Adhan naik darah. Tapiiiiiiiiiiiiii, sebab masing-masing ego, masalah mereka ini berlarutan sehingga keduanya terduga dengan musibah berganda. Kehilangan zuriat dan juga mummy Adhan.

Walaupun tindakan yang diambil Zara agak ekstrem untuk menyedarkan Adhan (kalau ikutkan sayangnya kenangan itu dihancurkan dengan begitu senang), permulaan itulah yang membantu menyelamatkan rumahtangga mereka.

Kemunculan watak-watak dari karya penulis yang sebelumnya juga ada terselit dalam kisah Adhan-Zara ini. Dah jadi trend sekarang cara plot karya diolah sebegini,kan.

Sejujurnya, karya ini tidak terlalu menyentuh hati KakChik. Frasa-frasa yang sepatutnya menjadi nilai high class juga hilang nilaiannya kerana terlalu banyak diguna berulang-ulang.

Buat penulis, teruskan berkarya..
Profile Image for Faradina Azlin Azahar.
507 reviews47 followers
May 14, 2014
buku ke-6 PBAKL.. ngeeeee... akhirnya berjaya juga menemui penghujung kisah adhan dan zara.. hehehe... and i'm smiling... 5 more to go to get 6. ahaks.. lotta more merrier with happiness i foresee.. hehehe..

adhan adhan adhan... mmg byk sisi anda dlm ini cerita.. tp sesi sejuk beku bahu anda itu cukup saya x berkenan. membuatkan diri ini rasa cam nak ketuk2 jer... part outstation but lunch with nabila mmg buat org rasa cam ada gak kena voted as the most hatred hero in the novels hah.. suke suki jer.. dah nak masuk mode two timer, dan2 sempat laie nak marah2 zara.. cit!!! x memasal zara yg tanggung akibat.. sedih sangat...
tp balasan yg adhan diterima pun sadis sgt.. uwaaaaa... nanges nanges nanges!!!

zara... nie laie satu.. mmg depa dua nie suit each other well.. part zara nyer sejuk beku action, masih lagi understandable.. maklumla.. sama ladies maaa.. so i support u.. ngeeee... berat sebelah sat.. TAPI bila masuk part anda bergelakkan2 sama itu Luqman dan Hakim kat botanical garden.. perghhhh.. mmg cari pasal.. pastu blh plak laie call Luqman ngan Amzar dtg umah sbb nk bersama ngan their kids without informing ur soulmate... ngeeee... mmg x masuk di akal hah.. tp yerla.. yg menanggung perasaan jerla yg tau kan?? huhuhuhu

and kehilangan itu... sadis. pedih. sedih. kecewa.. mmg serba serbila ada... i'm sorry for the lost. uhuks.

eh eh.. br pasan.. byk plak citer pasal depa nyer after marriage life plak.. b4 punya, laie ohsem gile.. mmg asyik2 x merah muke, sengih sorang2 baca.. hahahhaa.. mmg lovely dan menghiburkan... hehehe.. dan2 laie part si zara wat confession.. HAHAHAHHAHAA... Saya cam nak jerit OMGeeeee... what have u done zara?!! hehehe.

in short i lurve adhan more before marriage... after marriage, i vote for zara.. ngeeeee...

pssttt.. baca nie buat saya rindu pada DRG la.. ngeee
Profile Image for Rosniyati Othman.
220 reviews7 followers
April 28, 2014
this book memang dinanti2 kan since last year. and I must say its worth it! This is second book after random guy trilogy. can we say trilogy? bolehla kan memandangkan watak sexy random guy membuat kemunculan dalam buku ni.

the hero is really into the heroin and the way hero trying to woo heroin sgt best dan kelakar. memang fun la this couple. slightly turn in this book whereby author write few conflicts that buat readers nak nangis.

macam biasa..mesti ada error in term of ejaan. jarang saya nampak buku yg tiada spelling error. tapi masih boleh dimaafkan lagi sebab it's quite minimal.

apapun..this is another must have book from farah husain. congratulations and million thanks for the awesome book. err..bila agaknya the third installment nak keluar yer?? hehehe...
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
May 12, 2014
Hero stubble..?
Tengah dok bayangkan hero dalam citer koboi sebab selalunya hero koboi ni jenis yang ber-stubble-hensem-macho-gagah-berani bagai.. hehe...

p/s: Suka tengok citer koboi.. Yiihaaaa....!!!
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
August 15, 2015
EH???? Yuni baru je habis baca buku ni last week tapi kenapa macam hilang dari memori? Ingat sampai keluarga si hero merisik bunga di taman. cewah....itu kan permulaannya kan? Ayunni, makin teruk masalah memori kamu ni yek
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
April 30, 2014
Adhan-Zara sgt sweett!!!.. ;)

Amzar and Alina ada dlm ni..rinduu mereka..

Hanya Dia..Cinta memang comel....Adhan jatuh cinta kat Zara terus p merisik..sgt gentle..Zara pula masih belum matang dan dia sentiasa ingin bebas..Bila Adhan mengurat..sikit2 buat muka lepas tu kata x nk..tp dalam hati dup dap dup dap (ada rama2 terbang dlm perut). Lepas tu ego..cemburu..Adhan and Zara mula main tarik tali sampai sy rasa nak tarik rambut..oh Zara..kenapa kamu macam ni!!..haha..

Tapi nasib baik Zara buat tindakan bijak..akhirnya Adhan tersenyum dan terus ajak kahwin..

Bila kahwin makin sweet..nk tersenyum jee..Tapi biasa lah..dalam perkahwinan ada asam garam..merajuk..kecik hati..sampai ada istilah 'bahu sejuk'..hehe

Cerita agak santai dan cute..rasanya tiada pun watak orang jahat dan watak org ketiga yg nk rampas merampas dlm novel ni..memang Farah Husain x nk buat pembaca makan hati kot..walau apapun sy tetap sukaa!!..:)

Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
February 6, 2015
Cerita ni best. Bagi saya lagi best dari Dia...Random Guy. My opinionlah. Tak tahu org lain punya citarasa. Gaya Kak Farah menulis sgt santai. Mampu menusuk kalbu org kata. Hihi. The best part bila Zara keguguran dan Adhan hilang ibu. Okey masa tu sedih. Dan saya berpihak disebelah Adhan. I felt what he feel. Org kata kesian kat Zara, tapi saya lagi kesian kat Adhan. Mwahaha. Apa2 pun, bagi saya novel ni lebih terasa mesejnya berbanding DRG. :D keep it up Sis Farah.
Profile Image for mrsbudu.
94 reviews12 followers
April 27, 2014
woot woot...

tamat dah bace novel ke 2 hasil rembatan di KLIBF...

just my 2 cents..
2nd baby from farah husain sangat-sangat Awesome!!!
x nak review in details nanti anti klimaks!
pape pon adhan mikail & zara halina mmg sangat sangat sweet...

p/s : tetibe teringin nak makan nasi goreng nenas... boleh ke inche budu buat...
lalalallalala
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 24, 2014
hilang idea nak review....
cuma nak cakap suka la cerita ni

Tahniah buat penulis untuk buku terbaru dia....
*rasanya Adhan ni dah kalahkan Amzar kot hahaha
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,333 reviews67 followers
September 29, 2021
[BOOK 139]

Hanya Dia...Cinta by Farah Husain.
.

This is another stress-free reading book. Dan bagi aku, buku ni manis je.
.

Adhan dan Zara. Mereka ingin dijodohkan oleh keluarga. Adhan ni memang setuju la sebab sebenarnya, dia dah lama suka Zara. Tapi, Zara tak setuju despite of yang Zara sebenarnya terpikat je dengan Adhan ni.
.

So, ada la adegan usik-mengusik until they finally married.
.

Tapi lepas kahwin, ada lagi dugaan lain. Adhan ni kuat cemburu jugak. Dan kadang-kadang, kuat merajuk jugak. Tapi konflik nya, kejap sahaja.

Profile Image for Izzati Aisyah.
14 reviews7 followers
May 3, 2014
What can i say about this story? BESTT SANGAT! Dari awal baca kisah mereka, memang saya tak nafikan saya dah terjerumus dalam post-adhan-syndrome yang terlebih manis. (walaupun tak setanding dengan kemanisan Amzar dlam DRG) tapi ia mempunyai keunikkan yang tersendiri dalam membeli hati Zara. Beruntunglah Zara dapat Adhan yang sweet tu tapi Zara nie...hailaa..lambat sangat nak sedar. Bukan nak kenal-kenal dulu dgn Adhan...kalau tak suka, langsung tak suka dan mula lah menyesal lepas dah kena tinggal.

Zara Harlina - Boleh tak nak cakap masa sebelum kahwin dengan Adhan tu saya cukup tak berkenan dengan watak Zara. Keras kepala, buat keputusan melulu dan cakap tak fikir panjang bila nak cakap sesuatu benda. Yang paling sentap sekali part nie:

"Fine. Sihat aje. You pula? Hidup lagi you ya?"

uwaa, sakit hati,jiwa dan raga, tapi still Adhan sabar je dengan perangai Zara. Bila Adhan dah mula menjauh, mula lah dia jadi tak keruan. Menangis kesedihan. Padahal yang salah tu dia. Hati mula sejuk balik bila Zara ajak Adhan jumpa dan keluarlah kata2 keramat yang sukar dijangka:

"I want you to be my happily ever after. I want you to be my soulmate till jannah!"

Dan hati saya mula berkata...bravo Zara Harlina. Kalau betul kau nak kan dia, memang kau harus dapatkan walau apa jua rintangan yang perlu ditempuhi.
Adhan Mikail- Seorang yang SWEET!. Ada je perkataan yang dia yang membuatkan bukan rama2 dalam perut Zara pun terbang dengan saya2 pun rasa sama. (cehh, nak jugak dia). Ayat yang paling saya suka :

"Allah tak beri apa yang kita hendak, tapi Dia beri apa yang terbaik untuk kita. Dan you Zara Harlina Elyas, adalah yang terbaik untuk I."

sangatlah TERHARU ok! Beruntunglah Zara dapat Adhan. Dan paling saya suka sifat Adhan ialah dia sangatlah penyabar dan seorang yang penuh dengan kasih sayang. Zara buatlah macam mana sekalipun , dia tetap ade untuk Zara.

Bila masuk part diorang nak kahwin tu kan,mmg kak Farah bikin gempak. Saya nak menangis sebab takut jadi apa2 dekat Adhan time akad nikah. Ingat ke betul2 dia eksiden tapi, rupanya kereta Zarif rosak. Alahai, nasib baik jadi jugak diorang kahwin hari tu. Kalau tak rasa macam nak cubit2 kak Farah...hahaha

Rasa macam dah terbalik plak selepas diorang kahwin nie. Zara dah belajar jadi sweet dengan Adhan dan belajar jadi seorang yang lebih tabah. Adhan pula ambik perangai Zara. Paling tak suka bila dia buat perangan bahu sejuk tu...Kenapakah? Dulu bukan main cakap nak jaga Zara tapi lepas kejadian cemburu buta dia dgn Luqman, lepas kematian mummy dia. Dia mmg jadi lain. Dulu dia selalu ada untuk Zara, sekarang kesian kat Zara lepas dia sorang2 kena hadap kejadian yang berlaku dlm keluarga dia. Dahlah bru lepas keguguran. Tak suka sangat karakter Adhan masa ini. Nasib baik Zara Harlina cepat bertindak untuk sedarkan Adhan. Memanglah rasa kehilangan tu amat memeritkan tapi kita yang masih hidup nie kena teruskan hidup juga.

Akhirnya, rumahtangga diorang bahagia juga dengan kehadiran baby Iman Rizqi. Tentulah comel kan ikut muka mama dan papa dia. Betullah orang cakap, semua yang berlaku ada hikmah. Allah tarik orang yang kita sayang, Allah beri lagi anugerah yang lain untuk kita. Banyak pengajaran yang diperoleh lepas baca HDC:

1. Kena cekal hati walau kita diduga sehebat mana pun. Mungkin Allah ade perancangan yang baik untuk kita.
2. Kehilangan bukan mengajar kita untuk lemah tapi ia sebenarnya menguatkan diri kita supaya sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan.
3. Sabar dan tak bertindak melulu dalam melakukan setiap perkara.

Ok, kesimpulannya...i like HDC very much! Teruskan menulis sehingga ke hujung nyawa. I will support u sis..love u forever.

* opss, terlupa nak cakap...saya suka part cameo dlam HDC..ada Amzar, Alin, anak2 mereka dan Zill.. terubat rindu dengan kemunculan kisah diorang walaupun sedikit...thanks sis Farah...saya tunggu novel akak yg seterusnya pula ya...nak Zaynnn dulu...hihihi

* ade beberapa typo juga dlm HDC tapi boleh dimaafkan. Semoga terus maju jaya sis...;)
Profile Image for Farra Zakaria.
5 reviews
Read
May 1, 2014
HDC. sy terpanggil nk buat review kat sini. smlm dptkn HDC d KLiBF..huhu..excited (sbb dpt kembar 5)
ntah kenapa sy x buat pilihan..teruih ja baca HDC sbb penulisan akak writer xpernah menghampakan (walaupun x dpt signature.. :(( )

HDC cerita yg simple. kisah cinta Adhan n Zara. ntah kenapa, walaupun simple sy suka.

Zara yg keras kepala.
Zara yg degil
Zara yg x kenal putus asa kalau nk sesuatu
Zara yg cantik, manis
Zara yg cepat kecil hati
Zara yg manja (kalau sakit)

hai..bila baca novel selalu letak diri kat watak heroin. tapi x kali ni. sbb watak Zara ni sy adore even dia biasa2 je. teringin nk kwn dgn Zara. huhu (even 1 have one mcm zara)

Adhan pulak. Terlebih suka sikitttt dr Amzar. Sorry Amzar. (salahkn kak writer. sbb Adhan lebih sikit je sweet dr u..keke)

Adhan yg gila kn Chuck Taylor (as i was)
Adhan yg cool
Adhan yg ada sexy stubble
Adhan yg sekali pndg jatuh cinta
Adhan yg pndi masak
Adhan anak yg dengar kata
Adhan yg curi2 pndg Zara..sukaaaaaaa
Adhan yg menyanyi lagu yg....

sekian je. honestly sy xpndi buat karangan or tulis ayat pnjg2. maaf sgt...good job kak Farah Husain. thanks alot.

novel ni sgt recommend!!!!!
Profile Image for Shamien A. Basit.
Author 4 books45 followers
April 30, 2014
1)nice, smooth flow of plot.
2)talk about overdose sweetness...do visit your dentist after reading this.

shamien says:

Awesome job kakak farah husain! This u did a marvellous job on it. Adhan is damn sweet, then we got the chance to see his 'eerie' side, and his 'vain' side too.This hero defines the heroin, he truly is the core of this book, and the way his character is being presented tells us that despite his 'perfectness' as the ideal hero, he still got flaws and is still a normal daily human being.

the heroin, Zara, she appears cold, i-dont-do-love kind of attitude, and in the end she ended up feeling 'butterflies' for the damn so cheesy Adhan. I won't say it as typical, but its a darn nice twist to see her 'metamorphosis' of feelings.

all in all, a worthwile read, and please, read with sufficient dosage. Too much sugar definitely will make u high.

Cant wait for the third volume of this trilogy. ;)
Profile Image for Naira2975.
1,076 reviews21 followers
December 15, 2014
Book #61 - 2014

Wow! Especially....

...page 264!! Homaiii!!

I love love love it! I want to elaborate but there's just so many things that I just love about it that is so difficult to express in words. Yang penting, wajib beli dan terus wajib baca!
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
June 3, 2014
salam... (✿◠‿◠)
15th books after pbkl 2014
as usual i'm like it.. hihi
kisah adhan mikhail♥zara harlina

adhan
- super duper hot n so damn attractive
- romantikss tok sah cakap la kan ^.^
- carring opcozz
- morning person always smile =D
- singing tip top " this one is for her.."
- his smile make zara says "Tuhan! kacaknya."
- that square jaw make zara heart dup dup dup.. (◡‿◡✿)
- yang dia tahu dia hanya nak kahwin dengan zara harlina "because you're mine.."
"once I fall in love it will last forever"
- man in a kitchen so adhan is hot okey..
- jealousy person
- pandangan adhan membuatkn hati zara tak tentu arah.. ❂◡❂

kalo nk cite pasal sweetnyer adhan ni byk lagi kut..

zara
- cntk baik hati kalo x mst adhan xjatuh chenta, but but keras kepala, totally not calon menantu pilihan, kerja rmh masak sume out of list, seorang yg space out,zara plak sekejap xnk pastu nk pastu xnk now nk plak.... ngeee but she is princess to adhan babe to adhan
untung jadi zara..

mostly HDC ni kisah adhan nk memikat zara want to mary her but zara plak sebaliknya.. bila cinta mula dah berputik ada ada plak konflik melanda..
then putus..

after putus ( padahal xsampai tahap bercinta pn )

zara ya dia patah hati, 1st week demam, 2nd week sesi we told u so, 3rd week accept everything, 4th week post adhan syndrome.

adhan plak more horrible kut.. 1st week sesi mummy berleter miss zara like hell, 2nd week sesi lupakan zara very hard to do, 3rd being ok n 4th week almost normal..

disini lihat disana tersenyum disana lihat disini tersenyum beranggapan each other dah move on tetapi dua dua xtau masing2 merana.. aigooo

cerita yg xterlalu heavy konflik pn hanya 1 sbb shj xde la sakit hati sgt bila membaca..

looking smthg more adventures form FH..
(>‿◠)✌








Profile Image for Anilza.
17 reviews1 follower
May 5, 2014
If you to compare HDC with DRG in terms of sweet-overdose-n-cheesy-lines you may be disappointed...
therefore, baca lah HDC dgn hati yg terbuka & berlapang dada...

But overall, HDC is a simple story...actually something yg biasa2 jd disekeliling kita tpi diolah dgn cara the writer sendiri i.e. Farah Husain...where there's still a sweetness in the simplicity...

Zara - the heroin...actually mmg sesuatu yg biasa bila ppuan jadi "difficult" & tdk tahu apa yg dia mahu...seseorg yg memberontak bila dipaksa...but if it's meant to be it's meant to be....

Adhan - he is the guy that will get what he wants or die trying to get what he wants...sgt sabar dlm melayan karenah Zara...hanya dia Adhan yg dpt melayani karenah Zara

If to compare between Adhan & Amz...i fall for Adhan...why? becoz he has Adhan-charisma-aura <3

Walaupun biasa2 sahaja novel ni (bak kata Farah Husain) but you have done quite a good job Farah Husain! HDC has it's own awesomeness!


Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
June 5, 2014
Hanya dia…Cinta…citer yg agak santai tp ttp ada manisnya! Kagum dgn semangat Adhan yg tdk putus asa mencuba meraih perhatian Zara walau Zara menunjukkan rasa tdk suka! Hubungan mereka direstui keluarga tp Zara tdk setuju!
Dia mahu peluang utk diri sendiri! Dia mahu usaha dr dirinya sendiri! Pelbagai helah dan cara dilakukan Zara hingga mencabar dan mencalar maruah Adhan! Adhan akhirnya akur bahawa cintanya tdk bersambut dan Zara dilepaskan walaupun hatinya berat mahukan Zara sebagai isteri!

Hubungan yg terputus buat Zara memikir sendiri! Dia rasa kehilangan! Ada kesal! Ada rindu! Dan Ada cinta yg mula hadir! Lalu Zara bertekad mahu mendapatkan Adhan…malu dan pedih hati krn dilayan dingin oleh Adhan tdk diendahkan … hasratnya membara mahukan Adhan memandangnya semula! Impiannya menggunung mahukan semula cinta Adhan!

Dugaan mmg tak prnah lupa datang dan pergi! Cabaran juga sentiasa menanti disana dan disini! Melepasi semua rasa itu perlukan Kekuatan hati dan keserasian jiwa mereka!
Oh! lebih manis dgn kemunculan Amzar dan Alina! Dorang ttp manis dan mendamaikan!!!
Profile Image for Jessica.
171 reviews
June 3, 2014
Ouh... Adhan. Cheesy hero for me. Cara dia layan Zara, sahabatnya Dan family dia buat I melting. Cara dia pikat Zara tanpa putus asa make me feel, I want this type of guy. Cet! melebih I.

Zara boleh tahan keras juga but dia baik. Sengal sikit adalah.

Kehidupan mereka diuji tetapi bahagia dihujung setiap dugaan menanti. I love this couple!
Profile Image for Scha Vella.
3 reviews
May 24, 2014
scha tak sempat habiskan separuh pun novel ni.. I dunno why?? scha really love DRG but not these one.. sorry farah husain.. mybe I expect too much after DRG

watak zara yg terlalu kerek dan poyo buat scha give up dgn novel ni..

nothings to spazz about this novel..
Profile Image for Aliza Nai.
148 reviews3 followers
May 30, 2014
Honestly I felt something missing while reading this book. I don't feel the dalam-hati-ada-taman compare to DRG. Somehow the story is still ok and nothing less actually.
Displaying 1 - 30 of 43 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.